Datuk Seri Didakwa Minta Suapan Rm300 000 Lepaskan 22 Warga China


Bernama Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM300,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China, tahun lalu. SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM300,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China, tahun lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohammed Al Faizal Mohammed, 45, didakwa secara rasuah meminta suapan berjumlah RM300,000 daripada seorang ahli perniagaan, Lim Seng Chye, 41, sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Mohammed Al Faizal juga mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan pilihan iaitu secara rasuah bersetuju menerima wang tunai RM176,000 daripada Lim sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 orang warganegara China daripada tahanan polis dan JIM.
Kedua-dua pertuduhan itu didakwa dilakukannya di sebuah restoran di Jalan Dua, Kampung Baru Subang, Petaling, pada 9.30 malam, 22 Sept 2020, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Rozilah Salleh memutuskan Mohammed Al Faizal dikenakan jaminan RM100,000 setelah Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fadhli Ab Wahab menawarkan jumlah tersebut bagi memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah.
Tertuduh yang diwakili peguam bela T. Tamil Salvan dan Benedict Anand itu diarah untuk melapor diri setiap awal bulan di pejabat SPRM Selangor dan pasportnya diserahkan pada mahkamah manakala sebutan semula kes pada 21 April depan.
Terdahulu Rozilah turut membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Mohammed Al Faizal pada Isnin, selepas kegagalan tertuduh menghadiri pertuduhan kes yang sepatutnya dijalankan semalam.
Rozilah turut memberi amaran kepada Mohammed Al Faizal bahawa mahkamah tidak akan memaafkannya sekiranya dia mengulangi tindakan yang sama.
Semalam, mahkamah mengeluarkan waran tangkap kepada tertuduh apabila gagal menghadirkan diri bagi pertuduhan kes setelah dimohon pihak pendakwaan.
Tamil Salvan selepas itu memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya pada ketika itu sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, kerana mengalami artritis.
Terdahulu Mohammed Al Faizal tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam pada 8.45 pagi dengan berkerusi roda dan diiringi anggota SPRM.
Pada 18 Mac lalu, tertuduh telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan termasuk dua pertuduhan pilihan, iaitu secara rasuah menerima suapan berjumlah RM176,000 daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan polis dan JIM.- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/datuk-seri-didakwa-minta-suapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Seri Tidak Mengaku Bersalah Terima Rasuah Rm476 000

Datuk Seri Tidak Mengaku Bersalah Terima Rasuah Rm476 000

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 203 hits
SHAH ALAM Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dikenakan waran tangkap pada 22 Mac hadir berkerusi roda di Mahkamah Sesyen 23 Mac atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM476 000 dilakukannya pada tahun lalu Tertuduh Mohamed Al Fa...
Lelaki Berpangkat Datuk Didakwa Lupus Pindah Terima Wang Lebih Rm8 Juta

Lelaki Berpangkat Datuk Didakwa Lupus Pindah Terima Wang Lebih Rm8 Juta

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR 19 Mac Seorang lelaki berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 pertuduhan melupuskan memindahkan dan menerima wang yang merupakan hasil daripada aktiviti haram berjumlah lebih RM8 juta Datuk Ahmad...
Polis Johor Cari Datuk Seri Nicky

Polis Johor Cari Datuk Seri Nicky

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 410 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan Datuk Seri Nicky yang dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial JOHOR BAHRU Polis mengesan seorang Datuk Seri bagi membantu siasatan be...
Datuk Seri Dikesan Bantu Siasatan Jenayah Komersial Pengubahan Wang Haram

Datuk Seri Dikesan Bantu Siasatan Jenayah Komersial Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 416 hits
JOHOR BAHRU Polis Johor sedang mengesan seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan kes jenayah komersial dan pengubahan wang haram Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Nic...
Datuk Seri Charged With Accepting Rm176k Bribe

Datuk Seri Charged With Accepting Rm176k Bribe

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 261 hits
A businessperson with the title datuk seri pleaded not guilty in the Kuala Lumpur Sessions Court today to two charges of accepting RM176 000 in bribe to help release 22 Chinese nationals last year According to the first and second charges M...
Bukan Datuk Seri Datang Rumah Saya Natrah

Bukan Datuk Seri Datang Rumah Saya Natrah

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 259 hits
Ahli Parlimen Sekijang Natrah Ismail yang didakwa dalam kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ditawarkan RM10 juta menafikan beberapa perkara yang tidak tepat mengenai kenyataannya Menurut Natrah kebanyakan isu yang tular mengena...
Disyaki Terima Suapan Rm3 000 Sebulan Untuk Melindungi Pemandu Lori 33 Pegawai Jpj Ditahan Sprm

Disyaki Terima Suapan Rm3 000 Sebulan Untuk Melindungi Pemandu Lori 33 Pegawai Jpj Ditahan Sprm

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 288 hits
Disyaki terima suapan RM3 000 sebulan untuk melindungi pemandu lori 33 Pegawai JPJ ditahan SPRMJabatan Pengangkutan Jalan mengesahkan seramai 32 pegawainya yang membabitkan kakitangan di lima negeri iaitu Kedah Pulau Pinang Perak Perlis dan...
Hiburan Hadiahkan Kereta Mewah Bernilai Rm300 000 Aeril Zafril Beri Kejutan Buat Wawa Zainal Sempena Hari Lahir

Hiburan Hadiahkan Kereta Mewah Bernilai Rm300 000 Aeril Zafril Beri Kejutan Buat Wawa Zainal Sempena Hari Lahir

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 312 hits
Pelakon Aeril Zafril dilaporkan telah memberi kejutan buat isteri tercinta yang juga pelakon Wawa Zainal sempena sambutan ulang tahunnya yang ke 29 baru baru ini Sumber Instagram Wawa Zainal Difahamkan kejutan istimewa yang diberikan Aeril ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi