Dasyat Malaysia Naik Heli Beli Nasi Pun Kecoh Bukan Dia Turun Ataih Bumbung Kedai Keh Keh


 

Dakwa suspek kes beli ‘nasi ganja’ guna helikopter, ramai juruterbang bingung


K. Parkaran -May 7, 2022     Helikopter Bell 505 mendarat di Padang Ipoh pada 9 Julai untuk mengambil 36 paket “nasi ganja”.PETALING JAYA: Keputusan pendakwa raya untuk mendakwa seorang juruterbang helikopter kerana tidak mengikut pelan penerbangannya berhubung kes “nasi ganja” telah mengejutkan ramai juruterbang berpengalaman.
Bercakap kepada FMT, mereka berkata ia perkara biasa bagi juruterbang helikopter melakukan pendaratan seketika di kawasan terbuka sepanjang laluan penerbangan mereka, selagi mendapat pelepasan daripada kawalan trafik udara (ATC).
Minggu lalu, polis berkata mereka telah diarahkan untuk mendakwa juruterbang dalam kes “nasi ganja” di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam pada 9 Mei kerana gagal mengikut pelan penerbangan yang dikemukakan Julai lalu.

Helikopter Bell 505 mendarat di Padang Ipoh pada 9 Julai untuk mengambil 36 paket “nasi ganja” yang ditempah oleh pelanggan di Kuala Lumpur pada hari sebelumnya.

Polis berkata mereka menyiasat insiden itu di bawah peraturan bagi kawalan penyakit berjangkit, yang melarang perjalanan merentasi sempadan semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid berkata juruterbang helikopter itu telah diberikan permit polis di Selangor untuk melakukan perjalanan ke Ipoh dalam “pusingan penyelenggaraan”.
Seorang juruterbang kanan yang menerbangkan helikopter selama lebih 35 tahun termasuk 20 tahun bersama tentera udara berkata, dia telah melakukan banyak pendaratan di padang dan kawasan terbuka lain ketika melakukan penerbangan rutin atau penyelenggaraan.
Katanya, penerbangan penyelenggaraan adalah keperluan berkala apabila helikopter tersadai untuk tempoh yang lama. “Malah ia juga dilakukan pada pesawat untuk memeriksa fungsi semua sistem,” katanya.
Seorang lagi juruterbang menjelaskan bahawa dakwaan terhadap kes “nasi ganja” itu menjadi contoh buruk kerana ia akan menyekat fleksibiliti penerbangan helikopter.
“Selagi juruterbang memaklumkan ATC dan mendapat pelepasan, mereka tidak perlu memberi alasan untuk mendarat. Jadi kami terkejut bahawa Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk mendakwa juruterbang helikopter Bell 505 yang terlibat dalam insiden itu terutamanya apabila dia mendapat pelepasan ATC.”
Manakala juruterbang yang juga bekas pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkata, pihak berkuasa mungkin bertindak di bawah tekanan disebabkan terdapat banyak kecaman di media mengenai kejadian itu.
“Adalah jelas bahawa penerbangan itu mempunyai kebenaran rasmi untuk terbang merentasi sempadan negeri. Jadi mereka mungkin telah melakukan tindakan ini untuk menggembirakan orang ramai. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sepatutnya lebih mengetahui, kerana juruterbang tidak melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/dasyat-malaysia-naik-heli-beli-nasi-pun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suspek Kes Beli Nasi Ganja Guna Helikopter Didakwa 9 Mei Ini

Suspek Kes Beli Nasi Ganja Guna Helikopter Didakwa 9 Mei Ini

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 243 hits
May 2 2022 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abdul Jalil Hassan berkata polis telah menyelesaikan siasatan berhubung kejadian itu dan merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara PETALING JAYA Suspek kes helikopter mendar...
Tak Sangka Anak Saya Nak Anak Minta Bawakan Ke Kedai Emas Beli Emas Hasil Duit Raya

Tak Sangka Anak Saya Nak Anak Minta Bawakan Ke Kedai Emas Beli Emas Hasil Duit Raya

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 307 hits
Menerusi satu perkongsian yang dikongsikan oleh salah seorang netizen berkenaan sikap anak perempuan kesayang beliau yang menginginkan hasil duit raya si kecil itu ditukarkan di kedai emas Keinginan anak kecil tersebut membuatkan ibu kepada...
Baru Baru Ini Kecoh Pasal Cara Turun Untuk Sujud Samada Mendahulukan Lutut Atau Tangan

Baru Baru Ini Kecoh Pasal Cara Turun Untuk Sujud Samada Mendahulukan Lutut Atau Tangan

papar berkaitan - pada 24/4/2022 - jumlah : 518 hits
2 Isu ini adalah khilaf mazhab sebagaimana bacaan bismillah kuat atau perlahan Dalam Surah Al Fatihah 3 Mereka yang memahami ini khilaf mazhab tidak akan bergaduh hingga kecoh dalam masyarakat Ini menunjukkan betapa pentingnya mengetahui fi...
Pengarah Urusan Guna Helikopter Beli Nasi Ganja Didakwa

Pengarah Urusan Guna Helikopter Beli Nasi Ganja Didakwa

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 274 hits
Pengarah urusan guna helikopter beli nasi ganja didakwa Seorang pengarah urusan syarikat bergelar datuk yang menerbangkan sebuah helikopter untuk mengambil pesanan bungkusan nasi ganja di Padang Ipoh didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ...
Lelaki Didenda Rm1 700 Kerana Ponteng Puasa Makan Nasi Di Kedai Runcit

Lelaki Didenda Rm1 700 Kerana Ponteng Puasa Makan Nasi Di Kedai Runcit

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 196 hits
Lelaki Didenda RM1 700 Kerana Ponteng Puasa Makan Nasi Di Kedai Runcit TUMPAT Mahkamah Rendah Syariah Tumpat pada Rabu menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1 700 ke atas seorang lelaki selepas mengaku bersalah kerana tidak berpuasa Tertuduh...
Jangan Beli Durian Melalui Aplikasi D4 Durian

Jangan Beli Durian Melalui Aplikasi D4 Durian

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 191 hits
Jangan beli durian melalui aplikasi D4 Durian Polis meminta orang ramai berhati hati supaya tidak terpedaya dengan urusan jual beli durian menerusi aplikasi D4 Durian Polis Daerah Timur Laut berkata kes penipuan pembelian durian dalam talia...
Kecil Kecil Dah Pandai Dapat Duit Raya Anak Beli Emas Tak Nak Mainan

Kecil Kecil Dah Pandai Dapat Duit Raya Anak Beli Emas Tak Nak Mainan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 272 hits
Biasanya anak anak kecil tarikan utamanya adalah permainan Pergi mana mana sekalipun nampak ada mainan pasti rambang mata Bagaimanapun menerusi satu perkongsian di TikTok baru baru ini seorang kanak kanak perempuan mengambil keputusan untuk...
Video Perkara Harga Rp7 000 Pria Berseragam Polisi Marahi Pedagang Saat Beli Minum

Video Perkara Harga Rp7 000 Pria Berseragam Polisi Marahi Pedagang Saat Beli Minum

papar berkaitan - pada 5/5/2022 - jumlah : 202 hits
Pria itu menduga pedagang memanfaatkan momen lebaran dengan menaikkan harga barang
Speed Read New Motorcycles From Ducati Aprilia And Husqvarna

Beli Kuih Serabai Kuah Durian Kat Maqan Food Fest 2025 Plaza Angsana Jb

Belajar Melepaskan Belajar Ikhlas

Lirik Lagu Melodi Terluka Ehin

Ucapan Terima Kasih Khusus Buat Blogger Yang Ikhlas

Jiran Sibuk Cari Rupanya Dalang Kes Mayat Kanak Kanak Dalam Guni

Best Gordon Ramsay Beef Wellington Recipe Masterclass

Berhujung Minggu Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pasar Saloma Di Padang Mpaj Pandan Indah

Tiktok S Top 5 Plus Size Fashion Boutiques

Peralatan Pekebun Baru Hendak Berjinak Bercucuk Tanam Dan Tiada Ruang Yang Besar Di Rumah

Jangan Cetuskan Drama Tidak Perlu Anzalna Berharap Amira Othman Tidak Dibandingkan Dengan Sesiapa

Dari Rm20k Kini Rm4 Juta Sebulan Gula Cakery Buktikan Kuasa Impian Dan Konsistensi

Ditampar Berulang Kali Oleh Pengetua Sebab Tak Salam