Deko Dinding Ruang Tamu Dengan Frame Kaison


Suka betul tengok rumah yang kemas dan cantik. Walau saya bukanlah jenis yang pandai berdeko. Tapi bila tengok idea orang lain deko rumah, saya belajar sikit-sikit dengan ceduk idea diorang.
Teringin nak buat cantik-cantik macam tu. Macam inilah kalau tak dikurniakan bakat mendeko semulajadi. Makanya cari-cari idea yang sesuai dengan rumah sendiri.
Kosong nampaknya dinding ni. Perlukan perubahan nampaknya.
Saya yakin korang pun ada yang follow group di Facebook. Saya suka melawat ke group diorang ni. Kalau tak cari idea pun, suka cuci mata tengok kekemasan rumah masing-masing.
https://www.facebook.com/groups/IKEAdeko/ Kelab Kaki Deko https://www.facebook.com/groups/decodapur/ Banyak yang mendeko dari barangan Kaison, Mr DIY, Ikea, Kedai Eco. Tak kisahlah kedai apapun, walau harganya murah tapi kalau kene gayanya, memang cantik!!! Dan 2 minggu lepas dapatlah jejak kaki kat Kaison.
Ku lihat hijau. Segar mata memandang. Orang lelaki tak faham semua ni, tetiba….hahaha
Pokok pisang pun ada, harganya RM179. Tak beli sebab bajet untuk awak takdelah.
Dari rumah lagi dah aim beli frame dengan motif gambar daun. Apa motif ?? Memang trend dah sekarang ni hias rumah dengan pokok pisang, daun monsterra, frame pun daun, alas meja daun dan gantung juraian kehijauan.
Laki saya dah bising, buat semak je katanya. Jadi tempat nyamuk bersarang. Ishh tak up to date betul laki ai ni. Hahaha tak boleh blah kata nyamuk bersarang. Hmm nyamuk pun tau tu pokok tipu bang hahaha.
Pekakkan telinga je Jemah. Beli je frame 2 ketul ni. Hmm amacam ok tak?? Simple and nice kan??. Saya dah bajet nak gantung kat mana, berapa ketul frame yang sesuai untuk digantung kat dinding ruang tamu. Sambil cari frame yang sesuai, sambil cuci mata.
Kaison Paradigm Mall Bakul ni dalam RM30++ harganya. Lek lu, survey hat lain dulu
Ha pokok viral dan trend sekarang. Inilah dia idaman mak-mak. Yang kiri tu RM6.90, yang merimbun tu RM12++.
Hmm syok sebab waktu ni orang tak ramai. Almaklumlah saya pergi ni weekdays. Nak abiskan cuti tahun lepas . Wah best sebab boleh pilih lama-lama dari satu shelf ke shelf. Selalu anak-anak ada sekali, memang tak khusyuk nak shopping lelama hahaha.
Idea dalam kepala ni macam-macam nak buat. Tapi fikir bajet yang ada, makanya kita hias sikit-sikit. Kata orang minimalis aje dahla. Sedap mata memandang dan tak susah nak kemas.
Lama dah kita cari awak, kat IG mahal sangat. Ada yang 3 pcs RM199, hampir nak terbeli dah. Tapi duk fikir singgah Kaison lah dulu. Ha ada pun awak ya. Baru RM19 harganya.
Ingat nak beli 3 keping, tapi fikir nak letak pun macam space dinding tak mengizinkan. Makanya beli 2 sudah
Dalam banyak-banyak frame, yang ni pilihan hati saya. Nampak simple, kemas dan elegan. Tak sabar nak gantung kat ruang tamu.
Niat hati nak beli bakul tu nak gantung kat dinding. Letak pulak pokok berjurai. Tapi tengok harga boleh tahan juga. Makanya next time lah. Beli pokok jurai je dulu.
Singgah Mr DIY Lepas dah settle kat Kaison, singgah pulak di Mr DIY. Nak beli penyangkut kunci. Beli yang murah dan comel. Taraa sesuai pulak depa berdua ni welcome, home. Murah je tak sampai RM10 pun dua-dua ni.
Ini pulak tempat gantung kunci. Kunci yang kerap pakai letak kat sini. Yang jarang pakai tu gantung kat dalam box
Bajet tak sampai RM10 hengget. Beli yang murah je sudah
Bila dah sampai rumah, terus bertukang nak gantung frame Kaison. Hmm bolehla lihat sebelum dan selepas deko. Barulah ada serinya kan. Hmm terus rasa nyaman pulak bila nampak daun menghijau .
Macam nilah baru semangat nak maintain kemas rumah. Walau anak 5 orang, tapi dah ajar diorang jaga rumah walaupun tak sekemas mana. Janji masing-masing bolehlah tolong ibu kemas mana yang patut.
Pokok berjurai tu kita gantung macam tu dulu, tunggu ada bajet kita beli bakul atau shelf yang menarik untuk sangkut kat pokok ni pulak
Tahun ni pakai lagi langsir yang sama, langsir ni beli dan tempah di Nagoya. Dah almost 3 tahun umurnya. Moga panjang jodoh kita wak
(36)
The post Deko dinding ruang tamu dengan frame Kaison appeared first on Ajumohit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ajumohit.com/2019/03/deko-dinding-ruang-tamu-dengan-frame-kaison.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
That Rabbit Looks So Real Kreatifnya Anzalna Deko Bilik Anak Buat Sendiri Lukisan Hiasan Dinding

That Rabbit Looks So Real Kreatifnya Anzalna Deko Bilik Anak Buat Sendiri Lukisan Hiasan Dinding

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 354 hits
Setelah 3 tahun menanti Anzalna mengumumkan kehamilannya pada Januari lalu ketika kandungan mencecah usia 4 bulan Bakal ibu ini telah membuat persiapan untuk kamar si kecil Anzalna yang telah diketahui berbakat dalam seni lukis telah berkon...
Ruang Kabin Kapal Selam German Tahun 1917

Ruang Kabin Kapal Selam German Tahun 1917

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 484 hits
Kapal Selam jenis SM UB 110 merupakan sebuah kapal selam milik German yang telah karam dan dinaikkan pada tahun 1018 Dibina oleh Blohm Voss of Hamburg pada 1 September 1917 dan kapal selam ini beroperasi sehingga musim panas sekitar tahun 1...
Nest Pusat Sehenti Ruang Kerja Tempat Makan

Nest Pusat Sehenti Ruang Kerja Tempat Makan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 356 hits
NEST tampil dengan konsep 2 1 gabungan ruang kerja praktikal dan restoran dalam satu bumbung Ironinya jenama ini mula dilancarkan selepas menyedari bahawa peredaran zaman tidak harus terikat dengan budaya kerja tradisional semata mata Team ...
5 Negara Ini Melarang Boeing 737 Max 8 Melintas Di Ruang Udaranya

5 Negara Ini Melarang Boeing 737 Max 8 Melintas Di Ruang Udaranya

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 287 hits
Tragedi ini nyatanya memberikan efek domino terhadap pemakaian Boeing 737 Max 8 Bahkan negara negara yang tidak memiliki Boeing 737 Max 8 pun ikut melarang pesawat tersebut melintas di ruang udaranya
Beri Saya Ruang Atikah Suhaime Akur Keputusan Keluarganya Mahu Perkahwinan Dibatalkan

Beri Saya Ruang Atikah Suhaime Akur Keputusan Keluarganya Mahu Perkahwinan Dibatalkan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 413 hits
Atikah akur dengan keputusan keluarga dan menghormati Awi serta keluarganya PELAKON Atikah Suhaime mengakui sebagai wanita dia berasa kecewa apabila majlis perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael dibatalkan hanya beberapa hari sebelum ia ...
Romahurmuziy Kena Ott Kpk Ruang Kerja Ketum Ppp Dijaga Pamdal Dpr

Romahurmuziy Kena Ott Kpk Ruang Kerja Ketum Ppp Dijaga Pamdal Dpr

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 262 hits
Petugas Pamdal berseragam biru berjaga di balik pintu bernomor 1537 tersebut Awak media yang hendak mengambil gambar tidak diperkenankan masuk ke dalam ruangan Romi
Penyidik Kpk Segel Kamar Tidur Dan Ruang Kerja Di Rumah Romahurmuziy

Penyidik Kpk Segel Kamar Tidur Dan Ruang Kerja Di Rumah Romahurmuziy

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 376 hits
Hampir dua jam penyidik Komisi Pemberantasan Korupsi melakukan penggeledahan di kediaman Ketua Umum PPP Romahurmuziy alias Rommy di Jalan Batu Ampar III Kramatjati Jakarta Timur Penggeledahan tersebut merupakan kelanjutan atas tertangkapnya...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah