Day Trip Ke Pulau Redang Pakej Dari Alur Galley Suites Yang Eksklusif Dan Best Sangat


Assalamualaikum. Hai!


CikSha ni anak jati Pulau Pinang, dah biasa sebenarnya tengok laut sebab dulu masa kerja hari-hari duk rempit merentas Jambatan Pulau Pinang takpun naik feri menyeberang laut dari Seberang Perai ke Pulau Pinang. Jadi kononnya laut tu macam kawan dah la. Aiseh. Poyo je. Sekali naik bot laju nak pi Pulau Redang balik tu mabuk laut. Ahahaha.


Entri kali ni CikSha nak kongsi pengalaman pergi Day Trip ke Pulau Redang. Ini pakej yang ditawarkan kalau menginap di homestay Alur Galley Suites tau. Kami ambik pakej yang 2 hari 1 malam tu. Tapi jadual kami dah terbalik sikit la dari yang sepatutnya. Special sikit la kan sebab buat 'kerja'. Hihi.


Kami pergi Day Trip Pulau Redang ni masa hari kedua stay kat Alur Galley Suites. Jadi hari tu kami check out lambat sikit dari waktu sepatutnya. Balik dari day trip baru kami check out. Mujur la takde penyewa lain masa tu. Lucky us!



Taklimat ringkas dan bacaan doa dari encik Edy sebelum bertolak
Berkumpul di Jeti Penarik berdekatan Kedai Makan Selera Pantai
Untuk pergi Day Trip ke Pulau Redang ni, kami kena berkumpul di jeti Penarik sebelum pukul 9 pagi. Sebab on time tau bot bergerak. So, pukul 8 pagi tu kami dah gerak pi jeti. Tak jauh pun dari homestay. Tapi kena naik kereta jugak la ye. Jangan risau ada parking percuma disediakan untuk kenderaan mereka yang nak pergi Day Trip ni.


Sebelum kami enjoy trip Pulau Redang ni, sempat la pi breakfast kat Kedai Makan Selera Pantai. CikSha melantak nasik lemak uols. Pagi-pagi dah ternak lemak. Hihi. By the way, makanan untuk lunch masa trip ni kedai makan ni la yang sediakan tau. Dah termasuk dalam pakej. Sedap oii lunch kami hari tu depa tapaukan.



Let's Enjoy The Trip!
Dah siap sarapan, maka journey kami ke Pulau Redang pun bermula. Ada 5 check point yang bot akan berhenti untuk kami menikmati keindahan alam laut ciptaan Allah. Jadi CikSha akan kongsi semua kenangan indah di setiap checkpoint. Buat memori sendiri dan untuk korang cuba bayangkan juga keseronokan yang kami dapat sepanjang trip.


CHECKPOINT 1 : Alur Akar.

Jernih sangat air kat sini. Best. Pakwe, abang Adan dengan si encem Iman turun main air. Kat sini boleh snorkling. Banyakkkk sangat ikan yang comel gila. CikSha turun kejap je. Takutttt. Kengkonon mesra laut la sangat. Masuk je dalam air tetiba rasa kaki nak kejang. Sebab tak pandai berenang. Sabar je la.





CHECKPOINT 2 : Pulau Lima.

Pakwe je turun snorkling masa stop kat sini. Dia cakap ikan kat sini lagi cantik cantik. Ada batu karang yang hidup dan cantik jugak. Kat sini berombak sikit. Sebab tu tak berani nak bagi anak-anak turun sekali. Tapi pening uii duk dalam bot sebab duk teroleng-oleng. Nak turun dalam air pulak penakut. Apa pun tak boleh CikSha hangpa ni. Hihi.


Masa kat sini ada kejadian lawak sikit. Memang tak boleh lupa oi. Pakwe CikSha tu, tetibe pulak dia rasa nak terberak. Hahahaha. Nasib la orang yang guide kami tu kata nak bergerak ke checkpoint seterusnya. Kalau tak, membuang dalam laut gamaknye pakwe CikSha tu. Mujur tak berlaku pencemaran itu. Kalau tak kesian ikan-ikan yang lawa dalam laut. Hihi.




CHECKPOINT 3 : Pulau Redang.

Berhenti rehat kejap kat Pulau Redang. Makan, memerut dan buat la apa yang patut. Memang turun je dari bot terus gi cari tandas. Lantakkan je la resort tu owner dia bukan Melayu pun. Pakwe dah tak tahan sangat. Hahaha. Aduhai la pakweku.


Dah settle urusan memerut baru pi isi perut pulak. Kat sini la kami lunch dengan bekalan yang tapau dari Kedai Makan Selera Pantai tu. Tak sempat nak ambik gambar. Semua dah lapar sangat. Memasing makan tak angkat kepala.


Siap makan, suami dengan anak-anak pi main tepi pantai. Seronok sangat 3 ketol anak tu dapat main pasir. Bapaknye la layan. Maknye sibuk ambik gambar. Hihi.




CHECKPOINT 4 : Teluk Sauh.

Sini pun tempat snorkling. Katanya sini batu karang dia lagi lawaaaa. Ada baby shark jugak. Tapi berhenti kejap je kat sini. Tak turun. Semua tak sabar nak pergi checkpoint kelima. Lagipun air berombak sangat masa kami sampai sini. Jadi gambar ada seketoi je la.





CHECKPOINT 5 : Teluk Dalam.

Sini tempat tengok penyu. Kalau bot sampai je terus penyu tu datang dekat. Tapi tu la, dalam gambar tak jelas. Nampak hitam-hitam je. Tengok real nampak la penyu tu. Dia timbul berenang kat atas. Air kat sini tenang sangat. Macam air sungai. Tapi tetap la CikSha takut jugak nak turun. Huhu.




Rugi kan CikSha tak merasa snorkling. Tapi serius memang tak boleh. Masuk je dalam air, kaki terus kejang. Rasa macam nak tenggelam. Huhu. Duduk la melangut atas bot dengan anak-anak. Tapi depa ada jugak turun bapaknye bawak main air jap. Takpa la, CikSha merasa naik bot sambil teroleng-oleng atas laut je la. Hihi.


Pakej day trip ke Pulau Redang dari Alur Galley Suites yang eksklusif dan super best
Semua pengalaman best yang CikSha kongsi kat atas terdapat dalam pakej yang ditawarkan oleh homestay Alur Galley Suites tau. Boleh pilih nak pakej 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam.

Pakej 3 hari 2 malam
RM260/seorang dewasa , RM220/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)Pakej 2 hari 1 malam
RM165/seorang dewasa , RM125/seorang kanak-kanak (4-11 tahun)
Jadual aktiviti untuk setiap pakej boleh check kat entri Alur Galley Suites | Homestay Paling Cun di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik. Untuk pakej ni kena pastikan cukup 10 orang paling minima untuk stay kat homestay Alur Galley Suites tau.


Ni mak dara yang perasan bujang jap. Hihi.

Tapi misal kata, kalau berdua je sebab nak honeymoon (untuk yang dah berkahwin saja ok) boleh je ambik Day Trip tanpa pakej stay di homestay. Harga untuk day trip ni RM120/seorang. Tapi kena naik bot reramai jugak dengan yang tak dikenali la. Kurang la sikit rasa nak huha huha tu. Malu kot nak buat perangai tak semenggah. Kang orang lain tengok semacam. Hihi. Ni betul betul kejadian tau. Sebab hari tu ada satu bot tu berhenti kat checkpoint yang tengok penyu tu, senyappppp je semua dalam bot. Lepas tu sorang pun tak turun bergumbira snorkling kat situ. Weird.


Kalau ambik yang pakej dengan penginapan, kita boleh enjoy dengan family members atau kenalan kita. Takde la kekok nak loklak sikit. Hihi. Itu la untungnya ambik pakej. Rasanya itu pun jimat banyak jugak tu sebab dapat pakej pi day trip ke pulau dan snorkling plus dengan penginapan untuk merehatkan badan. Kan berbaloi baloi tu.


Jadinya, plan la cuti-cuti korang tu. Kawtim dengan family members, takpun dengan bestfriends. Dapat la menikmati percutian yang awesome secara berjemaah. Best tau.


My happy pills

Alhamdulillah. Day Trip kami pi Pulau Redang ni enjoy sangat walaupun ini first time kami bersua muka. Selalu duk nyembang dalam group whatsapp dengan bertegur kat facebook je. Tapi Allah bagi izin kami berjumpa dan bercuti sama-sama. Family pun nampak dapat mesra dengan baik. Pakwe CikSha tu dapat la reunion tak rasmi dengan kawan sekolah lama dia, Rini dan suaminya. Kebetulan yang cantik sangat Allah atur.


Walaupun CikSha tak join depa mandi manda dan menyelam, dapat tengok wajah suami dan anak-anak happy pun CikSha dah puas dah. Selalu support 'kerja' CikSha sebagai blogger. Ni kira hadiah la untuk depa.



Bisik-bisik :: Kalau nak pi Pulau Redang dengan bajet yang awesome, ingat Alur Galley Suites tau!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2019/04/day-trip-ke-pulau-redang-pakej-dari-homestay-alur-galley-suites.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alur Galley Suites Homestay Paling Cun Di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik

Alur Galley Suites Homestay Paling Cun Di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 1138 hits
Assalamalaikum Hai Tempoh hari CikSha berpeluang bawa anak anak dan suami cuti cuti Malaysia dengan 2 lagi keluarga blogger Team BPT ke Pantai Penarik Setiu Terengganu Bercuti sambil bekerja gitu Yang best tu boleh bawak famili Biasa la tu ...
Day Trip Ke Pulau Mersing Dengan Harga Murah

Day Trip Ke Pulau Mersing Dengan Harga Murah

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 1382 hits
Pulau Mersing Mersing Island salah satu pulau yang menarik di Negeri Johor Mersing memang terkenal dengan kepulauan yang cantik untuk dikunjungi Bercuti di Pulau memang best selain menikmati keindahan pantai yang cantik boleh buat pelbagai ...
Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites

Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 1242 hits
Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites Lain Daripada Yang Lain Assalamualaikum hi korang Mood bercutiku ke Terengganu masih belum habis lagi jika sebelum ni daku bersama famili tapi kali ni bersama dengan rakan blogger A...
Restoran Best Dan Menarik Di Pulau Pinang Yang Harus Dikunjungi

Restoran Best Dan Menarik Di Pulau Pinang Yang Harus Dikunjungi

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 318 hits
First Time Ada Tempat Exclusive Sambil Makan Boleh Karaoke Tempat Serba Mewah Sangat Relax Sesuai Seisi Keluarga Makan sambil menikmati pemandangan bot mewah Tapi Yang Sempoi Harga Warung Harga Food Court Saja Sangatlah Berpatutan Sapa Nak ...
Butik Pengantin Nada Bridal Menyediakan Pakej Perkahwinan Yang Eksklusif Cantik Dan Murah Untuk Raja Sehari

Butik Pengantin Nada Bridal Menyediakan Pakej Perkahwinan Yang Eksklusif Cantik Dan Murah Untuk Raja Sehari

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 2254 hits
Butik Pengantin Nada Bridal Menyediakan Pakej Perkahwinan Yang Eksklusif Cantik Dan Murah Untuk Raja Sehari Salam semua majlis perkahwinan yang indah adalah impian bagi setiap bakal pasangan pengantin Siapa yang tak nak majlis kahwin impian...
Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian 2019 Pakej Private Pulau Perhentian

Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian 2019 Pakej Private Pulau Perhentian

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 952 hits
PAKEJ KE PULAU PERHENTIAN 2019 PAKEJ PRIVATE KE PULAU PERHENTIANPulau Perhentian adalah salah satu pulau di Terengganu dan merupakan antara pulau paling cantik di Malaysia dengan keindahan air laut batu karang dan permandangan indah Pulau P...
The Best Citrus Recipes To Brighten Your Day

The Best Citrus Recipes To Brighten Your Day

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 371 hits
The best citrus recipes to brighten your day From cooking with citrus and creating delicious sweet savory recipes to our go to kitchen tools and all natural products you ll love these fun new ways to use lemons limes and oranges If you didn...
Bangi Wonderland Theme Park Resort Betul Ke Best

Bangi Wonderland Theme Park Resort Betul Ke Best

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 1166 hits
Bangi Wonderland Theme Park Resort Betul Ke Best Oleh sebab asyik tertanya tanya betul ke Bangi Wonderland Theme Park Resort ni best atau tak akhirnya persoalan tu terjawab jua saat kami sekeluarga berjaya jejakan kaki ke sini Memang sengaj...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti