Daripada Menghentam Orang Lain Lebih Baik Kita Siapkan Diri Dengan Amal Nabil
Daripada menghentam orang lain, lebih baik kita siapkan diri dengan amal – Nabil
Pengacara, pelawak dan pelakon popular, Nabil Ahmad melihat apa yang berlaku terhadap Zul Ariffin baru-baru ini adalah ujian kepada pelakon popular itu.
Nabil ketika ditemui berkata, Zul adalah individu yang baik dan ada usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah.
“Apa yang dia buat itu, memang hakikatnya salah. Namun, saya nampak ia sebagai ujian untuk dia yang memang saya sedia maklum, sedang belajar untuk dekatkan diri dengan Allah,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Nabil, Zul juga sama seperti manusia lain yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan.
“Saya selalu doakan supaya Allah tutup aib kita. Kita tak maksum. Apabila benda ini berlaku, saya tahu ramai rakan-rakan artis yang komen. Namun, pendekatan saya, kita sebagai manusia, Allah akan uji lebih-lebih lagi bila kita cuba dekatkan diri dengan-Nya.
“Perspektif saya, dia adalah individu yang ada nama dan cukup baik, tapi dia boleh korbankan masa dia untuk dekatkan diri kepada Allah. Adalah lebih baik untuk kita sama-sama doakan daripada terus menerus menghentam,” katanya.
Nabil juga menyeru semua untuk mempersiapkan diri sebagai umat akhir zaman.
“Apabila melihat kemarahan orang ramai yang memuncak dengan isu ini, saja jadi takut dan saya tahu, kita semakin dekat dengan pengakhiran zaman. Daripada terus mencari kesilapan orang lain, sama-samalah kita mempersiapkan diri dengan amal dan kebaikan sebagai bekalan,” katanya. HM
Daripada menghentam orang lain, lebih baik kita siapkan diri dengan amal – Nabil
Baca Artikel Menarik:
Kerajaan dah hilang asas moral untuk terus memerintah – Nazri
Dah Sampai Tahap 5 Baru Nak Menyesal! Disini Ada 9 Cara Jaga Buah Pinggang Anda
Calon Timbalan Presiden PKR pilih Gombak kerana kubu ‘Pengkhianat’
Mursyidul Am PAS dan Presiden PUTRA mahu Kit Siang diberi penghargaan
PRU-15 bawa manfaat besar pada ekonomi negara – Pakar
BN tak sertai GRS: Tidur bantal lain, mimpi tetap sama – Bung
Bubar Parlimen untuk hadapai PRU-15, Top 5 UMNO masih belum putuskan
Angkara menipu disamun, dirogol, wanita dihadapkan ke mahkamah
Indomie Indonesia Jadi Mangsa Serangan Di Ukraine?
MoU PH-kerajaan terbatal, dakwa Annuar
DAP bergaduh sama sendiri kerana kes rasuah Guan Eng
Najib bidas Raja Formula Songsang
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/24/daripada-menghentam-orang-lain-lebih-baik-kita-siapkan-diri-dengan-amal-nabil/