Dasar Ekonomi Bunuh Diri Yang Terkini Gaji Minima Rm1 500


 


MEF: RM1,500 new minimum wage would derail economic recovery

Sunday, 06 Feb 2022 
MEF said proposed RM1,500 minimum wage derail economic recovery.
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2022/02/06/mef-rm1500-new-minimum-wage-would-derail-economic-recovery/2039761


KL, Feb 6 — MEF reiterated not right time to increase cost of business RM1,500 minimum wage would derail economic recoverymajority of businesses cannot implement new minimum wage still reeling from economic shock, devastating major floodswe should control rising cost of products, services98.9% of Malaysian businesses are SMEs think of their survival and sustainabilitySMEs already suffering even small increase in cost and they might close downRM1,500 minimum wage will push up operation costs not the time to implement any increase in minimum wage
RM1,500 minimum wage mostly go to foreign labour outflow of money will further increaseabove minimum wage employees demotivated, no salary adjustment“increase in minimum wage will benefit low wage employees the bulk of them will be foreign workers — Bernama
My Comments :
Ekonomi negara kita makin hancur dan tidak akan ke mana kerana ekonomi kita sudah menjadi 'command economy'. 
Command economy bermaksud perjalanan ekonomi kita bukan ditentukan atau diputuskan oleh pergerakan pasaran (market forces). 
Sebaliknya ekonomi kita ditentukan oleh ahli politik yang mahu cari populariti dengan penyokong dan pendundi atau oleh Penjawat Awam yang tidak faham pucuk pangkal bisnes, kewangan dan ekonomi.
Contohnya ahli politik cari populariti dengan cadangan syarikat lojistik perlu ada 51% saham bumiputera. Maka industri lojistik pun akan padam. 
Sebab Ramasamy yang pakar bisnes lojistik lebih terdorong buka kedai jual thosai pula.  Jadi di semua tempat akan ada banyak kedai thosai saja. Syarikat lojistik akan kurang.

Saya ada cadangan lain lah - kenapa 51% sahaja? Why not 61%? Atau 71%? Ok lah lets just fix it at 80%. 
Kita buat sajalah dasar bahawa semua syarikat lojistik mesti mempunyai saham bumiputera 80%. Pandai tak OutSyed The Box? Genius kan? 
Kita buat sajalah dasar bahawa bangsa bukan bumiputera hanya boleh pegang saham 20% sahaja. Allahu Akbar.

Begitu juga dengan bank. Ahli politik dan Penjawat Awam sudah putuskan bahawa ekonomi kita hanya akan mempunyai ENAM buah anchor bank atau bank utama. Mereka mendapat angka ENAM ini sebab tangan kanan mereka mempunyai lima jari, campur satu lagi jari di tangan kiri. (Empat jari lagi kudung atau di gunakan untuk korek hidung).  
Maka hanya ENAM bank utama sajalah dilesenkan dalam negara kita. Allahu Akbar. Satu keputusan genius yang layak menangi Nobel Prize Economics. Pelawat dari planet Mars, ungka dari atas pokok di hutan semuanya akan kagum dengan kepintaran dasar ekonomi serupa ini. (Indonesia yang makin mendahului ekonomi kita tidak menghadkan bilangan bank. Indonesia mempunyai lebih 150 bank tempatan sahaja. Dan industri Ah Long makin berkembang pesat dalam negara kita sebab tiada cukup bank.)

Saya ada cadangan yang lebih genius. Why not kita syaratkan satu bank sahaja bagi negara kita. Sebab dia begini - lebih senang nak kira. Bank Negara cuma perlu satu jari saja untuk mengira bilangan bank dalam negara kita. Baki sembilan jari lagi boleh digunakan untuk korek hidung. Apa macam? Genius tak? 
Begitu juga ahli politik dan Penjawat Awam sudah tentukan bahawa negara kita hanya boleh ada TIGA pusat proses kayu gaharu pula. Dan ketiga pusat proses kayu gaharu ini di-control lesen pula. Encik Ramasamy tak payah mohon lesen lah. Encik Ramasamy boleh buat kedai thosai sajalah.

Begitu juga ahli politik dan Penjawat Awam sudah tentukan negara kita akan mempunyai EMPAT sahaja Supply Base atau pelabuhan untuk pembekalan industri oil and gas (Kemaman, Teluk Ramunia, satu di Sarawak dan Sabah). Kenapa pula bukan LIMA supply base? Satu tangan itu ada LIMA jari - senang kira juga dengan guna lima jari.
Atau ENAM supply base - serupa dengan ENAM anchor bank atau bank utama dalam negara kita? 
Sekarang pula ahli politik mahu naikkan Gaji Minima jadi RM1,500.
Pekerja Bangla dan Indon akan jadi kaya. Lagi ramai bebudak Pakistan yang tak tahu baca dan menulis akan membanjiri negara kita sebagai tukang sapu jalan.  Unemployed graduates kita pula akan kehilangan peluang kerja sapu jalan (seperti di Pulau Pinang).  
Lagi banyak kedai dan bisnes SME akan terpaksa tutup sebab mereka tidak akan mampu bayar gaji minima RM1,500.  Gaji Minima yang ada sekarang RM1,200 (??) pun mereka sudah tidak mampu membayar. 
Maka beratus ribu anak-anak muda akan terpaksa menganggur sebab peniaga kecil dan syarikat kecil (yang mewakili 90% ekonomi negara - ikut kenyataan MEF di atas) yang tidak mampu bayar Gaji Minima RM1,200 yang sekarang ini akan lagi tidak mampu bayar Gaji Minima RM1,500 pula. Hooray.

Jadi tahniah di ucapkan kepada Ahli Politik dan Penjawat Awam yang tidak ada otak sebab awak semua sedang menghancurkan ekonomi negara kita. Sedikit demi sedikit, little by little. Slowly but surely.
Saya ada cadangan yang lebih genius lagi : why not kita naikkan Gaji Minima menjadi RM3,000 sahaja? 
Jangan lah main-main dengan cadangan Gaji Minima RM1,500 - macam budak-budak main guli bawah pokok asam.  Apa gunanya gaji Minima RM1,500? Naikkan sahaja Gaji Minima menjadi RM3,000 sebulan.  Budak kerja di warong boleh dapat gaji RM3,000. Dia boleh sewa kondominium sekali, tetapi jadi pekerja warong. Fuiyyo. Cadangan genius tak?
Ekonomi negara kita sedang hancur. Ekonomi bumiputera sedang hancur - disebabkan Ahli Politik yang tidak ada akal dan Penjawat Awam yang tidak berakal cuba bagi hidup binatang dan makhluk alien yang sepatutnya tidak boleh wujud pun.
Dasar-dasar ekonomi oleh Ahli Politik dan Penjawat Awam ini tidak terjumpa dalam sebarang buku ekonomi. 
Tidak ada buku ekonomi dalam dunia yang mengajar bahawa Ahli Politik dan Penjawat Awam boleh tentukan bilangan kedai runcit di sebuah kawasan (contohnya), bilangan bank dalam sesebuah negara (contohnya), peratusan pegangan saham ikut kaum atau bangsa dalam apa jenis syarikat pun.
Cuba bayangkan suatu keadaan di mana Ahli Politik tentukan bahawa hanya satu kedai runcit akan dibenarkan di setiap kampong, kedai itu mesti mempunyai 60% saham bumiputera dan pekerjanya mesti dapat Gaji Minima RM3,000 sebulan (atau RM2,000 atau RM1,850 atau RM1,975.35).
Tuan-Tuan sila gunakan otak dan akal. Apakah ini satu cadangan yang genius atau cadangan yang bodoh?  Tolonglah setuju dengan saya bahawa ini adalah cadangan bodoh.
Jadi bagaimana pula dengan syarat hanya ENAM bank utama dalam negara kita? 
Atau TIGA pusat proses kayu gaharu? 
Atau Gaji Minima RM1,500 sebulan?

