Dasar Tvet Negara 5 Teras Utama Dan Strategi


Dasar TVET Negara : 5 Teras Utama dan Strategi
Baru-baru ini, Perdana Menteri, YAB Dato Seri’ Anwar Ibrahim telah melancarkan Dasar TVET Negara 2030 yang memberi bertujuan untuk menyelaraskan program TVET di Malaysia.
Dasar dan akta yang tersedia ini merangkumi Dasar Pendidikan Kebangsaan; Dasar Pendidikan Tinggi Nasional; Akta PENDIDIKAN 1996 (Akta 550); Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652); dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta MQA 679).
Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tentang 5 teras utama dan 23 strategi yang terkandung dalam Dasar TVET Negara 2030.
Baca juga:
Hari TVET Negara 2024 TVET Tahfiz MARA Program Asasi TVET Apa itu TVET? Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan memberi penekanan utama kepada amalan industri.
Tujuan utama TVET diperkenalkan adalah untuk memenuhi permintaan industri dan sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan, kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global.
Dasar TVET Negara 2030 memberi anjakan penting dalam membawa Malaysia ke arah negara maju dengan menekankan modal insan berkemahiran melalui program TVET yang responsif, fleksibel dan inklusif.
Dasar ini juga akan menjadi rujukan utama dalam memandu institusi TVET menyediakan program berkualiti yang memenuhi kehendak industri.
Dasar TVET Negara Dasar TVET Negara 2030 akan dilaksanakan melalui 5 teras strategik dan disokong oleh 23 strategi yang akan digunakan oleh kesemua 12 buah kementerian yang terlibat dengan bidang TVET termasuklah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Pelaksanaannya adalah seperti berikut:
Teras A : Tadbir urus komprehensif dan bersinergi Teras B : Kualiti dan laluan pendidikan bertaraf dunia Teras C : Kerjasama industri cekap dan produktif Teras D : Pembiayaan TVET mampan Teras E : TVET pilihan utama kerjaya TERAS A : TADBIR URUS KOMPREHENSIF DAN BERSINERGI
Strategi A1: Mengkoordinasi tadbir urus penyedia TVET
Pemerkasaan Majlis TVET Negara sebagai agensi pusat bagi penyelarasan dan kawal selia TVET. Strategi A2: Membangunkan polisi atau dasar ekosistem TVET
Pewujudan Akta TVET Negara atau pindaan kepada Akta-Akta berkaitan sedia ada terutama untuk memastikan penglibatan industri serta badan pelesenan dan pekerjaan (seperti Suruhanjaya Tenaga, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) untuk penetapan kompetensi. Pembangunan indeks kompetensi nasional. Strategi A3: Membangunkan platform digital perkongsian data
Pembangunan Data Raya TVET sebagai Pusat data TVET yang lengkap pengintegrasian dengan platform kerjaya pengumpulan data penawaran dan permintaan untuk kajian atau rujukan industri – analisis unjuran/trend Pembangunan sistem permohonan TVET berpusat Penyediaan polisi perkongsian data TVET Strategi A4: Memperluas akses kepada program TVET
Peningkatan penyertaan Bumiputera dalam bidang utama TVET Peningkatan penyertaan golongan rentan, pelajar Tahfiz dan lain-lain Pengenalan dan pelaksanaan program TVET pada usia lebih awal Strategi A5: Mewujudkan decentralised model bagi memberi mandat atau tanggungjawab bersama
Pewujudan badan penyelarasan TVET di peringkat pusat dan peringkat negeri Pengumpulan data penawaran dan permintaan guna tenaga kerja mengikut keperluan sebenar setiap negeri TERAS B : KUALITI DAN LALUAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA
Strategi B1: Melaksanakan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal program TVET
Pelaksanaan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal program TVET secara menyeluruh Semakan dan penambahbaikan Sistem Jaminan Kualiti Tunggal program TVET secara berterusan Pelaksanaan Sistem Penarafan Tunggal TVET Strategi B2: Menyelaras penawaran dan pelaksanaan program TVET berdasarkan hala tuju ekonomi negara
Pelaksanaan rasionalisasi dan konsolidasi program TVET Penawaran program-program baharu berdasarkan lima bidang tujahan High Growth High Value (HGHV) Penetapan mekanisme untuk menilai permohonan penawaran program baharu Strategi B3: Membangunkan kurikulum TVET yang dinamik dan responsif berteraskan keperluan industri
Pembangunan analisa dan kerangka pekerjaan Pembangunan Occupational Industry Standard Practice (OISP) Penambahbaikan mekanisme pembangunan kurikulum TVET Strategi B4: Meningkatkan kualiti tenaga pengajar
Pembangunan dasar/rangka kerja latihan tenaga pengajar Peluasan peluang kepada pengajar TVET untuk peningkatan kompetensi bersama industri dan pengiktiran profesional tenaga pengajar Penyertaan pengamal industri sebagai tenaga pengajar TVET Strategi B5: Meningkatkan kualiti penyampaian program
Penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran TVET (bahan rujukan, bahan pengajaran dan pembelajaran, infrastruktur, peralatan dan bahan latihan) Peluasan pelaksanaan latihan berasaskan industri Pemerkasaan pembelajaran digital menerusi konsep blended learning Strategi B6: Meningkatkan kualiti dan pengiktirafan persijilan bagi memenuhi keperluan industri
Pelaksanaa persijilan profesional dan persijilan industri Pengiktirafan persijilan bagi program TVET oleh badan profesional, industri dan agensi berkaitan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa Strategi B7: Menambahbaik artikulasi TVET ke peringkat lebih tinggi
Penyelarasan syarat kemasukan termasuk pemindahan kredit Strategi B8: Meningkatkan kebolehkerjaan (employability) dan mobiliti graduan TVET
Peningkatan kemahiran insaniah dan nilai sosial termasuk elemen integriti dan anti rasuah Peningkatan program place and train Peningkatan hubungan dan kerjasama antarabangsa Penggalakkan dan pemerkasaan program keusahawanan Pemerkasaan program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) reskilling dan upskilling TERAS C : KERJASAMA INDUSTRI CEKAP DAN PRODUKTIF
Strategi C1: Menggalakkan perkongsian kepakaran dan teknologi terkini antara industri dan penyedia latihan TVET
Pemeteraian kerjasama meliputi pelbagai skop berkaitan Pembentukan industri di kampus – industri boleh wujudkan ruang dan peralatan di pusat latihan untuk perkongsian kepakaran Strategi C2: Memperluas insentif khas bagi menggalakkan penglibatan industri
Perkukuh inisiatif pelepasan cukai atau levi dan insentif khas kepada industri Pemberian merit pengiktirafan kepada penglibatan industri Strategi C3: Mewujudkan peruntukan undang-undang atau polisi bagi memastikan keterlibatan industri dalam pelaksanaan TVET
Pembangunan polisi berkaitan pengambilan pekerja, penetapan gaji, latihan, penetapan lesen kompeten untuk pekerjaan tertentu Pembangunan polisi atau peruntukan undang-undang bagi memastikan penglibatan industri dalam pelaksanaan TVET Pemerkasaan penglibatan industri melalui Badan Koordinasi TVET Kerajaan-Industri (GITC), TVET Collaboration Hub (TCH)/ Centre of Excellent (COE) serta Badan Peneraju Industri (ILB) Perkukuh penglibatan badan kawal selia industri dalam pelaksanaan TVET Perkukuh penglibatan/kerjasama industri-akademia dalam pelaksanaan penyelidikan/kajian berkaitan TERAS D : PEMBIAYAAN TVET MAMPAN
Strategi D1: Membangunkan model pembiayaan yang mampan
Perluasan skop pembiayaan mencakupi program TVET yang berkaitan Penyelarasan kadar yuran program TVET Penambahbaikan model kutipan bayaran balik pinjaman Pembiayaan oleh Yayasan/ Pertubuhan/ Badan Bukan Kerajaan (NGO)/ Bank Strategi D2: Memperuntukan pembiayaan berasaskan prestasi daripada kerajaan untuk merangsang penyedia TVET
Pembiayaan berdasarkan kepada prestasi penarafan tunggal program TVET Semakan semula dasar pembiayaan TVET Strategi D3: Membangunkan model operasi yang mampan-industri
Pelbagaikan sumber pendapatan – pelaksanaan kursus jangka pendek, geran padanan dan pembiayaan industri Penambahbaikan dasar berkaitan sumbangan peralatan Pemberian autonomi kepada institusi TVET untuk menjana pendapatan TERAS E : TVET PILIHAN UTAMA KERJAYA
Strategi E1: Menyelaras pelaksanaan aktiviti promosi TVET yang berimpak tinggi
Pewujudan pelan komunikasi TVET Adaptasi trend dan teknologi tekini (media sosial, pempengaruh) Fokus kepada kumpulan sasar berdasarkan bidang Perluas promosi di sekolah rendah dan sekolah menengah Strategi E2: Membina jenama TVET kebangsaan tunggal
Penggunaan logo, slogan, jenama dan garis panduan yang sama Penjenamaan semula nama profesion bagi peningkatan status sosial Strategi E3: Memantapkan imej TVET
Pelaksanaan Sambutan Hari TVET negara Perluasan pelaksanaan pertandingan kemahiran Penganugerahan Ikon/tokoh mahir negara Hebahan kisah kejayaan dalam kerjaya dan keusahawanan Penetapan gaji bersesuaian dengan tahap kemahiran/ berdasarkan kompetensi Pembudayaan aktiviti inovasi dan pengkomersilan produk TVET Strategi E4: Memperkasa peranan kaunselor dan mewujudkan career guidance
Pembangunan pelan bimbingan kerjaya Pelantikan pengamal pakar sebagai pembimbing kerjaya Pewujudan kaunselor maya Pemerkasaan peranan kaunselor kepada komuniti setempat “Dasar TVET Negara 2039 adalah bersifat menyeluruh dan akan menjadi sumber rujukan dalam setiap inisiatif serta pelaksanaan oleh penyedia TVET awam dan swasta serta 12 Kementerian berkaitan TVET”
– YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Timbalan Perdana Menteri)
Muat Turun Dasar TVET Negara 2030 Anda boleh memuat turun Dasar TVET Negara 2030 secara lengkap di sini :
MTVET_DASAR_TVET_NEGARA_2030Download Maklumat Lanjut Sebarang maklumat terkini berkaitan dengan TVET, anda boleh rujuk pada pautan berikut: https://www.tvet.gov.my/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dasar-tvet-negara/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dasar-tvet-negara

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasar Ekonomi Baru Matlamat Strategi Pelaksanaan

Dasar Ekonomi Baru Matlamat Strategi Pelaksanaan

papar berkaitan - pada 10/6/2024 - jumlah : 228 hits
Dasar Ekonomi Baru atau DEB sering dikaitkan dengan peristiwa hitam negara iaitu tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 Ini kerana pengenalan dasar ini adalah rentetan daripada peristiwa tersebut yang mengakibatkan kerajaan membuat keputusan mens...
Hari Tvet Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti

Hari Tvet Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 506 hits
Hari TVET Negara 2024 Objektif Senarai Program Aktiviti Hari TVET Negara 2024 adalah salah satu dari acara tahunan negara yang memberi fokus kepada individu yang terlibat dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Sambutan ...
Sultan Pahang Seru Semua Pihak Bersatu Padu Bekerjasama Jaga Keamanan Dan Kestabilan Negara

Sultan Pahang Seru Semua Pihak Bersatu Padu Bekerjasama Jaga Keamanan Dan Kestabilan Negara

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 169 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara Al Sultan Abdullah bertitah hanya dengan perpadu...
Hari Terakhir Hari Landskap Negara 2024 Jom Pergi

Hari Terakhir Hari Landskap Negara 2024 Jom Pergi

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 255 hits
Hujung minggu nie tak tahu nak buat apa Jangan risau sis ada cadangan menarik untuk korang semua Hari ini 2 Jun 2024 adalah hari terakhir Sambutan Hari Landskap Negara 2024 yang berlangsung di Taman Tasik Shah Alam Selangor Tema HLN2024Deng...
Video Blak Blakan Basuki Arahan Jokowi Soal Konflik Lahan Ikn Warga Vs Negara

Video Blak Blakan Basuki Arahan Jokowi Soal Konflik Lahan Ikn Warga Vs Negara

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 202 hits
Plt Kepala Badan Otorita IKN Basuki Hadimuljono blak blakan soal konflik lahan IKN dengan warga lokal
Hadiri Forum Iiss Shangri La Menhan Prabowo Dorong Peran Aktif Negara Di Dunia Ciptakan Perdamaian Dan Keamanan

Hadiri Forum Iiss Shangri La Menhan Prabowo Dorong Peran Aktif Negara Di Dunia Ciptakan Perdamaian Dan Keamanan

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 196 hits
Kehadiran Menhan Prabowo Subianto dalam forum ini tidak hanya menunjukkan komitmen Indonesia terhadap kerja sama internasional di bidang keamanan
Berhijrah Ke Luar Negara Kerana Kerajaan Tak Hargai

Berhijrah Ke Luar Negara Kerana Kerajaan Tak Hargai

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 133 hits
PEMERGIANRafidah AbdullahRamai pakar pakar bakal meninggalkan KKM Ke swasta dan berhijrah keluar negara Kita iringi pemergian mereka dengan doa Jangan sesekali kita mengatakan mereka kacang lupakan kulit Negara kita juga yang tidak mengharg...
Malaysia Menjadi Negara Asean Pertama Yang Mengembangkan Akaun Satelit Sukan

Malaysia Menjadi Negara Asean Pertama Yang Mengembangkan Akaun Satelit Sukan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 235 hits
PUTRAJAYA Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah melancarkan Akaun Satelit Sukan inisiatif oleh kementerian melalui sekretariat Industri Sukan dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia di Menara Kementerian Belia dan Sukan di sini har...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas