Dasar Ekonomi Baru Matlamat Strategi Pelaksanaan


Dasar Ekonomi Baru atau DEB sering dikaitkan dengan peristiwa hitam negara, iaitu tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Ini kerana pengenalan dasar ini adalah rentetan daripada peristiwa tersebut yang mengakibatkan kerajaan membuat keputusan menstruktur semula dasar ekonomi negara.
Namun, apakah yang dimaksudkan dengan dasar ekonomi ini?
Pengenalan Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru adalah satu program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua (1971-1990).
Dasar ini diperkenalkan oleh Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak susulan tragedi 13 Mei 1969.
Tragedi tersebut telah mengakibatkan kerajaan bertindak merangka strategi mengagihkan kekayaan negara dengan lebih adil lagi saksama agar jurang dapat dikurangkan demi perpaduan rakyat negara ini.
Tragedi ini juga mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina, dan India.
Ini kerana, sejak kemerdekaan, masyarakat bumiputera iaitu Melayu masih jauh ketinggalan dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan.
Majoriti mereka tinggal di luar bandar yang hanya terlibat dalam sektor pertanian dan perikanan secara kecil-kecilan.
Sementara orang Cina pula lebih maju dengan tinggal di bandar, serta menguasai
bidang perniagaan dan perlombongan.
Lantas timbul kesedaran dalam kalangan masyarakat bumiputera yang dapat merasakan bahawa mereka masih ketinggalan dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan.
Rasional Pelaksanaan Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.
Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:
KaumKadar Kemiskinan (%)Pendapatan Purata Keluarga
Sebulan (RM)Melayu64.8172.00Cina26.0394.00India39.2304.00Lain-Lain44.8813.00 Kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971 adalah seperti berikut:
PemilikanJumlah Pemilikan (RM juta)%Bumiputera Perseorangan dan
agensi amanah

(a) Bumiputera Perseorangan
(b) Agensi Amanah279.6

168.7
110.94.3

2.6
1.7Bukan Bumiputera2,232.234.0Warganegara Asing4,051.361.7 Jika dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:
SektorMelayu CinaIndiaLain-lainPertanian67.619.911.51.0Perlombongan32.158.78.50.7Perniagaan/Perdagangan,
Pentadbiran Awam, Pelajaran,
Pertahanan dan Kemudahan Awam42.645.510.71.2 Matlamat Utama Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan
sebagainya.
Strategi Pelaksanaan Terdapat 2 strategi pelaksaan dasar ini iaitu:
Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. i) Pembasmian Kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan rakyat.
Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar yang boleh menggugat perpaduan negara.
Ini kerana, masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional.
Oleh itu, usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya:
Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan luar bandar dan antara wilayah. Memodenkan kehidupan di luarbandar. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain. ii) Penyusunan Semula Masyarakat
Hasrat kerajaan pada ketika itu supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham dan ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di Negara ini , di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri.
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun :
Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses memodenkan kawasan luar bandar. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan per industrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank Pembangunan, Bank Bumiputera, Amanah Saham Nasional. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
Penurunan Kadar Kemiskinan Pelaksanaan DEB mengurangkan kemiskinan dari 49.3 (1970) ke 17.1 (1990). Peningkatan Kualiti HidupPeningkatan tahap kesihatan rakyat yang semakin baik. Aspek pendidikan, pemilikan barang keperluan asas. Penyediaan infrastruktur seperti hospital dan klinik. Kualiti hidup semakin baik selepas 1990.Kemunculan Golongan PertengahanPerkembangan ekonomi menyebabkan bidang kerja (golongan pertengahan) meningkat. Ini menunjukkan dasar ekonomi memberi kesan kepada peningkatan taraf hidup rakyat dan juga memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan dan kemakmuran negara.Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian BumiputeraMasyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera diwujud melalui DEB dalam membentuk kelas bumiputera komersial yang melibatkan diri dalam sektor korporat. Muncul tokoh bumiputera dalam perbankan, pemodal saham, pemilik syarikat, pemilik pelabuhan dan usahawan muda. Golongan ini memberikan faedah kepada peningkatan taraf hidup golongan miskinTawarkan pekerjaan dalam syarikat merekaPembangunan PendidikanSelepas 1990, berlaku penumbuhan institusi pendidikan dan menyebabkan munculnya graduan dalam bidang sains, teknologi dan teknikal. Graduan ini diperlukan dalam bidang perindustrian dan pelbagai bidang ekonomi.Pengangkutan dan PerhubunganJaringan sistem jalan raya, pengangkutan udara, kereta api dan pelabuhan yang moden telah merancakkan aktiviti ekonomi negarasistem pengangkutan mudahkan proses integrasi antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah Sumber: https://www.pmo.gov.my/dokumenattached/Dasar/03DASAR_EKONOMI_BARU.pdf


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dasar-ekonomi-baru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dasar-ekonomi-baru

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasar Tvet Negara 5 Teras Utama Dan Strategi

Dasar Tvet Negara 5 Teras Utama Dan Strategi

papar berkaitan - pada 11/6/2024 - jumlah : 184 hits
Dasar TVET Negara 5 Teras Utama dan Strategi Baru baru ini Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan Dasar TVET Negara 2030 yang memberi bertujuan untuk menyelaraskan program TVET di Malaysia Dasar dan akta yang tersedia...
Mengatasi Tantangan Strategi Pendaftaran Brand Untuk Produk Dan Layanan Baru

Mengatasi Tantangan Strategi Pendaftaran Brand Untuk Produk Dan Layanan Baru

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 281 hits
Pendaftaran merek adalah langkah penting dalam melindungi identitas dan aset intelektual bisnis Anda terutama saat Anda memperkenalkan produk atau layanan baru ke pasar Namun proses pendaftaran merek seringkali dihadapkan pada tantangan tan...
Hiburan Selesai Semua Baru Kami Jawab Didakwa Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz Bella Astillah Kunci Mulut

Hiburan Selesai Semua Baru Kami Jawab Didakwa Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz Bella Astillah Kunci Mulut

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 254 hits
Melalui laporan Hib Glam pelakon dan penyanyi dikenali ramai iaitu Bella Astillah enggan menjawab soalan berkaitan dengan hubungan bersama suami Aliff Aziz ketika ini Susulan dakwaan mengatakan kedua duanya sudah berbaik Bella memilih untuk...
Peniaga Rendam Sotong Dalam Tong Sampah Mengaku Salah Saya Dah Beli Bekas Baru

Peniaga Rendam Sotong Dalam Tong Sampah Mengaku Salah Saya Dah Beli Bekas Baru

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 192 hits
Peniaga nasi lemak yang tular gara gara menggunakan tong sampah hitam untuk merendam sotong tampil memohon maaf atas kesilapannya dalam mengendalikan makanan baru baru ini Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh peniaga terbabit di laman Ti...
Menhan Prabowo Tambah Fakultas Baru Di Unhan Ini Daftarnya

Menhan Prabowo Tambah Fakultas Baru Di Unhan Ini Daftarnya

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 236 hits
Prabowo berharap lulusan Akmil Magelang merupakan manusia tangguh berpendidikan dan memiliki jiwa nasionalisme tinggi
Macam Baru Baik Demam Je Penampilan Zahirah Selepas Bersalin Anak Kedua Buat Netizen Jealous

Macam Baru Baik Demam Je Penampilan Zahirah Selepas Bersalin Anak Kedua Buat Netizen Jealous

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 271 hits
Jumaat lalu pelakon Zahirah Macwilson baru sahaja melahirkan anak kedua hasil perkongsian hidup bersama pelakon Aiman Hakim Ridza Pasangan itu turut berkongsi berita gembira itu bersama peminat di Instagram di mana mereka turut memaklumkan ...
Mundur Dari Kepala Badan Oikn Ini Tugas Baru Bambang Susantono

Mundur Dari Kepala Badan Oikn Ini Tugas Baru Bambang Susantono

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 198 hits
Tugas baru Bambang ialah membantu langsung Jokowi untuk memperkuat kerja sama internasional
Sekjen Pdip Hasto Kristiyanto Sebut Tapera Bentuk Penindasan Baru

Sekjen Pdip Hasto Kristiyanto Sebut Tapera Bentuk Penindasan Baru

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 103 hits
Sekjen PDIP Hasto Kristiyanto menyebut Tabungan Perumahan Rakyat yang diwajibkan merupakan bentuk penindasan baru
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan