Apa Ada Pada Kedai Runcit


KEDAI runcit mengikut persepsi generasi pasca merdeka hanyalah kedai yang menjual barang keperluan harian. Kedai-kedai runcit yang mereka lazim kunjungi adalah kedai runcit Cina dan India.

Kedai-kedai ini antaranya menjual beras, gula, tepung, lada, bawang, biskut, peralatan dapur, besen, terompah dan jajan. Kedai-kedai runcitnya pula gelap dan sempit.

Bagaimana dengan kedai runcit Melayu? Kalau ada pun kedai runcit Melayu, pandangan ketika itu ialah, kedai runcit Melayu biasanya akan bankrap kerana ramai pelanggannya tak bayar hutang. Begitulah ceritanya. Kerana itu, bisnes kedai runcit tidak dilihat sebagai sebuah bisnes yang menarik.

Sehingga ke hari ini, tak ramai orang Melayu yang minat mahu buka kedai runcit. Mereka lebih gemar buka kedai dandan rambut, kedai komputer, kedai makan, kedai servis kenderaan dan butik. Ramai tak tahu bahawa bisnes peruncitan menjana pendapatan besar.

Pada tahun 2019, nilai bisnes peruncitan ialah RM112 bilion. Sayangnya, 60 peratus pendapatan bisnes runcit itu dibolot oleh pelabur-pelabur asing. Pasar raya yang besar kecuali Mydin pada hari ini kesemuanya kepunyaan asing.

Pada tahun 80-an, muncul pasar raya yang dikenali hypermarket. Nama seperti Hankyu Jaya, Makro dan Carrefour membuka premis mereka yang besar-besar hingga timbul tanggapan bahawa hypermarket ini akan menelan kedai-kedai runcit. Kemudian timbul pula nama-nama seperti Aeon dan Tesco.

Kedai-kedai runcit tradisional nampaknya kalah dengan kehebatan hypermarket sehinggalah apabila 7-Eleven pertama dibuka di Bukit Bintang pada tahun 1984. Kedai serbaneka 24 jam itu mengubah persepsi kedai runcit. Perlahan-lahan imej kedai runcit persendirian makin malap bila banyak pihak membuka rangkaian kedai runcit yang cantik, bersih dan terang benderang.

Pada hari ini, carian di internet mendapati di Malaysia terdapat 2,413 kedai 7-Eleven, 99 Speedmart (1,880), Family Mart (243), Econsave (95), KK Supermart (63), Lesong Mart (33), Ikhwan Mart 27 dan Elewsmart (21). Itu tidak termasuk ratusan lagi rangkaian kedai Aceh di merata pelosok negara.

Pada musim PKP hari ini, kedai-kedai runcit moden ini menjadi alternatif untuk kita pergi berbelanja. Malah, kedai-kedai runcit tradisional Cina, India, Melayu serta kedai Aceh menjadi tumpuan kembali kerana pembeli tidak suka beratur panjang mematuhi SOP sebelum dapat memasuki pasar raya.

Sejak permulaan PKP pada 2020, kedai runcit dibenarkan terus membuka perniagaan kerana ia menyediakan barangan keperluan. Justeru, kedai-kedai ini terus stabil mendapat pulangan yang menguntungkan. Malah, dalam tempoh PKP ini banyak rangkaian kedai runcit terus berkembang.

Contohnya, rangkaian kedai runcit Elewsmart kepunyaan pendakwah Ebit Lew mula membuka cawangan pada musim PKP pada tahun lalu. Baru setahun jagung, ia sudah mempunyai 21 buah cawangan.

Inilah antara sektor bisnes yang masih rancak, yang boleh menjana ekonomi lokal. Para pengguna yang berada di hujung ekosistem peruncitan memainkan peranan menghidupkannya.

Cuma yang peliknya, mengapa pihak kerajaan masih membenarkan pasar raya syarikat asing menguasai bisnes peruncitan walhal orang Malaysia juga boleh menjual kesemua barangan ini.

