Definisi Kiblat Dan Cara Semak Arah Kiblat


Definisi Kiblat Dan Cara Semak Arah Kiblat ǀ Pengetahuan dan ilmu dalam menentukan arah kiblat adalah sangat penting kerana jika kurang pengetahuan, arah kiblat boleh jadi tersasar daripada kedudukan nya yang tepat. Arah kiblat ini juga bukan tertakluk ketika kita hendak melakukan ibadah solat sahaja, tetapi juga diguna pakai untuk urusan keagamaan yang lain seperti ketika hendak menyembelih haiwan ternakan, ketika berdoa, membaca Al-Quran, pengurusan tanah dalam pengebumian jenazah orang islam dan lain-lain lagi. Ianya perlu menghadap arah kiblat yang betul.

Tahukah anda, dalam pemeriksaan di sekitar Lembah Klang oleh Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) mendapati, dalam 5,000 kediaman umat islam terdapat 40 peratus arah kiblat tersasar dari kedudukan sebenar sehingga 180 darjah. Ini menunjuk kan masih ada sebahagian masyarakat islam yang tidak menitikberatkan kedudukan arah kiblat yang betul. Adakah mereka ini masih kurang jelas atau tidak faham betapa penting nya kiblat yang betul? Jom kita belajar apa itu definisi arah kiblat dan cara Semak arah kiblat yang betul.
Table Of Contents Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Arah Kiblat?Menurut kamus, definisi kiblat bermaksud arah yang dihadap ketika solat bagi orang Islam manakala dalam ilmu falak, arah kiblat merupakan arah yang menghala ke Kaabah yang terletak di Masjidil Haram di Mekah mengikut jarak terdekat di atas glob bulatan bumi. Menurut ulamak, antara syarat solat yang sah adalah dengan menghadap ke arah kiblat. Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah (149):
"Dan dari mana sahaja engkau keluar untuk mengerjakan sembahyang, maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram, dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan ingatlah Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan."
Ada Ke Situasi Solat Yang Dibenarkan Jika Tidak Menghadap Kiblat?Ya… Ada dan saya pun baru tahu. Walaupun syarat sah solat adalah menghadap ke kiblat, namun begitu jika berlaku situasi tertentu yang dibenarkan, solat mereka tetap sah seperti situasi:
1) Berlakunya peperangan. Bila sedang bertempur dengam musuh, mana nak tahu arah kiblat kan Maka solat itu boleh dilakukan dalam keadaan apa sahaja seperti dalam keadaan meniarap, berlari dan sebagainya.
2) Solat di tempat duduk kenderaan dalam kenderaan yang sedang bergerak kerana kenderaan yang sedang bergerak berubah-ubah arahnya. 
3) Uzur yang keadaannya terlantar di katil hospital dan tidak boleh bergerak. Solat mereka sah jika menghadap arah mana sekalipun kerana katil hospital tidak oleh dialih-alih kan sesuka hati.
Tetapi dalam situasi yang dibenarkan ini, sebelum bersolat kita perlu beriktikad. Iaitu menaruh penuh keyakinan dan kepercayaan di dalam hati bahawasanya solat kita adalah menghadap ke arah kiblat. Perlu di ingatkan juga jika anda membuat andaian arah kiblat secara membuta tuli atau dengan sengaja tidak menghadap kiblat walaupun sudah mengetahuinya, maka tidak sah solatnya.
Bagaimana Cara Menentukan Arah Kiblat Dan Apakah Peralatan Yang Digunakan?Terdapat pelbagai cara dan teknik yang kita boleh lakukan untuk menyemak arah kiblat iaitu dengan menggunakan cara tradisional atau pun dengan cara moden. Kalau tradisional, boleh gunakan kaedah buruj bintang, kaedah matahari terbenam dan juga matahari istiwa atas kaabah. Manakala cara moden pula, kita gunakan peralatan pada zaman teknologi kini seperti kompas prismatik, teodolit dan pengiraan arah kiblat.
Cara Tradisional1) Buruj BintangIaitu sekumpulan bintang yang mempuanyai bentuk hampir sama serta berdekatan antara satu sama lain yang berada di suatu kawasan langit yang dibahagikan kepada 88 kawasan buruj bintang. Dalam satu buruj tu adalah bintang yang ada pada satu kawasan yang sama. Bentuk haiwan dan geometri antara bentuk buruj bintang yang mudah dikenal pasti.
2) Kaedah Matahari Terbenan Ini pula kita kena tahu nilai azimut tempat matahari terbenam kalau nak dapatkan arah kiblat yang tepat kerana di Malaysia ni arah matahari terbenam sentiasa berubah setiap bulan dari azimut 240 darjah sehingga 295 darjah. Kalau nak tahu, maksud Azimut ialah ukuran sudut dalam sistem koordinat sfera
3) Matahari Istiwa' Atas Kaabah Kejadian ini akan berlaku dua (2) kali dalam setahun dimana matahari berada tepat di atas Kaabah. Ini lah masa yang tepat untuk membuat semakan arah kiblat yang betul kerana bayang-bayang yang terhasil pada objek tegak di seluruh dunia akan menghala pada arah Kiblat. Apa yang kitab oleh buat ialah, dapatkan apa-apa objek tegak, tandakan satu garisan pada bayang-bayang yang muncul dengan salotape atau marker pen.
Cara Moden1) Kompas PrismatikSeiring dengan perkembangan teknologi, Kompas antara kaedah yang digunakan dengan mengambil kira nilai azimuth dalam menentukan arah kiblat. Arah Kompas pula merujuk pada arah utara, timur, selatan dan barat. Cuma kalau nak tahu arah kiblat yang betul, kita kena tahu nilai azimuth. Antara Kekurangan penggunaan kompas pula ialah, ianya perlu diselenggara sebelum digunakan kerana kompas cepat mengesan arus elektrik dan bahan logam yang ada disekitar kita.
2) Teodolit Antara peralatan moden yang memerlukan kemahiran tinggi yang digunakan oleh juru ukur untuk penandaan arah kiblat. Teodolit mengukur bacaan sudut pada tahap kejituan dan ketepatan yang tinggi. Teodolit jenis digital yang paling mudah digunakan walaupun terdapat berbagai jenis teodolit moden, 
3) Pengiraan Arah KiblatMenggunakan ilmu matemaik merupakan antara medium dalam mancari arah kiblat dengan tepat. Ianya membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi rujukan (kaabah) dan koordinat geografi tempatan yang hitungan nya berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle)
Bila Fenomena Istiwa’ Adzam Akan Berlaku?
Fenomena Istiwa’ A’dzom atau Matahari istiwa atas kaabah ini adalah nilai sudut Istiwa’ matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah di mana terletaknya Kaabah dan fonemana ini akan berlaku selama dua (2) kali dalam setahun bermula pada 28 Mei antara jam 5:16 petang dan 16 Julai antara jam 5:28 petang dimana kedudukan matahari betul-betul berada di atas Kaabah. Tempoh masa adalah selama 20 minit dari bermulanya waktu Istiwa’

Jika berlaku pada tahun lompat pula, fenomena Istiwa’ A’dzom akan berlaku lebih awal sehari iaitu pada 27 Mei dan 15 Julai dan tempoh masanya adalah sama. Jadi… Kalau anda nak dapatkan arah kiblat yang tepat, boleh gunakan kaedah ini untuk penandaan arah kiblat


KesimpulannyaJom lah kita semak arah kiblat rumah kita. Tepat atau pun tidak kerana bagi mendapatkan solat yang sempurna, penentuan arah kiblat yang betul dan tepat adalah sangat penting. Malahan antara syarat sah solat lima waktu dan solah sunat yang lain adalah dengan menghadap ke arah kiblat. Selain daripada itu, dengan pengetahuan kita tentang arah kiblat, ianya dapat menghindarkan kita dari melakukan perbuatan yang ditentang seperti membuang air kecil atau air besar dengan menghadap kiblat. 
Bila kita belajar dan ambil tahu tentang sesuatu ilmu. Sekurang-kurang nya kita dapat mengelak kan diri dari melakukan sesuatu perbuatan terlarang yang berkaitan dengan arah kiblat ni. Nampak kan hikmhanya di situ




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizarahman.com/2023/07/maksud-kiblat-dan-cara-semak-arah-kiblat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Istiwa Adzam Semak Arah Kiblat Ketika Matahari Tepat Atas Kaabah

Istiwa Adzam Semak Arah Kiblat Ketika Matahari Tepat Atas Kaabah

papar berkaitan - pada 16/7/2023 - jumlah : 246 hits
Pada zaman dulu ahli falak syarie menggunakan rubu mujjayab sejenis alat pengukur tradisional yang berfungsi secara manual Namun seiring peredaran masa alat ukuran lebih canggih iaitu teodolit yang lebih mudah dan tepat digunakan kerana ber...
Myspr Semak Cara Semakan Pusat Mengundi Prn 2023

Myspr Semak Cara Semakan Pusat Mengundi Prn 2023

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 213 hits
MySPR Semakan Daftar Pemilih Tempat Pengundi SPR Online 2023 Cara Tukar Pusat Mengundi Online Adalah menjadi hak setiap warganegara yang layak untuk memilih kerajaan untuk memerintah negara melalui pemilihan wakil rakyat untuk mewakili mere...
Cara Hadiahkan Al Fatihah Kepada Diri Sendiri

Cara Hadiahkan Al Fatihah Kepada Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 417 hits
Cara hadiahkan al fatihah kepada diri sendiri Visit Wansite
Suri Rumah Kini Ada Cara Buka Akaun Bank Dengan Mudah Dan Tanpa Perlu Ke Bank

Suri Rumah Kini Ada Cara Buka Akaun Bank Dengan Mudah Dan Tanpa Perlu Ke Bank

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 351 hits
Viral seorang suri rumah gagal membuka sebuah akaun bank namun sebenarnya ada cara termudah untuk seseorang tanpa sebab musabah untuk membuka bank akaun Persoalan perlu ke setiap orang mempunyai bank akaun Ya Perlu Di dunia era yang semakin...
Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan Ini Penjelasan Saintifik Cara Pujuk Si Manja

Bayi Kerap Menangis Kerana Ada Gangguan Ini Penjelasan Saintifik Cara Pujuk Si Manja

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 183 hits
Bayi kerap meragam selalu dikaitkan dengan gangguan tapi benarkah dakwaan itu Ada sesuatu yang menjadi penyebab bayi kolik hingga si manja menangis tanpa henti Tidak dinafikan bayi kolik susah tidur Oleh sebab itu ibu bapa mungkin akan alam...
Cara Dia Cakap Kata Kata Dia Selalu Sokong Saya Utamakan Anak Isteri Kunci Bahagia Jofliam

Cara Dia Cakap Kata Kata Dia Selalu Sokong Saya Utamakan Anak Isteri Kunci Bahagia Jofliam

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 231 hits
Family man dan selalu mendahulukan anak anak dan isteri dalam apa jua situasi Inilah yang boleh dikatakan mengenai selebriti media sosial Jofliam yang turut terpilih sebagai penerima anugerah Pa Ma Gala Award Best Papa Millenial tahun ini J...
Cara Reload Topup Telefon Guna Bsnsecure

Cara Reload Topup Telefon Guna Bsnsecure

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 254 hits
CARA RELOAD TOPUP TELEFON GUNA BSNSECURE Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan urusan transaksi secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC Tetapi kini BSN telah menambahbaikkan ciri keselamatan tersebut dengan...
Cara Dapatkan I Muamalat Token Registration

Cara Dapatkan I Muamalat Token Registration

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 369 hits
CARA DAPATKAN i MUAMALAT TOKEN REGISTRATION Semestinya anda sedia maklum untuk melakukan perpindahan wang secara online banking akan memerlukan kod keselamatan iaitu No TAC Tetapi kini Bank Muamalat telah menambahbaikkan ciri keselamatan te...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2