Dari Sekolah Percaya Hadith Ni Masyhur Dalam Masyarakat Tapi Rupanya Palsu Ini Penerangan Dari Mufti Wilayah


Sejak dulu lagi, kita sering diwar-warkan dengan hadith tentang perumpamaan dosa bagi meninggalkan solat fardhu. Menurut dakwaan itu, setiap solat fardhu mempunyai hukuman yang berbeza-beza.
Namun, hakikatnya ia adalah satu hadith palsu. Berikut adalah penerangan daripada Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara ini.
Soalan: Apakah status hadith ini?
Matan (Teks) Hadith
Hadith ini adalah hadith yang masyhur dalam kalangan masyarakat, dikatakan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
تَرْكُ صَلَاةِ فَجْرِ وَاحِدَة: سَيُدْخِلُ جَهَنَّمُ لِثَلَاثِيْنَ عَامًا، أَوْ سِتِّيْنَ أَلْف عَامٍ مِنْ أَعْوَامِ الدُّنْيَا. تَرْكُ صَلَاةِ الظُّهْرِ يُعَادِل خَطِيْئَة قَتْل أَلْفَ مُسْلِم. تَرْكُ صَلَاةِ العَصْرِ: يُعَادِل خَطِيْئَة هَدْمِ الكَعْبَةِ. تَرْكُ صَلَاةِ المَغْرِبِ: يُعَادِل الزِّنَا بِالأَبَوَيْنِ. تَرْكُ صَلَاةِ العِشَاءِ، لَنْ يُبَارِكَ لَهُ الله فِي بَقَائِهِ عَلَى الأَرْضِ، تَحْتَ سَمَائِهِ أَوْ فِي مَطْعَمِهِ وَمَشْرَبِهِ
Maksudnya: “Meninggalkan satu kali solat Subuh, akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun bersamaan dengan 60000 tahun di dunia. Meninggalkan satu kali solat Zuhur, dosanya sama seperti membunuh 1000 orang Islam. Meninggalkan satu kali solat Asar, dosanya sama dengan meruntuhkan ka’bah. Meninggalkan satu kali solat Maghrib, dosanya sama seperti berzina dengan orangtua. Meninggalkan satu kali solat Isya’ satu, tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmat-Nya.”
Foto: Twitter Dr. Zulkifli Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Hukum hadith
Riwayat ini tidak diketahui asalnya dan ia adalah palsu. Justeru itu, haram bagi kita untuk menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Ini kerana, menyandarkan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh Rasulullah SAW adalah satu dosa yang besar.
Tambahan pula, terdapat sebuah lagi hadith yang hampir sama dengan hadith di atas tetapi ia tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar iaitu:
مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الصُّبْحِ فَلَيْسَ فِي وَجْهِهِ نُوْرٌ، وَمَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الظُّهْرِ فَلَيْسَ فِي رِزْقِهِ بَرَكَةٌ، وَمَنْ تَرَكَ صَلَاةَ العَصْرِ فَلَيْسَ فِي جِسْمِهِ قُوَّةٌ، وَمَنْ تَرَكَ صَلَاةَ المَغْرِبِ فَلَيْسَ فِي أَوْلَادِهِ ثَمَرَةٌ، وَمَنْ تَرَكَ صَلَاةَ العِشَاءِ فَلَيْسَ فِي نَوْمِهِ رَاحَةٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang meninggalkan solat Subuh, maka tidak ada cahaya pada wajahnya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Zohor, maka tidak ada keberkatan pada rezekinya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Asar, maka tidak ada kekuatan pada jasadnya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Maghrib, maka tidak ada buah atau hasil yang boleh dipetik daripada anak-anaknya. Barangsiapa yang meninggalkan solat Isya’, maka tidak ada kenyamanan di dalam tidurnya.”
Hukum hadith
Riwayat ini juga tidak diketahui asalnya daripada kitab-kitab hadith yang muktabar dan ia adalah riwayat atau hadith yang palsu. Justeru itu, haram bagi kita untuk menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya. Tambahan pula, menyandarkan sesuatu yang tidak diperkatakan oleh Rasulullah SAW adalah satu dosa yang besar sebagaimana yang telah disebutkan di dalam hadith-hadith yang sahih berkaitan larangan berdusta di atas nama Nabi SAW.
Penutup
Kesimpulannya, kedua hadith atau riwayat di atas tidak sahih daripada Nabi SAW. Selain itu juga, haram ke atas kita untuk meriwayatkan atau menyebarkannya melainkan untuk menyatakan akan kepalsuannya dan ini termasuk di dalam kewajipan kita untuk memelihara Rasulullah SAW daripada sebarang pendustaan yang disandarkan kepada Baginda SAW. Tambahan pula, mengenalpasti akan kesahihan status sebuah hadith adalah penting kerana Nabi SAW telah mengancam terhadap orang-orang yang melakukan pendustaan terhadapnya dan juga kalamnya (hadithnya). Sebagaimana sabda Nabi SAW:
مَنْ حَدَّثَ عَنِّي بِحَدِيْثٍ يُرَىْ أَنَّهُ كَذِبٌ فَهُوَ أَحَدُ الْكَاذِبِيْنَ
Maksudnya: “Sesiapa yang menyampaikan daripadaku sesuatu hadith yang pada sangkaannya adalah dusta maka dia adalah termasuk dalam kalangan pendusta.” [Lihat: Muqaddimah Sahih Muslim]
Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan ilmu serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Amin.
Wallahua’lam
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/14/dari-sekolah-percaya-hadith-ni-masyhur-dalam-masyarakat-tapi-rupanya-palsu-ini-penerangan-dari-mufti-wilayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hantar Ke Sekolah Aliran Cina Anak Kuasai Mandarin Tapi Pastikan Bersedia 5 Perkara Ini

Hantar Ke Sekolah Aliran Cina Anak Kuasai Mandarin Tapi Pastikan Bersedia 5 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 325 hits
Menghantar anak ke sekolah aliran cina menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa masa kini Kelebihannya ialah si kecil boleh membaca dan menulis bahasa Mandarin dengan baik Seperti Datuk Dr Sheikh Muszaphar Al Masrie memilih untuk menghantar anak...
Dah Bagitahu Nenek Tapi Tak Nak Percaya 6 Tahun Anak Kena C Bul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

Dah Bagitahu Nenek Tapi Tak Nak Percaya 6 Tahun Anak Kena C Bul Dengan Ayah Sebab Janji Nak Belikan Handphone

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 373 hits
Sebagai seorang remaja yang berumur 13 tahun pada zaman moden ini handphone merupakan hadiah paling bernilai bagi mereka kan Disebabkan itu bapa durjana ni tergamak gunakan taktik ini sebagai umpan untuk melempiaskan nafsunya Nenek tak pern...
Mufti Perlis Setuju Zakir Naik Dihantar Pulang Tapi Bersyarat

Mufti Perlis Setuju Zakir Naik Dihantar Pulang Tapi Bersyarat

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 366 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin setuju jika penceramah kontroversi Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India tetapi ia perlu dilakukan dengan bersyarat Memetik Harian Metro Asri dilaporkan berkata syarat utama ...
Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

Hukum Potong Kuku Dan Rambut Bagi Yang Menyertai Ibadah Korban Ini Penjelasan Dari Mufti Wilayah Persekutuan

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 530 hits
PerhatianTarikh akhir potong rambut kuku bagi yang menyertai Korban tahun ini ialah Maghrib petang Khamis 1 Ogos 2019 bersamaan dengan 29 Zulkaedah 1440H Ini bermaksud siapa yanh berkorban janganlah lupa potong kuku siap siap sebab nanti le...
Kemenkominfo Imbau Masyarakat Tidak Mudah Percaya Di Internet

Kemenkominfo Imbau Masyarakat Tidak Mudah Percaya Di Internet

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 121 hits
Pelaksana Tugas Direktur Pengendalian Aplikasi Informatika Kemenkominfo Riki Arif Gunawan mengatakan anak anak harus mendapatkan pengawasan dan pendampingan dari orang tua saat mengakses internet
Lagak Mufti Filem Kecam Watak Gay Tapi Malam Layan Foto Model

Lagak Mufti Filem Kecam Watak Gay Tapi Malam Layan Foto Model

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 440 hits
Azhan Rani percaya kelompok yang mengecam telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi mahukan perhatian Foto ihsan Instagram Azhan RaniKUALA LUMPUR 10 Ogos Pelakon Azhan Rani menyifatkan kecaman terhadap telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi mengulangi s...
Kerap Batuk Berdarah Tak Boleh Makan Rupanya Tak Sedar Berbulan Tertelan Gigi Palsu Masa Pembedahan

Kerap Batuk Berdarah Tak Boleh Makan Rupanya Tak Sedar Berbulan Tertelan Gigi Palsu Masa Pembedahan

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 335 hits
Seorang pesakit berusia 72 tahun mengadu susah untuk menelan makanan dan sering batu darah Pesakit yang dirahsiakan identitinya itu cepat cepat mendapatkan rawatan di Hospital University James Paget di Norfolk setelah mengalami sakit yang k...
Memanglah Wangi Sedap Dicium Tapi Rupanya Boleh Buat Anak Sesak Nafas

Memanglah Wangi Sedap Dicium Tapi Rupanya Boleh Buat Anak Sesak Nafas

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 475 hits
Sudah menjadi kebiasaan usai memandikan anak dipakaikan bedak Tujuannya tiada lain selain untuk harumannya tetapi juga dikatakan baik untuk merawat masalah ruam jika ada Adakah pemakaian bedak ini perlu sebenarnya Artikel Menarik Petikan da...
Mengaku Sayang Jatuhlah Ego Tapi Ini Apa Suami Buat Jadi Bukti Cintakan Isteri

Mengaku Sayang Jatuhlah Ego Tapi Ini Apa Suami Buat Jadi Bukti Cintakan Isteri

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 348 hits
Seorang suami tanggung jawabnya besar Bukan sahaja perkahwinannya harus dijaga tetapi isteri tersayang perlu dilindungi Suami mempunyai hati yang keras sukar mengungkapkan kata cinta Tetapi dia akan berkorban apa sahaja demi kebaikan isteri...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025