Datin Nor Hafizah Saad Kongsi Resipi Nasi Lemuni Kuih Serabai Ala Kedah


Hidangan Air Tangan VIP kali ini memang ‘awesome’ resipi ori diwarisi dari ibu tersayang.. Walaupun sibuk bertugas sebagai Pengurus Grup Agensi Amanah Saham dan Usahawan Al-Quran bertanda, beliau tetap ada masa memasak untuk keluarga dan tetamu .
RASA menghurai petua dari Datin Nor Hafizah Saad ,45 tahun, yang handal memasak lauk pauk asli Kedah warisan keluarganya.

.Aktif di Instagram, rakaman photo shoot majalah RASA pada hari itu turut disiarkan secara langsung di akaun [email protected] norhafizahsaad. Bagaimana cerianya kandungan instagram wanita peramah ini, begitulah dirinya bila diajak bersembang dan temuramah.
Usahawan berasal dari Lubok Buntar, Serdang Kedah ini adalah suri hati kepada Datuk Ramli Abdul Manaf , 52 tahun dan ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Ar-Rayyan Ramli berusia 4 tahun.

“Datuk tak makan masakan pembantu rumah. Dia nak masakan air tangan isteri sebab katanya isteri ada buat apa makan lauk air tangan pembantu rumah. Bukannya kahwin dengan ‘maid’ pun,” katanya diikuti dengan gelak ketawa.Bertemu jodoh agak lewat usia ketika berusia 40 tahun, pastinya rumahtangga yang baru terbina selama lima tahun ini cukup hangat dengan kasih sayang .
Semasa kami tiba hidangan tradisional Kedah telah pun dihidang cantik di dalam set pinggan mangkuk Port Meirion yang tekenal dari Britain dan Korea. Beliau membuat persediaan masakan seawal 6 pagi untuk menyiapkan empat menu istimewa ini iaitu Nasi Leuni , Sambal Ikan Bilis Bersama Terung Pipit, Kuih Serabai dengan kuah durian serta Mi Udang.

Ada cerita di sebalik sajian Nasi Lemuni yang berwarna hitam atau ungu tua ini. Warnanya adalah dari daun pokok lemuni yang berwarna hijau dan ungu di belakang daun. Jika di kampungnya pokok Lemuni senang didapati, bila tinggal di KL beliau mendapatkan bekalan dari rumah bapa saudaranya di Ampang yang menanam pokok ini.
“ Bila masak nasi lamuni, jangan kedekut ramuan. Bagi satu cawan beras, masukkan segenggam atau dua biar lebih berperisa rasa daunnya. Begitu juga dengan santan , sukatannya sama dengan jumlah beras. Gunakan pati santan dan kisarkan bersama daun lamuni.
Nak sedap lagi tambahkan sedikit lada hitam dan juga halia. Nasi ni juga sesuai dimakan untuk wanita dalam pantang bersalin. Tapi hati-hati lepas makan ‘angin’ terlepas keluar dari badan,” cerianya tertawa kecil.

Bercerita mengenai kuih serabai yang dimakan bersama kuah durian petuanya jika mahu lebih sedap boleh sahaja menggunakan durian Musang King dan gula Melaka. Jika gemarkan kelapa serabai juga boleh ditambahkan kelapa parut untuk menjadikannya serabai kelapa. Inilah antara sajian sarapan dan minum petang disukai keluarganya yang menetap di Pulau Pinang..
Berasal dari Kedah, Datin Fiza dan keluarga tinggal dan membesar di Pulau Pinang. Ibunya berniaga makanan di pasar malam memang handal memasak dan menjual laksa, bihun utara dan air tebu di gerai.
“Laksa mak cukup laris, sehari kami masak 30kg ikan sardin untuk laksa, boleh licin habis. Hari-hari saya tengok mak saya cukup ligat memasak. Kami empat beradik tolong aje. Dan hari-hari juga mak berpesan suruh belajar masa, sebab kalau dia ‘takde’ siapa yang nak tunjukkan cara masak. saya suka memerhatikan apa yang dimasak oleh mak,” imbaunya lagi.
Patutlah Datin Nor Hafizah cukup cekap di dapur. Beliau adalah pemerhati yang baik dan terang hati. Walaupun belajar memasak di usia 30 an, tetapi kini banyak resipi warisan ibunya telah pun ‘dikuasainya’.
NASI LEMUNI

BAHAN-BAHAN :
2 cawan beras | cuci dan tos2 cawan santan pekat @ pati |* 1beras : 1 santan2-3 genggam pucuk daun lamuni | dikisar dan tapis , ambil airnya. Pekat .4.5 sm halia muda | dihiris dan cincang halus1 sudu teh lada hitam2 1/2 biji bawang besar | dikisarGaram secukup rasaCARA MEMASAK :
1. Masukkan semua bahan dan beras ke dalam periuk nasi
2. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.
SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT

BAHAN-BAHAN :
200gm ikan bilis | digoreng dan toskan2 cawan terung pipit, dibuang tangkai dan bersihkan1/2 biji bawang besar, hiris nipis3 sudu besar air asam jawa2-3 senduk besar minyakGaram dan gula secukup rasaBahan untuk kisar halus:10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus4 ulas bawang merah3 ulas bawang putih1 inci halia1 biji bawang besar, potong 4CARA MEMASAK :
1. Goreng ikan bilis separuh masak. Asingkan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar sehingga kekuningan.
3. Masukkan bahan kisar dan masak sambal di atas api perlahan sehingga pecah minyak. Masukkan ikan bilis, sos tiram, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Kemudian masukkan terung pipit dan masak sehingga terung lembut. Angkat dan hidang.
KUIH SERABAI DAN KUAH DURIAN



BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum.1/2 cawan tepung beras1/2 cawan santan pekat.1 sudu kecil yis segera.2 sudu teh gula.1 1/2 cawan air.2 biji telur1 sudu kecil garam atau secukup rasa.Bahan kuah :1 cawan gula perang.1 cawan santan.1/2 cawan air4 ulas durian1 cawan santan pekat dan masukan 1 sudu besar tepung jagung | dibancuh2 helai daun pandan di simpul.CARA MEMASAK:
1. Masukkan gula dalam sebuah cawan diisi 1/2 cawan air suam dan masuk yis. Biarkan selama 10 minit or sehingga naik kembang
2. Masukkan tepung gandung dan tepung beras dengan santan dan digaul masukan juga garam
3. Masukkan yis yang sudah kembang bersama tepung yang dah di bancuh 4. 4. Panaskan acuan serabai (kalau tak ada gunakan kuali dalam bersaiz 20cm – 8 inci kuali biasa atau kuali non-stickable).
4. Sapukan minyak dengan sehelai daun pandan yang celup dengan minyak. Biarkan minyak dalam acuan panas betul-betul panas. Sederhanakan api dapur dan tuangkan adunan tepung serabai 3/4 penuh.
5. Masak dengan apai perlahan sehingga masak.
Cara masak kuah durian :
1. Masukkan gula dan air
2. Masukkan bahan bancuhan ke dalam kuali yang sedang panas sederhana. Masak dan kacau sebatian ini. Bila mula didih, masukkan bancuhan santan dan tepung jagung dan juga durian
3. Masak hingga tepung jagung dan santan berubah warna kepada keemasan. Kepekatan terpulang pada berapa lama anda masak. perlu ingat. Bila sejuk kuah ini akan pekat dua kali dari masa panas. maka tentukan ia jangan terlalu pekat.
MI UDANG ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN :
500gm udang laut500gm ATAU 1 bungkus mi kuning, celur2 sudu besar sos cili1 sudu besar sos tomato8-10 tangkai cili kering | buang biji dan rebus kemudian kisar halusATAU 3 sudu besar cili giling1/2 senduk minyak masakBahan untuk kisar halus:5 biji bawang merah4 ulas bawang putih1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembutBahan untuk rebus dan lenyek halus:3 ketul ubi kentangBahan untuk hiasan atau taburan:3 biji telur, rebus dan belah duacili merah, hiris nipissayur sawi, potong dan celurCARA MEMASAK :
1. Bersihkan udang laut dengan cara belah belakang dan buang tali hitam di belakang, dan potong janggut. tak buang kepala dan kulit Udang.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
4. Masukkan kentang lenyek diikuti air secukupnya. Anda perlu agak-agak kuantiti air, jangan kuah terlalu pekat.
5. Masukkan sos cili ,masak sehingga kuah mendidih.
6. Kemudian masukkan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
7. Hidang dengan cara tuang kuah dan udang di atas mi dan taburkan dengan bahan hiasan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/04/datin-nor-hafizah-saad-kongsi-resipi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
11 Resipi Dan Cara Masak Nasi Goreng Yang Ringkas Lagi Mudah

11 Resipi Dan Cara Masak Nasi Goreng Yang Ringkas Lagi Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 490 hits
Ada lebihan nasi putih daripada makan malam semalam Jangan dibuang nasi putih yang berbaki masih boleh dijadikan menu seterusnya yang sedap dan lazat Kami kongsikan perkongsian resipi nasi goreng daripada beberapa individu yang pakar dalam ...
Resipi Nasi Lemak Sambal Sotong Kering Sedap Dan Padu

Resipi Nasi Lemak Sambal Sotong Kering Sedap Dan Padu

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 965 hits
Sebut sahaja nasi lemak mesti teringat sambal Tapi kebanykkan sambal dah lali dengan perut Cuma baru baru ni si suami teringin nak jamah nasi lemak dengan sambal sotong kering Maka Puan Isteri ni gigih lah panjat pasaraya semata mata nak da...
Lagi Sedap Dari Ayam Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing

Lagi Sedap Dari Ayam Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 551 hits
Lagi Sedap Dari Ayam Gadis Kongsi Pengalaman Termakan Nasi Kukus Daging Kucing Pernah tak kita termakan sesuatu makanan lepas tu kita rasa makanan tu sedap sangat Boleh jadi tukang masak tu memang power sampai bila kedai makan tu tukar tuka...
Sesekali Buatkan Nugget Nasi Untuk Si Manja Resipi Mudah Untuk Kudapan Anak Anak

Sesekali Buatkan Nugget Nasi Untuk Si Manja Resipi Mudah Untuk Kudapan Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 649 hits
Anak anak cepat berasa jemu dengan menu yang disediakan lebih lebih lagi jika menu tersebut berulang ulang Mama boleh cuba menu baru iaitu Nugget nasi yang boleh dijadikan kudapan si manja Ikuti resipi dibawah NUGGET NASI SI MANJA BAHAN BAH...
Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan Puasa

Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 1055 hits
Sekaya Telur Dari Kelantan Kuih Biasa Di Bulan PuasaSekaya Telur antara kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan
18 Resepi Kuih Tradisional Melayu Yang Famous Ketika Ramadhan

18 Resepi Kuih Tradisional Melayu Yang Famous Ketika Ramadhan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 3674 hits
18 Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haa pejam celik pejam celik dah nak dekat dah kita dengan bulan Ramadhan bulan yang dinanti nanti untuk memperoleh pahala berlipat kal...
Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang

Cara Masak Kuih Seri Muka Sedap Guna Acuan Lompang

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 1329 hits
Bagi yang baru nak belajar buat Kuih Seri Muka boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkifly ni Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang Senang kan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan RESIPI KUIH SERI MUKA ...
Kuih Lapis Tepung Beras Buat Sendiri

Kuih Lapis Tepung Beras Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 616 hits
Waktu cuti datang lagi Kalau masa cuti ni lah kita rajin skit nak cari resepi untuk dibuat Resepi kita yang mudah mudah je sebab nak cepattt Lagi cepat masak lagi cepat boleh makan Hahaha Dapat idea ni haa Kuih LapisTengok orang jual kat pa...
Guna Duit Palsu Yang Diberi Pelanggan Untuk Beli Barang Peniaga Kuih Didakwa

Guna Duit Palsu Yang Diberi Pelanggan Untuk Beli Barang Peniaga Kuih Didakwa

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 580 hits
Seorang peniaga kuih di Kuching didakwa di Mahkamah Sesyen kelmarin kerana menggunakan wang kertas palsu untuk urusan jual beli barang lapor Utusan Borneo Chia Tee Fah 52 bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa