Dekati Dan Bantu Budak Basikal Lajak Mungkin Mereka Juara Masa Depan


Kuala Terengganu : Ramai jaguh sukan berbasikal tanah air termasuk Azizulhasni Awang, Anuar Manan dan Mohd Harrif Saleh, lahir daripada ‘geng basikal nyamuk’ atau basikal lajak dan meskipun hakikat itu ‘tidak manis’ dikenang, tetapi sejarah permulaan jaguh-jaguh tersebut di era kanak-kanak, wajar diteliti dan diperhalusi.
Nasiruddin Wan Idrus, 53, yang menjadi pencari bakat dan insan bertanggungjawab membawa kelompok ‘geng basikal nyamuk’ ke persada antarabangsa berkata kesemua mereka terbentuk, daripada kegilaan terhadap basikal dan keberanian luar biasa.
Gambar : Bernama Namun di sebalik semua itu, wujud ‘kebodohan’ ekoran usia yang masih muda, tiada yang membantu, serta tidak tahu akibat daripada perbuatan yang mampu meragut nyawa dan mengundang masalah sosial terutama ponteng sekolah.
“Saya mula tekad mengubah ‘geng basikal nyamuk’ ini apabila melihat beribu kanak-kanak berkumpul di sekitar bandar Kuala Terengganu pada sambutan malam merdeka tahun 2000. Masa tu Anuar, Harrif dan abangnya Zamri masih kanak-kanak dan remaja.
“Saya mula sedar bahawa mereka perlukan bimbingan dan program. Saya dekati Anuar dan rakan-rakannya dalam 50 orang apabila mereka kerap kali ke kedai basikal milik saya di Batu Buruk. Daripada borak-borak biasa, akhirnya saya ajak mereka meronda dengan basikal setiap petang selepas waktu asar,” katanya ketika ditemubual sumber di sini hari ini.
Nama ‘basikal nyamuk’ muncul secara tidak sengaja oleh kelompok tersebut, berikutan aktiviti mereka yang dilakukan pada waktu malam dan bunyi kayuhan mereka seakan-akan nyamuk beterbangan.
Nasiruddin, yang juga bekas pelumba basikal negeri Terengganu sekitar 1971 hingga 1991 berkata beliau mengambil masa lapan bulan untuk merapati kumpulan tersebut, dengan cara berkayuh dari Kuala Terengganu ke Marang, dan mula mengenal siapa ibu bapa serta bagaimana mereka bergerak dalam kumpulan setiap malam.
Bermula dari kedai basikal itu, beliau mengumpul dana sumbangan orang perseorangan, malah kanak-kanak yang terlibat turut lakukan kutipan setiap minggu sebanyak RM2 seorang, sebagai duit tabung untuk mereka gunakan, apabila lakukan latihan dan program.
“Saya tawarkan diri untuk membantu dan latih serta bagi sokongan material. Selepas lapan bulan datang idea untuk buat litar lumba. Litar pertama dibuat sekitar Gong Badak dan dari situ ramai datang membantu untuk perbesarkan lagi program.
“Selepas bermula di Kuala Terengganu, kita juga buat di daerah lain…bila kita buat perlumbaan di Dungun, hampir 200 ‘geng basikal nyamuk’ ini sanggup berkayuh sejauh 80 kilometer dari Kuala Terengganu ke Dungun. Masa inilah muncul Azizulhasni dan kumpulan dari Dungun,” katanya yang kini merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO) Terengganu Inc Tsg Cycling Team (TSG).
Ketika ditanya, apakah yang membuatkan beliau begitu bersungguh-sungguh membina jati diri dan membawa jaguh-jaguh tersebut ke landasan betul, Nasiruddin berkata: “Apabila mula kenal Zamri dan Harrif, saya ke rumah mereka. Saat itulah saya lihat bagaimana sukarnya kehidupan mereka yang merupakan anak yatim.
“Zaman kanak-kanak mereka hidup dalam kemiskinan dan kesukaran. Apabila saya tengok mereka berbakat dalam berbasikal, saya tanam azam supaya ‘kesukaan’’ (basikal) mereka itu akan mengubah masa depan. Syukurlah saya berpeluang lihat banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup mereka sekeluarga. Ramai lagi pelumba-pelumba ini dari keluarga susah”, katanya.
Tambah Nasiruddin, menerusi pertandingan yang dilakukan, pelumba tersebut akan diberi hadiah wang tunai RM10 hinggalah RM50, namun ia bukanlah menjadi matlamat utama, kerana kebanyakan kanak-kanak itu hanya mahu berseronok dan bersaing sesama sendiri dan bersyukur sepanjang program sejak 2001 itu, tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Menyentuh mengenai gejala basikal lajak yang makin memuncak di beberapa negeri lain, Nasiruddin berkata ia perlukan sokongan semua pihak dan mencegah dengan cara memahami serta lakukan pendekatan secara sistematik adalah lebih baik.
Gambar : Bernama Katanya, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh ambil peranan dalam memulihkan keadaan serta tidak membiarkan kanak-kanak tersebut hilang arah sedangkan mereka boleh dibentuk sekiranya diberi pendedahan yang betul.
“Ramai yang beri tumpuan kepada program sukan tetapi tidak banyak yang melibatkan mereka dari peringkat seawal usia lapan tahun. Jadi kena lakukan sesuatu demi masa depan mereka. Aktiviti basikal lajak ini memang berbahaya.
“Janganlah sekadar menyekat tetapi kita bantulah generasi muda ini.Bantulah mereka dengan memberi ilmu dan tunjuk ajar supaya mereka menjadi hero suatu hari nanti,” katanya.
Sumber : Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/07/dekati-dan-bantu-budak-basikal-lajak-mungkin-mereka-juara-masa-depan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Budak Basikal Lajak Sengaja Cari Penyakit

Budak Basikal Lajak Sengaja Cari Penyakit

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 486 hits
AMPANG Tindakan sekumpulan remaja menunggang basikal lajak secara berkumpulan di jalan raya di Taman Muda Ampang di sini bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malah pengguna jalan raya lain Aksi remaja berkenaan dirakam seorang pemandu te...
You Semua Gila Ka Mak Bapak You Tak Tau Ka Viral Video Budak Basikal Lajak Kemalangan Undang Kemarahan Pengguna Jalan

You Semua Gila Ka Mak Bapak You Tak Tau Ka Viral Video Budak Basikal Lajak Kemalangan Undang Kemarahan Pengguna Jalan

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 936 hits
Seorang pengguna facebook yang menggunakan nama Wani Zura sebentar tadi telah berkongsi satu rakaman video yang memaparkan aktiviti sekumpulan ramaja menunggang basikal secara berbahaya dipercayai basikal lajak di lebuh raya Dengan keadaan ...
Gila Ka Lu Orang Budak Basikal Lajak Tak Endah Teguran Terlibat Dalam Kemalangan

Gila Ka Lu Orang Budak Basikal Lajak Tak Endah Teguran Terlibat Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 405 hits
Viral di media sosial baru baru ini video sekumpulan budak menunggang basikal lajak dengan melakukan aksi ala Superman di sebatang jalan yang tidak dinyatakan lokasinya Dalam masa yang sama sebuah motosikal yang ditunggang dua lelaki diperc...
Benarkah Kata Tpm Basikal Lajak Menjadi Trend Remaja Masa Kini

Benarkah Kata Tpm Basikal Lajak Menjadi Trend Remaja Masa Kini

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 482 hits
Kuala Lumpur Basikal Lajak iaitu basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan situasi bahaya sememangnya haram berada di atas jalan raya tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Basikal Lajak ni memang tiada brek...
Tak Takut La B Do K Te Korang Takde Ke Ini Respon Budak Basikal Lajak Bila Polis Suruh Lapor Aktiviti Haram Diorang

Tak Takut La B Do K Te Korang Takde Ke Ini Respon Budak Basikal Lajak Bila Polis Suruh Lapor Aktiviti Haram Diorang

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 468 hits
Pihak polis baru saja meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang kegiatan geng basikal lajak Namun respon dari salah seorang penggemar aktiviti itu amat mengejutkan Remaja yang masih bersekolah dan menggunakan nama nish steady d...
Dari Terus Mengecam Saya Pilih Untuk Mendidik Mereka Kata Syed Saddiq Tetapi Disalah Ertikan Oleh Geng Basikal Lajak

Dari Terus Mengecam Saya Pilih Untuk Mendidik Mereka Kata Syed Saddiq Tetapi Disalah Ertikan Oleh Geng Basikal Lajak

papar berkaitan - pada 8/11/2019 - jumlah : 1244 hits
Semalam Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq memuat naik kenyataan mengenai isu basikal lajak di Instagramnya yang menjelaskan dia dikutuk kerana mengambil pendirian untuk membimbing golongan itu bukannya menghukum Syed Saddiq berkata dia me...
Pemandu Bebas Tuduhan Kes Langgar Budak Basikal Lajak

Pemandu Bebas Tuduhan Kes Langgar Budak Basikal Lajak

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 1226 hits
Pemandu bebas tuduhan kes langgar budak basikal lajak Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Oct 2019 12 16PM
Chevron Siap Bantu Pertamina Dalam Masa Transisi Peralihan Blok Rokan

Chevron Siap Bantu Pertamina Dalam Masa Transisi Peralihan Blok Rokan

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 198 hits
Senior Vice President Policy and Government and Public Affairs Chevron Wahyu Budiarto mengatakan Chevron dan Pertamina telah melakukan komitmen kerjasama untuk masa transisi peralihan operator Blok Rokan ke Pertamina
Nampak Kelibat Geng Basikal Lajak Segera Laporkan Kepada Polis

Nampak Kelibat Geng Basikal Lajak Segera Laporkan Kepada Polis

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 707 hits
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan basikal lajak di negeri ini diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti Terengganu ACP Noor Halim Nordin berkata walaupun setak...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator