Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


 Assalamualaikum,
Post ini adalah post tertunda sejak dua tiga tahun lepas iaitu sebaik sahaja Puteri Sulung saya, Kak Iman meninggalkan persekolahan alam menengahnya di SAM Bestari, Subang Jaya, Selangor (SAMBEST). Ada beberapa readers blog ini yang mahukan saya terus menulis di blog, dan mereka ini adalah guru yang mengajar Kak Iman di Sambest.Masa tu, saya hanya katakan InshaAllah, jika punya kelapangan masa. Sehingga Kak Iman selesai mengikuti Asasi di UIA, Gambang dan mendaftar di Kampus UIA, Kuantan, saya masih berhutang dengan guru tersebut.Adehhh.Kali ini saya cuba kotakan janji.Aamin.
Sepanjang bulan ini saya perhatikan post tentang pembelajaran anak saya di Sambest yang saya kongsikan sebelum ini menjadi Popular Post di Blog saya.Jika anda tidak berkesempatan membaca post tersebut, mari saya kongsikan di sini :

SAM Bestari Subang Jaya (SAMBEST) Pilihan KamiPengalaman Tahun Kedua Kak Iman di Sambest Result SPM 2021 Kak Iman di SAMBESTAlhamdulillah, syukur kepada Ilahi.Pada hari pengumuman keputusan result SPM Kak Iman, saya dan ayahnya sempat hadir bersama Kak Iman ke Sambest bagi mendengar sendiri pengumuman oleh pihak sekolah

Kak Iman dengan result SPM batch 2021, alhamdulillah dengan result 9A yang diperolehinya.Top student batch Kak Iman masa SPM ni tak silap dapat 11 A+. Kak Iman dari zaman sekolah rendah, saya dan ayahnya biasa boleh jangka result yang dia akan dapat sebab kami tahu dia study macam mana. Mungkin dia mengharap lebih baik lagi, tapi yang ini pun kami dah bersyukur sangat.Segala puji bagi Allah atas semua keadaan yang kami terima

Dalam tempoh kak Iman mengambil SPM, banyak juga cabaran yang dia dan rakan-rakan di Sambest hadapi.Masa itu, ibu bapa tidak dibenarkan datang melawat demi memastikan tiada gangguan wabak covid menular ke asrama. Dalam kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terim kasih kepada para ustaz, ustazah, guru, warden asrama dan para murabbi di Sambest keseluruhannya, atas segala jasa baik, pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kepada anak kami dan semua murid semasa SPM 2021.Semoga segala kebaikan Allah balas dengan ganjaran Syurga tertinggi

Saya yakin, komitmen dan dedikasi para pendidik di Sambest memang nyata tiada tandingan.Saya adalah saksi para ustaz dan ustazah telah mendidik, membimbing dan mengajar anak saya dengan amat baik, seperti mana yang saya harapkan apabila kali pertama saya memilih sekolah ini untuk Kak Iman.Allah jua yang mengatur segalanya menjadi amat baik dan indah sekali.Alhamdulillah

Puan pengetua mengumumkan GPS Sambest dalam SPM 2021 dengan batch Kak Iman menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang.Tak silap saya ketika itu Sambest dinobatkan sebagai SABK terbaik peringkat kebangsaan dan result SPM terbaik dengan Sambest menduduki tangga ketiga atau kelima.Saya tak ingat.Bukan calang-calang ya batch depa ni

Selepas result SPM diumumkan, Kak Iman mula mengemaskini permohonan di UPU dan Matrikulasi. Tawaran dari Matrikulasi sampai terlebih dahulu.Masa ni Kak Iman dah bagitahu awal yang dia mahu menunggu tawaran Asasi UIA kerana dia ingin menyambung pengajian di UIA.Saya dan ayahnya ikutkan sahaja kerana sebelum ini dia telah mengikut permintaan kami supaya memohon IPG dan memilih bidang pendidikan

Adalah juga perselisihan pendapat masa ni.Biasalah mak pak yang memikirkan banyak mudahnya untuk anak perempuan kami mengambil bidang pendidikan.Sebagai anak yang patuh, Kak Iman turutkan juga permintaan kami dan memohon IPG.Namun tiada rezeki dia dalam bidang perguruan, dia hanya sampai peringkat temuduga online

Alhamdulillah.Syukur.Kak Iman ni memang saya didik budaknya dengan keyakinan tinggi dalam berdoa.Anak-anak lain saya didik supaya kalau ada apa-apa masalah atau keinginan, doa kat Allah.Benda kecik atau besar.Cari Allah dulu.Akhirnya, seperti yang tertera dalam surat tawaran, kami sekeluarga hantar Kak Iman ke Pusat Pendidikan Asasi UIA, Gambang. 
Hari pendaftaran Kak Iman di Pusat Asasi UIA, Gambang.Masa ni gigih lagi kena pakai mask sebab masih lagi musim Covid-19.Masa ni bulan Ogos Tahun 2021

Sekali lagi akan meninggalkan Kak Iman jauh diperantauan. Gambar di kawasan Mahallah sebelum pulang ke Port Dickson

Kak Iman di biliknya selepas selesai pendaftaran. Memang puas hati dengan keadaan bilik dan semua kelengkapan di asrama ini.Nak tinggalkan anak belajar kat sini pun taklah risau sangat walaupun lokasi asrama ini agak jauh ke dalam

kenangan bersama adik-adik yang akan ditinggalkan.Harap jadi pendorong dan inspirasi buat adik-adiknya belajar dengan dedikasi dan berjaya seperti kakaknya.aamin

Selepas satu tahun setengah, Kak Iman telah berjaya menamatkan pembelajaran Asasi Sains, dan kini sedang menyambung pengajian dalam Ijazah di Kampus Kuantan pula.Rupanya barulah kami tahu, semua penuntut yang mengambil jurusan sains ( termasuk perubatan, dentist, farmasi dan kursus sains yang lain ) ditempatkan di Kampus UIA, Kuantan.Apapun masa ni, kami bersyukur sahaja sebab itulah impian Kak Iman

Semasa hari pendaftaran Kak Iman di Kampus UIA, Kuantan.Masa ni mak pak just guide apa yang sepatutnya kena buat.Anak dah beso wei.Semuanya dia uruskan sendiri.Yuran pendaftaran of coz Encik Ayah tolong transferkan ya.hehe

Sekampung hantar Kak Iman ke Kampus UIA, Kuantan.haha.Mak Mertua den ikut sekali hantar cucu pertama masa Universiti katanya.Alhamdulillah :)
Rezeki kak Iman belajar dalam course yang dia sendiri pilih dan minat. Dapat Dean List Award untuk first year kuliah degreenya.Gambar Kak Iman bersama rakan sekuliah

Tahniah Kak Iman.Semoga terus cemerlang hingga ke selesai pengajian Ijazah dan kalau ada rezeki teruskan hingga ke peringkat lebih baik.aamin.Mama dan Ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kehidupan akk :)
Apupun pengalaman yang saya kongsikan tentang Kak Iman, bukanlah ingin bermegah-megah atau sebagainya.Disebalik semua kurniaan Ilahi, saya yakin dan percaya Allah yang Maha Baik, menjadikan doa-doa kami dikabulkan, segalan urusan dipermudahkan dan impian Kak Iman menjadi kenyataan

Sebenarnya dari Kak Iman juga saya belajar, kesungguhan dalam berusaha nyata salah satu perkara yang Allah sukai.Bila kita buat apa yang Allah redha, semuanya Allah mudahkan dan bantu.InshaALLAH.aamin

Sehingga berjumpa lagi
Maaf jika ada kekurangan dalam post ini.Silakan komen jika ada pertanyaan berkaitan kursus atau pembelajaran Kak Iman.Saya akan jawab mana yang mampu

Cik Matahariku, Pernah kongsi satu Quotes dengan Kak Iman, masa dia sekolah rendah dulu, Quotes tu berbunyi : Jika kemahuanmu tinggi, bintang di langit pun bisa kau milikki..semoga Kak Iman berjaya capai bintangnya sendiri.aamin






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/01/dari-sam-bestari-subang-jaya-ke-kampus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

Asal Usul Nama Berserah Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 158 hits
Asal usul nama Berserah Beserah ialah sebuah mukim dan bandar pantai yang terletak di daerah Kuantan Pahang Malaysia Mukim Beserah merupakan sebuah kampung yang kedudukannya di antara Bukit Beserah hingga ke Bukit batu Hitam Keluasan kawasa...
Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Penentuan Sei Pahang Fc Atau Sabah Fc Ke Final Piala Malaysia

Stadium Majlis Perbandaran Temerloh Penentuan Sei Pahang Fc Atau Sabah Fc Ke Final Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 103 hits
KUANTAN Sabah FC berdepan tugas getir menjelang perlawanan timbal balik separuh akhir kedua Piala Malaysia apabila sekadar meraih keputusan seri 1 1 menentang Sri Pahang di Stadium Likas pada Sabtu Tampil dengan sokongan lebih 10 000 penyok...
Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Sabah Fc Terikat 1 1 Dengan Sri Pahang Fc Di Stadium Likas

Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia Sabah Fc Terikat 1 1 Dengan Sri Pahang Fc Di Stadium Likas

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 108 hits
KOTA KINABALU Sabah FC gagal mencapai misi meraih bekalan selesa pada separuh akhir pertama Piala Malaysia apabila terikat 1 1 dengan Sri Pahang FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas malam tadi Sabah FC mendahu...
Jas Pahang Serbu Kilang Haram E Waste Sita Sebanyak 52 Tan Buangan Terjadual Di Mukim Bebar Pekan

Jas Pahang Serbu Kilang Haram E Waste Sita Sebanyak 52 Tan Buangan Terjadual Di Mukim Bebar Pekan

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 107 hits
KUANTAN Jabatan Alam Sekitar Pahang menyita sebanyak 54 tan buangan terjadual di sebuah kilang haram di Mukim Bebar Pekan dalam operasi bersepadu semalam Kilang berkenaan diserbu kerana menjalankan pemprosesan buangan terjadual sisa elektro...
Floods Sarawak Recovers Pahang Sees Slight Rise In Evacuees Sabah Remains Unchanged

Floods Sarawak Recovers Pahang Sees Slight Rise In Evacuees Sabah Remains Unchanged

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR The Flood situation in Sarawak has completely recovered while in Pahang the number of evacuees in temporary evacuation centres has seen a small rise and in Sabah the situation remains unchanged as of 8pm on Friday In SARAWAK ac...
Exco Pahang Lokasi Nahas Babitkan Lima Sekeluarga Maut Adalah Tempat Selalu Berlaku Kemalangan

Exco Pahang Lokasi Nahas Babitkan Lima Sekeluarga Maut Adalah Tempat Selalu Berlaku Kemalangan

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 101 hits
PEKAN Lokasi nahas yang membabitkan kematian lima sekeluarga di Jalan Nenasi Rompin berhampiran Kampung Sembayan di Nenasi pada 11 Januari lalu merupakan insiden kedua berlaku dalam kurang tempoh dua minggu pada tahun ini Manakala 14 rekod ...
Pahang Dan Emiriah Arab Bersatu Tandatangan Mou Bagi Melindungi Populasi Harimau Malaya

Pahang Dan Emiriah Arab Bersatu Tandatangan Mou Bagi Melindungi Populasi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 146 hits
KUANTAN Pahang dan Emiriah Arab Bersatu menandatangani Memorandum Persefahaman bertujuan menjalin kerjasama strategik bagi melindungi Harimau Malaya yang populasinya semakin kritikal pada masa ini Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrah...
Mangsa Banjir Sabah Naik Mendadak Pahang Kekal

Mangsa Banjir Sabah Naik Mendadak Pahang Kekal

papar berkaitan - pada 18/1/2025 - jumlah : 150 hits
Setakat pagi tadi jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara di Sabah meningkat ketara manakala di Pahang kekal Jabatan Pengairan dan Saliran merekodkan empat sungai melebihi tahap waspada iaitu Sungai Dong di Kampung Perua...
Dengar Suara Rakyat Sultan Pahang Beritahu Kerajaan Negeri

Dengar Suara Rakyat Sultan Pahang Beritahu Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 106 hits
Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan negeri peka kepada masalah dan keperluan rakyat KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan kerajaan negeri sentiasa peka terhadap masalah rakyat d...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Kenali Anak Usia 2 Tahun Suka Ikut Kepala Sendiri Perangai Berubah Ubah