Debaran 12 Finalis Ajl34 Siapa Bakal Bergelar Juara


Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapa Bakal Bergelar Juara? | Assalamualaikum semua.. Dag Dig Dug, sis bagai dapat rasakan itu la bunyi degupan jantung para finalis sekarang ni. Mana taknya, kalau dihitung tak sampai seminggu sahaja lagi akan berlangsung pertandingan Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) yang menyaksikan 12 lagu berentap di pentas yang sama. Pastinya debaran 12 Finalis AJL34 kian memuncak menanti malam bersejarah tersebut yang bakal menobatkan lagu terbaik. Agaknya siapa yang bakal bergelar juara

Debaran 12 Finalis AJL34 : Siapakah Bakal Bergelar Juara?
Salah seorang peserta finalis yang ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini iaitu Aina Abdul turut mengakui berdebar menanti malam pertandingan tersebut. Aina bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton
cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian. Ini adalah pengalaman
pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ~ Aina Abdul ~
Aina Abdul
Sementara itu, seorang lagi penyanyi yang juga bakal mempertaruhkan lagu bertajuk Sumpah iaitu Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir. Wah, nampaknya ini pertama kali kita bakal menyaksikan 2 lagu yang mempunyai tajuk yang sama ni. Sis pun berdebar-debar jugak nak tunggu penampilan mereka ni

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima
undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar
finalis AJL jadi saya mahu all out. Saya mahu penonton yang datang menyaksikan
persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat
menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” ~ Naim Daniel ~
Naim Daniel
Tak sabar rasanya nak tengok persembahan terbaik semua finalis AJL34 kali ni. Dengan mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’ pasti persembahan tahun ini akan memukau para peminat muzik tanahair. Oh ya, bagi yang tidak mengetahui atau nak recap balik senarai penuh 12 Finalis AJL34, nah sis kongsikan dibawah ini :
1. Drama
Penyanyi: Drama Band
Komposer: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib
Penulis lirik: Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir, Nik Adib

2. Ku Bersuara
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham
Penulis lirik: Syamel, Omar K, Blaine Bakri, John Jeevasingham

3. Anta Permana
Penyanyi: Bob Yusof
Komposer: Hael Husaini, Ezra Kong
Penulis lirik: Hael Husaini, Ezra Kong

4. Sumpah
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis lirik: Aina Abdul

5. Lembah Kesepian
Penyanyi: Haqiem Rusli
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis lirik: Haqiem Rusli, Ibnu & Gouffran

6. Sumpah
Penyanyi: Naim Daniel
Komposer: Naim Daniel, Omar K
Penulis lirik: Naim Daniel

7. Peneman
Penyanyi: Hazama The Penglipurlara
Komposer: Tam
Penulis lirik: Tam

8. Dinda
Penyanyi: Kugiran Masdor
Komposer: Ali Sariah
Penulis lirik: Ali Sariah

9. Bangun
Penyanyi: Aman RA
Komposer: Navigator
Penulis lirik: Aman RA

10. Kisah Cinta Kita
Penyanyi: Hafiz Suip
Komposer: Ikhwan Fatanna, Ayden Ali
Penulis lirik: Datuk A. Aida

11. Ragaman
Penyanyi: Fairuz Misran
Komposer: Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo
Penulis lirik: Faizal Tahir, Jaare, Karim Karam, Mike Chan

12. Rampas
Penyanyi: Akim & The Majistret
Komposer: Hang Nadim, Laq
Penulis lirik: Bunga Cantik


Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34)
Jadi apa kata sempena AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari 2020 ini jom kita ramai-ramai datang ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9 malam untuk menyaksikan sendiri secara live persembahan 12 Finalis AJL34 kali ini. TV3 dalam kenyataan menyebut, penjualan tiket rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu. Tapi jangan khuatir, peminat masih berpeluang membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30. Jangan lepaskan peluang tau sementara tiket masih ada.. adios



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2020/02/debaran-12-finalis-ajl34-siapa-juara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Debaran Ajl34 Kian Terasa Siapakah Bakal Juara

Debaran Ajl34 Kian Terasa Siapakah Bakal Juara

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 507 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Anugerah Juara Lagu ke 34 Anugerah yang berprestij yang ditunggu tunggu saban tahun ini ...
Lagu Sumpah Naim Daniel Bergelar Juara Ajl34

Lagu Sumpah Naim Daniel Bergelar Juara Ajl34

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 709 hits
Menepati ramalan ramai lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K bergelar juara pada Anugerah Juara Lagu Ke 34 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi Menerusi kemenangan tersebut mereka berjaya memba...
Debaran 12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 34 Kian Terasa

Debaran 12 Finalis Anugerah Juara Lagu Ke 34 Kian Terasa

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 529 hits
12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 berdebar menanti malam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti Saya berdebar dan sebenarnya takut Saya banyak buat latihan...
Berkat Baca Bismillah Sebelum Nyanyi Baru Sekali Masuk Terus Juara Ajl34

Berkat Baca Bismillah Sebelum Nyanyi Baru Sekali Masuk Terus Juara Ajl34

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 608 hits
Anugerah Juara Lagu Ke 34 menutup tirainya malam tadi apabila menyaksikan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel diumumkan juara dengan meraih trofi dan wang tunai RM50 000 Menerusi lagu ciptaan beliau sendiri dan Omar K itu Naim atau nama penuhn...
Ajl34 Lagu Sumpah Nyanyian Naim Daniel Dinobatkan Sebagai Juara

Ajl34 Lagu Sumpah Nyanyian Naim Daniel Dinobatkan Sebagai Juara

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 536 hits
Sumpah nyanyian Naim Daniel lagu terbaik AJL34 LAGU Sumpah ciptaan Naim Daniel dan Omar K menepati ramalan ramai apabila dinobatkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu ke 34 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena Bukit...
Ajl34 Senarai Pemenang Juara Kedua Ketiga Persembahan Vokal Terbaik

Ajl34 Senarai Pemenang Juara Kedua Ketiga Persembahan Vokal Terbaik

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 907 hits
Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 34 telahpun dilangsungkan di Axiata Arena Bukit Jalil pada 10 Februari 2020 Sebanyak 12 lagu menyempurnakan persembahan terbaik mereka dengan menyaksikan lagu sumpah berjaya memikat juri dan dinobatkan seb...
Siapakah Bakal Juara Ajl 34 Ini Ramalan Neelofa

Siapakah Bakal Juara Ajl 34 Ini Ramalan Neelofa

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 721 hits
DEBARAN malam kemuncak Anugerah Juara Lagu yang ke 34 yang berlangsung pada malam Ahad semakin dirasai Seperti biasa peminat ingin mengetahui ramalan daripada pengacara dan pelakon Neelofa memandangkan tiga tahun berturut turut tekaannya te...
Debaran Ajl34 Makin Terasa 12 Finalist Berentap Pada 9 Februari 2020

Debaran Ajl34 Makin Terasa 12 Finalist Berentap Pada 9 Februari 2020

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 349 hits
Hari yang paling dinanti nanti Anugerah Juara Lagu ke 34 bakal berlangsung tak lama lagi iaitu pada 9 FEBRUARI 2020 9 malam di Axiata Arena Bukit Jalil dengan membawa tema Warna Warna Suara Seramai 12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 berde...
Sumpah Juara Lagu Ajl34 Nyanyian Naim Daniel

Sumpah Juara Lagu Ajl34 Nyanyian Naim Daniel

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 589 hits
LAGU ciptaan Naim Daniel dan Omar K nyanyian Naim berjudul Sumpah muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 34 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50 000 berserta trofi Bangun ciptaan Aman Ra dan nyanyian Aman Ra menjadi naib juara AJL...
Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar

Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Tip Char Kue Tiau Sedap Masukkan Satu Bahan Ni Masa Menumis Bahan Bahan 2 Ge

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower