Daun Semambu Vs Neem Balm
Bismillah dan Assalammualaikum semuaaaa...Pagi-pagi ni dengan penuh semangat saya nak menulis sebuah artikel yang bertajuk DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM ...sebenarnya dua benda yang saya sebutkan tadi adalah sama tapi berbeza...wahhhh,apakah itu sama tapi berbeza?...sebelum tu saya bagi contoh rupa paras daun semambu @neem sebab takut ada yang terpinga-pinga fikir apetu daun semambu
Dalam masyarakat Melayu, daun semambu sering dikaitkan dengan penyakit campak dan cacar air pada kanak-kanak. Ini kerana ianya dipercayai dapat mengurangkan ruam dan rasa gatal serta miang akibat penyakit yang disebabkan oleh virus measles dan penyakit cacar air (chicken pox) yang disebabkan oleh virus varisela zoster. Dan amalan ini masih lagi dipraktikkan hingga ke hari ini walaupun kebanyakkan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (imun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan
Korang perasan tak,kalau anak kita kena cacar air mesti ada orang tua-tua cakap " ko poie la ambik daun mambu kek topi simpang jalan rumah mak Bedah tu ha...ambik banyak-banyak nak buat mandi dak Ali tu...daun mambu tu elok bagi hilang miang-miang badan tu(loghat negeri sembilan)"
Orang dulu-dulu percaya tentang keajaiban daun mambu nih...Ni saya bagitahu siap-siap,yang di sebut "daun mambu" tu adalah daun semambu @ daun neem...orang tua-tua memang suka panggil daun mambu,senang nak ingat kot...hehehe
Sebenarnya daun mambu ni banyak gunanya bukan untuk buat mandi dak Ali je...kalau hat yang cacar air tu daunnya ditumbuk pastu di tempel-tempel kat cacar tu bagi cepat kering gitewww...eloknya campur dengan bedak sejuk bagi rasa sejukkk je masa kita apply kat kulit anak...Cacar air ni menyakitkan(merenyam-renyam), so bila kita letak bedak sejuk diorang akan kurang stress
Terdapat kandungan anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus pada pokok semambu. Daunnya yang dikisar menjadi serbuk atau pes dikatakan sangat berkesan untuk melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan ia juga sangat berkesan apabila digunakan untuk merawat kecederaan kulit akibat terluka atau terbakar
Selain dari itu, minyak pokok semambu boleh memberi hasil yang menakjubkan. Ia boleh mencegah keguguran rambut, uban dan merawat kelemumur. Ia juga sering digunakan sebagai minyak urut atau salap untuk melegakan kesakitan seperti rheumatoid arthritis, gout, osteoarthritis dan sakit belakang
Banyakkan manfaat daun semambu ni,teruja sangat bila dapat info pasal daun semambu @ neem ni...Oleh kerana istimewanya daun samambu ini kami hasilkan satu produk mudah guna yang menjadikan daun semambu @ neem sebagai bahan utama untuk memudahkan sesiapa sahaja menggunakan pada bila-bila masa...
Gambar kat atas nih adalah produk berasaskan daun semambu yang di beri nama NEEM BALM. Produk ini adalah keluaran ZMBEAUTY dan telah diuji di makmal. Produk ini mengandungi campuran extra virgin olive oil,beeswax dan essential oil. NEEM BALM telah mendapat kelulusan KKM dan akan berada dipasaran pada penghujung bukan Febuari 2019
Ini adalah gambar sebenar NEEM BALM yang saya snap di atas meja sewaktu saya menulis artikel ni. Nampak tak tekstur balm tu? Tekstur yang sangat lembut dan tidak terlalu berminyak...ia sangat sesuai untuk melembabkan kulit...if korang nak gantikan losyen korang dengan NEEM BALM ni pun tiada masalah sebab ia cepat meresap dan tidak melekit,kulit akan terasa lembab,lembut dan wangi
Korang mesti perasan kan termometer comel yang selalu ada dengan NEEMBALM ni...ramai yang tanya termometer comel ni dapat sekali dengan NEEM BALM ke masa beli nanti? Jawapannya adalah "YA" ...korang akan dapat sekali free gift berupa termometer ekslusif dari ZMBEAUTY ni tapi hanya untuk 10,000 pelanggan yang terawal...selepas 10,000 dah tiada free gift termometer dah taw...tapi bekas hitam dan key chain comel tu memang akan dapatlah...
Sebelum melancarkan NEEM BALM ini kami telah menghantar sample kepada individu-individu yang mempunyai masalah berkaitan kulit untuk mencuba NEEM BALM ini sebagai langkah pertama untuk menguji secara terus tentang keberkesanan produk ini dan dijadikan testimoni sebagai rujukan pelanggan akan datang
Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk kami melahirkan produk natural dan mendapat feedback yang sangat positif. Kami masih menanti lagi feedback dari pelanggan lain untuk mengumpul testimoni original pengguna NEEM BALM ini
Ada pelbagai soalan yang saya dapat daripada orang ramai tentang NEEM BALM ni dan saya kumpulkan jawapan untuk menambah pengetahuan umum serba sedikit tentang NEEM BALM ini...kalau korang ada apa-apa soalan lagi korang boleh tanya dan saya dengan besar hati akan menjawabnya tanpa ragu-ragu hehehe...Jom kita layan jawapan bergambar yang saya sediakan khas untuk korang
Oleh kerana NEEM BALM baru lagi dipasaran kami masih mencari sesiapa yang berminat untuk menjadi agent sah produk baru ini...Kepada yang berminat nak join team NEEM BALM boleh terus hubungi saya okey...
Saya cuba yang terbaik untuk memudahkan semua orang...daripada dedaun semambu saya jadikan NEEM BALM supaya orang ramai mudah untuk gunakan...itulah yang dimaksudkan dengan sama tapi berbeza...yang membezakan ia adalah rupa fizikal tetapi tetap sama fungsinya daripada tradisional menjadi moden. Itulah sedikit info saya tentang DAUN SEMAMBU VS NEEM BALM . Jika ada info saya yang tertinggal korang boleh tambah di ruangan komen ya,sebab mana tau ada info yang tercicir pula...Maka berakhirlah celoteh saya untuk kali ini,kepada yang berminat boleh roger-roger taw...Wassalam---
Sebarang pertanyaan berkaitan boleh hubungi saya di :
FB : Zuraini MuhammadPage : neembalmHQIG : @neembalmhq
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.zuraini.com/2019/02/daun-semambu-vs-neem-balm_20.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+zuraini%2FEuPa+%28HOMEMADE+BEAUTY+MALAYSIA%29