Dbkk Uppm Terkejut Dengan Apa Yang Ditemui Di Kawasan Rumah Semak Luyang


Laluan masuk utama ke rumah itu tersembunyi. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt) Kawasan rumah semak, bungkusan sisa berbau busuk KAKITANGAN Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan memantau sebuah rumah, di Lorong Angsana, Luyang untuk memastikan pemiliknya menyelenggara halamannya secara tetap.

Ia susulan aduan bahawa kawasan itu tidak kemas, dengan pokok dan lalang memenuhi halaman rumah itu. Selain itu, terdapat aduan mengenai bau busuk datang dari arah premis itu.

Agensi mengesahkan aduan itu memang wajar semasa pemeriksaan awal rumah tersebut pada awal bulan.


Seorang jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKK berkata petugas pemeriksanya dan kakitangan dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Luyang terkejut dengan apa yang mereka lihat semasa pemeriksaan tersebut.

Petugas DBKK terasa tidak selesa dengan bau busuk dari arah timbunan bungkusan beg plastik di dalam dan di luar rumah itu, katanya. Sebaliknya kakitangan UPPM pula terkejut dengan “hutan mini” yang tumbuh di kawasan itu.

Timbunan beg plastik berisi sisa di dalam dan di luar rumah.
“Seorang petugas kami memperhatikan banyak timbunan beg plastik di laluan pintu, di samping kawasan rumah. Keadaan itu mengingatkannya mengenai apa yang dilihatnya dalam program realiti AS, ‘Extreme Hoarders’,” katanya.

“Seorang lagi tidak tahan dengan bau yang datang dari bungkusan-bungkusan itu. Dua pelitupnya, yang menutup hidung dan mulutnya, tidak mampu mengurangkan bau kuat itu dan, untuk seketika, dia terfikir untuk memakai pelitup muka ketiga dengan harapan ia akan mengurangkan rasa tidak selesanya.”

Dia berkata wakil UPPM itu terpegun melihat dahan-dahan dan tumbuhan menjalar yang terlalu panjang sehingga melimpah dari hartanah itu.


“Pagar kawasan tidak dapat dilihat dan, jika pemlik rumah itu tidak hadir, tentu sedikit sukar untuk mencari laluan masuk ke hartanah itu kerana pintu pagar depan sebahagiannya disembunyikan oleh tumbuhan terbiar itu.”

Dia berkata penghuni rumah itu ditanya mengenai semua perkara tersebut.

“Penghuni itu menjelaskan bahawa beg-beg plastik itu mengandungi sisa makanan yang dia mahu jadikan kompos. Dia memberitahu kumpulan itu bahawa kulit telur, antara sisa tersebut, mengeluarkan bau busuk apabila mengurai.

PEMILIK rumah itu menjelaskan kepada staf UPPM bahawa pokok-pokok itu adalah “herba” yang ditanamnya, sambil diperhatikan pegawai pemeriksa DBKK.
“Mengenai pokok dan tumbuhan yang semak itu, dia mendakwa semua itu adalah ‘herba’ yang ditanamnya.”

Jurucakap itu berkata, sebelum mereka pergi, kakitangan DBKK memberinya amaran lisan untuk membersihkan rumahnya kerana ia menjadi gangguan kepada orang ramai di sekitar kawasan itu.

Katanya, pemeriksa agensi kembali ke alamat itu dua kali sejak pemeriksaan pertama tersebut. Lima pegawai dari Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu (KKHO) menyertai mereka semasa pemeriksaan kedua yang dijalankan pada minggu kedua September.

“Kakitangan KKHO memberi notis pungutan jentik-jentik kepada pemilik rumah itu. Contoh kemudiannya diambil dari air yang ditemui dalam pasu bunga dan bekas di halaman rumahnya.”


Individu itu juga menerima notis DBKK, pada waktu itu, mengarahkan dia untuk membersihkan kawasan rumahnya.

“Dia bersetuju untuk membuang barang-barang tidak diingini, termasuk sampah dan bekas kosong, di halaman itu,” kata jurucakap itu.

“Selain itu, dia memberitahu kami, dia akan menyelenggara pokok dan tumbuhannya.”

Dia berkata DBKK telah melakukan semburan kabus (untuk nyamuk) di premis tersebut serta jalan perumahan itu sekitar jam 5 petang sehari selepas pemeriksaan bersama ini.

KAKITANGAN Jabatan Kesihatan mengambil contoh cecair dari bekas kosong di kawasan itu.
“Jabatan Landskap kami mengatur jadual untuk mencantas dahan-dahan yang terjuntas atas pagarnya.”

Jurucakap itu berkata pemilik rumah tersebut diberi tempoh ihsan untuk mematuhi tuntutan DBKK itu.

“Tindakan lanjut akan diambil terhadapnya, jika dia gagal berbuat demikian. Malah kami mungkin memulakan tindakan undang-undang jika dia tidak menepati janjinya.

“Kakitangan kami dan KKHO akan memeriksa keadaan di kediaman itu dari masa ke masa.”


NICHOLAS dari Luyang mengadu mengenai keadaan rumah di Taman Kinabalu itu yang disifatkan sebagai menyakitkan mata.

“Ia mewujudkan gambaran buruk mengenai kejiranan ini, khususnya dalam pandangan mata pelawat kali pertama,” katanya.

“Ramai yang tidak biasa dengan kawasan ini mendapat gambaran bahawa rumah ini mungkin sudah ditinggalkan. Mereka terkejut bila tahu ada orang tinggal di sana.”

Dia mencela pemilik rumah itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana gagal menyelenggara hartanahnya.

“Ia kelihatan seperti hutan simpan. Tumbuhan yang memenuhi kawasan itu mungkin menjadi risiko kebakaran.


“Jika kawasan itu terbakar, hartanah berdekatan, termasuk sebuah tadika, juga mungkin terbakar.”

Nicholas ingin tahu sama ada pihak berkuasa tempatan boleh dipertanggungjawabkan untuk kerosakan dan kehilangan nyawa, jika itu berlaku.

Dia berkata salah seorang jirannya melaporkan kebimbangan ini kepada DBKK beberapa tahun lalu.

“Kawasan itu diselenggara beberapa lama kemudian, tetapi sejak itu, ia menjadi semak semula.

“Saya tidak faham bagaimana DBKK boleh membiarkan saja masalah ini.”

SOURCE: Daily Ekspress

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/dbkk-uppm-terkejut-dengan-apa-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Dakwa Rakam Formasi Ufo Di Kawasan Rumah

Lelaki Dakwa Rakam Formasi Ufo Di Kawasan Rumah

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 176 hits
Oleh KOSMO Rakaman formasi cahaya jingga yang didakwa UFO di kawasan perumahan di Baltimore PENN News BALTIMORE Maryland Seorang lelaki di Maryland Amerika Syarikat terkejut apabila melihat cahaya berwarna jingga berkedipan dalam satu corak...
Kucing Tak Pulang Rumah 3 Hari Pemilik Terkejut Kucingnya Pulang Semula Dengan Nota Tertulis Rahsia Kehilangannya

Kucing Tak Pulang Rumah 3 Hari Pemilik Terkejut Kucingnya Pulang Semula Dengan Nota Tertulis Rahsia Kehilangannya

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 261 hits
Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan kesukaan ramai manusia Selain mudah untuk dijaga sifatnya yang suka tinggal dengan manusia membuatkan ramai manusia selesa Bukan itu sahaja malah kucing ini ada sifat yang jinak serta menghiburkan ...
Mudah Sangat Buat Ketam Masak Kam Heong Lagi Jimat Buat Sendiri Di Rumah

Mudah Sangat Buat Ketam Masak Kam Heong Lagi Jimat Buat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 244 hits
Selalu buat ayam masak Kam Heong rupanya boleh buat untuk lauk ketam juga Kalau makan di restoran menu ini memang mahal jadi elok buat sendiri di rumah Lagi jimat Caranya boleh ikut perkongsian Ameera ini 1 Bedakkan dengan serbuk kunyit dan...
Rezeki Tanam Pisang Awak Belakang Rumah

Rezeki Tanam Pisang Awak Belakang Rumah

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 591 hits
Ini kali kedua pokok pisang yang ditanam ditepi dan belakang rumah berbuah Tak perasan rupanya pisang dah masak Tanah rumah semi D tak besar pun hanya sekangkang kera je Boleh la sekadar untuk menanam sayur kangkung cili dan ulam ulaman sep...
Rumah Mampu Milik Dijual Rm47 000 Seunit

Rumah Mampu Milik Dijual Rm47 000 Seunit

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 274 hits
Kerajaan Sabah akan membina lebih banyak rumah kos rendah yang mampu milik selamat dan kondusif untuk golongan B40 dan berpendapatan rendah Kota Kinabalu Kerajaan negeri akan melaksanakan projek Perumahan Awam Mampu Milik yang akan dijual p...
Tanam 30 Pokok Anggur Di Laman Rumah Lelaki Ini Kongsi Cara Penanaman Supaya Pokok Tumbuh Subur

Tanam 30 Pokok Anggur Di Laman Rumah Lelaki Ini Kongsi Cara Penanaman Supaya Pokok Tumbuh Subur

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 305 hits
Teruja melihat perkongsian gambar gambar buah anggur yang bergayutan dari pokok yang ditanam di kediaman lelaki ini Ya jangan ingat anggur boleh ditanam di kawasan iklim sejuk saja Di rumah kita pun boleh Hafiz Husin antara yang berjaya men...
Hamil Kali Ni Bangun Pagi Syatilla Tak Boleh Tengok Rumah Sendiri Loya Nak Muntah

Hamil Kali Ni Bangun Pagi Syatilla Tak Boleh Tengok Rumah Sendiri Loya Nak Muntah

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 255 hits
Ada yang menganggap alahan atau mabuk hamil pada ibu mengandung sengaja dibuat buat Namun bagi tuan badan yang melalui fasa ini saja akan tahu betapa seksanya nak pastikan keadaan kembali normal Menurut kajian sekurang kurangnya 60 peratus ...
Rumah Ikram Kpkt Permohonan Rumah Ppr Serendah Rm124 Sebulan

Rumah Ikram Kpkt Permohonan Rumah Ppr Serendah Rm124 Sebulan

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 424 hits
Bagi mereka yang tidak mempunyai kediaman dan tempat berteduh akibat pandemik COVID 19 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperkenalkan satu inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan Program ini dikenali sebagai Program...
Hiburan Penat Duduk Hospital Berbulan Terseksa Zahir Batin Akhirnya Adik Balik Rumah Ibu Izuan Fitri

Hiburan Penat Duduk Hospital Berbulan Terseksa Zahir Batin Akhirnya Adik Balik Rumah Ibu Izuan Fitri

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 300 hits
Ibu kepada pelakon remaja Izuan Fitri iaitu Nor Abdul Rani memaklumkan anak lelakinya sudah pulang ke rumah pada Isnin lalu setelah berbulan dirawat di hospital akibat jangkitan tibi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurut Nor dia menitipkan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah