Day 1 Jemaah With Family
Assalamualaikum and it's been a long time since my last post (yada yada balik balik intro sama je haha)
Dah hampir sebulan lebih kita dalam tempoh MCO ni, tapi sebenarnya aku takde la rasa tereffect sangat, mungkin sebab dari graduation haritu jarang keluar rumah and duduk rumah je, so tak terasa sangat. Well, kadang kadang tu ada la jugak sikit.
Dan rasanya masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadan Mubarak kepada semua pembaca (jikalau ada) :) Moga moga Ramadan kali ni menjadi satu turning point untuk kita menjadi lebih baik selepas keluar dari 'madrasah' Ramadan ni, insya Allah.
So, how was your 1st Ramadan guys?
Mungkin ada yang nak jadikan Ramadan ni sebagai latihan untuk dia teruskan buat solat dhuha setiap hari ke, mathurat pagi petang ke, al-Mulk before tidur ke, khatam dalam masa sebulan ke, up to you guys. Masing masing ada target masing masing, and i wish good luck to all of you, moga moga urusan baik kita dipermudahkan dan mendapat ganjaran Allah, amin.
Aku bercadang kalau boleh, sepanjang Ramadan ni aku nak update blog, 1 hari tu kena kongsi sesuatu yang bermanfaat la, moga moga adalah sedikit bekalan aku dekat akhirat sana. Kalau tak semua isi kandungan post aku baik, sekurang kurangnya ada sikit pun jadilah. Atau pun mungkin aku akan coretkan pengalaman yang berharga bagi aku, supaya suatu hari nanti bila aku rindu aku boleh baca balik :)
Jadi, pada hari ni, ceh, aku nak cerita pasal solat jemaah dengan family. Ada yang aku kenal, sejak MCO 18hb Mac hari tu lagi dia menjadi imam untuk 5 waktu solat fardhu. Dan bila menjelang Ramadan, aku rasa lagi bertambah bilangan yang mengambil peluang ni untuk menyempurnakan solat fardhu dan terawih secara berjemaah, termasuklah keluarga aku sekali.
Sepanjang 20 tahun hidup, ini kali pertama kami dapat solat jemaah bersama-sama. Sebelum ni pernah solat dengan ayah, atau mak, atau dengan kakak, atau dengan adik sahaja. Tak pernah lengkap 7 orang sekaligus semua. Tapi Alhamdulillah, mungkin inilah yang dikatakan blessing in disguise, disebalik kita tak dapat keluar melaksanakan aktiviti harian, kita diberi waktu untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Nak dijadikan cerita, ayah jadi imam solat Isyak, dan adik aku menjadi imam terawih. Dan aku terkejut, atau mungkin kagum kerana bacaan adik aku yang sedap. Bukan sedap makanan tu tau, tapi sedap di halwa telinga. Macam stok stok budak sekolah agama punya suara. Ah, aku lupa adik aku dulu wakil nasyid sekolah, haha.
Tapi aku tak tau la, ada orang kata suara lelaki memang garau, tapi when it comes to baca al-Quran or jadi imam, dia automatik akan jadi sedap. I'm not sure about this, kalau sesiapa ada buat eksperimen dan berjaya buktikan fakta ni boleh roger roger okay.
Dan aku geram dengan mindset aku sekali lagi, (the first one yang budak sekolah agama je suara sedap, budak sekolah lain tak), which is waktu solat tu, adik aku ada baca ayat yang bukan dari surah lazim. Dan buat aku terdetik, apa yang dia belajar buat dia hafal ayat tu? I mean, di bawah tajuk apa?
Sehinggakan selepas habis terawih tu, nak salam sesama jemaah tu, kakak aku kata kepada adik aku,
"Besar dah mal."
Ye, saat itu aku tau bukan aku seorang sahaja yang bangga dengan adik aku. Mungkin ada yang di antara pembaca ni yang rasa "perlu ke exaggerate adik sendiri?" or beranggapan itulah "the bare minimum" bagi seorang lelaki, tetapi saya hanya menyuarakan pendapat saya sendiri.
Maka sejak hari ini saya berazam untuk tidak men-judge semua orang dengan senangnya. Ceh.
Cakap pasal solat jemaah, teringat waktu kecil kecil dahulu, sering solat jemaah dengan mak. Sehinggakan ada satu hari, mak dah solat asar sendiri (tak ingat solat dekat sekolah atau aku yang leka di rumah)
Aku sampai merengek suruh mak solat lagi sekali dengan aku. Haha. Mengada betul kan. Kelakar bila fikir balik.
Okay tu je la kot nak cerita. Tulis panjang panjang pun takut banyak buruknya dari baiknya. Sekian daripada saya, manusia yang rindukan ayam 4fingers TT_TT
P/s; jangan lupa niat puasa okay rakan rakan!
"Dia baca slow ingat, baca kuat terus lupa." -- momen ketika siapakah imam malam ini? haha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://from-letters-to-words.blogspot.com/2020/04/1st-day-of-ramadan-during-mco.html