Dari Staf Penyiaran Ke Wartawan Individu Dalam Industri Pilih 16 K Drama Terbaik 2021


Sudah menghampiri hujung tahun, apa K-Drama terbaik 2021 buat anda?
Bagi menyambut ulang tahun ke-17, saluran media Joy News 24 telah menjalankan survey bagi menentukan drama mana yang popular untuk 2021 ini. Seramai 200 individu dalam industri seperti staf agensi hiburan dan penyiaran, produser kandungan filem dan penyiaran serta wartawan hiburan yang menyertai soal selidik ini.
1. Hospital Playlist 2 Drama ini mengisahkan lima sekawan yang menempuhi zaman universiti sehingga kini menjadi doktor terbaik di sebuah hospital yang sama.

2. Hometown Cha Cha Cha Drama romantik ini mengisahkan Yoon Hye-jin (Shin Min-ah) iaitu seorang doktor gigi yang berpindah dari Seoul ke perkampungan persisiran pantai Gongjin dan Hong Du-shik (Kim Seon-ho) iaitu seorang pakar pelbagai kerja yang sentiasa membantu penduduk kampung tersebut.

3. Vincenzo Ia membawa kisah seorang peguam Itali bernama Vincenzo Cassano (Song Joong-ki) yang juga merupakan penasihat kepada sebuah keluarga mafia. Dek konflik yang tercetus dalam organisasinya, dia kembali ke Korea dan berlaga pula dengan seorang peguam tegas iaitu Hong Cha-young (Jeon Yeo-bin). Bersama-sama, mereka mencapai keadilan dengan mengaplikasikan cara yang digunapakai penjahat.

4. Beyond Evil Drama ini membawa kisah dua lelaki yang sanggup melanggar undang-undang dan peraturan bagi mengejar seorang pembunuh bersiri. Bagi membongkar identiti sebenar penjenayah tersebut, mereka perlu meneliti secara mendalam setiap orang yang terlibat dengan kes tersebut dengan sering mempersoalkan diri sendiri, “Siapakah raksasa sebenar – adakah awak? Adakah saya? Adakah kita?”.

5. Racket Boys “Racket Boys” membawa kisah sekumpulan anak muda yang berimpian untuk menjadi atlet badminton profesional pada masa hadapan. Ikuti kisah anak muda ini mengharungi pelbagai kesulitan dan juga keseronokan bersama rakan seperjuangan.

6. The Penthouse Drama ini mengisahkan penduduk Hera Palace yang sanggup melakukan apa sahaja bagi terus kekal berkuasa dalam kehidupan mewah mereka.

7. Youth Of May “Youth Of May” ialah sebuah drama melodrama mengisahkan dua anak muda yang jatuh cinta pada Mei 1980, iaitu satu zaman reformasi dan penting dalam sejarah Korea Selatan. Ianya dibintangi oleh Lee Do-hyun, Go Min-si, Geum Sae-rok dan Lee Sang-yi.

8. Love (ft. Marriage & Divorce) Drama ini membawakan kisah masalah perkahwinan tiga pasangan suami dan isteri yang berada pada peringkat hidup berbeza.

9. Mine Ianya membawa kisah wanita bercita-bercita tinggi dan kuat yang melawan prejudis masyarakat untuk merebut hak milik mereka.

10. Bossam: Steal the Fate Drama ini membawa kisah seorang lelaki yang tanpa sengaja telah menculik seorang tuan puteri. Ba-woo (Jung Il-woo) merupakan seorang tukang padan yang mencari suami baru kepada janda yang tiada harapan untuk berkahwin semula. Semasa kecil, lelaki ini telah ditipu dek konspirasi seseorang. Walaupun dapat melarikan diri tetapi dia Ba-woo terpaksa menyorokkan identiti sebenarnya dan mula hidup dalam kemiskinan sejak daripada itu.

11. The Veil  “The Veil” ialah sebuah drama aksi blockbuster di mana Namgoong Min membawa watak Han Ji-hyuk, seorang ejen lapangan elit di NIS (National Intelligence Service). Disebabkan oleh rekodnya yang sempurna dan berbakat dalam menyelesaikan misi, lelaki itu dinamakan sebagai ejen teratas dan sering diidolakan oleh rakan sekerjanya.

12. One The Woman Drama komedi “One The Woman” membawa kisah dua wanita dengan wajah seiras yang bertukar kehidupan dek kehilangan ingatan. Seorang ialah merupakan menantu kepada keluarga kaya manakala seorang lagi ialah pendakwaraya korup.

13. The Uncanny Counter Drama ini membawa kisah sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Counter” dan bertugas memburu roh jahat. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan tersendiri dan menyembunyikan identiti sebenar dengan menyamar sebagai pekerja di sebuah restoran mi.

14. Lost Drama ini membawa kisah seorang wanita 40 tahun yang bekerja sebagai ‘penulis hantu’ dan merasa hilang dalam arus kehidupan. Manakala seorang lelaki berusia 27 tahun pula menyimpan rasa takut dia tidak akan dapat mencapai apa-apa dalam hidupnya.

15. Taxi Driver “Taxi Driver” membawa kisah satu perkhidmatan teksi misteri di mana ia membalas dendam bagi pihak mangsa yang tidak dapat keadilan daripada undang-undang.

