Doa Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari Hidup Lebih Tenang Ceria


Menjadi wanita , ibu, isteri, pekerja ianya bukan lah sesuatu yang mudah. Ada masa serabut , stress, emosi terganggu dengan pelbagai masalah. Tapi kita kena kuat untuk lawan semua tu sebab anak anak keluarga perlukan kita. hari ni Ainul nak kongsikan doa bagus untuk wanita amalkan dan beberapa gaya hidup kita yang boleh kita tambah baik untuk hidup lebih baik

kajian syarikat media dan maklumat, Nielsen di Amerika Syarikat mengenai golongan paling tertekan di dunia yang dilaporkan di media kelmarin. Wanita Malaysia pada tangga ke-16 dengan hasil kajian mendapati 44% wanita termasuk dalam kumpulan ini.
“Apabila prestasi anak merosot, wanita cenderung untuk memarahi anak atau berleter kerana rasa bertanggungjawab, sekaligus meningkatkan tekanan perasaan, berbanding bapa yang lebih tenang memberi nasihat.”
“Wanita juga berusaha sedaya upaya menyelamatkan hubungan walaupun sudah tiada harapan. Jika keluarga bahagia, mereka sendiri mencetuskan tekanan termasuk curiga terhadap suami,” katanya.
Kajian antara Februari hingga April lalu membabitkan 6,500 wanita di 21 negara dengan wanita di India mendahului senarai berkenaan dengan 87%. Sebanyak 13.5 juta daripada lebih 27 juta penduduk di negara ini adalah wanita.

Tips Menjadi Wanita Tenang Tips ni saya dapat dari facebook yang saya rasa sangat bagus dan berguna untuk kita jadi wanita, isteri, ibu ,anak, pekerja yang lebih baik dan juga bantu kehidupan kita lebih tenang
1. Bangunlah seawal pagi. Kemas tempat tidur kita. Ini disiplin diri yang utama. Lepas tu segeralah mandi. Jika saya bangun jam 5 pagi, saya akan segera mandi. Jika saya sedar 5.30 pagi, saya pasti akan mandi. Sebelum buat apa-apa, mandi dahulu. Mandi sebelum Subuh ini adalah petua awet muda dan sihat tubuh badan. Amalkan berterusan mandi pagi ini.
2. Buatlah Solat sunat Tahajud. Dua rakaat atau empat rakaat. Solat tahajud adalah ruang ekslusif kita sengan Allah. Apa yang dimohon masa tahajud sama macam anak panah. Moga Allah tunaikan hajat kita yang sangat banyak. Usah jemu meminta dia dalam tahajjud.
3. Bacalah Al Quran sebelum masuk azan Subuh. Amalkan berterusan secara istiqamah. Walaupun hanya satu halaman Al Quran. Mula-mula berat juga, lama-lama dah jadi kebiasaan bagi yang konsistent. Sehingga Al Quran mendasari hidup kita. Cahaya peneman hidup:
4. Selepas solat Subuh baca Yassin. Yassin inibterlalu banyak manfaatnya. Bukan hanya dibaca pada malam Jumaat. Banyak kebaikan baca Al Quran terutama Yassin di awal pagi. Saya amalkan setiap hari bersama Kelab 7 Pagi. Alhamdulillah tanpa gagal kami membaca Yassin dapam Kelab 7 Pagi setiap hari. Alhamdulillah
5. Ini sangat dituntut iaitu Sedekah Subuh. Saya juga mengamalkannya melalui Kelab 7 Pagi. Masyaallah luar biasa kebaikannya. Sedekah Subuh diagihkan kepada rumah anak-anak yatim, sekolah tahfiz, ibu tunggal, orang-orang miskin dan seumpamanya.
6. Selawatlah kepada Rasulullah SAW. Baca sekurang-kurangnya 100 kali. Paling baik 1000 kali sehari. Sambil memandu boleh, sambil memasak boleh, menunggu di kaunter bank boleh, selepas solat fardu boleh. Inshaallah semua urusan hidup akan dipermudahkan jika kita rajin berselawat. Mahu apa saja, berselawatlah.
7. Jika masih ada ibu dan ayah, telefonlah mereka setiap hari. Jika mak ayah kita menggunakan smart phone, buat video call pun sangat bagus. Tengok wajah mak ayah yang menjadi pintu syurga kita. Minta berkat dan doa sebelum mula bekerja atau berniaga. Mohon ampun setiap hari, mohon restu dan doa mereka. Jika mak ayah kita telah tiada, telefonlah orang yang disayangi ibu ayah kita. Mungkin adik beradik ibu ayah kita.
8. Solat dhuha jangan tinggal. Wajib ditunaikan. 2 rakaat, 4 rakaat atau sehingga 12 rakaat. Waktu kita menjadi berkat, banyak urusan boleh dibuat dengan baik dalam waktu yang ditetapkan. Masa menjadi lebih panjang.
9. Amalkan solat sunat lain. Solat sunat Qabliah dan solat sunat Baadiah. Paling hebat sebelum Subuh. Umpama dapat dunia dan seisinya. Lepas tu sebelum dan sesudah Zohor. Kemudian tambah sikit-sikit sampai cukup 10 minimum sehari. Lagi banyak buat lagi bagus. Dikatakan jika solat sunat kita melebihi 40 rakaat sehari, nama kita akan dipadamkan dari senarai ahli neraka. Masyaallah
10. Buat briswalk setiap hari atau senaman ringkas. Sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Jika briswalk, 5000 step sehari. Atau apa-apa senaman yang sesuai dan kita suka.
11. Secara beransur-ansur, kurangkan jumlah makan. Atau tukar kepada pemakanan yang lebih sihat. Biar badan ringan untuk bergerak. Beribadat. Apa lagi pada usia yang semakin meningkat seperti saya ini.
12. Dengar paling kurang satu nasihat setiap hari. Hati kita milik Allah. Mudah berubah. Sekejap begitu sekejap begini. Dan kena selalu diingatkan. Carilah cara ingatkan diri sendiri dengan cara yang kita suka. Menasihati diri sendiri adalah cara yang paling yang paling baik sekali.
13. Cari ilmu jangan jemu. Tambah satu ilmu satu hari. Dengan teknologi serba canggih hari ini, dunia boleh diperolehi dengan mudah. Hanya melalui smart phone. Supaya kita sibuk dengan usaha untuk upgrade diri sendiri. Orang yang sibuk upgrade diri tak sempat nak lihat benda buruk pada orang lain. Baca buku. Lihat youtube, masuk seminar, dengar ceramah dan sebagainya. Saya banyak mengikuti kelas kelas pengajian di sana sini secara offline juga.
14. Saya suka bersilaturrahim. Berjumpa orang baru sangat banyak membahagiakan kita. Caribrakan-rakan yang baik dan panjangkan ikatan persaudaraan. Bisnes saya adalah bisnes silaturrahim. Bertukar ilmu, semanagat dan ilmu.
15. Saya amalkan bacaan Al Mulk setiap hari sebelum tidur. Ia akan menyelamatkan kita di alam barzakh nanti. Pasang Youtube dan follow bacaan. Lama-lama Surah Al Mulk dah ingat dan melekat dalam minda. Alhamdulillah
16. Jom sama-sama kita amalkan untuk hidup tenang dan bahagia. Sebagai wanita yang amat sibuk dengan urusan bisnes, saya sentiasa berusaha mencari masa dan ruang untuk istiqamah dengan amalan-amalan ini. Semoga Allah merahmati kita semua.
Antara yang saya amalkan setiap hari
1. Bangun awal pagi. dapat bangun 4-5 pagi tu sangat best. tenang je. dah bangun kita cuba buat solat tahajud
2.Briswalk setiap hari. ada m,asa 3km, ada 5km. ikut keadaan juga sebab tak push paksa diri sampai berpuluh kilo. dari nak tenang stress pulak.  enjoy je buat
briswalk dengan suami. sambil we time, gosip, gaduh hehe 3. jaga makan. kami agak strict bab makan ni. tapi tak la tak enjoy makan. cuma jarang makan benda yang tak sepatutnya
4. makan supplement untuk top up nutrisi yang badan kita perlu. penting tau !
5. jaga hubungan dengan keluarga, jiran, kawan kawan . syukur kami duduk dekat dengan keluarga. jadi senang nak jumpa mak ayah selalu
6. Bebas hutang. serabut stress bila hutang banyak, gaji tak naik. bila bebas hutang rasa lega sangat segala beban
Doa Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari. Hidup lebih Tenang Ceria Berikut merupakan 4 bacaan doa termasuk 3 daripadanya adalah untuk ketenangan hati.

1. Doa Bagus Untuk Wanita hindari rasa cemas
Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali.
Ertinya: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat.”

2. Doa Bagus Untuk Wanita agar hati tenang
Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.
Ertinya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

3. Doa agar hati tenang (Al Baqarah 250)
Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin.
Ertinya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

4. Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)
Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”
Setelah membaca doa-doa tenang hati tadi, anda juga boleh lakukan lima perkara ini untuk memulihkan suasana hati.
Pertama sekali anda boleh memgambil wuduk. Cara ini sememangnya dapat memberi ketenangan dengan serta merta.
Kedua anda boleh melakukan senaman ringan agar tubuh anda berada dalam keadaan aktif yang berperanan memberi ketenangan fikiran.
Seterusnya, anda cuba pratikkan teknik pernafasan untuk menenangkan diri. Ini sangat membantu bagi melepaskan mood negatif dalam diri.
Keempat, anda sebaiknya disarankan minum air sejuk untuk membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyejukkan fikiran.
 
Jom jadi wanita yang tenang Gembira dan Berjaya Kita sendiri yang boleh ubah diri kita. jangan biarkan diri kita jadi mangsa, kena buli. jom bangkit wanita dan melompat lebih tinggi
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
The post Doa Bagus Untuk Wanita Amalkan Setiap Hari. Hidup lebih Tenang Ceria appeared first on Ainul Mustafa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ainulmustafa.com/doa-bagus-untuk-wanita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Kecantikan 3 Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan

Tips Kecantikan 3 Doa Yang Bagus Untuk Wanita Amalkan

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 224 hits
Wanita dan kecantikan berpisah tiada Memang lumrahnya manusia sukakan kecantikan tidak kisah wanita mahu pun lelaki Namun untuk wanita mesti lebih lebih lagi kan Jadi artikel kali ini santai santai sahaja Saya ingin kongsikan 3 doa yang bag...
Doa Sebelum Memulakan Sesuatu Perkara Pekerjaan Atau Perniagaan Untuk Amalan Setiap Hari

Doa Sebelum Memulakan Sesuatu Perkara Pekerjaan Atau Perniagaan Untuk Amalan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 226 hits
Setiap perbuatan atau memulakan sesuatu kerja kita akan mulakan dengan bismillah disusuli dengan doa Kita mohon kepada Allah supaya memudah segala urusan yang kita lakukan Berdoa juga mengingatkan kita bahawa segala yang berlaku adalah deng...
Lagi Wanita Diganggu Stalker Hidup Ketakutan Sejak November 2021

Lagi Wanita Diganggu Stalker Hidup Ketakutan Sejak November 2021

papar berkaitan - pada 11/8/2023 - jumlah : 182 hits
Tangkap layar hantaran Whatsapp diterima seorang wanita daripada seorang lelaki yang menganggunya secara maya sejak November 2021 PETALING JAYA Selepas dua kes gangguan seksual didedahkan Kosmo seorang lagi wanita berusia 30 tahun tampil me...
Himpunan Doa Hari Jumaat Dan Waktu Mustajab Berdoa

Himpunan Doa Hari Jumaat Dan Waktu Mustajab Berdoa

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 302 hits
Salam Jumaat Hari Jumaat merupakan hari yang istimewa diberi gelaran Sayyidul Ayyam penghulu segala hari lebih bermanfaat daripada hari lain dalam seminggu Kelebihan hari Jumaat dapat difahami melalui Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud Ses...
Kes Penceraian Di Arab Saudi Melonjak Lebih 350 000 Seiring Dengan Peningkatan Ekonomi Wanita

Kes Penceraian Di Arab Saudi Melonjak Lebih 350 000 Seiring Dengan Peningkatan Ekonomi Wanita

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 182 hits
RIYADH Arab Saudi Lebih 350 000 perkahwinan di Arab Saudi berakhir dengan perce raian pada tahun lalu demikian menurut Laporan Wanita Saudi 2022 seperti dilaporkan akhbar The National kelmarin Menurut laporan tersebut kadar perceraian terti...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation