Datuk Seri Najib Umum Subsidi Pakej Perisian Gst Kini Dibuka


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan permohonan untuk e-baucar cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) bernilai RM1,000, kini dibuka.
    
Beliau berkata baucar ini merupakan kaedah mudah, cepat dan berkesan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membeli atau menaik taraf perisian perakaunan pematuhan GST.
    
Najib membuat pengumuman ini dalam ucaptama pada perasmikan pameran tahunan PKS (SMIDEX) 2014 di Kuala Lumpur Convention Centre, di sini.
    
"Mereka hanya perlu membuat pemohonan secara dalam talian untuk e-baucar ini yang boleh digunakan untuk membeli perisian daripada vendor yang mengambil bahagian.
    
"Saya menggesa PKS supaya tampil dan memanfaatkan bantuan yang disediakan oleh kerajaan ini bagi memastikan peralihan lancar dalam pelaksanaan GST," katanya.

GST akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015 pada kadar 6 peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar cukai jualan dan perkhidmatan kini masing-masing ditetapkan pada 10 peratus dan 6 peratus.

Najib berkata beliau mahu semua pihak berkepentingan, terutama peniaga, memahami dengan jelas mengenai persediaan untuk melaksanakan GST, dan Malaysia juga boleh belajar dari 160 negara, yang sudah melalui cabaran dalam memahami dan melaksanakan sistem percukaian ini.

"Kerajaan memperuntukkan RM100 juta (daripada RM250 juta) untuk melaksanakan program latihan dan kesedaran di seluruh negara menerusi pelbagai saluran," kata Perdana Menteri.

Baki RM150 juta lagi akan diperuntukkan untuk PKS menaik taraf perisian perakaunan masing-masing.

Najib turut mengumumkan bahawa SME Corp akan bekerja bersama-sama Suruhanjaya Sekuriti untuk mewujudkan Platform Dagangan Tidak Tersenarai Malaysia (MyULM), yang akan memudahkan peluang pembiayaan untuk PKS.

Beliau berkata, kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan dan peluasan PKS menerusi pasaran modal, dengan peserta kecil mendapati cabaran besar untuk memasuki pasaran modal secara rasmi berikutan pelbagai syarat, selain kos yang tinggi untuk penyenaraian.

"Bagi memudahkannya, tahun lepas Suruhanjaya Sekuriti mengumumkan MyULM, bagi menyediakan akses kepada modal dan maklumat bagi memudahkan transaksi," katanya.

Najib juga berkata, kerajaan membelanjakan RM13 bilion untuk program pembangunan PKS tahun ini berbanding RM12 bilion tahun lepas.

"Dana ini bukan sahaja daripada kerajaan, malah sektor swasta, dengan hampir 50 peratus daripada dana untuk program itu tahun ini diperoleh daripada sumber sektor swasta," katanya.

Najib melihat usaha sama awam-swasta ini akan memberi manfaat kepada kedua-dua rakan berkenaan, menjadikannya persekitaran perniagaan lebih cergas dan ekonomi yang lebih kompetitif.

Tahun lepas, RM12 bilion dibelanjakan untuk 157 program pembangunan PKS yang menjana hampir 890,000 projek dalam semua sektor ekonomi, meningkatkan produktiviti, mendaftar perniagaan baharu, keuntungan yang tinggi selain lebih banyak peluang pekejaan.

Mengenai komitmen Asean, Najib berkata: "Malaysia kini ke hadapan dalam menyediakan ekonomi untuk penyepaduan yang lebih baik. Matlamatnya, kami mahu Asean menjadi rantau yang lebih kompetitif, terangkum dan bersepadu sepenuhnya dalam persekitaran perniagaan global.

"Bagi PKS Malaysia dan pelabur antarabangsa, Komuniti Ekonomi Asean menjanjikan manfaat sebenar, malah mengubah persekitaran perniagaan, yang memerlukan persediaan rapi."

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2014/06/datuk-seri-najib-umum-subsidi-pakej.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Kehakiman Kes Datuk Seri Najib Patut Dibuat Secara Langsung

Semakan Kehakiman Kes Datuk Seri Najib Patut Dibuat Secara Langsung

papar berkaitan - pada 16/12/2022 - jumlah : 200 hits
Semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib patut dibuat secara langsung Saranan beberapa pihak menyeru dan berharap supaya kes semakan kehakiman kes Datuk Seri Najib Razak dibuat secara langsung perlu diberi perhatian oleh pihak yang berkuasa I...
Pengalihan Ke Angkutan Umum Dinilai Lebih Efektif Dibanding Subsidi Motor Listrik

Pengalihan Ke Angkutan Umum Dinilai Lebih Efektif Dibanding Subsidi Motor Listrik

papar berkaitan - pada 14/12/2022 - jumlah : 145 hits
Rencana pemerintah memberi subsidi terhadap sepeda kendaraan listrik dan ojek online dinilai tidak tepat Dibandingkan memberi subsidi pemerintah sebaiknya fokus melakukan shifting kebiasaan masyarakat terhadap moda transportasi sebagai penu...
Ni Hint Nak Lantik Zahid Jadi Tpm Ka Datuk Seri

Ni Hint Nak Lantik Zahid Jadi Tpm Ka Datuk Seri

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 286 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah menjawab gesaan supaya ahli Parlimen yang berdepan tuduhan rasuah diketepikan dalam pembentukan Kabinet baru Ketika ditanya mengenai kemungkinan...
Terkini Jawatan Kosong Di Sirim Bulan November Dan Disember 2022 Permohonan Kini Dibuka

Terkini Jawatan Kosong Di Sirim Bulan November Dan Disember 2022 Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 313 hits
Terkini Jawatan Kosong Di SIRIM Bulan November Dan Disember 2022 Permohonan Kini Dibuka Makluman kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan kerajaa...
Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara Program Biasiswa Hungary Kini Dibuka

Nak Sambung Belajar Ke Luar Negara Program Biasiswa Hungary Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 205 hits
Tidak dapat dinafikan melanjutkan pengajian ke luar negara adalah impian setiap pelajar sehinggakan ada yang sanggup mengeluarkan pembelanjaan yang besar demi mencapai cita cita tersebut Malah ada segelintir dalam kalangan kita berpeluang m...
Shell I Parc Tanjung Pelepas Kini Dibuka

Shell I Parc Tanjung Pelepas Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 237 hits
Shell i Parc Tanjung Pelepas Kini Dibuka Yeay Shell baru dah buka di kawasan paling terdekat dengan rumah Actually dah buka dari last week The post appeared first on
Tempahan Realme 10 Pro Dan 10 Pro Kini Dibuka Di Malaysia

Tempahan Realme 10 Pro Dan 10 Pro Kini Dibuka Di Malaysia

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 206 hits
Realme 10 Pro dan Realme 10 Pro adalah dua peranti dengan sokongan 5G terkini daripada Realme Kedua duanya juga telah disahkan bakal ke pasaran Malaysia menerusi pelancaran yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ini iaitu 8 Disember 2022 ...
Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

Cadangan Kabinet Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim 2022

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 320 hits
Cadangan Penstrukturan Semula Dan Penamaan Calon Calon Menteri Melibatkan Kementerian Kementerian Dan Portfolio Portfolio Di Jabatan Perdana Menteri A Cadangan Penstrukturan Semula Portfolio Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Timbalan...
Pelajar Sekolah Wajib Pakai Pin Lencana Jalur Gemilang

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

Putra Heights Pipeline Fire Jpj Issues 163 Free Vehicle Document Replacements For Affected Victims

Speed Read A Hartford Vr150 Flat Tracker From Taiwan And More

Tular Tumbuk Pemandu Wanita Anggota Tentera Mengaku Tak Salah

Overcoming The Funding Challenges

Lelaki Maut Dibelasah Penduduk Lepas Tikam Wanita Remaja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Metamask Security Warning

Ufabet

Jackpot Fever Awaits On 389sports Slots

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

9 Lelaki Ditahan Kerana Merusuh Guna Pedang Samurai