Day 18 Bersyukur
Assalamualaikum dan hi :)
I guess untuk update entry setiap hari is really challenging for me la huhu
But takpe, kita teruskan je
So, waktu tu tengah duduk dekat ruang tamu. Tiba ayah turun dari tingkat atas, tak pasti dari bilik ayah atau bilik aku
Tapi cerita yang ayah ceritakan selepas tu buat aku tersentak kejap
As rumah aku tengah under renovation, so ada la pekerja pekerja indon yang datang kan. So, ayah tanya la one of them, sejak MCO ni macam mana? Okay ke? Lebih kurang macam tu la
And jawapan pekerja tu buat aku sedih
Pekerja tu terpaksa jual motor dia sebab nakkan duit
Ayah tanya, kenapa tak ambil beras apa semua tu dari surau? (as rumah aku ni sebelah surau je, and surau ada sediakan barang barang keperluan kepada sesiapa yang memerlukan)
Dia kata dia segan
Rasa terpukul
Rasa kena tegur direct dari Tuhan
Aku cuma diuji tak boleh keluar enjoy, bersuka ria. Tapi ada orang lain yang diuji, petang nanti nak makan apa? Esok nak makan? Aku setakat hari ni, meja sentiasa ada makanan, alhamdulillah
Aku complain aircond bilik tak berfungsi (sebab tengah renovate kan), so panas
Tapi orang sekeliling
Selfishnya aku ni
Lepas tu ayah pun pergi giant la, alang-alang nak beli barang rumah, belikan sekali barangan asas untuk pekerja pekerja tu
Cerita simple je kan
Tapi sebab selama ni asyik baca dekat twitter je pasal ada orang jumpa orang yang kesusahan apa semua. Tapi tak sedar ada je orang yang terdekat dengan kita pun sebenarnya sedang mengalami kesusahan yang sama
Jadi, cuba-cubalah tanyakan khabar orang sekitar
Sebab kita hidup bukan sorang-sorang
Kita kena hidup berkomuniti
Dan bersyukurlah
Kerana janji Allah, jika hambaNya bersyukur, Allah akan tambahkan lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://from-letters-to-words.blogspot.com/2020/05/day-18-bersyukur.html