Dari Kampung Ke Pentas Dunia Kisah Penebar Roti Canai Terbang Gegar Jepun


Dari Kampung Ke Pentas Dunia: Kisah Penebar Roti Canai Terbang ‘Gegar’ Jepun
Siapa sangka, hanya dengan menebar roti canai boleh membuka jalan ke pentas dunia?
Itulah kisah luar biasa Muhammad Muiz bin Ruzaini, anak jati Pokok Sena, Kedah yang berjaya mengangkat seni roti canai terbang sehingga dikenali di mata dunia.
Dalam segmen “Ini Kisah Aku” kali ini, Siakap Keli membawakan sebuah kisah penuh inspirasi tentang perjuangan seorang anak muda yang berjiwa besar.
Dari Anak Kampung Ke Pentas Antarabangsa Muhammad Muiz atau mesra di sapa Muiz, 22, merupakan anak bongsu daripada tiga adk-beradik.
Sejak di bangku sekolah lagi, dia sudah mengenali dunia roti canai ini apabila sering membantu ayahnya, Ruzaini, yang mengusahakan kedai roti canai selama lebih tiga dekad.
Bermula dari situlah bibit-bibit cintanya pada seni menebar doh roti canai ini semakin mekar.
Meskipun hanya dapat pulang ke rumah dua minggu sekali ketika menetap di asrama sekolah menengah, ia tidak menghalang minatnya untuk belajar kemahiran menebar roti canai.
Apabila cuti hujung minggu tiba, ia dimanfaatkannya sepenuhnya untuk belajar menguasai seni roti canai terbang.
“Cabaran dalam bidang roti canai ni apabila saya masih bersekolah. Jadi apabila masih bersekolah, saya yang tinggal di asrama ini hanya dapat pulang ke kampungdua minggu sekali.
“Bila pulang, barulah saya boleh belajar menebar. Itu pun cuma dua hari iaitu hari cuti Jumaat dan Sabtu sebelum saya kembali ke asrama seperti biasa,” katanya.
Ulang-Alik Kedah-Pulau Pinang Untuk Timba ‘Ilmu Tebar’
Berkongsi momen paling sukar namun paling bermakna buat Muiz ialah ketika dia masih di Tingkatan Empat dan Lima. Demi menimba ilmu, dia sanggup berulang-alik dari Alor Setar ke Penaga, Pulau Pinang.
Dengan menaiki tren dan bas, dia meredah perjalanan jauh semata-mata untuk berguru dengan Afiq, juara King of Tebar Roti Canai 2018.
“Itulah momen paling mencabar, tapi dalam pada masa yang sama paling saya tak dapat lupakan,” imbaunya sewaktu menjawab pertanyaan yang diajukan.
Titik Mula Kejayaan
Segala usaha dan pengorbanan akhirnya berbaloi apabila pada tahun 2019, Muiz muncul juara pertandingan menebar roti canai di Menara Alor Setar.
Lebih manis, itulah pertandingan pertamanya dan dia merupakan peserta paling muda ketika itu.
Sejak kemenangan itu, rezekinya semakin luas. Pelbagai jemputan pertunjukan diterima, membawa Muiz menjelajah ke Perak, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan banyak lagi negeri lain.
Puncak pencapaiannya setakat ini ialah apabila dia dinobatkan sebagai naib juara King of Tebar Roti Canai Malaysia 2023, bersaing dengan penebar terbaik dari seluruh negara.

Dari Pokok Sena ke Osaka Kini, Muiz mengharumkan nama Malaysia apabila diberi peluang menebar roti canai di World Expo 2025 di Osaka, Jepun.
Selama enam bulan, dia bukan sahaja membawa keenakan roti canai, tetapi juga memperkenalkan seni dan budaya Malaysia kepada dunia di bawah anjuran Kementerian  Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

“Apabila saya berada di Osaka ini selama enam bulan untuk menebar roti canai, apa yang saya nampak roti canai ni bukan sahaja satu makanan sarapan tetapi dia merupakan satu seni dan satu budaya yang perlu kita ketengahkan di pentas dunia,” ujarnya sewaktu ditemu bual oleh SK.
Antara momen manis Muiz yang dikongsikan Muiz di negara matahari terbit;





Mahu Roti Canai Ini Dipandang Tinggi
Muiz menyimpan hasrat untuk membina jenama roti canai yang kukuh, membuka peluang pekerjaan kepada anak muda, dan menjadikan roti canai sebagai ikon global.
Bagi golongan muda yang ingin menceburi bidang ini, Muiz menitipkan pesanan agar kunci kepada kejayaannya adalah konsisten dan jangan mudah berputus asa.
BACA: Pesan Arwah Ibu Jadi Azimat, Mak Jah Tetap Jual Nasi Murah Demi Orang Susah “Nasihat saya untuk mereka yang nak belajar tebar roti canai. First sekali, latihan kena selalu dan untuk macam saya, ia memang ambil masa yang agak lama sikitlah untuk mahir terutamanya dalam menghasilkan doh yang cantik.
“Mungkin berbulan-bulan atau bertahun atas individu juga. Lagi banyak kita latihan, lagi banyak kita cuba doh roti canai tu, lagi cepatlah untuk kita mahir.
“Ada yang cepat, ada yang lambat. Yang penting bagi saya latihan yang kerap dan konsisten. Itu merupakan kunci penting untuk mahir. Jangan putus asa. Insya-Allah,” pesannya.

Kisah Muiz ini adalah bukti bahawa usaha dan kerja keras tidak pernah mengkhianati hasil.
Dari seorang anak kampung yang bercita-cita besar, kini berjaya mengangkat nama makanan kegemaran rakyat Malaysia itu dikenali di seluruh mata dunia.
@naa_amni Alhamdulillah Penebar Roti Canai Terbang Pokok Sena Muhammad Muiz kini bertapak di Pavilion Malaysia untuk World Expo Japan 2025 selama 6 bulan . Anak Malaysia . Anak Kedah . Anak Pokok Sena . #roticanaiterbangpokoksena #kansaiosaka #expo2025osaka #worldexpo2025osaka @muizz
♬ bunyi asal – Malaysia is here – deeya

Bagi yang ingin merasai sendiri keenakan roti canai serta melihat kehebatan Muiz menebar doh terbang, bolehlah berkunjung ke Roti Canai Terbang Pokok Sena.
Antara menu paling popular di sana termasuk Roti Canai Sarang Burung Special dengan lauk rendang, Roti Gulung Berceghau, Roti Canai Pisang Coklat ala Thai, Murtabak Maggi, dan Roti Canai Roll Special.
@naa_amni Hampa singgah dakgi Port Breakfast Pokok Sena . Jom esok cuti sehari lagi pakat2 lajak mai singgah ??? #roticanaiterbangpokoksena
♬ original sound – alvo

The post Dari Kampung Ke Pentas Dunia: Kisah Penebar Roti Canai Terbang ‘Gegar’ Jepun appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/29/dari-kampung-ke-pentas-dunia-kisah-penebar-roti-canai-terbang-gegar-jepun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pagi Tadi Makan Sik Lemak Tak Dang Makang Roti Canai

Pagi Tadi Makan Sik Lemak Tak Dang Makang Roti Canai

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 1688 hits
BARD BADANG Selamat bertugas semua walaun Setiap kawasan kita bertanding habis dekat rm1juta Walaun makan roti canai dok lagi KEH KEH KEH DRIVER LORI MISTERI MEMANDU TANPA KUNCI
Kisah Lelaki Jepun Berjimat Sehingga Jadi Jutawan Tetapi Akhirnya Menyesal

Kisah Lelaki Jepun Berjimat Sehingga Jadi Jutawan Tetapi Akhirnya Menyesal

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 290 hits
Original Content Kisah Suzuki Di Jepun budaya berjimat cermat bukanlah sesuatu yang asing Ramai rakyat negara Matahari Terbit itu terkenal dengan disiplin kewangan yang ketat bahkan ada yang sanggup berkorban keselesaan diri demi memastikan...
Kisah Pai Lin Tangisan Di Sebalik Senyuman Pelancong

Kisah Pai Lin Tangisan Di Sebalik Senyuman Pelancong

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 551 hits
Kisah Pai Lin Tangisan di Sebalik Senyuman Pelancong Hari ini saya ingin berkongsi tentang Pai Lin Nama yang indah untuk seekor gajah yang hidupnya sebenarnya penuh dengan tangisan tangisan yang jarang kita dengar kerana kita terlalu sibuk ...
Kisah Misteri Patung Pengantin Hidup La Pascualita

Kisah Misteri Patung Pengantin Hidup La Pascualita

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 705 hits
Jika anda melihat patung pengantin yang diberi nama La Pascualita pasti mengatakan ia antara yang tercantik pernah dilihat di butik pakaian Dengan bola mata yang bulat dan bersinar serta raut wajah yang menarik patung ini mampu menarik sesi...
Dalam Sejarah E Sukan Moden Ada Tiga Kisah Kebang

Dalam Sejarah E Sukan Moden Ada Tiga Kisah Kebang

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 902 hits
Views 6 Dalam sejarah e sukan moden ada tiga kisah kebangkitan dari bawah yang menjadi contoh cemerlang Team Spirit bangkit di TI10 Cloud9 memecahkan sumpahan Major Faker kembali ke takhta dan yang terkini Selangor Red Giants membuat ramai ...
Kisah Misteri Patung Pengantin Hidup La Pascualita

Kisah Misteri Patung Pengantin Hidup La Pascualita

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1204 hits
Jika anda melihat patung pengantin yang diberi nama La Pascualita pasti mengatakan ia antara yang tercantik pernah dilihat di butik pakaian Dengan bola mata yang bulat dan bersinar serta raut wajah yang menarik patung ini mampu menarik sesi...
Nak Surprise Ibu Tapi Kena Kecam Ini Kisah Sebenar Pelajar Pertama Beli Iphone 17

Nak Surprise Ibu Tapi Kena Kecam Ini Kisah Sebenar Pelajar Pertama Beli Iphone 17

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 1361 hits
Seorang pelajar lelaki bernama Danial tiba tiba menjadi perhatian selepas tular video dirinya antara orang pertama mendapatkan iPhone 17 di Malaysia hari ini Bagaimanapun seorang individu dipercayai ahli keluarganya tampil memberikan penjel...
Gaya Glamor Selebriti Di Anugerah Industri Muzik Ke 24

Gaya Glamor Selebriti Di Anugerah Industri Muzik Ke 24

papar berkaitan - pada 19/9/2025 - jumlah : 2948 hits
AIM24 bukan sekadar malam penghargaan muzik tetapi juga pentas fesyen penuh glamor di Arena of Stars Genting Highlands Anugerah Industri Muzik ke 24 bukan sahaja meraikan pencapaian hebat industri muzik tanah air malah turut menjadi sorotan...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer