Dato Hussamuddin Umum Bersara Pengerusi Penerbit Karangkraf Berkuat Kuasa 1 November


Selepas empat dekad menerajui syarikat, pengasas Kumpulan Media Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Bin Haji Yaacub mengumumkan persaraan sebagai Pengerusi dan Penerbit berkuat kuasa 1 November 2022.
Turut mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa pada tarikh yang sama, ialah Timbalan Pengerusi, Datuk Muhammad Nasir Bin Haji Hamzah.
Susulan daripada perletakan jawatan tersebut, kedua-dua mereka, Dato’ Hussamuddin dan Datuk Muhammad Nasir masing-masing akan berperanan sebagai Penasihat dan Penasihat Bersama syarikat.


Kedua-duanya juga akan melepaskan jawatan dalam Lembaga Pengarah dan syarikat akan melantik lima Ahli Lembaga yang baharu.
Mereka adalah Pn Firdaus Binti Hussamuddin, En Akmal Eirfan Bin Mohamed Fauzi, Pn Farah Binti Hussamuddin, En Azizi Bin Fikry dan En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Dato’ Hussamuddin akan diisi oleh Puan Firdaus Binti Hussamuddin yang akan menggantikan beliau sebagai Pengerusi Kumpulan yang baharu. Sebelum ini, Firdaus adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd.
“Sejak empat dekad lalu, Karangkraf telah berkembang dengan kukuh. Syarikat telah berjaya bertahan dalam gelombang digital yang melanda dunia sejak 2013 yang menggoncangkan banyak industri media terutama media cetak,” kata Dato’ Hussamuddin.
“Kini, saya rasa sudah tiba masanya untuk kami berundur dan menyerahkan baton kepada generasi yang lebih muda kerana generasi mereka boleh membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi,” tambahnya.

Sehubungan dengan penyerahan itu, Kumpulan Media Karangkraf juga ingin mengumumkan beberapa perubahan struktur dalam syarikat yang juga akan berkuat kuasa pada 1 November 2022.
Di peringkat Kumpulan, Encik Akmal Eirfan Mohamed Fauzi akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan (Korporat, Kewangan dan Pengurusan Risiko). Beliau sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif untuk Ultimate Print Sdn Bhd.
Bagi tiga bahagian perniagaan utama Kumpulan, perubahan adalah seperti berikut:
Puan Farah Binti Hussamuddin akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Penerbit/CEO Divisi Media yang merangkumi Sinar Harian, Sinar Daily. dan semua aset media milik Karangkraf, Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
En Azizi Bin Fikry akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO Bahagian Percetakan dan Pembuatan, yang merangkumi Ultimate Print Sdn Bhd dan Karangkraf Medicare Sdn Bhd. Beliau sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Operasi Ultimate Print Sdn Bhd.
Puan Firdaus Hussamuddin juga akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/CEO/Penerbit Kumpulan Buku dan Penerbitan Al-Quran, yang merangkumi Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf dan anak syarikatnya. Beliau akan dibantu oleh En Izzat Izhar Bin Muhammad Nasir yang akan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif/Ketua Pegawai Operasi bahagian.
Karangkraf bermula pada tahun 1978, sebagai sebuah perniagaan penerbitan kecil di lot kedai dengan mencetak terbitan pertamanya iaitu Mingguan Kanak Kanak. Hari ini, syarikat tersebut telah berkembang menjadi salah satu penerbitan, percetakan dan gergasi media di negara ini.

The post Dato’ Hussamuddin Umum Bersara Pengerusi, Penerbit Karangkraf Berkuat Kuasa 1 November appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/dato-hussamuddin-umum-bersara-pengerusi-penerbit-karangkraf-berkuat-kuasa-1-november/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula Di Seoul Mamamoo Umum Konsert Jelajah Dunia My Con Pada November Ini

Bermula Di Seoul Mamamoo Umum Konsert Jelajah Dunia My Con Pada November Ini

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 112 hits
Siap sedia semua kerana MAMAMOO berkemungkinan akan mengadakan konsert di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Terbaru MAMAMOO mengumumkan konsert jelajah dunia mereka yang telah lama ditunggu tunggu yang diberi nama MY CON Untuk pengetahuan konsert ...
Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

Pilihan Raya Umum Ke 15 Malaysia 19 November 2022 Jom Mengundi

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 197 hits
Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 telah diumumkan secara rasminya pada hari Sabtu 19 November 2022 Maka terjawablah persoalan tarikh PRU15 bila selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Okto...
Jaga Ayam Dan Teloq Ayam Pun Hang Tak Tau Ada Angan Angan Hang Nak Kuasa Lulus Projek Tak Guna Punya Manusia

Jaga Ayam Dan Teloq Ayam Pun Hang Tak Tau Ada Angan Angan Hang Nak Kuasa Lulus Projek Tak Guna Punya Manusia

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 123 hits
Tak guna jadi TPM kalau tiada kuasa lulus projekJawatan timbalan perdana menteri untuk Sabah dan Sarawak yang dicadangkan itu perlu mempunyai kuasa untuk meluluskan projek pembangunan atau peruntukan tertentu Setiausaha Agung Gabungan Parti...
Kuasa Pengundi Muda

Kuasa Pengundi Muda

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 160 hits
agendaily com28 10 2022Pengundi berusia 18 tahun didaftarkan secara automatik Pada 19 November ini rakyat akan memilih barisan pimpinan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang dan dijangka lebih 21 juta pengundi termasuk 34 peratus pemil...
Perebutan Kuasa Dalam Pbm Semakin Parah

Perebutan Kuasa Dalam Pbm Semakin Parah

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 108 hits
Hanya Zuraida boleh gantung saya kata setiausaha agung PBM Ainin Wan SallehAMPANG Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia Nor Hizwan Ahmad menafikan beliau dan ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid telah digantung daripada parti Nor Hizwan me...
Juai Bangsa Dan Agama Ka Lebai Bagi Kuasa Tak Boleh Buat Apa Lebhai

Juai Bangsa Dan Agama Ka Lebai Bagi Kuasa Tak Boleh Buat Apa Lebhai

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 174 hits
MOHD SHAH RIMWayar putus ke ostaz ni 22 bulan PH jadi kjaan PM Org Melayu Islam tetap agama rasmi Nak gelak pun ada
Pru Bukan Pertahanan Kuasa Tetapi Peluang Tentukan Siapa Lebih Baik

Pru Bukan Pertahanan Kuasa Tetapi Peluang Tentukan Siapa Lebih Baik

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 122 hits
Rakyat perlu memikirkan secara bijaksana kelebihan yang mereka miliki dalam Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim naratif bahawa pilihan raya untuk memilih kerajaan yang mempertahanka...
Umat Islam Perlu Bekerjasama Hentikan Bercakaran Demi Kuasa Kenyataan Media Ppim 12 10 2022

Umat Islam Perlu Bekerjasama Hentikan Bercakaran Demi Kuasa Kenyataan Media Ppim 12 10 2022

papar berkaitan - pada 13/10/2022 - jumlah : 109 hits
KUALA LUMPUR Perkembangan politik negara kini membimbangkan semua pihak terutama rakyat Ditambah dengan kenyataan oleh Istana Negara baru baru ini yang memaklumkan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

There Is An Awakening

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Masih Beraya

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Continuous Learning

Maksud Gaji Bersih Gaji Kasar Gaji Pokok Perbezaannya

Pengumuman Gaji Penjawat Awam Naik 15 Peratus Dan Cara Kira Kenaikan Gaji Baharu Penjawat Awam

Hati Bersih Hidup Bahagia

Ai Team Talent Sementara Batch 3

Glamping With The Stars