Datasonic Terima Lanjutan Kontrak Daripada Kdn



Ingat lagi Datasonic?.. Datasonic yang dikaitkan dengan Zahid Hamidi, Presiden UMNO yang telah dibicarakan atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah (CBT) membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa dia menjadi Menteri Dalam Negeri.
Dua belas tuduhan itu adalah untuk CBT, lapan rasuah dan 27 lagi adalah untuk pengubahan wang haram.
Bagi tuduhan berkaitan pembekalan cip pasport, Pengarah Datasonic Group Chew Ben Ben didakwa telah memberikan RM6 Juta kepada Zahid pada 26 April 2017.
Datasonic juga dikhabarkan menerima satu projek secara rundingan terus pada zaman BN dengan kos asal RM318.75 juta, tetapi dirunding semula dengan pengurangan kos sebanyak 15%.
Projek tersebut ialah ‘Pembekalan mukasurat biodata polycarbonate’ untuk Jabatan Imigresen yang bernilai RM270 juta menjadikannya sebagai projek kedua terbesar diberikan secara rundingan terus.
Bagaimanapun Datasonic menafikan projek tersebut diterima secara rundingan terus.. sila baca di SINI
Datasonic Group Berhad hari ini dilaporkan menerima lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga 30 November 2023 dengan nilai tambahan sebanyak RM9.9 juta.
Laporan berkaitan..
PETALING JAYA: Datasonic Group Berhad menerima lanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tempoh enam bulan bermula 1 Jun hingga 30 November 2023 dengan nilai tambahan sebanyak RM9.9 juta.
Kumpulan itu menerima surat anugerah (LOE) pada 29 Mei 2023 daripada KDN berhubung pindaan kontrak perkhidmatan penyelenggaraan komprehensif pusat pemperibadian kad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Datasonic berkata, lanjutan kontrak serta nilai tambahan itu melibatkan pertukaran pelbagai perkakasan dan perisian untuk pengeluaran kad untuk ibu pejabat dan cawangan JPN pembaharuan lesen perisian dan perkhidmatan sokongan teknikal.
“Nilai kontrak asal adalah sebanyak RM39.75 juta dan nilai tambahan adalah sebanyak RM9.9 juta menjadikan jumlah keseluruhannya RM49.68 juta termasuk 6.0 peratus cukai perkhidmatan dan jualan.
“Di bawah terma baharu, kumpulan itu dikehendaki memberikan bon prestasi berjumlah RM993,764.42 kepada KDN dengan tempoh sah laku dilanjutkan sehingga 30 November 2024,” katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Tahun lalu, anak syarikat kumpulan itu, Datasonic Technologies Sdn. Bhd. telah menerima kontrak daripada KDN bernilai RM140 juta untuk membekalkan kad pekerja asing (I-Kad) kepada Jabatan Imigresen.
Kontrak itu adalah untuk tempoh 36 bulan bermula 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2025.
Di bawah kontrak itu, Datasonic Technologies dikehendaki mengemukakan bon prestasi RM2.33 juta kepada kementerian dengan tempoh sah bermula dari 1 November 2022 hingga 31 Oktober 2026.
Perubahan dalam nilai kontrak dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024.
Bagaimanapun, ia tidak akan memberi sebarang kesan ke atas modal saham dan pegangan saham pemegang saham utama kumpulan itu. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/05/datasonic-terima-lanjutan-kontrak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Tak Terima Diceraikan Nekad Sunat Suami Sekali Lagi

Wanita Tak Terima Diceraikan Nekad Sunat Suami Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 181 hits
Tertekan kerana perkahwinan tidak direstui oleh ibu bapa seorang isteri tergamak mengerat kemaluan suaminya dalam kejadian di Solo Jawa Tengah Memetik TribunJatim si isteri nekad berbuat demikian kerana tertekan perkahwinan tidak direstui o...
Vincent Rompies Ucap Terima Kasih Untuk Natasha Rizky Soal Desta Lu Menyelamatkan

Vincent Rompies Ucap Terima Kasih Untuk Natasha Rizky Soal Desta Lu Menyelamatkan

papar berkaitan - pada 18/5/2023 - jumlah : 198 hits
Sebagai sahabat Desta Vincent Rompies pernah mengucap terima kasih kepada Natasha Rizky Hal itu lantaran Vincent menganggap bahwa sosok Natasha sudah menyelamatkan kehidupan Desta di masa lalu Simak ulasan lengkapnya berikut ini
Royalti P Ramlee Tamat Selepas 50 Tahun Pemergian Sazali Masih Berharap Ada Lanjutan

Royalti P Ramlee Tamat Selepas 50 Tahun Pemergian Sazali Masih Berharap Ada Lanjutan

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 178 hits
SEMALAM genap 50 tahun pemergian Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang meninggal dunia pada 29 Mei 1973 sekali gus menyaksikan tarikh royalti P Ramlee selama 50 tahun pemergiannya sebagaimana mengikut kontrak perjanjian yang diuru...
Lokman Adam Kj Mungkin Terima Tawaran Pn Jika Jadi Calon Mb

Lokman Adam Kj Mungkin Terima Tawaran Pn Jika Jadi Calon Mb

papar berkaitan - pada 19/5/2023 - jumlah : 194 hits
K ParkaranPETALING JAYA Khairy Jamaluddin mungkin menerima tawaran Muhyiddin Yassin menyertai Bersatu jika beliau dinamakan sebagai calon menteri besar oleh Perikatan Nasional pada PRN akan datang kata seorang pemimpin Umno Pengarah Komunik...
Kerajaan Akan Pastikan Penduduk Luar Bandar Terima 5g Ahmad Zahid

Kerajaan Akan Pastikan Penduduk Luar Bandar Terima 5g Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 21/5/2023 - jumlah : 194 hits
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan terus memastikan penduduk di luar bandar terutamanya kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felcra Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan ...
Bomsoet Terima Kunjungan Presiden Iran Di Gedung Mpr Ri

Bomsoet Terima Kunjungan Presiden Iran Di Gedung Mpr Ri

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 145 hits
Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi melakukan kunjungan ke Gedung MPR RI Kunjungannya langsung disambut hangat oleh Ketua MPR RI Bambang Soesatyo Kunjungan kenegaraan Presiden Republik Islam Iran tersebut bertujuan untuk mempererat kerja sama...
Kj Terima Kasih Muhyiddin Tapi Beri Saya Masa

Kj Terima Kasih Muhyiddin Tapi Beri Saya Masa

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 238 hits
Shahrul ShahabudinPETALING JAYA Bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta diberi masa untuk mempertimbangkan tawaran oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu Sambil mengucapkan t...
Hiburan Still Nampak Macam Orang Kampung Azfar Heri Bercuti Di Paris Terima Kecaman Dikata Tak Reti Berfesyen

Hiburan Still Nampak Macam Orang Kampung Azfar Heri Bercuti Di Paris Terima Kecaman Dikata Tak Reti Berfesyen

papar berkaitan - pada 22/5/2023 - jumlah : 288 hits
Pensohor media sosial terkenal kini dikhabarkan sedang bercuti di Paris dan ada memuat naik beberapa foto momen momen menarik dan indah ketika berada di sana Azfar yang sememangnya terkenal dengan reaksi bersahaja turut dilihat bersama pela...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Pa Yang Multitasking

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu