Demam Lebih 38 Mengigil Sawan Antara Tanda Anak Dijangkiti Influenza Perlu Ambil Vaksin Setiap Tahun


Influenza, selesema dan demam denggi, ramai ibu bapa yang keliru untuk membezakannya. Demam bersuhu tinggi, menggigil dan sawan panas adalah antara tanda-tandanya. Tidak patuh kepada arahan kuarantin punca ia merebak.

Menurut Dr Mohammad Iqbal Mohammad Sarwar, Pakar Pediatrik, serangan virus influenza boleh mengakibatkan penyakit berjangkit pada saluran pernafasan. Ia adalah sejenis penyakit yang pernah menular di seluruh dunia sebagai pandemik pada tahun 2009 yang menyebabkan kematian di Malaysia.
Negara beriklim sederhana Amerika Syarikat mempunyai musim penularan influenza yang jelas di mana kemuncak penularan pada musim sejuk. Hal ini berbeza dengan negara-negara beriklim tropika seperti Malaysia di mana tiada musim penularan influenza yang jelas. Ianya boleh berlaku sepanjang tahun. Disebabkan itu pencegahan dengan vaksin influenza amat disarankan untuk melindungi dari wabak influenza yang menyerang tanpa batasan musim di Malaysia.
SERANGAN INFLUENZA MIRIP DENGGI
Serangan influenza menyebabkan demam yang bersuhu tinggi iaitu kira-kira 38° hingga 40° Celcius. Pada peringkat awal ia mirip dengan serangan denggi di mana suhu yang dicatatkan tinggi sehingga kadang-kadang pesakit menggigil dan kanak-kanak kecil boleh diserang sawan panas (febrile convusion).

Virus influenza terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,C dan D. Jenis yang biasa menyerang manusia dengan teruk ialah influenza A dan influenza B manakala C tidak mengakibatkan serangan yang hebat. Jenis D pula biasanya tidak menyerang manusia dan banyak melibatkan haiwan.
Influenza jenis A dan B pula terbahagi kepada beberapa strain atau subtype iaitu diantaranya Influenza A: H1N1, H3N2 dan H5N1. Manakala Influenza B: Yamagata dan Victoria
UBAT HANYA BERKESAN DALAM MASA SINGKAT Jangan lupa bawa si kecil ke klinik dengan segera sekiranya mendapati suhu badannya tinggi dan ubat hanya berkesan dalam masa yang singkat. Influenza yang menyerang kanak-kanak akan memberikan beberapa tanda seperti berikut;
Demam yang bersuhu tinggi Batuk Sakit tekak Hidung berair Sakit kepala dan muntah-muntah Sakit otot dan badan Lemah dan lesu Tidak berselera untuk makan Badan berasa sejuk BEZA INFLUENZA & SELESEMA Influenza berbeza daripada selesema biasa di mana selesema biasa disebabkan oleh beberapa virus lain seperti rhino virus yang mengakibatkan mata berair, sakit kepala yang tidak terlalu teruk, bersin dan hidung berair. Jarang suhu terlalu tinggi. Influenza merupakan penyakit luar biasa yand kesannya lebih melampau dari selsema biasa dan hanya disebabkan oleh virus influenza semata-mata.
CARA NAK KENALPASTI INFLUENZA Bagi mengenalpasti serangan influenza, doktor terlebih dahulu akan meneliti tanda-tanda yang berkaitan. Setelah mengenalpasti simptom influenza, doktor akan melakukan ujian nasopharyngeal swab iaitu pengambilan sampel hingus daripada bahagian belakang rongga hidung.
 
TIDAK KUARANTIN PUNCA INFLUENZA REBAK Penyebaran virus influenza terjadi menerusi titisan cecair pernafasan yang menitis keluar apabila individu yang dijangkiti bercakap, bersin atau batuk. Apabila ada anggota yang dicemari virus seperti tangan menyentuh objek seperti mainan kanak-kanak, tombol pintu dan sebagainya dan kanak-kanak lain pula menyentuhnya dan memegang hidung. Ini adalah contoh perebakan yang sering berlaku.
Bagi kanak-kanak, taska, tadika dan pusat penjagaan menjadi lokasi merebaknya penyakit ini apabila kanak-kanak yang menghidap influenza tidak dikuarantin dengan baik iaitu kira-kira tujuh hari selepas demam.
Selain taska, tadika dan pusat penjagaan, mana-mana lokasi yang tertutup yang ramai orang seperti pusat membeli belah, pawagam, restoran dan pusat permainan kanak-kanak boleh menjadi lokasi merebaknya virus influenza. Selain itu taman tema air, kemudahan awam dan kolam renang awam juga sama.
WAJIB KUARANTIN 7 HARI, MAJIKAN PERLU PRIHATIN Sebaik-baiknya, kanak-kanak yang dijangkiti influenza perlu dikuarantin selama sekurang-kurangnya tujuh hari supaya mereka tidak menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.
“Selepas keluar dari wad, teruskan proses kuarantin di rumah dengan mengasingkan anak daripada ahli keluarga yang lain. Ibu, bapa atau penjaga perlulah kerap membasuh tangan dan mengamalkan adab dan tatacara bersih diri  yang baik seperti pemakaian tisu apabila bersin atau batuk.
 
“Untuk melindungi diri lagi dari terhidu titisan cecair pernafasan yang tercemar pemakaian alat pernafasan yang sesuai seperti topeng hidung dan mulut (mask) boleh membantu,” kata Dr Iqbal
Dalam tempoh tujuh hari ini, biar anak berehat di rumah dan kurangkan sentuhan fizikal dengan orang lain. Ini kerana mereka dalam proses pemulihan dan antibodi masih lemah. Jangkitan dan bakteria senang menghinggapi kanak-kanak dalam fasa ini. Para majikan perlu memberi kerjasama kepada staf yang bercuti kerana menjaga anak yang sakit akibat virus ini.
INFLUENZA SEPATUTNYA BOLEH DIELAK DENGAN VAKSIN Serangan influenza boleh dielak dengan cara mendapatkan vaksin. Vaksin influenza boleh diambil kanak-kanak yang berusia enam bulan ke atas. Vaksin influenza merupakan vaksin tahunan yg diambil setiap tahun untuk melindungi badan dari bahaya virus influenza yang sering bertukar sifat dari tahun ke tahun.
Pantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau the World Health Organisation (WHO) memastikan vaksin yang diambil sesuai dengan spesies virus influenza yand menular pada tahun tersebut.
Pada tahun pertama bagi mereka yg dibawah umur 8 tahun, vaksin ini terdiri daripada dua suntikan yang diberikan pada dua bulan berturut-turut. Namun bagi mereka yg umurnya 8 tahun keatas hanya satu suntikan di perlukan walaupun pada tahun yang pertama.

Konsep vaksin tahunan ini membuatkan vaksin influenza lain sedikit dari vaksin yang lain. Ibu bapa tidak perlu khuatir kesan sampingan kepada si manja kerana vaksin ini diperbuat daripada vaksin tidak aktif dan mati.
Terdapat dua jenis vaksin boleh diambil iaitu vaksin influenza 3 strain dan vaksin influenza 4 strain. Adalah juga dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin ini jika anda ingin membawa kanak-kanak ke negara-negara luar seperti Amerika Syarikat, Emiriyah Arab Bersatu dan sebagainya. Selain vaksin meningococcal yang sememangnya diwajibkan, vaksin influenza juga disyorkan kepada mereka yand ingin pergi ke tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadat haji atau umrah.

Sila bertanya dengan pakar perubatan untuk maklumat lanjut tentang vaksin influenza ini yang sememangnya boleh mencegah wabak influenza dari terjadi. Bukankah pencegahan lebih baik dari rawatan?
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Demam Lebih 38′, Mengigil & Sawan Antara Tanda Anak Dijangkiti Influenza, Perlu Ambil Vaksin Setiap Tahun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/demam-lebih-38-mengigil-sawan-antara-tanda-anak-dijangkiti-influenza-perlu-ambil-vaksin-setiap-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Boleh Nak Beranak Setiap Tahun Mahu Anak Ramai Emma Maembong Sedia Hamil Lagi

Kalau Boleh Nak Beranak Setiap Tahun Mahu Anak Ramai Emma Maembong Sedia Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 200 hits
Mahu memiliki anak ramai pelakon cantik Emma Maembong tidak menolak jika dianugerahkan rezeki hamil dalam masa terdekat ini Walaupun baru sahaja melahirkan anak kedua beberapa bulan lalu namun akui Emma dia bersedia kerana amat sukakan kelu...
Berkahwin Lebih 20 Tahun Tak Pernah Pun Merasa Sikit Kebahagiaan Patutlah Anak Anak Pun Ikut Perangai Suami

Berkahwin Lebih 20 Tahun Tak Pernah Pun Merasa Sikit Kebahagiaan Patutlah Anak Anak Pun Ikut Perangai Suami

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 302 hits
Andai kau ambik nyawaku beri aku sedikit rasa bahagia di akhir usiaku Sayangnya Allah pada aku sehingga usia aku saat ini tak penah rasai sekelumit pun bahagia walau sudah 20 tahun hidup di alam perkahwinan Nampaknya anak anak pun ikut pera...
Hiburan Bayi Setahun Mati Didera Ibu Muda Usia 16 Tahun Dan Bf 34 Tahun Antara Yang Ditahan

Hiburan Bayi Setahun Mati Didera Ibu Muda Usia 16 Tahun Dan Bf 34 Tahun Antara Yang Ditahan

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 299 hits
Memetik Astro Awani sembilan individu berusian 16 hingga 48 tahun telah ditahan pihak polis susulan daripada kes kematian seorang bayi lelaki berusia 12 bulan dipercayai akibat didera Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Pe...
Anemia Yang Teruk Antara Punca Bayi Dilahirkan Lebih Kecil Berbanding Bayi Normal Ini Risiko Yang Mama Perlu Tahu

Anemia Yang Teruk Antara Punca Bayi Dilahirkan Lebih Kecil Berbanding Bayi Normal Ini Risiko Yang Mama Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 265 hits
Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 2 5 kg hingga 3 5 kg tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama Bersaiz kecil berbanding usia kehamilan Berat lahir kurang daripada 10 perat...
Lepas Tujuh Tahun Bapa Masih Tunggu Penjelasan Kematian Anak

Lepas Tujuh Tahun Bapa Masih Tunggu Penjelasan Kematian Anak

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 252 hits
Yasmin RamlanSeorang bapa terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan sejak tujuh tahun lalu demi mendapatkan keadilan terhadap kematian anak lelakinya yang berusia 11 bulan ketika itu Mohd Nazri Mohd Yusof 45 berkata anaknya Wan Naufal Afe...
Anak Lelaki Emosinya Lebih Rapuh Perlu Lebih Perhatian Dari Ibu Ayah

Anak Lelaki Emosinya Lebih Rapuh Perlu Lebih Perhatian Dari Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 177 hits
Selalu kita rasa anak perempuan lebih memerlukan sokongan emosi Namun hakikatnya dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki betul ke Jom baca perkongsian artikel ini Emosi sensitif Sebagai ibu bapa hampir kebanyakan daripada kita meras...
Jadi Blank Dan Panic Anak Diserang Sawan Tiba Tiba Eyra Hazali Kongsi Detik Cemas

Jadi Blank Dan Panic Anak Diserang Sawan Tiba Tiba Eyra Hazali Kongsi Detik Cemas

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 217 hits
Anak kepada pelakon Eyra Hazali terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami serangan sawan secara tiba tiba ketika Eyra dan keluarganya berada di pusat membeli belah Tidak dapat dipastikan samada anak keduanya itu sedang demam atau ti...
Doa Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari Hidup Lebih Tenang Ceria

Doa Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari Hidup Lebih Tenang Ceria

papar berkaitan - pada 17/8/2023 - jumlah : 399 hits
Menjadi wanita ibu isteri pekerja ianya bukan lah sesuatu yang mudah Ada masa serabut stress emosi terganggu dengan pelbagai masalah Tapi kita kena kuat untuk lawan semua tu sebab anak anak keluarga perlukan kita hari ni Ainul nak kongsikan...
Warna Kulit Fizikal Jauh Beza Dengan Anak Lain Selepas 1 Tahun Baru Ibu Sedar Bayi Tertukar

Warna Kulit Fizikal Jauh Beza Dengan Anak Lain Selepas 1 Tahun Baru Ibu Sedar Bayi Tertukar

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 247 hits
Seorang wanita di Bogor Indonesia mendakwa bayi yang ditatang bagai minyak yang penuh selama setahun bukan anak kandungnya Siti Mauliah mengesyaki bayinya tertukar akibat kecuaian petugas kesihatan selepas bersalin di Hospital Sentosa di Ke...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord