Day Trip Ke Chesire Oaks Outlet Dan Manchester Hari 13
Hari ke 13, kami bertolak dari London ke Manchester. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Seperti yang saya tulis sebelum ini, kami tidak merancang untuk ke Manchester dengan menaiki kereta. Kalau ikut perancangan asal, kami hanya ke Manchester dengan train. Tak sampai hati melihat Juita balik Manchester dengan beg yang berat.
Kami membawa banyak barang makanan sebagai persediaan untuk Juita berpuasa dan untuk dimasak pada pagi hari Raya. Tapi setelah dikira kira, kos menaiki train lagi mahal dan lagi terbatas untuk bergerak ke sana sini. Jadi keputusannya, kami ke Manchester dengan kereta kerana kami mahu sekali singgah di Chesire Oaks outlet.
Tapi malang tak berbau. Setelah ditarik pintu, baru tergerak bertanya pasal kunci. Rupanya kunci tertinggal kunci dalam bilik. Bertabah lah. Kena tunggu pejabat dibuka, baru boleh call untuk mengambil kunci spare.
Perjalanan dari London ke Chesire Oak memakan masa 3 jam. Bertolak pukul 7 pagi dengan tidak bersarapan pun sebab mahu cepat sampai di Chesire Oak. Sampai di Chesire Oak pukul 10.30 pagi. Terus mencari sarapan.
Juita mendapat banyak order untuk jam Fossil dan bag Cath Kidston sehingga saya tidak dapat ke mana mana kerana perlu menemani Juita dan menjaga barang barang yang telah dipilih.
Sebelum balik saya singgah di Gap untuk membeli baju cucu dan cucu yang belum lahir ketika itu. Memang kemaruk melihat baju kanak kanak terutama kanak kanak perempuan. Tapi semua perlu dilakukan dengan pantas sebab kami perlu ke Manchester pula.
Hubby berulang kali mengingatkan bahawa pukul 4.30 kami perlu berangkat ke Manchester. Tak boleh lambat kerana kunci perlu diambil sebelum pukul 11 malam. Kami terus ke rumah sewa Juita untuk hantar barang barang makanan yang memang berat.
Kemudian kami ke At Taiba untuk makan nasi Arab. Hubby sekali lagi mengingatkan supaya makan dengan cepat kerana perlu bertolak balik ke London sebelum pukul 6.30 untuk mengambil kunci apartment sebelum pukul 11. Makan pun dalam keadaan tergesa gesa sehingga perlu di bungkus. Nasi Arabnya sangat sedap dan portion yang besar. Harga pun tak mahal iaitu £7.50 sepinggan untuk lamb dan £5.95 untuk ayam dengan air percuma diberi kepada rakyat Malaysia.
Dari sini, kami terus bertolak ke London. Banyak kerja kerja pembinaan di sepanjang jalan melambatkan perjalanan kami. Kami sampai di London pukul 10 malam dan terus ke pejabat untuk mengambil kunci spare apartment. Kemudian terus ke apartment. Sesampai di bilik, Hubby dan anak anak mula mengemas barang selepas ada 2 bag kosong.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.aziekitchen.com/2019/08/day-trip-ke-chesire-oaks-outlet-dan.html