Azi Diheret Masuk Ke Dalam Kereta Ejen Produk Kosmetik Dilarikan 3 Lelaki Ke Negara Jiran


The Reporter




Seorang ejen kosmetik wanita dilaporkan telah dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, petang semalam, lapor Harian Metro. 
Menurut ahli keluarganya yang enggan dikenali berkata, Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan oleh tiga lelaki yang tidak dikenali pada jam 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios. 


Terdahulu, tiga suspek berkenaan datang ke rumah mangsa. Salah seorang suspek memberi salam dan mengetuk pintu rumah, lalu dibuka oleh mangsa. 


Suspek kemudian bertanya mengenai namanya. Sebaik saja mangsa mengiyakan soalan itu, dia terus diheret keluar dan dimasukkan ke dalam kereta tersebut. 


Tiga suspek terbabit turut menunjukkan pistol masing-masing sebagai ugutan kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang ketika itu berada di dalam rumah. 


"Bapa mangsa yang melihat Azi diheret masuk ke dalam kereta, cuba untuk menyelamatkannya. Namun seorang daripada lelaki itu mengacukan sebilah pisau rambo menyebabkan warga emas itu berundur dan hanya melihat mangsa dilarikan," katanya. 


Keluarga mangsa kemudian mendapat maklumat bahawa Rosnazirah telah dibawa ke arah Pengkalan Kubor, kawasan sempadan negara. Suaminya yang mengetahui kejadian itu terus bergegas ke lokasi, namun tidak berjaya menemui isterinya. 


Menurut seorang penduduk setempat, dia mendakwa ternampak seorang wanita dibawa oleh sekumpulan lelaki menaiki bot menuju ke negara jiran. Kenderaan yang digunakan suspek turut ditemui di sebuah pangkalan haram di situ. 


Suami mangsa juga berusaha mencari isterinya di negara jiran dan sehingga kini masih belum pulang. 


Ahli keluarga menjelaskan Rosnazirah tidak bermusuhan dengan sesiapa. Sehingga ke waktu ini, mereka juga tidak menerima sebarang panggilan dari mana-mana pihak untuk meminta wang tebusan. 


"Tapi tidak pastilah jika ada yang tidak berpuas hati dengannya sepanjang dia menjalankan perniagaan kosmetik. 


"Ibu bapanya masih terkejut dan bersedih dengan kejadian ini dan pada masa sama kami turut membuat solat hajat selain berdoa agar Azi segera ditemukan dengan selamat," katanya. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut. 


Turut tular di media sosial, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 51 saat yang menunjukkan mangsa dilarikan sekumpulan suspek terbabit. 


Sumber: Harian Metro


September 14, 2022 at 07:52AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/09/video-azi-diheret-masuk-ke-dalam-kereta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ejen Produk Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Kami Tak Terima Sebarang Panggilan Minta Tebusan

Ejen Produk Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Kami Tak Terima Sebarang Panggilan Minta Tebusan

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 216 hits
Siti Rohana Idrisam hmetro com myROSNAZIRAH dilarikan tiga lelaki tidak dikenali semalam FOTO ihsan pembacaTumpat Wanita yang juga ejen jualan kosmetik dipercayai dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal Wakaf Bharu...
Ejen Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Dipercayai Disembunyi Di Thailand

Ejen Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Dipercayai Disembunyi Di Thailand

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 349 hits
Seorang wanita dipercayai ejen produk kosmetik didakwa telah dilarikan oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal Wakaf Bharu Kelantan pada Selasa 13 September 2022 Menurut laporan Kosmo mangsa yang berusia 36 tahun itu didakwa...
Perselisihan Ahli Sindiket Dadah Punca Ejen Kosmetik Dilarikan

Perselisihan Ahli Sindiket Dadah Punca Ejen Kosmetik Dilarikan

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 308 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myKota Bharu Perselisihan antara ahli sindiket dadah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu kelmarin Pemangku...
Kes Culik Ejen Produk Kosmetik Menantu Pernah Seludup Rokok Tak Sangka Terbabit Dadah

Kes Culik Ejen Produk Kosmetik Menantu Pernah Seludup Rokok Tak Sangka Terbabit Dadah

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 301 hits
Siti Rohana Idrisam hmetro com myTumpat Saya hanya tahu menantu pernah terbabit dalam perniagaan rokok seludup sahaja tapi kegiatan lain yang menyalahi undang undang saya tidak tahu kata bapa kepada ejen produk kosmetik yang dilarikan sekum...
Ejen Kosmetik Diculik Lelaki Bersenjata Mungkin Dibawa Ke Siam

Ejen Kosmetik Diculik Lelaki Bersenjata Mungkin Dibawa Ke Siam

papar berkaitan - pada 15/9/2022 - jumlah : 250 hits
Rosnazirah didakwa diculik Share on telegramTUMPAT Keluarga kepada seorang ejen jualan barangan kosmetik Rosnazirah Mohd Naim 36 yang disyaki diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal Wakaf Bharu di sini semalam tidak menolak kemungkinan ...
Caj Tempat Letak Kereta Mahal Tak Masuk Akal Buletin Fm 01 09 2022

Caj Tempat Letak Kereta Mahal Tak Masuk Akal Buletin Fm 01 09 2022

papar berkaitan - pada 3/9/2022 - jumlah : 283 hits
Fokus Pagi Bersama Izwan Azir Muaz Sesi temubual bersama Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi Sumber Buletin fm CAJ TEMPAT LETAK KERETA MAHAL TAK MASUK AKAL
Mak Nangis Kenangkan Kakak Sedih Dikecam Warganet Kata Adik Ejen Kosmetik Diculik

Mak Nangis Kenangkan Kakak Sedih Dikecam Warganet Kata Adik Ejen Kosmetik Diculik

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 241 hits
Ibu kepada ejen jualan kosmetik yang diculik sekumpulan lelaki di Kampung Semat Jal Wakaf Bharu Kelantan ini meluahkan kesedihan memikirkan keadaan anak perempuannya pada masa kini Menurut adik kepada ejen jualan kosmetik tersebut ibunya ke...
Akhirnya Terbongkar Punca Penculikan Ejen Kosmetik Suami Terbabit Aktiviti Seludup Dadah

Akhirnya Terbongkar Punca Penculikan Ejen Kosmetik Suami Terbabit Aktiviti Seludup Dadah

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 290 hits
AYHAN FERHATPenculikan ejen kosmetik yang heboh semalam akhirnya terbongkar apabila hasil siasatan pihak polis mendapati puncanya kerana perselisihan faham membabitkan ahli sindiket dadah Di mana polis mendapati suami kepada Rosnazirah Mohd...
Masih Belum Ditemui Polis Syak Azi Dilarikan Ke Sempadan Thailand Myanmar

Masih Belum Ditemui Polis Syak Azi Dilarikan Ke Sempadan Thailand Myanmar

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 375 hits
Hampir seminggu Polis Thailand giat melakukan operasi mengesan seorang ejen kosmetik Rosnazirah Mohd Naim atau Azi 36 yang didakwa dilarikan sekumpulan lelaki ke negara jiran Menerusi laporan dari Harian Metro merujuk kepada sumber pihak be...
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

Trust The Vision Ellaspede Delivers A Radical Honda Cbx750 Caf Racer

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Lemak Cili Api Ayam Dengan Black Fungus

Rahsia Usahawan Kecil Jana Rm1 000 Sebulan Dengan Bisnes Sabun Handmade

Tak Semua Orang Akan Suka Kita

The Merry Marvel Pantyhose Society Part One

Wanita Di Jendela Oleh Zurinah Hassan

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh