Dari Fb Megat Hisemudin Megat Kasim Ribut Taufan Tropika Bagaimana Ia Terjadi


 
PETIKAN DARI FBMEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM







Dalam artikel ini saya akan cuba untuk menerangkan dalam bahasa yang mudah difahami oleh sebahagian besar pembaca Facebook mengenai topik geografi iaitu ribut taufan tropika. Jika anda lebih mahir dalam geografi fizikal tentu lebih mudah untuk memahami artikel ini.Topik ribut taufan tropika menjadi hangat apabila taufan Rai yang membadai Filipina baru-baru ini dikaitkan dengan fenomena banjir besar di pandai barat Semenanjung khususnya di negeri Selangor.
Pertama sekali kita nak fahamkan apa itu tropika?Sila rujuk gambar “A”.
Tropika ialah kawasan di atas permukaan bumi yang terletak di antara garisan Sartan (23.5 darjah utara) dengan garisan Jadi (23.5 darjah selatan). Ia selalunya disebut sebagai kawasan Khatulistiwa yang panas dan sebahagian kawasan yang mempuyai iklim sederhana. Jadi ribut taufan tropika hanya akan berlaku di kawasan ini sahaja. Dalam Bahasa Inggeris, ribut taufan tropika diberikan dalam tiga nama berbeza mengikut di mana kejadian taufan itu berlaku.Taufan yang berlaku di utara Lautan Atlantik, Kepulauan Caribbean, Teluk Mexico dan timur laut Lautan Pasifik dinamakan HURRICANE.Yang berlaku di barat laut Lautan Pasifik dan utara Lautan Hindi disebut sebagai TYPHOON.Manakala yang berlaku di hemisfera selatan di antara Australia dan Afrika timur dinamakan CYCLONE. Sebab itu jika kita mendengar berita dari luar negara dalam Bahasa Inggeris akan menyebut hurricane, typhoon dan cyclone. Sebenarnya ia adalah merujuk kepada taufan tropika, cuma ia berlaku di tempat yang berlainan sahaja. Dalam artikel ini kita hanya akan menumpukan ribut taufan (atau typhoon) yang berlaku di barat laut Lautan Pasifik yang hampir dengan Filipina sahaja. Kerana taufan tropika inilah yang sering membadai Filipina, Vietnam, Hong Kong, China dan Taiwan.
Bagainama terjadinya taufan tropika?Sila rujuk gambar “B”.
Kawasan laut di tropika adalah kawasan yang paling banyak menerima cahaya matahari maka permukaan laut menjadi panas.Apabila permukaan air lautan yang luas meningkat kepanasannya sehingga 26 darjah Celcius maka berlaku pemelowapan dengan kelembapan yang tinggi (bermaksud kandungan wap air dalam udara lebih banyak). Wap air yang naik ke udara menyebabkan berlakunya tekanan rendah (yakni udara semakin sedikit) dan angin sekitarnya akan menyerbu masuk untuk mengisi kekosongan itu. Semakin lama ia menjadi besar dan terbentuk seperti satu silinder menegak (atau column).Silinder menegak atau column inilah akhirnya menjadi “mata taufan @ eye” iaitu satu “lubang” di tengah-tengah taufan. Apabila mata taufan “semakin mengecil dan lemah” tetapi putaran taufan pula semakin laju.
Bagaimana perubahan satu selinder tegak @ column membentuk ribut taufan?Sila rujuk gambar “C”
Apabila semakin banyak wap air yang naik ke udara maka ketebalan “dinding silinder” semakin membesar dan ia dinamakan “eyewall” atau dinding mata taufan. Daripada satu eyewall yang di tengah-tengah, ia bertambah beberapa “eyewall” di luarnya menyebabkan coverage radius ribut taufan semakin besar.Wap air yang panas terus naik ke atas tetapi setelah sampai ke puncak ia menjadi sejuk, berat dan mampat akhirnya turun sebagai hujan yang lebat. Oleh kerana pusaran angin yang kuat maka hujan akan disertakan dengan angin. Itulah yang selalu kita rasai sebagai “ribut”.
Mengapa taufan berputar ikut arah jam atau lawan arah jam?Sila rujuk gambar “D”
Bumi berputar dari barat ke timur dengan paksi yang condong 23.5 darjah dan menyebabkan biasan dari bumi ini maka angin yang berada di atmosfera membentuk lencungan mengikut latitud (garisan lintang berapa darjah dari KHatulistiwa sama ada ke utara atau selatan) yang berbeza.Sebenarnya ia telah dijelaskan dalam “Coriolis effect” di mana putaran taufan yang berada di hemisfera utara akan membentuk putaran LAWAN ARAH JAM. Manakala di hemisfera selatan pula putaran IKUT ARAH JAM.
Apa kaitan antara taufan Rai dengan banjir di Semenanjung?Sila rujuk gambar “E”
Ketika taufan Rai meninggalkan Filipina dan berada antara Filipina dan Vietnam di Laut China Selatan, ia berputar LAWAN ARAH JAM di mana ekor taufan membuat libasan terhadap angin timur laut yang sedang bertiup dari pendalaman China dan Siberia.Libasan ekor taufan ini menambahkan kekuatan angin timur laut dan menyebabkan ia terhimpit ke utara dan masuk ke Teluk Siam. Sebab itulah angin timur laut TIDAK membadai pantai timur Semenanjung seperti lazimnya.
Apa yang terjadi kepada angin timur laut yang masuk ke Teluk Siam?Sila rujuk gambar “F”.
Angin yang masuk ke Teluk Siam membelok membuat pusingan U apabila bertemu dengan angin timur laut dari DARATAN China, Indochina dan Thailand yang lebih laju.Disebabkan kelajuan angin yang berbeza maka terbentuk satu tekanan rendah dan terjadi pusaran di Selat Melaka di luar perairan negeri Perak. Sesungguhnya ia adalah satu kejadian taufan yang membadai negeri-negeri Perak dan Selangor khususnya. Sebab itulah berlaku banjir yang amat dahsyat di Selangor. Menurut Bomba Selangor, kejadian banjir ini adalah yang terburuk sejak 7 tahun lagi.Setelah diteliti memang benar di bulan November, 2013 iaitu 8 tahun lalu (mungkin kesilapan anggaran pegawai Bomba tersebut menyebut 7 tahun) telah berlaku kejadian ribut taufan Haiyan di Filipina. Taufan ini adalah yang terbesar pernah direkodkan di zaman moden.Kemungkinan besar ribut taufan Haiyan membuat formasi yang sama seperti taufan Rai yang mengakibatkan banjir besar di Selangor.



TERIMA KASIH
MEGAT HISEMUDIN MEGAT KASIM




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikgulin57.blogspot.com/2021/12/dari-fb-megat-hisemudin-megat-kasim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuaca Di Malaya Pada 18 Dan 19 Dis 2021 Dari Penerangan Megat Hisemudin Megat Kasim

Cuaca Di Malaya Pada 18 Dan 19 Dis 2021 Dari Penerangan Megat Hisemudin Megat Kasim

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 353 hits
PETIKAN DARITarikh 19 Disember 2021 Mengikut tiupan angin dan taburan hujan yg dicerap sekitar pukul 8 40 pagi ini Lembah Kelang telah tiada hujan dan matahari pagi bersinar terang Taburan kawasan hujan beralih ke utara dari Perak ke Perlis...
Taufan Yang Melanda Fiflipina Dan Kesannya Kepada Negara

Taufan Yang Melanda Fiflipina Dan Kesannya Kepada Negara

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 143 hits
IBRAHIM MAT ISARamai yang DM aku dan bertanyakan mengenai posting semalam tentang gambar peta angin dan awan tebal Memang nak jawab kepada semua atau setiap orang tapi agak padat jadual dan cuaca sekeliling Anda tengok atau dengar berita ta...
Lekukan Tropika Punca Banjir Di Lima Negeri Kata Pakar Klimatologi

Lekukan Tropika Punca Banjir Di Lima Negeri Kata Pakar Klimatologi

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 234 hits
Oleh Imej lekukan tropika yang terbentuk di kawasan Semenanjung Malaysia HUJAN lebat yang melanda negara pada Khamis lalu sehingga menyebabkan banjir di lima buah negeri iaitu Selangor Pahang Kelantan Melaka Perak dan Negeri Sembilan berpun...
Amaran Ribut Petir Di Tiga Negeri Pagi Ini

Amaran Ribut Petir Di Tiga Negeri Pagi Ini

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 214 hits
PETALING JAYA Orang ramai dinasihatkan terus berwaspada susulan amaran ribut petir yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di tiga buah negeri pagi ini
Time To Get Moving On Change Siti Kasim Tawfik Ismail To Be Among Gerak S 10 Ge15 Candidates

Time To Get Moving On Change Siti Kasim Tawfik Ismail To Be Among Gerak S 10 Ge15 Candidates

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 172 hits
PETALING JAYA Siti Zabedah Kasim better known as Siti Kasim and Tawfik Ismail will be among a group known as the Gerak Independent movement who will field 10 candidates in the 15th General Election Siti the group spokesman said this was par...
Siti Kasim To Make Political Debut In Ge15

Siti Kasim To Make Political Debut In Ge15

papar berkaitan - pada 17/12/2021 - jumlah : 161 hits
Siti Kasim to make political debut in GE15 Outspoken lawyer and activist Siti Kasim will be making her political debut in the widely talked about 15th general election as an independent candidate under the Gerak Independent movement In a pr...
Tujuh Negeri Diramal Ribut Petir Hujan Lebat

Tujuh Negeri Diramal Ribut Petir Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 226 hits
Oleh NOR AZIAH MAT NOH Gambar hiasan PETALING JAYA Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat bagi tujuh negeri yang dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam hari ini MetMalaysia dalam kenyataannya berk...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan

Tular Bakar Motosikal Seorang Wanita Ditahan

Bapa Didakwa Lilit Leher Lambung Anak Ke Katil

Malas Layan Tong Kosong Kredibiliti Dipersoal Man Bai Ini Jawapan Ramli Ms

Anwar Thaksin Bincang Isu Serantau Ekonomi Asean