Dari Kokpit Ke Dapur Berapi Juruterbang Bakar Burger Selepas Pulang Ke Malaysia



Mencuba sesuatu yang baru dan tidak pernah dilakukan sebelum ini demi meneruskan kehidupan bukanlah keputusan yang mudah untuk dibuat. Terutama sekali jika perkara baru itu adalah sesuatu yang berbeza dengan apa yang dilakukan sebelum ini.
Namun begitu, ianya tidak menjadi penghalang buat juruterbang (atau dalam kes ini bekas juruterbang) Mohammed Naeem Md Nassir yang kini beralih arah dari kokpit pesawat di Muscat, Oman ke dapur burger miliknya di Shah Alam, Malaysia.
Bercerita kepada The Vocket, Mohammed Naeem menjelaskan dia telah berkhidmat bersama Oman Air sejak 2018 dan menetap di ibu negara berkenaan sepanjang tempoh tersebut sebelum pulang ke Malaysia pada tahun ini

MUHAMMED NAEEM KETIKA BERTUGAS SEBAGAI JURUTERBANG SEBELUM INI.
Sebab kepulangannya? “Kerana pandemik yang berlaku di 2020 ini yang menyebabkan beliau kehilangan kerja sama seperti jutaan orang lain di seluruh dunia”
Mengakui tidak mempunyai kelayakan lain selain bergelar sebagai seorang juruterbang dan minat yang mendalam terhadap seni kulinari, Muhammad Naeem kemudiannya memutuskan untuk membuka Smashed Burger yang terletak di Nasi Kandar Zubair Bistro, Shah Alam.
“Sejujurnya saya tidak mempunyai apa-apa kelayakan selain lesen juruterbang dan pilihan kedua saya sebelum menjadi juruterbang adalah untuk menjadi chef kulinari.
“Saya juga lagi prefer (gemar) kerja yang melibatkan tenaga fizikal yang banyak, jika dibandingkan dengan ‘office duty’ (kerja-kerja pejabat)”, jelasnya mengenai keputusan yang dibuat untuk membuka perniagaan berkenaan.
Tambah menarik, kemahiran membakar burger ini menurutnya hanya dipelajari melalui video-video di YouTube dan sumber-sumber daripada Internet.
Walaupun pernah bekerja sebagai barista di salah sebuah rangkaian kedai kopi terkenal sebelum bergelar juruterbang, beliau menjelaskan hanya pernah memasak untuk keluarga dan kenalan sahaja sebelum mengusahakan perniagaan ini.
Dari kokpit ke api panas membara Bercerita lanjut mengenai perubahan daripada kokpit yang penuh selesa ke dapur yang panas membara, Muhammed Naeem memberitahu ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.
Bagaimanapun, kedua-kedua pekerjaan tersebut menurutnya mempunyai persamaan yang lebih kurang di mana ianya memerlukan ketepatan kualiti dan masa selain mempunyai tekanan kerja yang tinggi.
“Perubahan yang sangat drastik, daripada duduk dengan penuh selesa di kokpit dengan pendingin hawa, menekan switch, avionics dan menerbangkan pesawat kepada pekerjaan yang memerlukan saya berdiri sepanjang masa bersebelahan dengan api dan dapur yang panas membara.
“Satu lagi, kalau dulu krew kabin yang akan hidangkan saya makanan, sekarang saya pula yang sediakan makanan untuk orang lain,” kongsinya.
Sejak dibuka dua bulan lalu, beliau memberitahu ianya telah mendapat sambutan ramai dan ramai yang akan kembali selepas mencuba keenakan yang ditawarkan mereka di Smashed Burgers.
Hanya menawarkan ‘100% Australian beef patty burgers’ dan bukannya burger yang biasa dijual peniaga penjaja lain, Muhammad Naeem menjelaskan ramai pelanggan mereka yang akan mengesyorkan burger mereka kepada kawan dan kenalan yang lain.

GERAI SMASHED BURGER MILIK MUHAMMED NAEEM DI SHAH ALAM
“Kami dah beroperasi hampir dua bulan, Alhamdulillah ramai ‘repeat customers’.
“Tak sangka dapat sambutan sebab ramai yang recommend dekat kawan-kawan yang lain,” jelasnya.
Walaupun pada awalnya keluarga dan kenalanannya sedikit terkejut dengan keputusannya untuk mengusahakan perniagaan berkenaan, namun mereka jelasnya sangat menyokong apa yang dilakukannya ketika ini.
Malah beliau pada masa sama juga menasihatkan kepada mereka yang mungkin sedang mengalami kesukaran dek kerana pandemik ketika ini untuk terus berusaha dan tidak mengalah.
“Nasihat saya, jangan putus asa, jangan bersedih dan segala benda yang terjadi ada hikmahnya.
“Sentiasa bekerja keras dan kerja dengan ikhlas, jujur serta beristiqomah. Insya-Allah ada ganjarannya,” pesannya sebelum menamatkan perbualan dengan kami-The Vocket
Bekas juruterbang maut terjun tingkat 12

The post Dari Kokpit Ke Dapur Berapi, Juruterbang Bakar Burger Selepas Pulang Ke Malaysia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/30/dari-kokpit-ke-dapur-berapi-juruterbang-bakar-burger-selepas-pulang-ke-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Ini Sering Mengelilingi Dunia Setiap Hari Dengan Kapal Terbang Bekas Juruterbang Kini Jual Burger

Sebelum Ini Sering Mengelilingi Dunia Setiap Hari Dengan Kapal Terbang Bekas Juruterbang Kini Jual Burger

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 415 hits
Kuala Lumpur Kokpit pesawat komersil Boeing 737 pernah menjadi pejabat pemuda ini sejak lebih enam tahun lalu Namun pandemik Covid 19 menukar norma kehidupan Mohammed Naeem Md Nassir 30 yang kini bergelar usahawan burger Menceritakan kisah
Selepas 14 Hari Di Nicu Akhirnya Bayi Oki Setiana Dewi Dibenarkan Pulang Alami Masalah Pernafasan Sejak Dilahirkan

Selepas 14 Hari Di Nicu Akhirnya Bayi Oki Setiana Dewi Dibenarkan Pulang Alami Masalah Pernafasan Sejak Dilahirkan

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 328 hits
Hati ibu mana yang tidak sedih dan risau apabila si kecil yang baru sahaja dilahirkan terpaksa ditahan di wad kerana masalah kesihatan Namun apa yang boleh dilakukan adalah berdoa kepada Yang Maha Esa agar si kecil terus diberikan kesembuha...
Kilang Sony Pulau Pinang Tutup Selepas 36 Tahun 3400 Pekerja Terlibat Fitch Downgrade Malaysia Jadi Bbb

Kilang Sony Pulau Pinang Tutup Selepas 36 Tahun 3400 Pekerja Terlibat Fitch Downgrade Malaysia Jadi Bbb

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 388 hits
Well not so good news again That landmark Sony factory in Perai is going to close after 36 years in operation Here is the news GEORGE TOWN Sony plant in Penang to close next Sept after 36 years Sony s impending closure close to 3 400 worker...
Pengasas Burger Ramly Malaysia Yang Ramai Tidak Ketahui

Pengasas Burger Ramly Malaysia Yang Ramai Tidak Ketahui

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 551 hits
Ramly Burger menjadi nama yang tidak asing lagi bila kita menyebut burger di Malaysia Kini Ramly Burger telah menjadi produk utama di kalangan rakyat Malaysia terutamanya apabila kita rasa lapar pada waktu malam Pengasas Burger Ramly Malays...
Unique Of Burger Daging Dendeng First In Malaysia Malaysian Street Food

Unique Of Burger Daging Dendeng First In Malaysia Malaysian Street Food

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 417 hits
Lokasi Hadapan KFC Bandar Meru Raya 30020 Ipoh Perak Waktu Niaga Setiap Hari 4petang sampai 12malam Untuk Tempahan 018 2747 292 Contact azfarbadrul gmail com https instagram com ahmad azfar86 i
Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Selepas Parlimen Luluskan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Bursa Malaysia ditutup tinggi selepas Belanjawan 2021 diluluskan di Parlimen hari ini Pada penutup indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI melonjak 14 53 mata kepada 1 612 11 berbanding 1 597 58 ketika ditutup semalam Inde...
Amalannya Dicemburui Ramai Pelajar Malaysia Pergi Sehari Selepas Tiba Di Mesir

Amalannya Dicemburui Ramai Pelajar Malaysia Pergi Sehari Selepas Tiba Di Mesir

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 458 hits
loading Seorang pelajar Malaysia dilaporkan telah pergi sehari selepas tiba di Mesir kerana sesak nafas Difahamkan beliau meluangkan masa selama enam bulan bersama keluarga di kampung halaman sebelum berangkat menyambung pengajian kelmarin
Sony Kini Menawarkan Xperia 10 Ii Pada Harga Rm1299 Diskaun Rm500 Tiga Bulan Selepas Ditawarkan Di Malaysia

Sony Kini Menawarkan Xperia 10 Ii Pada Harga Rm1299 Diskaun Rm500 Tiga Bulan Selepas Ditawarkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 249 hits
Sony Xperia 10 II merupakan salah satu telefon pintar terbaharu dari Sony untuk tahun 2020 ini Ia telah ditawarkan di Malaysia sejak bulan Ogos 2020 lepas dan kini selepas hanya tiga bulan Sony menawarkan diskaun sebanyak RM500 untuk telefo...
Membuka Akaun Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia

Membuka Akaun Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 517 hits
Semasa melayari dinding Muka Buku dua bulan yang lepas Abam Kie terpandang iklan oleh Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia lalu terbuka pintu hati untuk menjadi ahli koperasi ini dengan membeli saham yang ditawarkan Mula mula Abam Kie...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Training Refresher Sistem 24 10 2024 29 10 2024

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Kru Voodoo Chord

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Sisters In Islam Denounce Cruel Public Caning At Mosque