Dasar Kebudayaan Negara





Pada  17 Mac 2022 saya telah dijemput menjadi panel Forum yang bertajuk  DASAR KEBUDAYAAN NEGARA (DAKEN) DARI PERPEKSTIF SASTERAWAN NEGARA bersama Dr. Tan Awang Besar Setiausaha Bahagian Kebudayaan MOTAC dan Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan.  

Berikut ialah beberapa soalan yang diajukan dan jawapan yang telah diberikan.

 
APAKAH YANG SEPATUTNYA YANG MENJADI HARAPAN KEPADA RAKYAT PELBAGAI KAUM TERHADAP DAKEN? YANG DIPERKENALKAN OLEH KERAJAAN

 
DAKEN 2021 dari satu segi menyambung DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN yang berlangsung pada 1971.  Keduanya adalah manifestasi suatu usaha yang berterusan untuk membina bangsa Malaysia.

 
Negara Malaysia telah terbentuk dalam tahun 1969. Waktu itu telah terbina NEGARA MALAYSIA tetapi bagaimana dengan BANGSA MALAYSIA?  Kongres Kebudayaan 1971, diadakan untuk   mencari ciri-ciri yang boleh diterima dalam usaha pembentukan  bangsa Malaysia.Kongres Kebudayaan diadakan untuk membentuk DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK).

 
Dalam Kongres tersebut pelbagai aspek telah dibahaskan Semua itu nampaknya belum selesai lalu dilanjutkan dalam perbincangan hingga ke hari ini, 

 
Tajuk hari ini  DAKEN Daripada Perperspektif Sasterawan Negara.Tidak Dapat Lari dari  memberi perhatian kepada Dasar Kesusasteraan Kebangsaan.  Seperti yang telah dipersetujui ialah sastera yang menggunakan Bahasa Melayu dan mencerminkan kehidupan tempatan.

 
DKK turut membincang Pendidikan seni untuk para aktivis dan seniman kita. Antara yang terhasil oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan ialah ASWARA dan Panggung Negara yang kemudiannya dirasmikan sebagai Istana Budaya. DKK berlandaskan  prinsip2

 
-          Prinsip2 DKK yang kebanyakan kita dah hafal.

-           berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini

-          Unsur kebudayaan lain yang sesuai boleh diberi pertimbangan selagi tidak bercanggah dengan rukun negara dan perlembagaan negara.

-          Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

 
 
DKK dan DAKEN dikemukakan dengan harapan rakyat melihatnya sebagai ikatan mengharmonikan masyarakat majmuk di Malaysia  Prinsip2nya  berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.  menyeragamkan kefahaman semua rakyat pelbagai kaum di negara ini bagi memelihara kemakmuran, keamanan dan kesejahteraan dengan jiwa patriotik.

Malah kita berharap ia dapat menjadi  ideologi negara.  

 
 
Jadi, matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang dilancarkan pada tahun 1971. besar dalam sejarah bangsa Malaysia.

 
Kita harap rakyat semua kaum melihat kpd DKK sebagai usaha penyatuan. Kerana tanpa perpaduan negara di dalam bahaya.

 
Kita harap rakyat menerima Cabaran. Dua perkara dua faktor penolakan ialah salahfaham tentang  ISLAM,, BAHASA MELAYU. Berlakunya salah tanggapan konsep di kalangan  orang awam terutama golongan yang menolak prinsip2 Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

 
Cabaraan yang masih berterusan di peringkat perlaksanaannya ialah kerana adanya salah tanggapan tentang konsep. . Pertama penggunaan istilah Islam dilihat sebagai yang dianggap membawa makna menolak agama2 lain.Ia lebih kepada usaha bagi menghilangkan tanggapa ini. Budaya etnik lain boleh digunakan selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan dan Rukun negara.

 
BAGAIMANA YANG DIKATAKAN BANGSA MALAYSIA?. 20 tahun selepas Dasar Kebudayaan 1971. Hal ini masih dibahaskan , Tun Mahathir membentang gagasan Malaysia melangkah ke hadapan yang dikenali sebagai WAWASAN 2020. . 28 februari 1991

Jauh perjalanan kita mencari identity

Sejauh mana harapan kita menjadi realiti, atau harapa tinggal harapan.

 
APAKAH YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH SEMUA PIHAK (KERAJAAN /ORANG AWAM//ORANG POLITIK DALAM USAHA MEMASTIKAN DKK INI DAPAT DIHAYATI DAN DIPATUHI.

Di dalam usaha menjayakan apa-apa dasar pun yang bertujuan membina negara dan demi kepentingan rakyat, yang paling utama ialah KESUNGGUHAN DAN KEJUJURAN. jangan pula melaksanakan sesuatu semata-mata untuk retorik politik.

 
Sebagai asas, Dasar Kebudayaan tidak akan ke mana tanpa usaha2 yang menyeluruh untuk memperbaiki hidup rakyat. Rakyat tidak dapat berfikir tentang pembinaan bangsa Malaysia, apalah gunanya jika setiap petang,   senja dan malam harus mengharung sesak lalulintas untuk sampai ke rumah. Malah kadang2 kereta dihanyut oleh banjir dan banyak lagi aspek ekonomi yang mesti diperbaiki kerana itu akan mempengaruhi pemikiran rakyat.

APAKAH PERANAN RAKYAT DALAM DAKEN?:

Rakyat harus dididik pemikiran mereka untuk mencintai negara. Harus sedar inilah negara mereka yang akan diwariskan kepada anak cucu. Nasib keturunan akan datang bergantung kepada kita hari ini. Jangan sampai mewariskan negara yang telah hancur lebur.

 
BAGAIMANA PERANAN PIHAK PENGGUBAL DASAR?,

Diharap pihak penggubal dasar tidak membuat sesuatu dasar hanya kerana mencari populariti dan pengukuhan diri sendiri . Para pegawai dan implementor diminta turun ke padang menerangkan dasar kerajaan. Ini kerja saya dulu semasa menjadi Pegawai Penerangan Malaysia. Sedangkan arahan dari atas banyak simpang siur dan putar belit.  Maksud saya arahan sering berubah ikut sesuka hati siapa yang memegang kuasa.

Yang penting mesti konsisten dengan arahan dan matlamat . Jangan pula selepas tokoh yang mengemukakan dasar kebudayaan kebangsaan atau apa2 dasar penting telah berlalu maka dasarnya dilupakan  lalu digantikan dengan dasar baru, berlainan malah mungkin bercanggah, Hal spt ini memang lazim di negara kita. Seorang nakhoda menentukan arah. Datang nakhoda lain, berubah pula haluannya. Lalu banyaklah Dasar seperti DKK,  Wawasan 2020. Islam Hadiri, One Malaysia,

 
APAKAH PERANAN KEGIATAN SENI (SEPERTI FILEM )?

Seni harus diberi perhatian kerana melalui seni banyak peluang dalam mencapai pertemuan budaya serta penyatuan jiwa termasuk  seni berpakaian,

Seni , seperti Filem dan Muzik memainkan peranan yang sangat penting dalam integrasi nasional. Kita menyaksikan kumpulan-kumpulan seperti Alleycat menyanyi lagu-lagu Melayu dan disambut baik oleh semua ras dan golongan masyarakat. .  Penyanyi seperti Andre Goh bukan setakat menyanyi lagu Melayu malah Lagu  MELAYU ASLI. Begitu juga DJ Dave dan beberapa nama  lagi.  

Saya menarik perhatian kepada  novel Ah Fook yang ditulis oleh Juan Chian Lai dari Sarawak. Juan Chian Lai juga contoh penulis bukan keturunan Melayu.

Novel ini adalah pemenang hadiah pertama Sayembara Penulisan ITBM, PENA, BERITA HARIAN. Ia mengisahkan seorang yang datang dari negeri China untuk membina kehidupan di Sarawak.  Dia  melarang anak-anaknya daripada meniru budaya tempatan. Dia mengagung-agungkan bangsanya dan tidak mahu keluarganya terlalu baik dengan masyarakat lain. Namun begitu dengan cara yang menarik pengarang menceritakan bagaimana hatinya mula berubah dan mula lembut bila mendengar lagu-lagu  P. Ramlee.

 
DI ANTARA BUDAYA RAKYAT RANTAU INI KHUSUSNYA BUDAYA ORANG MELAYU DAN BUDAYA ASAL SESUATU KAUM. DI MANAKAH TITIK TEMU BERIKAN CONTOH. YANG BOLEH DISESUAIKAN UNTUK MENJADI ASAS PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MALAYSIA YANG SIFATNYA BOLEH DITERIMA OLEH SEMUA PIHAK..

 
Pertembungan budaya bukan perkara baharu. Dalam buku Sejarah di sekolah kita belajar bahawa tanah leluhur Nusantara ini adalah tempat pertemuan pelbagai budaya. Terutama semasa Selat Melaka menjadi laluan utama pedagang-pedagang yang berulang alik dari India dan China. Ketika itu tanah pinggiran Selat Melaka terutamanya, menjadi tempat  menjadi persinggahan dan perteduhan untuk menunggu masa untuk penyambung pelayaran. Ada yang singgah dan berkahwin dengan rakyat tempatan, mereka bukan hanya membawa barang-barang dagangan tetapi membawa hasil seni dan sastera.

Orang Melayu telah menghasilkan pantun-pantun yang tinggi mutu dan pemikiran. Hasil daripada pertembungan ini kita menerima syair, nazam dari Timur Tengah, Seloka, gurindam dari India . Pujangga-pujangga kita mula mengadaptasi bentuk2 yang datang dari luar sehingga melahirkan tokoh syair Hamzah Fansuri dan tokoh gurindam Raja Ali Haji.

Hal yang sama hingga zaman digital. Puisi tradisi boleh diperkembangkan dan digabung secara harmonis dengan unsur2 budaya dari luar. Peranan seni telah disentuh sebelum ini.

Sepanjang kita lihat orang Melayu sebagai penduduk asal adalah amat kreatif dan akomodatif. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://zurinahhassan.blogspot.com/2022/09/dasar-kebudayaan-negara-daken.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dasar Monetari Negara Bukan Bawah Kuasa Kabinet Pasukan Jihad Kata Annuar

Dasar Monetari Negara Bukan Bawah Kuasa Kabinet Pasukan Jihad Kata Annuar

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 147 hits
Annuar Musa berkata jika harga barang meningkat kerajaan tidak akan berdiam diri sebaliknya berusaha mengambil langkah intervensi untuk membantu rakyat MELAKA Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa menyangkal tuduhan ia ga...
Bank Negara Luluskan Pengambilahan Citibank Malaysia Oleh Uob

Bank Negara Luluskan Pengambilahan Citibank Malaysia Oleh Uob

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 165 hits
Citibank Malaysia dan UOB sama sama mengumumkan bahawa mereka telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia untuk UOB mengambil alih perniagaan Citibank di negara ini Justeru kedua dua kini akan memohon Perintah Letak Hak daripada ...
Azi Diheret Masuk Ke Dalam Kereta Ejen Produk Kosmetik Dilarikan 3 Lelaki Ke Negara Jiran

Azi Diheret Masuk Ke Dalam Kereta Ejen Produk Kosmetik Dilarikan 3 Lelaki Ke Negara Jiran

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 547 hits
The ReporterSeorang ejen kosmetik wanita dilaporkan telah dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal Wakaf Bharu petang semalam lapor Harian Metro Menurut ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata Rosnazirah Mohd ...
Digambarkan Sebagai Negara Dadah Menteri Di Suriname Mahu Saman Narco Saints

Digambarkan Sebagai Negara Dadah Menteri Di Suriname Mahu Saman Narco Saints

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 125 hits
Baru seminggu bersiaran Narco Saints secara tiba tiba terpalit kontroversi dek plot ceritanya ARTIKEL BERKAITAN Seperti yang diketahui siri Netflix ini membawa kisah tokan dadah Korea yang berkuasa di Suriname Mungkin kerana plotnya yang ag...
Kekosongan Di Seluruh Negara

Kekosongan Di Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 136 hits
Sebuah syarikat tempatan milik 100 Melayu Islam mengedarkan produk pertama Sacha Inchi Capsule Premium dan akan diikuti dengan produk lainSatu Pelan Pemasaran yang sangat mudah untuk mencipta pendapatan pasif dengan permulaan modal pakej RM...
Police Identify 1mdb Documents Related To Husband Of Ex Bank Negara Governor

Police Identify 1mdb Documents Related To Husband Of Ex Bank Negara Governor

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 192 hits
Top cop Acryl Sani Abdullah Sani says they will need to undergo the mutual legal assistance process at the Attorney General s Chambers to ensure that they can be accepted in Malaysian courts The police have identified the documents and stat...
F Team Wira Wira Negara Yang Tak Didendang Sidang Media Ppim 13 09 2022

F Team Wira Wira Negara Yang Tak Didendang Sidang Media Ppim 13 09 2022

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 251 hits
F TEAM merupakan sebuah pasukan elit dalam Cawangan Khas Bukit Aman Polis Diraja Malaysia Ditubuhkan pada tahun 1971 bagi menghapuskan ancaman militan pengganas komunis Puncak kejayaan F TEAM adalah apabila kerajaan Malaysia menandatangani ...
Cek Fakta Hoaks Sri Mulyani Sebut Jika Bbm Tidak Naik Negara Kesulitan Bayar Utang

Cek Fakta Hoaks Sri Mulyani Sebut Jika Bbm Tidak Naik Negara Kesulitan Bayar Utang

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 199 hits
Judul artikel Menteri Keuangan Sri Mulyani sebut jika BBM tidak dinaikkan negara kesulitan bayar utang adalah hasil suntingan atau editan dari artikel aslinya
Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Guna Radio Ericsson Ultra Ringan Dalam Pelaksanaan 5g

Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Guna Radio Ericsson Ultra Ringan Dalam Pelaksanaan 5g

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 197 hits
Memetik laporan Bernama Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia yang menggunakan radio ultra ringan AIR 3268 Ericsson dalam menyokong pelaksanaan 5G oleh Digital Nasional Bhd AIR 3268 dengan seberat 12 kilogram dan 23 liter merupakan r...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik