Definisi Judi


 Perbuatan berjudi semakin menjadi-jadi dalam masyarakat, termasuk di kalangan penganut agama Islam. Pelbagai bentuk judi dimainkan seperti terup, loteri, mesin slot dan pelbagai bentuk di dalam talian.
 

Tidak kira apa bentuk judi sama ada dibenarkan undang-undang atau haram, hakikatnya ia adalah satu perkara yang diharamkan dan berdosa besar di sisi Islam.
 

Menurut Kamus Dewan, judi diertikan sebagai permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan (seperti main ceki, main dadu, dan sebagainya).
 

Judi dalam bahasa Arab dikenali sebagai al-maisir atau al-qimar. Ia bermaksud permainan pertaruhan golongan Arab dengan menggunakan anak panah. Permainan judi juga ditakrifkan sebagai permainan dengan anak batu, atau dengan dadu atau segala jenis pertaruhan.
 

Di dalam al-Mu’jam al-Wasith, judi disebut sebagai setiap permainan yang mengandungi pertaruhan dari kedua belah pihak. (Lihat al-Mu’jam al-Wasith, hlm. 7589)
 

Dari segi istilah, terdapat beberapa takrifan yang dikemukakan oleh para ulama antaranya:
Ibn Hajar al-Haitami menyebut judi adalah merujuk kepada sebarang jenis pertaruhan. (Lihat al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kaba'ir, 2/200)
 

Al-Mahalli mengatakan judi adalah sebuah bentuk pertaruhan yang diharamkan, yang terdedah untuk menang atau kalah. (Lihat Syarh al-Minhaj, 4/226)
 

Al-Mawardi menyebut judi ialah suatu pertandingan yang menjadikan pihak yang terlibat tidak terlepas daripada menjadi pemenang (mengambil) atau tewas (menyerahkan) hadiah yang dipertaruhkan. (Lihat al-Hawi al-Kabir, 13/379)
 

Ibn Qudamah pula mengatakan judi ialah pertandingan yang tidak sunyi salah satu daripada keduanya untuk menang atau kalah. (Lihat al-Mughni, 10/171)
 

Menurut Ibn Taimiyyah, judi merupakan pengambilan sebahagian daripada harta seseorang, kemudian dipertaruhkan sama ada seorang itu mendapat hasil atau tidak mendapat apa-apa. (Lihat Majmu’ al-Fatawa, 19/283)
 

Ibn Qayyim pula berpandangan judi adalah suatu situasi di mana salah seorang daripada keduanya untuk menang ataupun kalah.
 

Imam Malik menyatakan judi terdiri daripada dua jenis. Pertamanya, judi yang bersifat sia-sia (lagha) seperti permainan yang menggunakan buah dadu, catur dan sebarang elemen hiburan yang tidak bermanfaat. Manakala judu kedua ialah bersifat pertaruhan iaitu apa-apa yang membahaya atau menggadaikan diri orang lain. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 3/52)
 

Syeikh Rasyid Ridha mentafsirkan judi (al-maisir) dalam al-Quran sebagai permainan untuk mencari keuntungan tanpa menggunakan akal dan tanpa bekerja keras. (Lihat Tafsir al-Manar, 2/258)
 

Syeikh Ali al-Sabuni menyebut, judi adalah setiap permainan yang memberikan keuntungan bagi satu pihak dan kerugian bagi pihak yang lain. (Lihat Rawa'i al-Bayan fi Tafsir Ayat al-ahkam min al-Quran, 1/279)
 

Daripada takrifan yang dikemukakan oleh para ulama di atas, maka dapat kita fahami bahawa judi ialah satu permainan yang mengandungi pertaruhan daripada pihak bertanding di mana ia mengakibatkan kemenangan pada sebelah pihak manakala pihak yang lain mengalami kerugian.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2024/10/eff.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tetap Setia Definisi Dalil Dan Penerapannya Dalam Islam

Tetap Setia Definisi Dalil Dan Penerapannya Dalam Islam

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 139 hits
Tulisan ini mengupas makna kesetiaan dalam Islam menekankan pentingnya komitmen kejujuran dan tanggung jawab melalui dalil Al Qur an dan hadits serta penerapannya dalam hubungan persahabatan keluarga pekerjaan dan prinsip hidup
Ouch Secures Rm5 Million Amid Extended Bnm Sandbox Approval

Bursa Jyprx Meluncurkan Sistem Keuangan Digital Menciptakan Pengalaman Trading Yang Unik

Pulut Kuning

Gambar Anggota Polis Merokok Di Restoran Tular

Masjid Tertua Di China Masjid Huaisheng Guangzhou

Sultan Selangor Titah Segera Bentuk Jawatankuasa Pemulihan Kanak Kanak Gisbh

Siapa Ajar Cuti Jumaat Dasar Islam

11 000 Tentara Terluka Israel Persenjatai 120 000 Warga


echo '';
5 Individu Termuda Bergelar Graduan Universiti di Dunia

Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First

Resepi Cheese Tart Paling Gebu dan Kemas Senang Dimakan Bila Separuh Montok

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Calar Cinta Slot Samarinda TV3

ABPBH 2024 Tarikh Kategori Calon Undian Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Tiket Dan Segala Info Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36


Seleweng Hutang Utar Rm83juta Pmx Dap Mca

15 Halloween Decor Ideas To Create A Terrifyingly Trendy Atmosphere

Fiscal Responsibility Is The Key In Budget 2025

Defending Champ Zii Jia Cruises Into Arctic Open Quarter Final

Mufti Bill Will Give Religious Authorities Unchecked Power Sis

Checklist Customer Journey