Dari Blogger Lifestyle Kini Telah Terbit Buku Sendiri Tahniah Bella Jamal
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua kawan-kawan sekalian. Biarlah orang nak berkata apa tentang kita kerana kita buat ikhlas dari hati dan juga berkongsi perkara baik untuk semua orang. Itulah salah satu kekuatan yang dipegang oleh penulis blog Ini Adalah Bellarina Natasya. Maha pun jarang dapat jumpa blogger popular ini kerana kesibukan masing-masing dengan tugas hakiki dan juga tugasan harian
Tapi dapat mengenali Bella iaitu seorang yang happy go lucky dan juga sering buat kita selesa dengan lawak bersahajanya. Maha kenal pun tak silap dalam beberapa acara, sejak 3 tahun lepas dan beliau telah mula menulis blog dari tahun 2016. Kalau korang perasan dalam blog beliau menulis pelbagai isu semasa termasuk juga terselit resipi masakan. Ini pun bermula dari bulan puasa tahun lepas dan beliau sering berkongsi pelbagai resipi mudah dan juga yang sering dibuat sendiri dirumah
Siapa sangka daripada suka-suka berkongsi resipi dalam blog kepada satu karya yang diangkat oleh orang luar untuk diterbitkan dalam bentuk e-book. Syarikat penerbit buku dari Toronto Kanada telah menerbitkan semua hasil penulisan masakan beliau dari blog ke dalam bentuk e-book. Tak percaya korang boleh cari syarikat Ukiyoto Publishing dan search buku hasil Bella yang bertajuk '20 Malaysian Home Cooking Recipes'
Buku setebal 66 muka surat ni menyenaraikan 20 resipi dalam bahasa Melayu mudah. Juga diceritakan bagaimana resipi ini dimasak daripada pemerhatian dan juga perkongsian ciptaan mereka yang hebat. Kalau nak tahu resipi masakan Malaysia yang mudah seperti Resipi Sotong Masak Lada, Resipi Cucur Udang Rangup, resipi popular dari Pahang iaitu Pating Tempoyak pun ada dalam buku ni. Bukan sahaja resipi malah Maha dah baca dah beliau juga turut selitkan tips beguna untuk menjadikan masakan itu lebih menarik dan juga menggunakan bahan lain selain dari dalam resipi tersebut
Maha sendiri yang ada tulis resipi kat blog ni pun belum ada keyakinan untuk terbitkan buku masakan macam ni. Walaupun buku ini diterbitkan tanpa ada gambar hanya resipi semata-mata tapi satu yang sangat membanggakan lagi kita rakyat Malaysia adalah di mana buku ini telah tersenarai dalam Gourmand Awards 2021 dalam kategori Autumn Harvest Food Culture 2020 - Blogger. Bangga siot kawan blogger kita sebaris dengan senarai dari luar negara seperti German, India, Itali, Spain, Peru, Argentina dan Chile
Tu lah orang kata tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu. Rezeki buat kawan blogger kita Bella Jamal ni. Moga terus sukses dalam dunia blogging dan juga dunia masakan beliau. Kalau korang rasa nak support kawan kita ni boleh dapatkan naskah e-buku ini yang terlah dijual secara online di laman web Amazon, Ukiyoto Publishing dan Shopzone Singapore. Korang juga boleh contact Bella sendiri kat FB atau IG beliau @Bella Jamal untuk dapatkan hard copy dengan harga RM15 untuk cetakan terhad. Itu sahaja tanda sokongan kita sebagai kawan-kawan blogger kepada kejayaan dan rezeki yang datang tanpa diduga buat Bella. Maha support beliau moga berjaya jauh lagi ok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2020/10/dari-blogger-lifestyle-kini-telah.html