Dasar Pendidikan Menengah Wajib Maksud Kepentingannya


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Dasar Pendidikan Menengah Wajib selepas Akta Pendidikan 1996 dipinda.
Menerusi dasar ini, ibu bapa perlu memastikan anak mereka mendapat pendidikan menengah sama seperti mereka mendapat pendidikan di peringkat rendah.
Mengenai Dasar Pendidikan Menengah Wajib Dasar ini secara umumnya mewajibkan semua golongan muda mendapat pendidikan sehingga umur 17 tahun.
Ini penting sebagai pemangkin perubahan untuk memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang pendidikan hingga ke peringkat menengah sekaligus mengelakkan keciciran.
Dengan adanya dasar ini, isu kehadiran dan keciciran pelajar dapat ditangani sebagai usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Untuk melaksanakan dasar ini, Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) akan dibentangkan pada ​Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 iaitu mulai 21 Julai 2025 hingga 28 Ogos 2025.
Ini bagi memastikan segala kemudahan pendidikan, akses dan bantuan yang diperlukan disediakan terlebih dahulu, sementara advokasi serta tanggungjawab bersama antara kerajaan, komuniti dan ibu bapa diperkukuh.
Pengurangan Kadar Keciciran Kadar keciciran dijangka berkurangan apabila lebih ramai murid melanjutkan pelajaran dari Tahun Enam ke Tingkatan Satu dan dari Tingkatan Tiga ke Tingkatan Empat.
Sebagai contoh, ketika sekolah rendah diwajibkan pada 2003, pendaftaran meningkat daripada 92.9 peratus pada tahun tersebut kepada 96.78 peratus pada 2007, iaitu melebihi kadar enrolmen sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebanyak 95 peratus.
Sehingga 2024, kadar pendaftaran sekolah rendah adalah 99.39 peratus, berbanding kadar pendaftaran sekolah menengah sebanyak 94.86 peratus, yang sedikit di bawah kadar enrolmen sejagat.
Kepentingan Dasar Pendidikan Menengah Wajib Kepentingan dasar ini adalah seperti berikut:
Menjamin Hak Mendapat Pendidikan Terbaik: Pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak warganegara. Pendidikan terbaik menjamin masa hadapan kanak-kanak, keluarga, masyarakat, dan negara. Masa Hadapan Lebih Baik: Membolehkan setiap murid mendapat pendidikan hingga tamat Tingkatan 5 yang membuka peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atau memasuki alam pekerjaan. Menangani Masalah Sosial: Dasar pendidikan ini dapat memastikan murid untuk fokus belajar hingga tamat Tingkatan 5. Ia dapat menangani isu sosial dan perkahwinan bawah umur. Meningkatkan Penyertaan dan Enrolmen Murid: Penetapan pendidikan wajib rendah telah menunjukkan kesan yang positif, mencapai enrolmen melebihi 99% dan melepasi enrolmen sejagat. Pelanjutan dasar pendidikan ini diyakini akan turut mempunyai impak signifikan. Persediaan Menghadapi ‘Negara Menua.’: Taraf pendidikan yang lebih baik akan menjadikan kita lebih bersedia menjalani kehidupan yang stabil, berkualiti, dan terjamin selepas umur persaraan. Pembangunan Modal Insan: Pembangunan modal insan yang lebih berdaya saing berteraskan nilai ‘Daya Cipta’ Malaysia MADANI dapat menyumbang kepada kemajuan negara melalui warga yang berkemahiran dan berpengetahuan. Tindakan Undang-Undang Menerusi dasar ini, tindakan undang-undang adalah langkah terakhir yang akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) jika ibu bapa gagal mematuhi dasar ini selepas ia dilaksanakan.
Jika dasar berkenaan tidak dipatuhi, ibu bapa/penjaga boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Namun, pihak KPM akan memberi tumpuan kepada proses advokasi, kesedaran dan tanggungjawab kerajaan dalam menyediakan fasiliti dan akses pendidikan terlebih dahulu.
Sumber:
https://majoriti.com.my/berita/2025/04/06/dasar-wajib-sekolah-menengah-memperkasakan-sistem-pendidikan-negara https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/01/1348623/kpm-gubal-dasar-pendidikan-wajib-sekolah-menengah-atasi-isu Baca juga: SPM Ulangan (SPMU) 2025: Jadual, Tarikh & Keputusan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/dasar-pendidikan-menengah-wajib/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dasar-pendidikan-menengah-wajib

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Cikgu Saja Ibu Bapa Juga Wajib Prihatin Fasiliti Sekolah

Bukan Cikgu Saja Ibu Bapa Juga Wajib Prihatin Fasiliti Sekolah

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 136 hits
Kita hantar anak ke sekolah dengan hati tenang Tapi jika fasiliti sekolah tak diselenggara contoh tangga licin pagar longgar tiang tak kukuh dan bila bila masa boleh terjadi perkara tak diingini Artikel ini bantu ibu bapa lebih alert dan am...
Jpj Tegas Penumpang Amp Pemandu Bas Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Bermula 1 Julai

Jpj Tegas Penumpang Amp Pemandu Bas Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Bermula 1 Julai

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 117 hits
Mulai 1 Julai ini semua penumpang dan pemandu bas ekspres serta bas persiaran wajib memakai tali pinggang keledar atau bakal dikenakan saman RM300 kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli Penumpang amp pemandu bas wajib pakai tali pin...
Tabiat Harian Ini Boleh Ganggu Tidur Anak Mama Pama Wajib Ambil Tahu

Tabiat Harian Ini Boleh Ganggu Tidur Anak Mama Pama Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 136 hits
Mama pama mana yang tak stress bila anak kecil asyik berjaga tengah malam menangis merengek atau melompat macam tak ada esok Akibatnya satu rumah tak cukup tidur mata jadi lebam macam panda badan pun lesu sepanjang hari Sebenarnya ada beber...
Mee Kari Lontong Satay Sedap Di Penang Port Sarapan Wajib Cuba

Mee Kari Lontong Satay Sedap Di Penang Port Sarapan Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 145 hits
Bila ke Penang apa agaknya aktiviti nombor satu yang korang tak pernah miss Kalau sis mestilah cari port sarapan atau tempat makan sedap Negeri yang kaya dengan pelbagai pilihan makanan ni memang tak pernah mengecewakan Port Sarapan di Maka...
55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 112 hits
Bayangkan anak masuk darjah satu semangat nak belajar tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih Itu bukan sebab dia tak fokus tapi sebab dia RABUN Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan Terb...
Viral Turis Brazil Jatuh Di Rinjani Ini Tips Yang Wajib Kamu Tahu Sebelum Naik Gunung

Viral Turis Brazil Jatuh Di Rinjani Ini Tips Yang Wajib Kamu Tahu Sebelum Naik Gunung

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 147 hits
Belum lama ini jagat internet dihebohkan dengan berita seorang turis asal Brazil bernama Juliana Marins yang mengalami nasib naas jatuh dari jalur pendakian di gunung Rinjani Yang lebih mengejutkan Juliana ternyata bukanlah pendaki berpenga...
Tips Keibubapaan Era Digital Mama Papa Wajib Tahu Kalau Tak Nak Anak Hilang Arah

Tips Keibubapaan Era Digital Mama Papa Wajib Tahu Kalau Tak Nak Anak Hilang Arah

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 124 hits
Dalam dunia yang semakin pantas dan penuh dengan skrin peranan ibu bapa bukan sekadar menjaga anak tapi juga membimbing mereka menavigasi dunia digital dengan selamat dan seimbang Ramai ibu bapa hari ini bimbang Anak saya asyik main game je...
Maksud Sebenar Empati

Maksud Sebenar Empati

papar berkaitan - pada 21/6/2025 - jumlah : 117 hits
Maksud Sebenar Empati What people think empathy is versus what actually empathy is copyright 2018 All rights reserved
Skim Tou Tnb Maksud Tempoh Skim Baharu Kelayakan Cara Memohon

Skim Tou Tnb Maksud Tempoh Skim Baharu Kelayakan Cara Memohon

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 235 hits
Pelanggan Domestik dan Bukan Domestik Voltan Rendah termasuk pengusaha perniagaan mikro dengan pepasangan meter pintar kini boleh melanggan skim Time Of Use Apa Itu Skim Tarif Penggunaan Masa atau Time of Use ToU merupakan skim yang memperk...
Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Monday Morning

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Lempeng By Pak Zain Sarapan Pagi Ini

Makan Malam Di Richiamo Coffee Pajam Nilai

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Lulus Temuduga Spa Tanpa Kabel Teknik Psikologi Yang Panel Cari

Isu Ketua Hakim

Upin Ipin Universe Inovasi Industri Animasi Ke Dunia Terbuka Global

Packaging Farmasi Eksklusif Serlahkan Kualiti Integriti Jenama Anda

The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah