Deko Dinding Dengan Wallpaper Dari Kedai Eco
Wah..siap projek suami isteri semalam pasang wallpaper dinding dalam bilik kitaorang. Beli wallpaper kedai ECO saja. Murah pun murah. Senang nak tampal sebab dah siap gam kat belakang. Cuma buka & tampalkan sahaja. Cuma kena teliti sikit masa nak tampal supaya tak ada gelembung-gelembung angin. Kena pastikan rata.
Kisahnya nak pasang wallpaper dinding dalam bilik memandangkan kat dinding dalam bilik kitaorang dah kotor sebab mr hubby suka tidur menyandar kat dinding tu. Masa nak tidur tu elok je baring atas tilam. Tengok esok pagi, dah belakang dia menyandar kat dinding. Jadi kotor tu agaknya bila k.fiezz tutup aircond pagi-pagi time nak pergi kerja, mr hubby berpeluh. Lama-lama dia jadi kotor hitam-hitam kat dinding tu sebab dah lama sangat berkumpul. hehe.
Beli Wallpaper Kedai ECO
Nak beli wallpaper ni pun satu hal juga sebab tak pernah ada pengalaman pasang-pasang wallpaper ni,hah. Nak beli wallpaper kat mana pun tak tahu. Tanya kawan pejabat k.fiezz mana nak beli. Kawan k.fiezz suggest joint group di Facebook - Group Kemas Rumah. Dalam tu ramai berkongsi masing-masing punya dekorasi rumah. Jadi mungkin k.fiezz boleh cari info dalam group tu. Sambil tu tanya juga dengan adik sepupu k.fiezz. K.fiezz pernah tengok kat whatsapp status, husben dia rajin mendeko rumah. Pernah lah nampak suami dia pasang wallpaper kat rumah, dia share dalam whatsapp status. Tu yang tanya dia. Adik sepupu k.fiezz cakap dia beli wallpaper kedai eco je. Good idea. Murah pun murah. Jadi misi terjah ECO cari wallpaper. hehe. Kebetulan baru tahu ada kedai ECO dekat dengan area rumah kitaorang. Laju ajak mr hubby. Nasib mr hubby pun onz.
Hasil cari punya cari wallpaper kedai eco masa tu, tak banyak sangat pilihan design yang berkenan. Jadi k.fiezz pilih corak ni. Sebabnya malas nak kena adjust beria sangat Ambil corak yang tak perlu nak kena adjust ikut corak. Pilih corak asbstrak macamni, senang.
Ni hasilnya selepas di pasang semalam. Puas hati weii. Nampak cantik dah pasang wallpaper dinding dalam bilik ni. Suka pula keluar masuk bilik..haha. Dasar sangat,kan.
Ni sebelum. sorry tak nampak yang part kotor kat dinding tu. Masa ni mr hubby tengah duk pasang wallpaper. Dia cekci masa pasang ni. hehe. Tu yang kena cover.
Besar Tak Saiz Wallpaper Kedai Eco
Segulung wallpaper kedai Eco ni panjang. Macam dinding bilik kitaorang ni, wallpaper untuk segulung tu sikit lagi nak sampai ke bawah. Bahagian bawah tu kena top up sikit lagi. Kitaorang beli 9 gulung wallpaper dari kedai ECO ni, cukup sampai penuh dinding tepi yang kitaorang lekat wallpaper ni termasuk untuk top up bahagian bawah. Sebenarnya masa beli tu tak tau pun exact saiz wallpaper kedai ECO ni. Main beli je. Kalau kata tak cukup ke apa, memang kena top up lah ceritanya.
Alhamdulillah. Memang ngam-ngam lah 9 gulung wallpaper yang kitaorang beli ni
Projek Sukses Pasang Wallpaper Dinding
So projek pasang wallpaper dinding dalam bilik dah berjaya jadi lepas ni aiming nak pasang wallpaper dinding kat ruang makan atau ruang tamu pula. hehe. Mr hubby cakap KIV dulu. Penat dia pasang wallpaper ni semalam pun tak hilang lagi. Dia cakap menyesal berjanji dengan k.fiezz. Haha. Mana tak, lepas beli wallpaper kedai ECO ni, mr hubby ambil masa 2-3 minggu baru dia buat. Sebab dia bukan sejenis rajin nak buat benornya. Tapi sebab dah ter cakap dengan bini dia ni jadi dia kena buat lah juga. haha..Hari-hari bini dia duk bercakap bila nak pasang wallpaper?bila nak pasang wallpaper?Kalau dah pasang wallpaper, ada tempat bini dia yang suka bergambar ni ber photoshoot. Haha.
Semalam baru kerajinan dia sampai nak pasang wallpaper dinding dalam bilik ni. haha. 2 jam juga nak menyiapkan pasang wallpaper kat dinding ni, hah. Tidur semalam ngadap dinding lawo. haha. Over
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/03/Deko-Dinding-Dengan-Wallpaper-Dari-Kedai-ECO.html