Atau HANYA satu pengimpot beras?
Atau HANYA satu kartel daging? Apa sudah jadi dengan kes kartel daging?
Atau HANYA satu syarikat 5G?
Tuan-Tuan wa-akhirul kalam, saya ada cadangan lagi. Why not kita cari Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan Penjawat Awam yang mempunyai banyak tangan dan jari - seperti gambar berikut.





Lelaki ini mempunyai 14 tangan. Setiap tangan ada lima jari, maksudnya lelaki ini mempunyai 14 x 5 = 70 jari.  Dia boleh mengira sampai ke 70 dengan menggunakan jari dia saja. 
Imagine kalau dia jadi PM kita atau Menteri atau Penjawat Awam dia boleh luluskan dasar ekonomi yang membenarkan 67 buah bank. Atau 67 kedai runcit. (Baki tiga jari itu untuk korek hidung lah). 
Kemudian dia boleh lah dicalonkan untuk menerima Nobel Prize in Economics daripada kaum ungka yang duduk di atas pokok hutan. 

Tuan-Tuan negara kita tidak terkecuali daripada Laws of Economics atau syarat dan ketentuan sistem ekonomi yang universal. 
Ahli Politik, Menteri, Perdana Menteri, Penjawat Awam yang tidak faham apa pun berkenaan ekonomi dan bisnes tiba-tiba diberi kuasa dan tanggungjawab putuskan hal-hal ekonomi yang sedang membunuh negara kita. 
Maka cadangan kuda liar "lets print money" atau 'jom kita cetak duit saja' (style duit Jepun masa Perang Dunia Kedua dulu) oleh seorang bekas Timbalan Menteri.


Masa Perang Dunia 2, Jepun pakai cetak saja duit "Pokok Pisang" yang tidak berguna

 
Semua pemikiran goblok seperti ini telah pun hancurkan ekonomi negara. Segala aspek dasar Kerajaan yang makin tidak berguna yang sedang menghancurkan kehidupan rakyat dan ekonomi negara adalah disebabkan dasar-dasar ekonomi Kerajaan tiada kena-mengena dengan sistem ekonomi yang waras, betul dan baik.
Dasar ekonomi diputuskan menurut 'bilangan' atau 'numbers'.  
ENAM bank utama (kenapa bukan TUJUH), RM1,500 Gaji Minima (kenapa bukan RM3,000), 51% pegangan saham bumiputera (kenapa bukan 61%), EMPAT buah pelabuhan supply base (kenapa bukan LIMA), TIGA pusat proses gaharu (kenapa bukan EMPAT), SATU pengimpot beras (kenapa bukan dua) dsbnya.
Ekonomi negara di-lesenkan, di AP-kan, di permit-kan, di monopolikan, di oligopolikan, di GLC-kan, di sekat, di suruh, di syarat sehingga ekonomi negara sudah tidak boleh bergerak dan sekarang sedang hancur.   Itulah yang sedang berlaku. Ekonomi kita sedang hancur.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/dasar-ekonomi-bunuh-diri-yang-terkini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Melaka Buka Pengambilan Terkini Februari 2022 Gaji Rm1 205 Hingga Rm9 585

Kerajaan Melaka Buka Pengambilan Terkini Februari 2022 Gaji Rm1 205 Hingga Rm9 585

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 232 hits
Kerajaan Melaka Buka Pengambilan Terkini Februari 2022 GAJI RM1 205 hingga RM9 585 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman peng...
Pengambilan Pelbagai Jawatan Terkini Di Tm Gaji Rm1 200 Hingga Rm5 000

Pengambilan Pelbagai Jawatan Terkini Di Tm Gaji Rm1 200 Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 215 hits
Pengambilan Pelbagai Jawatan Terkini di TM GAJI RM1 200 hingga RM5 000 Khas kepada anda yang sedang mencari pekerjaan dan berminat untuk menjawat jawatan kosong terkini yang tertera pada halaman Mingguan Kerja Buat makluman pengambilan jawa...
Gagalkan Upaya Bunuh Diri Sopir Transjakarta Terima Apresiasi Piagam Dan Emas

Gagalkan Upaya Bunuh Diri Sopir Transjakarta Terima Apresiasi Piagam Dan Emas

papar berkaitan - pada 29/1/2022 - jumlah : 134 hits
Pande berujar langkah Khaerun menyelamatkan kehidupan perempuan tersebut berdampak citra baik terhadap sosok Khaerun sekaligus meningkatkan citra perusahaan dan BUMD dengan baik
Hiburan Diugut Bunuh Lelaki Bertopeng Aisar Khaled Lapor Polis Demi Keselamatan Diri

Hiburan Diugut Bunuh Lelaki Bertopeng Aisar Khaled Lapor Polis Demi Keselamatan Diri

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 177 hits
Pelakon dan personaliti media sosial bertindak membuat laporan polis selepas diugut dan diancam bunuh oleh individu yang tidak dikenali dalam laman sosial Menurut Aisar dia nekad membuat laporan polis demi keselamatan nyawa dan tidak tahan ...
Aksi Hero Pemandu Bas Ini Berjaya Selamatkan Perempuan Yang Hendak Bunuh Diri

Aksi Hero Pemandu Bas Ini Berjaya Selamatkan Perempuan Yang Hendak Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 159 hits
Tular di media sosial aksi hero seorang pemandu bas menyelamatkan wanita yang hendak membunuh diri dengan terjun dari flyover Menerusi video yang tular di beberapa akaun media sosial kejadian dipercayai berlaku pada 25 januari yang lalu Dif...
Ketika Pn Perintah Ramai Bunuh Diri Najib Kata

Ketika Pn Perintah Ramai Bunuh Diri Najib Kata

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 222 hits
PETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Najib Razak membidas kenyataan Azmin Ali yang mengatakan antara kejayaan luar biasa kerajaan Perikatan Nasional adalah mendapat pengiktirafan dunia sebagai kerajaan terbaik yang menjalankan usaha pemuliha...
Hiburan Kecewa Kekasih Tak Angkat Call Lelaki Cuba Bunuh Diri Nekad Terjun Bangunan

Hiburan Kecewa Kekasih Tak Angkat Call Lelaki Cuba Bunuh Diri Nekad Terjun Bangunan

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 231 hits
Seorang lelaki cuba membunuh diri di bumbung tingkat 18 sebuah apartmen di Taman TTDI awal pagi tadi gara gara gagal menghubungi kekasihnya Menurut laporan lelaki berusia 27 tahun itu juga dikatakan baru bercerai dengan isterinya pada Novem...
Potret Rumah Mewah Terbengkalai Selama 10 Tahun Bekas Bunuh Diri Ini Kamarnya

Potret Rumah Mewah Terbengkalai Selama 10 Tahun Bekas Bunuh Diri Ini Kamarnya

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 231 hits
Potret salah satu rumah mewah di bilangan Jakarta yang terbengkalai selama 10 tahun lamanya Kabarnya pemilik rumah tersebut merupakan seorang wanita yang sengaja mengakhiri hidupnya dengan gantung diri di rumah tersebut Simak ulasannya
New Minimum Wage Around Rm1 500 Expected By Year S End

New Minimum Wage Around Rm1 500 Expected By Year S End

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 165 hits
Human resources minister M Saravanan on a visit to the site of a proposed Socso rehabilitation centre earlier this week PETALING JAYA A minimum wage of around RM1 500 a month is expected to be implemented before the end of this year said hu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025