Delegasi Mb Kedah Ke Bangkok Tinjau Peluang Kerjasama Ekonomi Dengan Thailand






KENYATAAN MEDIA

LAWATAN KERJA YAB DATO’ SERI HJ. MUKHRIZ TUN MAHATHIR
MENTERI BESAR KEDAH DARUL AMAN KE BANGKOK, THAILAND 26 - 28 NOVEMBER 2018


“ MENJALIN HUBUNGAN DEMI KEMAKMURAN BERSAMA ”


1. Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir akan melakukan lawatan kerja ke Bangkok, Thailand selama tiga hari bermula Isnin, 26 November 2018 bagi memperkukuhkan hubungan serta meninjau
peluang pelaburan dan perdagangan dua hala antara Kedah dan Thailand.

2. Delegasi Kerajaan Negeri turut dianggotai Yang Berhormat Tan Kok Yew, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dan Yang Berhormat Ir. Zamri Yusof, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Negeri.

3. Selain itu, Haji Abdul Rahman Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, Dr Muhammad Mahadi Mohamad, Ketua
Pegawai Eksekutif Menteri Besar Kedah Incorporated dan Encik Muhamad Mahazi
Ibrahim, Pengarah Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri.

4. Lawatan kerja ini berlangsung dua minggu selepas YAB Menteri Besar, semasa pembentangan Bajet Kedah 2019, menyatakan kesungguhan Kerajaan Negeri untuk meneroka dan memperkasa potensi ekonomi Negeri Kedah dengan melebarkan jaringan perdagangan dan pelaburan, khususnya dengan menarik modal asing ke kawasan perindustrian baharu Kota Perdana di Special Border Economic Zone dan Kedah Science and Technology Park di Bukit Kayu Hitam.

5. Lawatan ini menyusuli lawatan rasmi Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad ke Bangkok sebulan yang lalu, yang telah
membangkitkan minat industri, pelabur dan Kerajaan Thailand untuk meningkatkan
usahasama dengan Malaysia, terutamanya bersama negeri-negeri sempadan, khususnya Kedah.

6. Selain negeri-negeri jiran, Kedah melihat prospek kerjasama ekonomi yang luas dengan Thailand, khususnya di daerah utara negeri ini dan Wilayah Selatan Thailand yang sedang membangun dengan pesat.

7. Kerajaan Negeri Kedah berminat menerokai pelbagai bidang dengan Thailand, terutamanya dalam perdagangan, jana tenaga, pelaburan industri
berteknologi tinggi dan pertanian.

8. Semasa di Bangkok, YAB Menteri Besar dan rombongan dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga Thailand, Dr Siri Jiraponghan. Turut dijadualkan adalah pertemuan dengan Encik Prachai Leoparat, Ketua Pegawai Eksekutif PTI Polene Power; Encik Kun Aswin, Ketua Pegawai Eksekutif BJC / Big C, rangkaian peruncit terbesar di Thailand.

9. Selain itu, delegasi Kerajaan Negeri akan mengadakan pertemuan dengan Dewan Perniagaan Malaysia-Thailand sebelum ke Rayong untuk berbincang dengan pengurusan kanan PTT Global Chemical, syarikat petroleum, tenaga dan
petro-kimia.

10. Hasil lawatan kerja ini diharap dapat membawa kemakmuran kepada rakyat Negeri Kedah dan Thailand melalui perkongsian sumber, modal, teknologi dan tenaga kerja.

Pejabat Menteri Besar Kedah
Wisma Darul Aman
Alor Setar, Kedah
Tarikh : 25 November 2018

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mukhrizmahathirfc.blogspot.com/2018/11/delegasi-mb-kedah-ke-bangkok-tinjau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Delegasi Kerajaan Kedah Bertemu Menteri Tenaga Thailand Di Bangkok

Delegasi Kerajaan Kedah Bertemu Menteri Tenaga Thailand Di Bangkok

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 388 hits
Delegasi Kedah malam tadi mengadakan pertemuan dan makan malam bersama Menteri Tenaga Thailand Dr Siri Jiraponghan dan para pegawai kanan kementerian Delegasi Kerajaan Negeri Kedah di ketuai oleh Menteri Besar YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun M...
Hari Kedua Syarikat Syarikat Thailand Dijemput Tinjau Potensi Pelaburan Di Kedah

Hari Kedua Syarikat Syarikat Thailand Dijemput Tinjau Potensi Pelaburan Di Kedah

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 336 hits
27 November 2018 Menteri Besar Kedah YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir bertemu dengan Mr Prachai Leophairatana CEO Chairman of the Board of TPI Polene Power Syarikat telah memohon untuk berkerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi mem...
Kedah P Pinang Hasrat Wujudkan Kerjasama Belia Dan Sukan Yb Asmirul

Kedah P Pinang Hasrat Wujudkan Kerjasama Belia Dan Sukan Yb Asmirul

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 502 hits
Pembangunan sukan bagi negeri Kedah dan Pulau Pinang akan dilipatgandakan melalui usahasama yang akan dilaksanakan tidak lama lagi Demikian dinyatakan oleh Exco Belia dan Sukan Negeri Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris Jelas beliau lagi beberapa...
2019 Mitsubishi Triton Gets Official Release In Bangkok Thailand

2019 Mitsubishi Triton Gets Official Release In Bangkok Thailand

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 347 hits
Mitsubishi carmaker recently unveiled the brand new 2019 Triton during a special event held in Bangkok Thailand Locally it is known as the 2019 Mitsubishi L200 As we can depict from the photos below the 2019 Mitsubishi Triton looks extremel...
Tempat Makan Halal Di Bangkok Thailand Yang Sedappp

Tempat Makan Halal Di Bangkok Thailand Yang Sedappp

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 489 hits
Ramai yang risau susah nak cari temoat makan halal di Bangkok Sebenarnya Bangkok ada banyak sangat tempat tempat makan halal Tinggal pilih ikut selera dan bajet je Tempat Makan Halal Di Bangkok Yang Sedap 1 Saman Islam Kalau shopping di Cha...
Bertemu Forum Silaturahim Alumni Mesir Prabowo Singgung Masalah Ekonomi Bangsa

Bertemu Forum Silaturahim Alumni Mesir Prabowo Singgung Masalah Ekonomi Bangsa

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 367 hits
Puluhan alumni yang berasal dari universitas di timur tengah itu berdialog dengan Prabowo untuk membahas masalah bangsa sekaligus mendeklarasikan dukungan Pilpres kepada Prabowo Sandi
Otorita Danau Toba Gandeng Bank Indonesia Kembangkan Potensi Ekonomi Desa

Otorita Danau Toba Gandeng Bank Indonesia Kembangkan Potensi Ekonomi Desa

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 286 hits
Jika kawasan wisata Danau Toba maju maka ekonominya pertaniannya UMKM nya dan masyarakatnya juga akan maju secara keseluruhan Itu yang kita semua harapkan melalui program ini
Kampanye Ke Daerah Sandiaga Lebih Banyak Ditanya Isu Ekonomi Daripada Soal Ham

Kampanye Ke Daerah Sandiaga Lebih Banyak Ditanya Isu Ekonomi Daripada Soal Ham

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 307 hits
Cawapres nomor urut 02 Sandiaga Salahuddin Uno menjelaskan bahwa masalah Hak Asasi Manusia juga disoroti dirinya bersama Prabowo Subianto dalam visi misi capres cawapres Namun menurutnya tak mungkin menyuarakan soal HAM bila dirinya bersafa...
Kerajaan Pakatan Harapan Guna Pendekatan Tiga Teras Baiki Ekonomi

Kerajaan Pakatan Harapan Guna Pendekatan Tiga Teras Baiki Ekonomi

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 335 hits
Foto FMTGEORGE TOWN Kerajaan Pakatan Harapan akan mengguna pakai pendekatan tiga teras dalam usaha membaiki ekonomi negara untuk memberikan keyakinan kepada pelabur dan meningkatkan mutu kehidupan rakyat Loading Menteri Kewangan Lim Guan En...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Can Schools Build Karakter

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mca To Field Local Candidates For Sabah Polls Wee

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Redha Seorang Ibu

Pelajar Pasti Al Barakah Maran Berusia Enam Tahun Wakili Pahang Dalam Acara Khutbah Alam Ria Pasti Kebangsaan

Jadi Best Seller Meme Koleksi Editan Foto Fery Suriadi Ini Sangat Fenomenal

Kuewtiaw Kerang Untuk Minum Petang

Iya Kalau Numpang Negeri Orang Mesti Nak Tunjuk Pandai Lebih

Pm Anwar Sokong Usaha Perdamaian Pakistan Afghanistan