Nest Pusat Sehenti Ruang Kerja Tempat Makan
NEST tampil dengan konsep 2+1, gabungan ruang kerja praktikal dan restoran dalam satu bumbung.
Ironinya jenama ini mula dilancarkan selepas menyedari bahawa peredaran zaman tidak harus terikat dengan budaya kerja tradisional semata-mata.
Team 3Rasa.Com dijemput menghadiri pelancaran NEST, sebuah konsep fusion Makan Minum (F&B) dan Ruang Kerja Kolaborasi yang seumpamanya di negara ini.
Bertempat di The Curve, Mutiara Damansara, pelancaran oleh Trade.io dan The GreatFUN Group itu mengenengahkan tagline 'Apa Sahaja yang Anda Lakukan, Lakukannya di Sini',
NEST ialah hasil idea bernas dari dua organisasi, The GreatFUN Group yang berlatar belakangkan 30 tahun pengalaman dalam industri F&B dan telah melancarkan beratus-ratus rantai makanan yang berjaya di rantau ini; dan Trade.io yang mahir dalam dunia kewangan dan teknologi kewangan (fintech).
Konsep ruang kerja kolaborasi sebagai sebuah model perniagaan telah dicetuskan oleh Brad Neuberg sewaktu beliau menerajui budaya kerja kolaborasi di San Francisco.
Sejak itu, kerja kolaborasi telah mendapat banyak sambutan terutamanya disebabkan oleh ruang yang tidak mencukupi di negara-negara seperti China, India, Singapura, Hong Kong, dan juga berpunca dari kemahuan dari golongan tenaga kerja pada zaman serba moden ini.
Pengarah Eksekutif The GreatFUN Group, Tan Tian Jing berkata, NEST berasal dari perkataan akar bahasa Jerman dan Latin, nidus.
"Selari dengan itu, matlamat kami ialah supaya NEST untuk berfungsi sebagai tempat pertemuan bagi bertukar pendapat, idea dan pengalaman. Oleh itu, menggabungkan F&B ke dalam konsep ruang kerja kolaborasi telah melengkapkan lagi objektif ini.
"Bukan sahaja ia menggabungkan tabiat kerja rakyat Malaysia di mana bermesyuarat sambil makan tengahari adalah menjadi sebuah kebiasaan, di mana kita semua tahu bahawa makanan adalah sebahagian penting daripada gaya hidup tempatan.
"Namun, ia juga sangat mudah untuk mempunyai aneka pilihan makanan dan minuman yang hanya beberapa langkah sahaja dari meja kerja anda. Jika anda inginkan, ia juga boleh dibawa ke meja anda," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangunan Perniagaan Trade.io, Terence Tan Kok Ping berkata, banyak ruang kerja kolaborasi terutamanya di negara Barat dibina buat segmen kreatif dan teknologi.
"Justeru, ini telah mendorong kami untuk mencari kelainan. Sebagai salah satu daripada strategi jangka panjang, Trade.io akan menyumbang kepakaran kami sebagai institusi kewangan generasi baharu berdasarkan teknologi blockchain.
"Hasrat kami adalah untuk menggalakkan budaya celik kewangan di samping pendidikan kewangan dan teknologi kewangan (fintech)," katanya.
Bekerja - Bertemu- Berbual- Makan - Minum- Bersantai
Menepati taglinenya NEST direka untuk berfungsi sebagai ruang kerja kolaborasi sehenti untuk anda berkerja, bertemu, berbual, makan, minum dan bersantai.
Dengan idea hebat itu, NEST dilihat menepati inspirasi dunia perniagaan masa kini. Tanpa pejabat, usahawan dan pekerja bebas boleh merangka pelbagai urusan bisnes bersama pelanggan.
Terdiri daripada Work@Nest, ia menyediakan enam perkhidmatan bagi tujuan melancarkan urusan perniagaan.
Pilihan harga berpatutan terdiri daripada:Pas HarianMeja Umum @ hot desksMeja TetapSuite Peribadi Bilik MesyuaratRuang AcaraSelain itu, pengguna juga dapat menikmati kelebihan seperti akses harian ke kemudahan serba lengkap seperti sambungan internet pantas, perkhidmatan meja hadapan, sokongan IT, ruang umum yang unik, pembersihan harian, pengendalian surat-menyurat dan pakej penghantaran, serta bekalan kelengkapan pejabat.
Manakala, Eat@Nest pula menawarkan variasi makanan 'fusion' iaitu menu cuisine daripada serata dunia.
Jenis F&B yang disediakan ialah:GAJAH : hidangan Asia Tenggara dan asli daripada juadah Indonesia, Thai dan MalaysiaPizzazone : tema makanan Itali yang direkacipta semula dengan rasa tempatan.Quick Fix Coffee Bar: servis pantas dengan kopi segar, pelbagai sandwice dan snek.Tail & Fin: sebuah restoran fusion Jepun yang tawarkan poke bowl, burrito sushi.
Sebagai manfaat tambahan, 30% daripada jumlah yuran langganan ruang yang disewa akan ditukarkan kepada kredit makanan untuk digunakan di mana-mana jenama F&B NEST. Restoran-restoran ini juga boleh dilawat pada bila-bila masa bukan sahaja oleh golongan pekerja, tetapi juga dibuka kepada orang ramai.
Maklumat lanjut layarii www.nesting.my.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.3rasa.com/2019/03/nest-pusat-sehenti-ruang-kerja-tempat.html