Demi Nak Beli Iphone 14 Pasangan Suami Isteri Sanggup Jual Bayi Sendiri


Hanya kerana ingin membeli iPhone 14, sepasang suami isteri sanggup menjual bayi mereka yang berusia 8 bulan.
Menurut laporan India Times, pasangan dari North 24 West Bengal dipercayai membeli telefon pintar untuk merakam video dan gambar semasa mengembara ke seluruh India dan memuat naik ke ‘reels’ Instagram (IG).

Susulan itu, tindakan suami isteri itu dikecam sehingga pihak berkuasa memulakan siasatan berhubung urus niaga tersebut dan wanita yang membeli bayi berkenaan.
Menurut sumber, wanita yang dikenali sebagai ‘Sathi’ telah ditahan polis, manakala bapa bayi itu, Jaydev Ghosh, masih belum dapat dikesan, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengesannya.
Bagaimanapun, tingkah laku pelik pasangan itu disedari oleh jiran selepas anak mereka dilaporkan hilang, namun suami isteri itu tidak kelihatan risau atau cemas.
Apa yang lebih membuat jiran curiga apabila keluarga Ghosh tiba-tiba dapat membeli iPhone 14 yang mahal, yang berharga sekitar 100,000 rupee (RM5,529).
Perkara ini mengejutkan jiran tetangga kerana sebelum ini mereka sekeluarga mengalami masalah kewangan.
Tambah mendukacitakan jiran terdekat apabila pasangan itu mengakui menukar bayi kesayangan mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone 14.
Bukan hanya sekali percubaan, malah pasangan itu sebelum ini pernah mencuba menjual anak perempuannya yang berusia tujuh tahun itu
Pihak polis segera menahan pasangan serta wanita yang membeli bayi tersebut
“Selepas menjual bayi lelaki itu, Jaydev cuba menjual anak perempuannya pula pada tengah malam Sabtu.
“Kami memaklumkan kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya dan polis sudah menahan Jaydev,” kata ahli majlis tempatan Tarak Guha.
Difahamkan, Jaydev dan isterinya, serta wanita yang membeli anak mereka, kini menghadapi pertuduhan berat mengenai pemerdagangan manusia.
Dalam pada itu, laporan mengatakan bahawa pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan sebarang maklumat lain berhubung situasi itu.
The post Demi Nak Beli Iphone 14, Pasangan Suami Isteri Sanggup Jual Bayi Sendiri appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/demi-nak-beli-iphone-14-pasangan-suami-isteri-sanggup-jual-bayi-sendiri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Jual Bayi Demi Beli Iphone 14

Suami Isteri Jual Bayi Demi Beli Iphone 14

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 254 hits
Hanya kerana ingin membeli iPhone 14 sepasang suami isteri sanggup menjual bayi mereka yang berusia 8 bulan Demi Nak Beli Iphone 14 Pasangan Suami Isteri Sanggup Jual Bayi Sendiri NEW DELHI Sepasang suami isteri di Bengal Barat India ditaha...
Suami Tergamak Lacurkan Isteri Sendiri Demi Duit Rupanya Ini Yang Jadi Punca Suami Nekad Jual Maruah Isteri

Suami Tergamak Lacurkan Isteri Sendiri Demi Duit Rupanya Ini Yang Jadi Punca Suami Nekad Jual Maruah Isteri

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 422 hits
Suami tergamak lacurkan isteri sendiri demi duit rupanya ini yang jadi punca suami nekad jual maruah isteri Padah menjual isteri untuk eksploitasi seks seorang pegawai bank dijatuhi hukuman penjara selama 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen Serem...
Nak Berjalan Ke Tempat Jauh Tak Sangka Petanda Isteri Bayi 2 Bulan Pergi Buat Selamanya

Nak Berjalan Ke Tempat Jauh Tak Sangka Petanda Isteri Bayi 2 Bulan Pergi Buat Selamanya

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 225 hits
Seorang suami tidak menyangka hasrat isterinya yang menyatakan ingin pergi ke tempat yang sangat jauh menjadi kenyataan apabila maut dalam nahas jalan raya di Kilometer 375 8 Lebuhraya Pantai Timur Dua berhampiran Bukit Besi petang semalam ...
Sehidup Semati Pasangan Suami Isteri Pergi Selang 10 Minit

Sehidup Semati Pasangan Suami Isteri Pergi Selang 10 Minit

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 347 hits
Sinar HarianIndividu dikenali sebagai Salimi Maralim bersama isterinya Maria Abdullah telah meninggal dunia di HWKKS Gambar Sinar HarianKOTA KINABALU Tular sepasang suami isteri dilaporkan meninggal dunia dalam tempoh selang 10 minit di Hos...
Belum Rasmi Bercerai Dengan Suami Isteri Penyanyi Popular Terima Lamaran Taaruf Peguam Kacak

Belum Rasmi Bercerai Dengan Suami Isteri Penyanyi Popular Terima Lamaran Taaruf Peguam Kacak

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 307 hits
Semenjak isu kecurangan dalam rumah tangganya bersama suami penyanyi Virgoun didedahkan kepada netizen nama Inara Rusli semakin menjadi tumpuan sehingga dia kini menjadi terkenal dan bergelar pensohor media sosial Inara yang juga mempunyai ...
Tong Gas Meletop Suami Isteri Alami Luka Parah

Tong Gas Meletop Suami Isteri Alami Luka Parah

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 288 hits
Mengendalikan tong gas memasak dengan cara yang selamat adalah penting untuk mengelakkan kemalangan yang boleh membahayakan nyawa dan harta benda Berikut adalah beberapa cara untuk mengendalikan tong gas memasak dengan betul dan selamat Pas...
Isteri Jutawan Mengadu Diabai Suami

Isteri Jutawan Mengadu Diabai Suami

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 259 hits
Soudi mengeluh kerana suaminya seorang jutawan sibuk dan tidak mempunyai masa mencukupi dengannya Foto Instagram soudiofarabiaDUBAI Emiriyah Arab Bersatu Seorang isteri yang berasal dari Britain mengeluh kerana suaminya yang juga seorang ju...
Nak Kayuh Basikal Jam 12 Tengah Malam Suami Kongsi Perangai Pelik Aurel Hermansyah Hamil Anak Kedua

Nak Kayuh Basikal Jam 12 Tengah Malam Suami Kongsi Perangai Pelik Aurel Hermansyah Hamil Anak Kedua

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 301 hits
Selebriti Indonesia yang cukup dikenali Aurel Hermansyah yang kini dikhabarkan menghitung hari untuk bersalin anak keduanya bersama suami Atta Halilintar Namun kongsi Atta disaat hampir melahirkan isteri kesayangannya itu mula mengidam dna ...
From Data To Decisions How Artificial Intelligence Is Transforming Digital Marketing Strategies

Ketua Pengarah Akps Beri Amaran Keras Isu Rasuah Imigresen

Singgah Pasar Malam Sekolah

Little Black Number A Honda Cb350 Caf Racer From Austria

Kemalangan 15 Motosikal Seorang Lagi Meninggal Dunia

Wanita Cuci Kereta Guna Alat Cuci Cermin Cetus Rasa Marah Netizen

Tri Suaka Feat Dodhy Kangen Andai Waktu Bisa Kembali Chord

Akaun X Kena Hacked Setel Dalam Masa 8 Jam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bergema Laungan Takbir Dan Doa Perang Mahu Anwar Turun Untuk Naikkan Hamzah Sebagai Pm Ke

Ali Baba And The Filthy Rich Thieves

Bring Me Your Concerns In Parliament Not Just On Streets Says Anwar

More Than Rm2 Million Raised For Tiger Conservation Since 2021

Kpdn Cadang Benar Bantuan Sara Diguna Di Jualan Rahmah Madani

Final Piala Aff U 23 2025 Indonesia Vs Vietnam Tiket Mulai Rp 200 Ribu