Pemilikan lokal dalam sektor ini penting diseimbangkan sama ada dengan mengurangkan kepentingan syarikat asing atau membuka ruang kepada pemain tempatan yang ada membesarkan bisnes untuk setanding dengan pemain luar. Dengan perubahan ini, baharulah pendapatan di sektor peruncitan tidak mengalir keluar.

Lebih-lebih lagi bila dunia belum pasti apakah Covid-19 berjaya diperangi meskipun jutaan tiub vaksin sudah bereda ke merata dunia. Sektor ini pula membabitkan food security yang menjadi kebimbangan banyak negara kerana food security yang lemah boleh mengakibatkan kebuluran. Justeru, semangat ‘kita jaga kita’ dalam soal makan minum, wajar menjadi prioriti negara.

Oleh:  Norden Mohamed


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/02/apa-ada-pada-kedai-runcit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket

Kedai Runcit Halal Di Nishi Chiba My Outlets The Halal Supermarket

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 270 hits
Komuniti Muslim di kawasan Chiba khususnya pelajar atau pekerja asing yang beragama Islam di sini pasti akan lebih yakin kalau membeli di kedai runcit halal di Nishi Chiba ini Ia dibangunkan dengan kerjasama NPO untuk memberi servis dan pro...
Design Logo Untuk Kedai Buku Book It

Design Logo Untuk Kedai Buku Book It

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 834 hits
Design Logo untuk Kedai BukuBOOK IT Berminat untuk tempah design poster banner bunting sticker logo editing video khidmat fotografi dan videografi website hosting domain atau lain lain sila hubungi kami melalui email atau telegram Email Vis...
Ini Senarai Kedai Yang Boleh Dibuka Bermula 10 Februari 2021 Boleh Dine In Dalam Kedai

Ini Senarai Kedai Yang Boleh Dibuka Bermula 10 Februari 2021 Boleh Dine In Dalam Kedai

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 573 hits
Kedai Apa Dibuka Semasa PKP Kedai Makan Boleh Dine In Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan dengan korang semua tentang beberapa informasi berkenaan dengan sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi bermula 10 Februari 2021 Seperti ya...
Kedai Yang Super Duper Kemas Dan Bersih

Kedai Yang Super Duper Kemas Dan Bersih

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 352 hits
Kedai groceries pertama yang kami singgah selepas berakhirnya lockdown semalam Masyallah Terkesima kejap Bukan sebab tak pernah jumpa kedai bersih dan kemas di sini tapi yang ni memang extravaganza Kudoz to their team members because everyt...
Hiburan Kerajaan Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Pkp Fikry Ibrahim Luah Rasa Lega

Hiburan Kerajaan Benarkan Kedai Gunting Rambut Dibuka Sepanjang Pkp Fikry Ibrahim Luah Rasa Lega

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 351 hits
Pelakon Fikry Ibrahim meluahkan rasa syukur dan lega apabila kerajaan telah mengumumkan kebenaran untuk membuka kedai gunting rambut sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali ini Sumber Instagram Fikry Ibrahim Ini berikutan di...
Rindu Makan Di Kedai Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri Sedapnya Makan Panas Panas

Rindu Makan Di Kedai Cuba Resipi Kue Tiaw Kungfu Ni Sendiri Sedapnya Makan Panas Panas

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 395 hits
Memesan makanan terus ke rumah pastinya tidak sama dengan menikmati di kedai Tidak dinafikan satu kerinduan untuk makan di kedai bersama keluarga seperti dahulu Apa kata kita cuba menu dari restoran pula untuk anak anak dihujung minggu Resi...
Airasia Fresh Lancar Fresh Pack Pek Barangan Runcit Dengan Harga Berpatutan

Airasia Fresh Lancar Fresh Pack Pek Barangan Runcit Dengan Harga Berpatutan

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 179 hits
Kaedah baharu untuk membeli barangan runcit dalam talian kini lebih mudah dengan pelancaran Fresh Pack oleh airasia fresh hari ini yang menawarkan pek barangan runcit dengan harga berpatutan dan penghantaran percuma mengikut pilihan masa me...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas