Dari Dek Kapal Ke Pentas Seni Awan Muncul Dengan Single Pertama The Selawat


Telusuri Perjalanan Seorang Nakhoda Yang Memanfaatkan Masa Terluang Dengan Mendekatkan Diri Ke Jalan Allah s.w.t.
Nakhoda kapal kelahiran Malaysia, Juhazwan Junaidi atau lebih dikenali sebagai Awan, membuat kemunculan dalam industri muzik tempatan dengan single pertamanya The Selawat. Pelaut yang beralih kerjaya menjadi seorang pemuzik itu telah menggubah, menerbit, dan mengarahkan video muzik rasmi single berkenaan menerusi syarikat produksi miliknya sendiri, HeyYa Media



Didorong oleh minatnya untuk mencipta lagu-lagu dakwah yang berbeza daripada lagu-lagu lain yang tergolong di dalam genre ini, The Selawat menerokai usaha mencari keredhaan Allah s.w.t menerusi junjungan Nabi Muhammad (s.a.w) serta menerokai pelbagai cara untuk seseorang muslim itu menzahirkan keimanannya. Awan berharap semoga The Selawat dapat mengingatkan para pendengar tentang segala ajaran serta amalan sunnah Nabi (s.a.w) yang patut diteladani. 
Datang daripada keluarga berlatarbelakangkan muzik, Awan membesar melihat Allahyarham datuknya bermain biola dan menggubah pelbagai lagu tradisional. Selain itu, pakcik dan sepupunya juga turut berkecimpung dalam arena muzik arus perdana dan underground, menguatkan lagi keazaman beliau untuk mencipta muziknya sendiri sejak dari kecil lagi




Sejak dari muda, Awan sememangnya meminati muzik, di mana beliau mendapat ilham daripada artis-artis terkenal seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan KRU. Namun hanya setelah memasuki asrama tahfiz barulah beliau mula mengenali genre nasyid, lagu-lagu dakwah yang sering didendangkan secara acapella atau diiringi dengan alunan muzik yang menenangkan. Walaupun hatinya sentiasa berpaut dengan genre tersebut, beliau tetap menyimpan azam untuk mencipta dan menggubah lagu-lagu dakwah yang berbeza daripada apa yang biasa didengari

“Lagu-lagu dakwah sememangnya sinonim dengan sesuatu yang serius. Dan saya mahu keluar daripada kepompong itu tetapi pada masa yang sama masih kekal sopan. Kita tidak mahu bersikap biadab terhadap agama. Islam adalah agama yang suci dan saya akan sentiasa menghormatinya,” kata Awan. “Maka terhasil lah The Selawat. Harapan saya ialah untuk memudahkan orang ramai berselawat dan elemen muzik dapat membantu ke arah usaha itu.”


Pelancaran single terbarunya itu turut disusuli dengan pelancaran rasmi syarikat penerbitan miliknya sendiri, HeyYa Media. Inspirasi di sebalik penubuhan studio ini lahir daripada keinginan untuk menghasilkan kandungan yang mampu memberikan sebuah penceritaan, berbanding hanya sekadar bersifat estetik semata-mata. Awan bekerjasama dengan beberapa rakannya yang masing-masing mempunyai latar belakang berbeza dan salah seorang daripada mereka ialah bekas penyanyi kumpulan nasyid Mirwana untuk menghasilkan video muzik The Selawat  dan bekerja dari rumah, dengan pasukannya, untuk menyunting dan menerbitkan video berkenaan

Susulan pelancaran The Selawat, Awan berharap untuk menyiapkan dua lagu baru gubahannya sebelum Jun 2021, yang mana salah satu daripadanya berkemungkinan besar akan dihasilkan secara kolaborasi. 
“InsyaAllah, mungkin menjelang tempoh itu saya dapat menyiapkan sebuah lagu duet untuk seseorang. Namun saya tidak akan berhenti untuk mencipta lagu, kerana ia adalah minat saya dan tiada siapa dapat menghalangnya,” jelas Awan

Dengar The Selawat di siniSaksikan video rasmi The Selawat di sini. 
Awan, atau nama sebenarnya Juhazwan Junaidi, ialah seorang penyanyi, penulis lirik, dan artis Melayu berusia 37 tahun. Menggalas tanggungjawab sebagai seorang nakhoda kapal, Awan menumpukan sepenuh perhatian masanya di daratan untuk ahli keluarga dan minatnya terhadap muzik. Beliau juga ialah pengasas dan pengarah HeyYa Media, sebuah syarikat penerbitan muzik serta video yang baru sahaja menerbitkan single pertamanya The Selawat. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2021/03/dari-dek-kapal-ke-pentas-seni-awan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marine Captain Turned Soul Searching Musician Awan Debuts With Brand New Single The Selawat

Marine Captain Turned Soul Searching Musician Awan Debuts With Brand New Single The Selawat

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 314 hits
Discover the journey of a mariner who used time at home to connect deeper with God Malaysian born marine captain Juhazwan Junaidi a k a Awan hits the local music scene with his debut single The Selawat recently The mariner turned musician c...
Lee Jiah Bakal Muncul Pada Pertengahan The Penthouse 2 Sebagai Watak Lain

Lee Jiah Bakal Muncul Pada Pertengahan The Penthouse 2 Sebagai Watak Lain

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 310 hits
Bakal menginjak ke musim kedua tak lama lagi rasanya persoalan yang sekian lama bermain di benak peminat The Penthouse ialah mengenai nasib watak Lee Ji ah Seperti yang semua sedia maklum Shim Su ryeon yang dilakonkan Lee Ji ah sudah pun me...
Bts Artis Korea Pertama Muncul Dalam Mtv Unplugged

Bts Artis Korea Pertama Muncul Dalam Mtv Unplugged

papar berkaitan - pada 24/2/2021 - jumlah : 191 hits
Jika anda seorang ARMY pasti anda teruja untuk melihat persembahan kumpulan BTS dalam rancangan MTV Unplugged yang berlangsung hari ini Kesemua ahli BTS Jin RM J Hope Suga Jimin V dan Jungkook akan mempersembahan vokal hebat mereka secara a...
Jisoo Digugurkan Dari River Where The Moon Rises Dek Kes Buli Pihak Produksi Kini Cari Pelakon Ganti

Jisoo Digugurkan Dari River Where The Moon Rises Dek Kes Buli Pihak Produksi Kini Cari Pelakon Ganti

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 328 hits
Meskipun sudah namun yang dijatuhkan atas pelakon Jisoo adalah suatu perkara yang sangat mengecewakan Disebabkan hal itu drama lakonannya yang sedang ditayangkan kini iaitu River Where The Moon Rises turut terpalit sekali dengan kontroversi...
Na Inwoo Dilaporkan Bakal Ganti Jisoo Dalam River Where The Moon Rises Lepas Digugurkan Dek Kes Buli

Na Inwoo Dilaporkan Bakal Ganti Jisoo Dalam River Where The Moon Rises Lepas Digugurkan Dek Kes Buli

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 214 hits
Mesti ramai yang berdukacita dengan kan Walaupun sudah namun imej dan karier lelaki itu nampaknya sudah tercalar dan tiada apa yang dapat dilakukannya Bahkan pihak KBS juga mendedahkan bahawa watak On Dal yang dilakonkan oleh Jisoo dalam dr...
Akhirnya Pokok Delima Berbunga Finally The Pomegranate Tree Blooms

Akhirnya Pokok Delima Berbunga Finally The Pomegranate Tree Blooms

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 198 hits
Pokok delima yang dialihkan dari sistem nutripot ringkas sistem siraman sendiri a k a self watering system akhirnya telah menunjukkan bunga pertama Bunga warna merah dan cantik walaupun bertahun menunggu Musim kemarau ini memerlukan lebih s...
How To Pretend You Re In The Riviera Maya Mexico Today

How To Pretend You Re In The Riviera Maya Mexico Today

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 183 hits
By BY STEPHANIE ROSENBLOOM from NYT Travel https ift tt 37ZVI5J
Best Of The Best Malaysia S 100 Elite Brands Were Awarded The Reader S Digest Trusted Brands Awards

Best Of The Best Malaysia S 100 Elite Brands Were Awarded The Reader S Digest Trusted Brands Awards

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 285 hits
Virtual Celebration Acknowledges Malaysia s Most Trusted BrandsReader s Digest has launched a virtual celebration to acknowledge its latest Malaysia Trusted Brands and personality award winners More than 100 Malaysian brands are among the s...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11