Dato Sri Siti Nurhaliza Watak Utama Dalam Dokufilem Siti Are You Ready
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui sekalian. Apa lagi yang tidak dibuat oleh penyanyi No 1 Malaysia ini. Setelah berjaya dengan gemilang dalam dunia nyanyian, mengacara juga sudah dan kini berlakon pula dalam dokumentari filem pertama kerjasama antara Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Production. Kalau korang betul-betul peminat Dato Sri Nurhaliza kena tonton dokufilem ini yang bakal menemui peminat pada 30 Disember 2021 di Astro First dan juga Vimeo On Demand.
Tajuk dokufilem ini juga sangat sinonim dengan kejayaan tiga konsert gergasi beliau pada tahun 2018 lalau. SITI : ARE YOU READY? dimana beliau memulakan bicara pada malam setiap konsert beliau. Ia merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi lapan puluh minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta kisah yang tidak dirungkap sepanjang jelajah konsert "Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour" di tiga buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia
Kita tengok kemegahan dan kejayaan serta kemeriahan konsert itu sahaja yang menjadi sangat tular sehingga tiket kesemua habis dijual. Tapi tiada yang ketahui disebalik kejayaan ini semua ada banyak kisah sedih, duka dan perit payah begelar anak seni untuk menjayakan konsert bertaraf mega ini. Ada masa sehinggakan Siti sendiri hampir putus asa dan juga konsert beliau hampir ditunda pada masa itu
Juga mengangkat sudut pandang sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak dan suami yang dikasihi. Konsert ini diadakan bagi meraikan 23 tahun Dato Siti dalam industri muzik tanah air dan nusantara dan juga berjaya di seantero dunia. Daripada sekecil-kecil persediaan sehinggalah sebesar asperasiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem ini
Menarik lagi filem ini menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar yang diberi tanggungjawab menjadi pengarah iaitu M.Azhar Rot dan juga Ans Izwan. Dengan idea yang lebih segar dan juga modern ditampilkan dalam garapan filem ini ia dapat dilihat daripada sinematografi dan juga visual yang diambil. Juga mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung
Maha sendiri dah tonton filem dokumentari ini semasa malam Red Carpet and Gala Premiere yang diadakan baru-baru ini di Dadi Cinema Pavilion KL dan juga dibawakan secara langsung di channel TikTok rasmi CTDK. Turut hadir pada malam tersebut Dato Sri Siti Nurhaliza dan suami Dato Sri Khalid yang baru pulang dari memberi bantuan mangsa banjir. Juga semua kru yang terlibat dalam menjayakan konsert dan filem ini serta rakan media dan wartawan lain. Kalau korang ada masa langgan filem ini kerana baru tahu apa yang terjadi sebenarnya bagi menjayakan konsert sehebat Siti ini.
Jangan lupa saksikan filem dokumentari "SITI : ARE YOU READY?" dan juga siapa yang tidak sempat pergi pada konsert mega tersebut boleh tonton sekali tayangan penuh ketiga-tiga konsert dalam Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour - Live In Concert pada satu harga. Langgan ASTRO First saluran 480 bermula 30 Disember 2021 ini. Hanya langgan RM19.90 korang boleh tonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang kali di rumah.
Bagi korang peminat yang berada di luar Malaysia Siti tidak pernah melupakan korang semua. Korang juga boleh tonton dengan melanggan di platform Vimeo on Demand juga bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99 dan juga boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Semoga ia menjadi inspirasi kepada semua dan juga menjadi nadi kepada kita bahawa untuk berjaya tidak muda dan perlu pengorbanan. Memang peminat tegar TokTi kena tonton kedua-dua ini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2021/12/dato-sri-siti-nurhaliza-watak-utama.html