Deepavali Makin Hampir Tapi Little India Sepi


Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS SEORANG pengunjung memilih hiasan untuk rumahnya menjelang sambutan perayaan Deepavali minggu hadapan dekat sebuah kedai di Jalan Tengku Kelana, Klang, Selangor. - UTUSAN / ZULFADHLI ZAKI KLANG: Deepavali yang bakal disambut Khamis minggu depan tidak meriah apabila Jalan Tengku Kelana yang dikelnali sebagai Little India sepi tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.
Situasi itu mungkin ada kaitan dengan kebimbangan masyarakat India terhadap jangkitan Covid-19 walaupun kerajaan sudah melonggarkan hampir semua sektor sosial dan ekonomi.
Tinjauan Utusan Malaysia di Jalan Tengku Kelana semalam mendapati kawasan tersebut masih lengang walaupun Deepavali tinggal kurang seminggu lagi.
Beberapa pemilik kedai mendakwa perniagaan mereka merosot dan pengunjung tidak ramai sedangkan pelbagai persediaan termasuk menempatkan pasukan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) bagi mengawal pergerakan pelanggan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
Seorang peniaga pakaian, K. Kogilasamy berkata, kesuraman menjelang sambutan Deepavali tidak pernah berlaku kerana lazimnya dalam seminggu sebelum sambutan, suasana di sini meriah siang dan malam apabila ramai pengunjung membuat persiapan terakhir.
Menurutnya, dia dan kebanyakan peniaga lain menjangkakan mengalami kerugian tahun ini.
“Dahulu kalau pada waktu ini, saya boleh senang-senang jual pakaian seperti sari, dhoti, achkan dan lain-lain dalam 200 helai sehari.
“Tapi sekarang, nak jual 100 helai pakaian ini pun susah. Apa boleh buat, terpaksa terima hakikat majoriti rakyat Malaysia sedang berjimak kerana pandemik ini,” katanya ketika ditemui di kedainya, hari ini.
Nasib sama dirasai peniaga bunga, B. Balasingam, apabila bunga bunga orkid, melati putih, matahari dan lain-lain dijualnya sempena Deepavali kurang dibeli.
“Situasi ini kalau berterusan memang saya terpaksa menanggung kerugian yang banyak. Tetapi saya harap situasi ini berubah mulai hari ini dan esok. Harap banyak bunga dapat dijual pada hujung minggu, mungkin juga pelanggan masih bekerja,” luahnya yang masih menaruh harapan.
Bagaimanapun, seorang pengunjung dari Taman Sentosa, Klang, P. Sivasangami, 29, berkata, dia masih takut berkunjung ke Little India kerana kes jangkitan Covid-19 masih tinggi.
“Saya datang sekadar membeli beberapa kelengkapan dan bahan makanan untuk menyambut Deepavali pada Khamis hadapan. Itu pun cuma sebentar sahaja, tak berani hendak berada di sini terlalu lama. Takut kalau ramai orang nanti risiko penularan boleh berlaku.
“Sambutan Deepavali pun kami sambut secara sederhana, tidak berbelanja besar seperti dahulu. Cukuplah sekadar beli barang keperluan untuk keluarga, sederhana tetapi masih boleh sambut Deepavali, ” ujarnya. -UTUSAN ONLINE



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/10/deepavali-makin-hampir-tapi-little.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risk Trade At Penang S Little India

Risk Trade At Penang S Little India

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 314 hits
Customers walking past flower garlands and decorations hung up at stores in preparation for Deepavali at Little India in George Town Penang on Saturday NSTP DANIAL SAADTraders at Penang s Little India here are enjoying brisk businesses ahea...
Sedih Tapi Saya Yakin Anak Itu Kepunyaan Allah Hantar Anak Ke Asrama Ds Shahida Yakin Buat Pilihan Bijak

Sedih Tapi Saya Yakin Anak Itu Kepunyaan Allah Hantar Anak Ke Asrama Ds Shahida Yakin Buat Pilihan Bijak

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 868 hits
Siapa yang tak mahu memberikan yang terbaik buat anak anak yang sedang membesar Melepaskan anak untuk memasuki ke sekolah asrama penuh memang berat namun inilah yang terbaik untuk masa depan anak anak Inilah yang dikongsikan oleh isteri usa...
Aryan Khan Rai Deepavali Dengan Keluarga Tapi Akan Pindah Rumah Lain Lepas Ini

Aryan Khan Rai Deepavali Dengan Keluarga Tapi Akan Pindah Rumah Lain Lepas Ini

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 282 hits
Oktober 2021 adalah bulan yang telah memberi tek4nan yang cukup hebat kepada keluarga pelakon Bollywood popular Shah Rukh Khan berikutan kes mahk4mah melibatkan anak sulungnya Aryan Khan Untuk pengetahuan Aryan 23 telah ditahan bersama tuju...
Jokowi Sebut Penanganan Pandemi Makin Baik Tapi Kemiskinan Harus Diselesaikan

Jokowi Sebut Penanganan Pandemi Makin Baik Tapi Kemiskinan Harus Diselesaikan

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 164 hits
Jokowi menambahkan sejalan dengan membaiknya kesehatan kondisi pekonomian juga mulai menggeliat ke arah positif
Kaya Jam Ratus Ribu Tapi Tak Pakai Kereta Mewah Michael Ang Geiarkan Iqbal P0ndan Pencen Sekali Iqbal Mula Bersuara

Kaya Jam Ratus Ribu Tapi Tak Pakai Kereta Mewah Michael Ang Geiarkan Iqbal P0ndan Pencen Sekali Iqbal Mula Bersuara

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 295 hits
Usahawan dan bakal penyanyi Iqbal Zulkefli tampil mempertahankan diri mengenai tuduhan pengarah popular Michael Ang yang mendkwanya sengaja mencipta k0ntr0versi dan sengaja dibuat buat untuk menarik perhatian ramai
Senangnya Nak Buat Bebola Ayam Homemade Ni Resipi Ringkas Campak Campak Tapi Sedap

Senangnya Nak Buat Bebola Ayam Homemade Ni Resipi Ringkas Campak Campak Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 224 hits
Makanan ringkas seperti bebola dan sosej selalu jadi kesukaan anak anak kita Pun begitu kandungan garam dan gula yang tinggi ditambah dengan pemprosesan bahan yang meragukan membuatkan kita berfikir fikir untuk membelinya Apa kata kita buat...
Nak Cantik Cantik Pakai Barang Kemas Tapi Bayar Ansuran Elakkan Ini Pencerahan Dari Mufti

Nak Cantik Cantik Pakai Barang Kemas Tapi Bayar Ansuran Elakkan Ini Pencerahan Dari Mufti

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 316 hits
Membeli barang kemas ini bukan sekadar untuk perhiasan dan cantik semata mata bahkan kini emas menjadi satu pelaburan paling bijak untuk kita lakukan sebagai perancangan kewangan keluarga di masa hadapan Pun begitu satu kenyataan yang dikel...
Usia Masih Muda Tapi Cepat Lupa 5 Makanan Mampu Tingkatkan Daya Ingatan

Usia Masih Muda Tapi Cepat Lupa 5 Makanan Mampu Tingkatkan Daya Ingatan

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 258 hits
DEMENSIA merupakan satu keadaan apabila tahap kemampuan minda seseorang semakin menyusut dan mengklasifikasikan hal itu sebagai salah satu proses penuaan semula jadi Dalam kata lain penyakit ini menyebabkan seseorang akan mengalami lemah da...
Video Gadis Purdah Cuak Disvntik Tapi Pemv4ksin S1ndir Tak Sepedih Guna Fake Eyelash

Video Gadis Purdah Cuak Disvntik Tapi Pemv4ksin S1ndir Tak Sepedih Guna Fake Eyelash

papar berkaitan - pada 27/10/2021 - jumlah : 244 hits
Sejak cov1d 19 melanda dunia banyak negara yang terkesan dengan pandemik ini Setelah kerajaan membuat keputusan untuk menjadikan vaks1nasi sebagai pilihan utama hampir keseluruhan rakyat malaysia sudah div4ksin Setelah kerajaan mengumumkan ...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Lateefa Koya Negara Sudah Jadi Banana Republic Ketika Kamu Dedah Bualan Pemimpin Negara

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Haniz Zalikha Pernah Makan Kat Ee Ji Ban Ya

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000

Effective Market Research On A Budget

Lirik Lagu Sulit Betrand Putra Onsu