16. Mouse Drama thriller jenayah ini membawa kisah seorang lelaki yang telus dan naif, Jung Ba-reum (Lee Seung-gi) dan detektif tanpa kira undang-undang bernama Go Moo-chi (Lee Hee-joon) yang obses untuk membalasa dendam terhadap pembunuh bersiri yang menjadi dalang kepada pembunuhan ibu bapanya semasa kecil. Dua lelaki yang berbeza personaliti ini bergabung tenaga bagi mengejar penjahat dalam kalangan ‘1% teratas’ psikopat.

Not bad kan pilihan mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/dari-staf-penyiaran-ke-wartawan-individu-dalam-industri-pilih-16-k-drama-terbaik-2021/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Aplikasi Buat Duit Terbaik 2021

10 Aplikasi Buat Duit Terbaik 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 312 hits
Dalam era yang semakin maju seperti sekarang menjana wang boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti salah satunya dengan aplikasi menjana wang Hanya dengan telefon pintar anda boleh meraih faedahnya Daripada membaca artikel hingga berkon...
Konten Kreator Terbaik Bulan September 2021 Ssst Ada Yang Baru Nih Di Hipwee Creator Community

Konten Kreator Terbaik Bulan September 2021 Ssst Ada Yang Baru Nih Di Hipwee Creator Community

papar berkaitan - pada 28/10/2021 - jumlah : 205 hits
Karya terbaik dapat muncul dari tangan tangan creator yang memiliki semangat berkembang dalam upaya mengenali diri
8 Apps Untuk Buat Poster Terbaik Dan Mudah 2021

8 Apps Untuk Buat Poster Terbaik Dan Mudah 2021

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 250 hits
Kini kita tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer untuk mereka bentuk poster iklan untuk sebarang jenis kempen Dalam artikel ini saya akan kongsikan beberapa aplikasi untuk buat poster terbaik yang boleh anda gunakan untuk mencipta dan m...
Drama Cukup Derita Itu Siri 2 Siar 15 November 2021

Drama Cukup Derita Itu Siri 2 Siar 15 November 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 403 hits
Drama Cukup Derita Itu Siri 2 Siar 15 November 2021 Drama Cukup Derita Itu Siri 2 akan siar pada 15 November 202 Masih mengekalkan Gandingan Hisyam Hamid Ruhainies Chacha Maembong sebagai tunggak utama Drama adaptasi novel karya Siti Rosmiz...
Berdasarkan Riset Snapcart 2021 Berikut E Commerce Terbaik Di Indonesia

Berdasarkan Riset Snapcart 2021 Berikut E Commerce Terbaik Di Indonesia

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 197 hits
Namun di antara lima e commerce tadi siapa yang berhasil menjadi e commerce no 1 Indonesia di tahun 2021 ini
Raja Cameo Lee Kyuhyung Bawa Watak Khas Bagi 5 K Drama Ini Dalam 2021

Raja Cameo Lee Kyuhyung Bawa Watak Khas Bagi 5 K Drama Ini Dalam 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 459 hits
Peminat K Drama pastinya perasan kemunculan Lee Kyu hyung dalam pelbagai drama tahun ini Bukannya sebagai teraju utama tetapi sebagai watak kameo ataupun jemputan sebentar sahaja Korang perasan tak dalam drama mana Hospital Playlist 2 Menga...
Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

Hiburan Gara Gara Kecam Tokti Kayuh Guna Lorong Salah Individu Ini Digelar Haters Oleh Peminat

papar berkaitan - pada 6/11/2021 - jumlah : 354 hits
Gara gara mengecam tindakan penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza beriadah menggunakan basikal dan melalui laluan yang salah akhirnya individu ini terciduk kerana dikritik kembali oleh peminat penyanyi lagu Cindai itu Dakwa ind...
The Book Of Fish Dinobatkan Filem Terbaik Di Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea 2021

The Book Of Fish Dinobatkan Filem Terbaik Di Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 243 hits
Persatuan Pengkritik Filem Korea telah menganugerahkan pemenang untuk tahun ini Pada 10 November Anugerah Persatuan Pengkritik Filem Korea ke 41 telah berlangsung di KG Tower Harmony Hall di Seoul The Book of Fish memenangi anugerah tahun T...
Awani Pagi Mencari Wartawan Muda Menulis Tentang Kemanusiaaan I 10 Nov 2021

Awani Pagi Mencari Wartawan Muda Menulis Tentang Kemanusiaaan I 10 Nov 2021

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 217 hits
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara dengan kerjasama Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah ICRC menjemput wartawan muda untuk sertai Pertandingan Wartawan Kemanusiaan Muda 2021 yang kini memasuki tahun ketujuh ...
Demand Kekayaan Anak Mahkamah Putus Ibu Tak Layak Terima Harta Mendiang Goo Hara

Gsk Sokong Kepentingan Imunisasi Dewasa Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Syok Sendiri Demi Kepuasan

Gear Up For Standard 1 Registration

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


Lunch Merangkap Dinner Di Nefa Station Ipoh Perak

Dapatkan Ganjaran Besar Apabila Anda Prapesanan Samsung Ai Tv 2024 Hari Ini

Sprm Tahan Menteri Besar Perlis

Powering Progress How Ev Charging Stations Are Shaping The Transportation Landscape

M A Due Diligence Don T Settle For Smoke And Mirrors Get A Quality Of Earnings Assessment

Tiada Petanda Salah Tinggalkan Anfield