Datuk Hajjah Rozzana Mrs Malaysia Universe 2019 Charity Ambassador


Hello pembaca kesayangan,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan sebuah kisah inspirasi. Misz-ella sentiasa rasa bersyukur dan bertuah kerana berpeluang mempunyai kenalan dari pelbagai lapisan masyarakat. Mungkin tidak ramai *oh yes !! saya memang tidak popular tetapi tak apa lah ..* kerana yang penting adalah saya memilih quality bukan quantity. 
Misz-ella sering dikecam kerana selalu kelihatan berada bersama mereka yang berpangkat maka saya dilabel sangat pemilih kawan. Masa kecik dulu, mama selalu pesan .. Kawan dengan orang yang baik-baik, jangan salah pilih kawan .. dan sampai sekarang itulah pesanan mama yang menjadi pegangan Misz-ella.
Alhamdulillah Misz-ella mempunyai kawan dari latar belakang yang berbeza. Mana yang rapat, itu tandanya wujud keserasian antara kita. Mana yang tak rapat, mungkin sekadar Hye Hye Bye Bye sahaja yang sesuai untuk kita. Betul tak? Sebenarnya dalam persahabatan, bukanlah pangkat atau darjat jadi ukuran tetapi di mana ada kasih sayang, di mana kita rasa dihargai dan diingini, di situlah kita berada, kan. Terima kasih kepada kawan-kawan yang menerima saya seadanya.

Baru-baru ini salah seorang kenalan rapat Misz-ella, Datuk Rozzana Binti Datu' Haji Rahmat atau Misz-ella panggil nama manja dia Datuk Nana, telah jemput Misz-ella ke majlis Grand finale Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019.  Kebetulan Misz-ella memang free maka kaki melangkah ke Hotel Sheraton PJ dengan senang hati, tempat dimana majlis meriah gilang gemilang itu telah berlangsung.
Datuk Rozzana bersama para juri yang lain
I will be one of the Jury for the night, Ella, you datang tau .. begitulah kata Datuk Rozzana. Pemilihan Datuk Rozzana sebagai Juri pada malam tersebut adalah sangat tepat kerana beliau yang saya kenali adalah seorang yang sangat berkaliber dalam apa sahaja beliau yang beliau ceburi. Datuk Rozzana juga seorang yang berpendidikan dan berkeyakinan tinggi .. Misz-ella dah beberapa kali dengar beliau bercakap atau berucap secara spontan .. setiap patah perkataan dilantunkan beliau dengan jelas, pendapat beliau disuarakan dengan bernas dan beliau sangat tegas dengan apa yang beliau fikirkan. Datuk Rozzana berani bersuara, sangat mementingkan etika penampilan dan yang paling saya suka ialah .. beliau sentiasa bergaya cantik, menepati tema dan sentiasa buat kami tertunggu-tunggu kemunculan beliau. 


Rupa-rupanya, bukan sahaja beliau dilantik sebagai salah seorang dari juri pertandingan Mrs Malaysia Universe 2019 tersebut, malah beliau juga terpilih sebagai Charity Ambassador of Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019 ini. Wahhh .. kejutan!! Ehemm .. ehemm .. saya automatik rasa bangga kerana beliau memang layak memiliki gelaran tersebut.

Disebabkan Misz-ella suka berkongsi kisah-kisah positif dan berinspirasi, mari Misz-ella nak cerita tentang beliau. Datuk Rozzana, Pengarah Urusan SRT Travel & Tours sememangnya seorang yang sentiasa prihatin akan nasib golongan yang kurang bernasib baik, samada golongan ibu tunggal, golongan asnaf mahupun anak-anak yatim. Setiap kali menjelang bulan Ramadan atau pada bulan Syawal beliau akan menganjurkan majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim, samada di hotel mahupun di kediaman beliau sendiri. Datuk Rozzana sentiasa jemput Misz-ella sayangnya kadang-kadang jemputan tu tak dapat Misz-ella penuhi. Anyway, terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa simpan daku dalam hatimu, Datuk Rozzana *Chewah .. bersastera la pulak kau, wahai Ella*
Selain dari itu, Datuk Rozzana rajin menganjurkan Majlis keagamaan. Kadang-kadang ada majlis tahlil, ada kursus pengurusan jenazah, sambutan Maal Hijrah, ada majlis berbuka puasa dan bersolat tarawikh berjemaah dan macam-macam lagi. Datuk Rozzana juga tak kekok turun padang bagi memberi sokongan dan bantuan kepada para jemaah Haji di musim Haji.

Malah baru-baru ini, Datuk Rozzana telah mengambil keputusan untuk menyambut hari jadi beliau bersama dengan anak-anak yatim dimana sambutan hari jadi beliau diadakan di rumah anak yatim tersebut berbanding di hotel mewah seperti tahun-tahun sebelumnya.



Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul cakap orang tu. Pada Misz-ella, Datuk Rozzana ibarat seorang kakak yang sangat tegas tapi dalam waktu yang sama sangat penyayang dan prihatin pada kawan-kawan, saudara mara dan juga golongan yang kurang bernasib baik. Datuk Rozzana seorang yang pemurah dan baik hati, sentiasa memberi ..  baik kepada saudara mara, sahabat handai mahupun golongan yang memerlukan.


Dalam waktu yang sama, beliau sebenarnya seorang sangat yang unik - ada masa beliau sangat tegas, lantang dan berani bersuara tetapi deep inside, she is a happy go lucky, colourful and lively person *majlis lebih meriah bila dia ada, tau .. macam-macam karenah dia yang boleh buat kami semua ketawa, serious! Misz-ella tak tipu .. *


Tahniah Datuk Rozzana yang sangat Misz-ella hormati dan kasihi diatas anugerah Mrs Malaysia Universe & Mrs Elite Malaysia Universe 2019. You deserve it my dear Datuk Nana. Semoga Allah SWT beri Datuk Rozzana kesihatan yang baik, rezeki yang luas agar dapat terus berbakti dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan and keep on inspiring us with your noble effort. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana berpeluang mengenali seorang wanita hebat bernama Rozzana binti Rahmat. Tanpa disedari, banyak yang Misz-ella belajar dari beliau. OK Misz-ella dah habis berkongsi dengan pembaca semua, I nak pergi buat kerja lain pulak. Thank You baca and see you in my next entry, k. Ada banyak cerita best-best nak kongsi dengan you all ni. Jangan lupa datang lagi. Bye.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2019/11/datuk-hajjah-rozzana-mrs-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spotify Wrapped 2019 K Clique Ialah Artis Malaysia Paling Banyak Distrim Sepanjang 2019

Spotify Wrapped 2019 K Clique Ialah Artis Malaysia Paling Banyak Distrim Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 394 hits
Kita akhirnya tiba di bulan Disember dan hanya kurang sebulan sahaja akan melangkah ke tahun 2020 Seperti biasa pada penghujung tahun senarai perkara paling popular mula dikumpul dan hari ini Spotify Wrapped 2019 telah diterbitkan oleh perk...
25 Senarai Filem Malaysia 2019 Yang Keluar Pawagam

25 Senarai Filem Malaysia 2019 Yang Keluar Pawagam

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 531 hits
Berikut senarai filem tempatan yang bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2019 Tarikh rasmi poster dan trailer terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa 2019 melabuhkan tiraikan menyaksikan filem filem hebat pecah panggung dengan kut...
Malaysia S Reserves At Us 103 22 Bln End Oct 2019 Bnm

Malaysia S Reserves At Us 103 22 Bln End Oct 2019 Bnm

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 221 hits
In a statement today Bank Negara Malaysia said other foreign currency assets amounted to US 160 3 million Bernama Photo KUALA LUMPUR Malaysia s reserves remained usable as at end October 2019 with official reserve assets at US 103 22 billio...
Biar Sendi Lemah Dan Postur Badan Berubah Aku Tetap Join Kidney Charity Fun Run 2019

Biar Sendi Lemah Dan Postur Badan Berubah Aku Tetap Join Kidney Charity Fun Run 2019

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 595 hits
BIAR SENDI LEMAH DAN POSTUR BADAN BERUBAH AKU TETAP JOIN KIDNEY CHARITY FUN RUN 2019 Dah lama tak warm up Haritu Kak Mija ajak aku lagi sekali pergi Kidney Charity Fun Run anjuran MAA Medicare Charitable Foundation Bila dah melibatkan Kidne...
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 689 hits
Logo Baru Tourism Malaysia 2019 Kena Kecam Ingat tak dulu kecoh pasal logo Visit Malaysia 2020 To be honest logo Visit Malaysia 2020 dulu bagi Fadzi memang buruk dan tak nampak moden langsung Memang wajar kena kecam So hari ni logo Tourism ...
Spartan Malaysia Iskandar Puteri Ultra Beast Super 2019 16 November 2019

Spartan Malaysia Iskandar Puteri Ultra Beast Super 2019 16 November 2019

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 590 hits
SPARTAN MALAYSIA ISKANDAR PUTERI ULTRA BEAST SUPER 2019 16 November 2019 Saturday 12am Sunday 12amIskandar Puteri Johor Spartan Race Malaysia is brought to you by TOP Detergent Malaysia Official Fabric Care
5549 Aktiviti Karnival Gaya Hidup Sihat Karnival Usahawan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 Ppim 30 11 2019

5549 Aktiviti Karnival Gaya Hidup Sihat Karnival Usahawan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 Ppim 30 11 2019

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 450 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan Toqqi merasmikan Karnival Gaya Hidup Sihat Karnival Usahawan Malaysia Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran Persatuan Taekwondo Bekas Perajurit ATM Malaysia di Puteri Central Park Rawang Terdapat pelbagai booth j...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia


Free Sample Libresse Knowyourv

Cara Order Di Website Dealer Orodesign

Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik