Dari Pkp Separuh Masak Kepada Pkp 3 Suku Mentah Ini 4 Cadangan Najib Untuk Pertimbangan Kerajaan


 

 
 
Adalah Aneh Menggunakan Keadeh Yang Sama Yang Telah Terbukti Gagal Tetapi Masih Mengharapkan Keputusan Yang Berbeza
Hari ini ialah hari ke-23 PKP 2.0.
PKP 2.0 separuh masak ini sudah gagal dari segi menurunkan kadar keberjangkitan, jumlah pesakit dalam ICU, kes baru (hari pertama PKP 13 Jan: 2,985 kes., semalam: 4,284 kes), kadar kematian dan dari segi bantuan kepada Rakyat.
Sepatutnya buat PKP 2.0 dengan betul dan amat tegas untuk 14 hari dari permulaan supaya PKP tidak akan dilanjut berkali-kali tapi kerajaan tak mahu dengar.
Hasilnya kita dapat PKP dengan traffic jam yang tidak macam PKP.
Dan PKP 14 hari ditambah 9 hari, dilanjut lagi 14 hari dan bakal dilanjutkan lagi berkali-kali sampai abang Jamil mampus.
Akibatnya, ramai yang telah terkorban secara sia-sia untuk 23 hari akibat PKP setengah masak yang penuh kelonggaran ini bagi sektor-sektor dan industri besar yang merupakan penyumbang utama kes Covid.
Oleh sebab ramai orang biasa yang telah tertekan sehingga kita dihujung tanduk selepas berkorban 23 hari tanpa pendapatan dan bantuan kerajaan yang signifikan, saya percaya kerajaan tidak akan berani untuk laksanakan PKP yang lebih ketat lagi biarpun PKP dilanjutkan 14 hari lagi.
Sebaliknya, kerajaan akan melonggarkan PKP dan akan membenarkan lagi ramai sektor ekonomi untuk dibuka termasuk membenarkan sebilangan warga terpilih dengan keluarga mereka untuk melawat Indonesia.
Hasilnya, PKP 2.0 separuh masak akan menjadi PKP 2.0 tiga suku mentah.
Langkah ini seperti langkah kerajaan memansuhkan sekatan rentas negeri, melonggarkan SOP serta menggalakan rakyat melancong pada awal Disember lalu walaupun PKPB masa itu ternyata gagal dan kes Covid semakin meningkat sehingga kerajaan terpaksa laksanakan PKP 2.0 sebulan kemudian.
Orang putih kata “Takrifan kegilaan adalah melakukan perkara serupa berulang-kali tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza”.
Sebab itu, saya percaya pendekatan yang baru perlu diambil serta-merta setelah kerajaan membazir peluang untuk melaksanakan PKP yang ketat selama 14 hari.
Jangan ulang perkara yang sudah gagal.
 
Saya ada empat cadangan.
CADANGAN 1: Mengaktif dan menambah ciri notifikasi/pengesanan kontak rapat automatik Google/Apple kepada sistem MySejahtera untuk meringankan beban pengesanan kontak rapat KKM supaya rakyat yang terdedah kepada kes positif Covid akan diberi amaran secepat mungkin agar mereka boleh mengambil tindakan untuk tidak menjangkit keluarga dan kawan-kawan mereka serta mengambil langkah seterusnya untuk disaring.
Seperti disaran saya sebelum ini, sistem notifikasi kontak rapat ini adalah percuma dan ianya dapat ditambah kepada MySejahtera dengan murah, mudah dan laju:
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157669856545952
CADANGAN 2: Memperluaskan saringan Covid seluruh negara.
Sebenarnya kerajaan telah melakukan kesilapan dalam tempoh PKP 2.0 apabila mereka umum bahawa hanya kontak rapat kes positif yang bergejala akan disaring biarpun sehingga 80% daripada mereka yang positif Covid tidak bergejala tetapi mampu menjangkit orang lain.
Dengan itu, saya harap kerajaan akan memperluaskan lagi kapasiti dan mempermudahkan lagi rakyat boleh disaring.
Dengan wujudnya kit ujian pantas Covid (RTK-antigen) mudah guna dengan kosnya antara RM60 ke RM150 yang sudah digunakan di Malaysia, kerajaan patut melatih dan mewujudkan satu pasukan pegawai saringan di seluruh negara.
Pusat-pusat saringan sementara juga perlu diwujudkan secara meluas di seluruh negara.
Memandangkan pendapatan ramai yang telah terjejas, kerajaan juga perlu memberi subsidi sehingga RM50 bagi setiap kit ujian pantas.
10 juta kit X RM50 = RM500 juta.
Kerajaan sendiri yang kata negara rugi RM700 juta setiap hari dengan PKP 2.0.
Jadi, kiralah untung jika subsidi ini dapat menggalakan lebih ramai untuk disaring supaya boleh diasingkan secepat mungkin agar negara dapat memendekkan PKP 2.0 dengan sehari sahaja.
Pusat saringan sementara ini juga dapat diguna untuk rancangan vaksinasi negara pada masa depan manakala pasukan khas saringan boleh bantu kerja vaksinasi.
CADANGAN 3: Bekerja dengan pihak hospital swasta untuk menambah pusat kuarantin kes positif Covid sementara dengan mengambil alih hotel yang telah berhenti operasi serta kem PLKN memandangkan kuarantin dan rawatan kendiri di rumah adalah berisiko dan kurang selamat.
CADANGAN 4: Kerajaan perlu menyediakan hotline serta menggunakan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dibuat masa saya PM untuk membolehkan pekerja menyalur maklumat tanpa identiti mereka terbocor jika ada tempat-tempat kerja yang cuba menyorok pekerja yang positif Covid supaya boleh terus beroperasi dan mengelak dari didenda.
The post Dari PKP Separuh Masak Kepada PKP 3 Suku Mentah, Ini 4 Cadangan Najib Untuk Pertimbangan Kerajaan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/04/dari-pkp-separuh-masak-kepada-pkp-3-suku-mentah-ini-4-cadangan-najib-untuk-pertimbangan-kerajaan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=dari-pkp-separuh-masak

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Sahaja Pkp Separuh Masak Adil Pada Semua Najib

Hentikan Sahaja Pkp Separuh Masak Adil Pada Semua Najib

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 207 hits
KERAJAAN diminta untuk menghentikan sahaja pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan jika terlalu banyak kelonggaran diberikan Menurut Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak adil jika hanya sebahagian perniagaan dan syarikat dib...
Jangan Buat Pkp Setengah Masak Henti Dulu Sektor Pembinaan Najib

Jangan Buat Pkp Setengah Masak Henti Dulu Sektor Pembinaan Najib

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 196 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulangi gesaan terhadap keperluan untuk menghentikan operasi sektor pembuatan dan pembinaan ketika ini pandemik Covid 19 Jelas beliau kini sudah terbukti bahawa sektor berkenaan merupakan peny...
Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

Langgar Peraturan Pkp Kerajaan Cadang Hukuman Lebih Berat Buat Individu Dan Syarikat

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 259 hits
Kerajaan ketika ini sedang membuat pindaan kepada Ordinan Darurat untuk meningkatkan hukuman bagi mereka yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Dalam satu lapora
Pkp Mahkamah Utamakan Kes Berkepentingan Awam Perbicaraan Najib Bersambung 27 Jan

Pkp Mahkamah Utamakan Kes Berkepentingan Awam Perbicaraan Najib Bersambung 27 Jan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 283 hits
1 837 total views 1 837 views today Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad akan didengar di Mahkamah Tinggi...
Tetap Saman Najib Dahtu Macam Mana Nak Bentuk Kerajaan Baru

Tetap Saman Najib Dahtu Macam Mana Nak Bentuk Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 333 hits
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua bertekad meneruskan saman terhadap Najib Razak atas dakwaan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1MDB yang difailkan empat tahun lalu kerana bekas perdana menteri itu telah mengakibatkan kerugian kepada k...
Kerajaan Jangan Harapkan Keputusan Yang Berbeza Jika Pendekatan Masih Sama Najib Razak

Kerajaan Jangan Harapkan Keputusan Yang Berbeza Jika Pendekatan Masih Sama Najib Razak

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 273 hits
Semalam kerajaan kata PKP separuh masak yang bermula pada 12 Januari tidak akan diperketatkan Malah PKP tidak akan disambung pada 4 Februari selepas berjalan 23 hari supaya Tahun Baru Cina boleh disambut dengan harapan bahawa kes Covid baru...
Kerajaan Umum Keputusan Pkp Tidak Akan Sambung Selepas 4 Feb Ini Dg Noor Hisham Jelaskan Kenapa

Kerajaan Umum Keputusan Pkp Tidak Akan Sambung Selepas 4 Feb Ini Dg Noor Hisham Jelaskan Kenapa

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 273 hits
PUTRAJAYA Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara kecuali Sarawak yang dijadual berakhir pada 4 Februari ini tidak akan dilanjutkan
Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak

Nak Tahu Khasiat Telur Separuh Masak

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 583 hits
Khasiat Telur Separuh Masak Nak tahu khasiat telur separuh masak Telur amat bagus dimakan terutamanya sebagai sarapan pagi Yang terbaik adalah telur rebus dan telur separuh masak Kedua duanya bila direbus memang banyak khasiatnya Anda tak t...
Najib Sebenarnya Kita Buat Pkp Ini Untuk Apa

Najib Sebenarnya Kita Buat Pkp Ini Untuk Apa

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 199 hits
MALAYSIAKINI Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan Malaysia melalui 17 hari perintah kawalan pergerakan yang membazir kerana tempoh itu masih gagal mengawal penularan wabak Covid 19 Katanya PKP yang longgar bukan saja mengakibatkan ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash