Dari Kadir Jasin


CERITA ini panjang kerana mustahil boleh diceritakan dengan ringkas.
Jalan cerita atau naratif penyokong Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang membawa Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari lalu mengandungi beberapa elemen. Antaranya:
1. Bersatu mesti menjadi parti Bumiputera-Melayu terbesar di Malaysia dengan mengambil alih peranan Umno yang sudah rosak;
2. Bersatu tidak boleh menarik sokongan Bumiputera-Melayu selagi bekerjasama dengan DAP dalam PH dan sedikit sebanyak dengan PKR kerana ia mempunyai perwakilan bukan Melayu yang besar;
3. Bersatu wajib keluar PH bagi menyelamatkan Dr Mahathir daripada dihina oleh penyokong-penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu beliau segera menyerahkan kuasa kepada idola mereka; dan
4.DAP tidak boleh dipercayai untuk menyokong dan mempertahankan Dr Mahathir.
Oleh sebab ramai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu mentah dalam politik tetapi bercita-cita tinggi atau tamak (atau kedua-duanya sekali), mereka percaya kepada naratif di atas.
Maka dalam mesyuarat MPT 23 Februari, mereka tidak peduli lagi penjelasan dan rayuan tuan tubuh, iaitu Tun Dr Mahathir, bahawa beliau mempunyai sokongan Majlis Presiden PH.
Oleh sebab itu, Dr Mahathir meraya agar ahli MPT tidak tergesa-gesa mengambil keputusan keluar PH.
Penjelasan beliau mengenai keputusan Majlis Presiden PH dalam mesyuarat 21 Februari yang memberikan sepenuh mandat dan kepercayaan kepada beliau untuk mentadbir sehingga selepas Sidang Kemuncak APEC dan menyerahkan kepada beliau menentukan tarikh peralihan kuasa selepas itu, tidak diendahkan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Hakikat bahawa Dr Mahathir tidak berbohong atau memberikan interpretasi yang salah semakin terbukti selepas Bersatu keluar PH dan kerajaan PH roboh.
Beberapa orang pemimpin PH telah mula bercerita di media massa bagaimana, menjelang tengah malam 29 Februari, apabila Dr Mahathir kembali menjadi calon PM, telah diputuskan yang Anwar bersedia untuk tidak menyertai Kabinet dan Lim Guan Eng sama ada digugurkan atau tidak lagi menjadi Menteri Kewangan.
Maksudnya, terdapat tolak ansur yang luas di kalangan pemimpin PH di mana Dr Mahathir diberikan ruang untuk bertindak supaya PH terus mempunyai majoriti di Parlimen.
Hari Pengkhianatan
Tapi penjelasan Dr Mahathir kepada MPT Bersatu pada 23 Februari umpama mencurah air ke daun keladi.
Maka terpahatlah tarikh itu sebagai hari pengkhianatan, mabuk kuasa dan strategi hambar oleh majoriti ahli MPT.
Rayuan Dr Mahathir pada mesyuarat itu mudah saja: “Jangan paksa saya langgar prinsip saya. Jangan halang saya tunaikan janji saya.” Itu pun tidak dihiraukan.
Seolah-olah dirasuk syaitan, majoriti ahli MPT menekan dan membantah sehingga Setiausaha Politik Dr Mahathir ketika itu, Muhammad Zahid Mat Arip, menepuk meja dan berkata “buat kali pertama saya menyokong Tan Sri Muhyiddin.”
Adalah diketahui umum bahawa Zahid bukan saja tidak sukakan Muhyiddin malah sering mempersendakan Presiden Bersatu itu.
Selapas Bersatu keluar PH, adakah ia lebih kuat dan dihormati? Adakah orang Melayu berduyun-duyun menyertainya? Adakah Umno yang rosak itu kini hancur lebur?
Apakah penyingkiran Adun Bersatu, Sahruddin Jamil, sebagai Menteri Besar Johor dan digantikan oleh Adun Umno tanda kekuatan dan kejayaan Bersatu selepas keluar PH?
Atau memang strategi Muhyiddin dan para penyokongnya hendak menyerah balik Johor kepada Umno?
Kuat dan Berani?
Kalau Bersatu kuat dan “Perikatan Nasional” kuat mengapakah tidak umumkan berapa orang ahli Dewan Rakyat yang tandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Muhyiddin?
Kalau kuat kenapa takut ke Parlimen sehingga memaksa sidang ditunda daripada 9 Mac kepada 18 Mei?
Kalau Bersatu kuat dan dihormati, mengapakah Adun Bersatu ditendang macam anjing kurap oleh Umno di Melaka?
Nampaknya Umno tetap Umno – hegemonik – dan Bersatu jadi lembu dicucuk hidung. Kalau orang Umno mengenang budi, tentulah mereka iktiraf jasa bekas Adun Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen, yang bermati-matian mahu Bersatu keluar PH sehingga ada orang berkata kerana dia dijanjikan jawatan Ketua Menteri oleh Umno.
Rafiq (duduk kanan sekali) kena main dengan UmnoDi Perak belum tentu apa akan jadi. Buat masa ini Bersatu telah hilang kerusi MB. Adun tunggal Bersatu, Ahmad Faizal Azumu yang menjadi MB sejak PH menang, juga mahu Bersatu keluar PH.
Tapi dia main kayu tiga. Sehingga saat akhir, iaitu pagi Ahad, 1 Mac dia masih kelihatan di kediaman Dr Mahathir di Mines, Sungai Besi. Tetapi selepas itu hilang dan tidak lagi muncul bersama Dr Mahathir. Dia ini juga “budak” Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden Bersatu.
Rupa-rupanya dia mengidamkan atau dijanjikan jawatan menteri pusat kerana dia juga ahli Parlimen. Sekarang khabarnya nama dia tidak ada dalam senarai Kabinet maka dia pun cuba berjalan balik ke Ipoh. Ini pemimpin PH Perak yang bagi tahu.
Jadi Bersatu yang dijanjikan akan lebih kuat setelah keluar PH sudah hilang jawatan MB Johor (negeri Presiden Bersatu), Adunnya di Melaka dibuat macam sampah, hilang jawatan MB Perak dan belum tahu lagi apa akan terjadi di Kabinet dan di negeri-negeri lain.
Dulu, walaupun tidak menang banyak kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, Bersatu dapat juga banyak jawatan Kabinet, Exco dan MB. Hal ini bukan kerana Bersatu kuat, tetapi parti itu dihormati di bawah pimpinan Dr Mahathir sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri.
Sekarang bukan Ahli Parlimen, Exco dan Adun Bersatu sahaja yang rugi akibat perbuatan cetek akal ini, tetapi semua orang yang dilantik oleh Bersatu dan PH ke pelbagai jawatan juga mungkin hilang kedudukan kepada orang Umno dan Pas.
Tak tahulah kalau Muhyiddin dan ahli MPT yang beria-ia sangat mahu Bersatu keluar PH ada jampi azimat ala tikar terbang “zam zam alakazam” Almarhum P Ramlee untuk terbang ke angkasa lepas.
Atau mereka sangka apabila pintu gua terbuka dengan jampi “niat insun mata aji semar ngiseng” maka bertimbun harta karun yang boleh dikaut untuk memuaskan nafsu tamak haloba.
Satu saja mereka kena ingat. Silap-silap yang mereka temui ialah "ngiseng" (najis air besar).
Wallahuaklam. Terima kasih.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/03/faro-kadir-jasin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Didn T Get Party S Blessing To Be 8th Pm Says Kadir Jasin

Muhyiddin Didn T Get Party S Blessing To Be 8th Pm Says Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 254 hits
PPBM Supreme Council member Kadir Jasin says Mahathir s stand was to always respect the mandate of the people who had rejected kleptocrats in the May 9 polls PETALING JAYA PPBM leader A Kadir Jasin said Muhyiddin Yassin s candidacy as the c...
Muhyiddin Calon Pm Bukan Keputusan Mpt Bersatu Kadir Jasin

Muhyiddin Calon Pm Bukan Keputusan Mpt Bersatu Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 351 hits
Pemimpin Bersatu A Kadir Jasin berkata pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 tidak pernah disokong Majlis Pimpinan Tertinggi Wartawan veteran itu berkata Majlis Tertinggi yang turut dianggotai beliau tidak diajak ...
Muhyiddin Tak Dapat Restu Parti Jadi Pm Ke 8 Kata Kadir Jasin

Muhyiddin Tak Dapat Restu Parti Jadi Pm Ke 8 Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 255 hits
PETALING JAYA Pemimpin PPBM A Kadir Jasin berkata pencalonan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 tidak pernah disokong Majlis Tertinggi kerana keretakan mula kelihatan dalam parti itu Wartawan veteran itu berkata Majlis Tertinggi ...
Dr M Rayu Pimpinan Bersatu Tak Paksanya Mungkir Janji Kadir Jasin

Dr M Rayu Pimpinan Bersatu Tak Paksanya Mungkir Janji Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 590 hits
Malaysiakini Tokoh veteran A Kadir Jasin berkata Dr Mahathir Mohamad merayu ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu agar tidak memaksanya melanggar janji berhubung peralihan kuasa Jelas Kadir kejadian itu berlaku dalam mesyuarat Majlis Pimpi...
Dr M Quit Over Pressure To Scupper Power Transfer To Anwar Claims Kadir Jasin

Dr M Quit Over Pressure To Scupper Power Transfer To Anwar Claims Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 313 hits
Datuk A Kadir Jasin asserted today that Tun Dr Mahathir Mohamad had been relegated to being a minority voice in his own party by factions keen on aligning with crooks and kleptocrats The Bersatu leader said Dr Mahathir s plea during Sunday ...
Kadir Jasin Agen Anwar Yang Cuba Rosakkan Parti Bersatu

Kadir Jasin Agen Anwar Yang Cuba Rosakkan Parti Bersatu

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 296 hits
Kadir Jasin lah yang up status batu api pada asalnya Dan dishare oleh semua yang taksub tanpa baca kerperluan status mencucuk tersebut Semua jenis percaya and taksub tanpa usul periksa Shit happen aku termakan hasutan aku dah melenting Aku ...
Dakwaan Kadir Jasin Tidak Benar Parti Mencalun Muhyiddin Sebagai Pm8

Dakwaan Kadir Jasin Tidak Benar Parti Mencalun Muhyiddin Sebagai Pm8

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 299 hits
Dakwaan Datuk A Kadir Jasin kononnya pencalonan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan tidak mendapat sokongan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu adalah tidak benar Ahli MPT Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sambil membidas Kad...
Ppbm S Tricks May Lead Them To Pile Of Faeces Warns Kadir Jasin

Ppbm S Tricks May Lead Them To Pile Of Faeces Warns Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 254 hits
PPBM Supreme Council member A Kadir Jasin has questioned whether the party was really in a better position now after it lost several key positions in Johor Melaka and Perak In a scathing attack on the party the former newsman also said the ...
Kerajaan Tebuk Ikut Atap Tabik Spring Untuk Hadi Kata Kadir Jasin

Kerajaan Tebuk Ikut Atap Tabik Spring Untuk Hadi Kata Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 521 hits
Malaysia Dateline Ini memang kerja pencuri dan kaki mengendap kelas dunia intai dan masuk ikut celah atap tulis Kadir Bekas Penasihat Media kepada Perdana Menteri Datuk A Kadir Jasin membuat tabik spring kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu