Dari Ambil Alih Kedai Gunting Bapa Kini Jadi Jutawan




Siapa Dia?

Itulah, Ramesh Babu.
Seorang tukang gunting rambut, pengusaha dan ahli perniagaan, kini menjadi jutawan dan memilik 400 kereta mewah.


Ramesh Babu pernah berkata..

"Dalam dunia perniagaan anda perlu mempunyai pandangan yang maju ke hadapan, jujur dan berusaha keras. Masa itu tidak ada yang dapat menghentikan anda memperolehi jumlah wang yang layak dari hasil usaha anda dan... anda terus menjadi 'kayawan".

Sejarah Hidup Ramesh Babu.

Ramesh Babu seorang individu yang lahir dalam sebuah keluarga yang miskin. Ramesh Babu telah kehilangan ayah kandungnya sejak beliau masih kecil iaitu pada tahun 1979.

Mendiang bapanya ada meninggalkan sebuah kedai gunting rambut di Brigade Road, Bangalore, India. Walaubagaimanapun, premis kedai gunting rambut tersebut telah diuruskan oleh bapa saudaranya sejak kematian bapanya.

Pada setiap hari, Ramesh Babu sekeluarga hanya diberikan lima Rupee sahaja hasil daripada keuntungan kedai gunting rambut yang ditinggalkan bapanya. Ramesh Babu mengakui, jumlah yang diterima keluarga beliau tidak cukup untuk perbelanjaan harian keluarga.

Disebabkan ganjaran yang diterima tidak cukup, ibu beliau terpaksa mengambil upah sebagai orang gaji dengan menerima upah bayaran sebanyak 50 Rupee sebulan. Upah yang diterima itu sedikit sebanyak membantu dia sekeluarga membeli keperluan harian, sewa rumah, buku, pakaian dan lain-lain lagi.

Mereka akan mendapat pakaian baru setahun sekali dan yang selebihnya digunakan untuk membeli pakaian seragam sekolah termasuk memakai pakaian yang lama. Ramesh Babu pernah dihantar balik oleh guru sekolanya kerana seluar telah koyak.

Meskipun begitu, beliau dan keluarganya amat berjimat cermat dalam menggunakan wang tersebut untuk perkara yang amat penting sahaja. Ramesh Babu sekeluarga hanya makan satu hidangan setiap hari iaitu pada waktu petang. Itupun etelah ibunya mendapat makanan saat pulang dari bekerja.

Jika keluarga tersebut dijemput untuk menghadiri kenduri atau ketika musim perayaan, ia merupakan suatu perkara yang paling gembira saat itu.


Ambil Alih Kedai BapanyaKehidupan keluarga Ramesh Babu bertambah baik apabila beliau ditawarkan bekerja sebagai penghantar surat khabar ketika berusia 13 tahun. Gaji yang diterima beliau digunakan untuk perbelanjaan sekolah dan menampung perbelanjaan lain. Beliau berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti.

Ketika berada di tahun awal pengajian, Ramesh Babu mengambil alih semula kedai gunting rambut milik mendiang bapanya. Beliau akui menghadapi kesukaran ekoran kurang pengalaman dalam menguruskan perniagaan tersebut.

Beliau cuba untuk menyahut cabaran dan berusaha keras demi memudahkan kehidupan seluruh ahli keluarganya. Kedai gunting rambut yang diwarisinya telah dinaik taraf menjadi sebuah salon setelah mendapat perhatian penduduk sekitar. 

Perniagaan salon beliau semakin maju sehingga mampu untuk mengupah dua orang pekerja bagi membantu operasi kedai miliknya itu. Biarpun semakin ramai pelanggan yang datang ke salon tersebut, namun Ramesh Babu mengakui bahawa dia masih kurang pengalaman dalam bidang dandanan rambut.

Beliau mengambil peluang untuk memahirkan dirinya dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang dandanan rambut di sebuah akademi salon tersohor iaitu Toni &Guys di Singapura.

Bagaimana Digelar Jutawan?

Pada 20 tahun yang lalu, Ramesh Babu berjaya membeli kereta pertamanya iaitu sejenis van model Maruti Omni. Van tersebut dibeli untuk kegunaan peribadi beliau untuk ke tempat kerja dan sekitarnya. Van itu juga menjadi kegunaan orang yang berada di sekitar Bangalore apabila ia bertukar menjadi sebuah kereta sewa.

Sambil menggunting rambut pelanggan, sambil itu beliau menyewakan kenderaan tersebut. Rata-rata individu yang menyewa kenderaan tersebut adalah datang daripada pelanggan salonnya sendiri.

Menyedari tentang permintaan kereta sewa memberi keuntungan, Ramesh Babu mendapat idea untuk menjalankan perniagaan berasaskan kereta sewa. Pada saat itu bermulalah detik Ramesh Babu yang akan berubah dari peniaga biasa menjadi seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan.

Pada tahun 2000, Ramesh Babu menerima tawaran dari wakal pemasaran Mercedes India untuk membeli sebuah model kereta E-Class Luxury.



Ramesh menerima tawaran daripada wakil syarikat Mercedes tersebut ketika beliau melihat peluang untuk perkembangan perniagaan miliknya. Ramesh Babu menggunakan duit simpanan dan membuat pinjaman dari bank untuk memiliki kereta mewah tersebut.

Walaupun kadar bunga agak tinggi, beliau rasa ia adalah satu pelaburan yang baik kerana tiada persaingan pada waktu itu. Kereta mewah pertamanya dibeli pada harga 38 Lakh. Perniagaan beliau berjalan lancar pada tahun mendatang dan beliau telah menambah model Mercedes untuk perniagaannya.

Memiliki Rolls Royce Ghost dan Lebih 400 Kereta Mewah

Pada hari ini, syarikat Ramesh Tours & Travels menawarkan lebih 400 jenis kereta sewa termasuklah van dan bas mini yang diimport seperti model Rolls Royce Silver Ghost, Mercedes, BMW, Jaguar dan Toyota Vellfire.

Syarikat tersebut juga telah mengembangkan perniagaan ke dua buah wilayah besar iaitu di Chennai dan Delhi. Ramesh Babu juga merancang untuk menambah lagi cawangan beliau di Hyderabad dan Vijaywada. Beliau menjadi seorang jutawan multi disebabkan hasil usahanya yang keras dan tidak pernah untuk berputus asa.



Harga Sewaan Rolls Royce

Harga bagi sesiapa yang menyewa kenderaan model Rolls Royce Silver Ghost adalah sebanyak 75,000 Rupee bersamaan dengan RM4,500 sehari.

Masih Aktif Dalam Niaga 'gunting rambut' Beliau.



Walaupun beliau bergelar seorang jutawan, namun Ramesh Babu masih bergiat aktif dalam perniagaan salon beliau. Beliau akan berada di salon pada sebelah pagi hari bekerja dan hari minggu. Sebagai seorang tukang gunting yang profesional dan keadaan salonnya yang eksklusif, beliau menawarkan perkhidmatannya sebanyak 150 Rupee.

Begitu kisah seorang tukang gunting rambut jadi jutawan.


Lihat video kisah jutawan Ramesh Babu di bawah ini.
Lihat lagi..Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)Hanya 30 Hari, Dapat Kerja Dan Boleh Jadi Usahawan...(2)Pembelanjaran Gunting Rambut Secara Ringkas..(3)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/07/dari-ambil-alih-kedai-gunting-bapa-kini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alexa Kini Boleh Menjadi Pembantu Maya Utama Windows 10 Cortana Adalah Pilihan

Alexa Kini Boleh Menjadi Pembantu Maya Utama Windows 10 Cortana Adalah Pilihan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 355 hits
Pada awal tahun Cortana akan mempunyai fokus yang tersendiri seperti integrasi dalam perisian Microsoft Office atau pada pelancar Microsoft Launcher Sebelum ini Microsoft memang sudah bekerjasama dengan Amazon untuk mengintegrasi Alexa pada...
Pelajar Uitm Kini Berpeluang Melakukan Latihan Industri Di Al Jazeera

Pelajar Uitm Kini Berpeluang Melakukan Latihan Industri Di Al Jazeera

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 295 hits
Kini pelajar UiTM berpeluang untuk melakukan latihan industri di Al Jazeera UiTM mencipta sejarah sebagai universiti awam pertama membentuk kerjasama dengan rangkaian media Al Jazeera sebagai sebuah organisasi media bertaraf antarabangsa Ke...
Ku Ku Duckbill Kini Boleh Didapati Di Rangkaian Butik Tateh

Ku Ku Duckbill Kini Boleh Didapati Di Rangkaian Butik Tateh

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 331 hits
Bila sebut je pasal baby mesti terbayangkan pelbagai kelengkapan baby yang comel sama juga dengan produk keluaran Ku Ku Duckbill yang telah menembusi pasaran Malaysia baru baru ini dengan kerjasama sepenuhnya bersama rangkaian butik baby te...
Waze Kini Menyokong Paparan Kadar Tol Di Dalam Aplikasi

Waze Kini Menyokong Paparan Kadar Tol Di Dalam Aplikasi

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 254 hits
Aplikasi GPS seperti Waze mengurangkan kesesakan jalan raya kerana ia bijak mencari jalan alternatif yang boleh digunakan Tetapi kerap kali jalan alternatif yang disarankan adalah jalan bertol yang mungkin tidak biasa digunakan pemandu Ini ...
Bekas Pengurus Vine Kini Menyertai Facebook Untuk Projek Rahsia

Bekas Pengurus Vine Kini Menyertai Facebook Untuk Projek Rahsia

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 335 hits
Pada bulan Vine adalah antara platform memuat naik video berulang selama 6 saat yang mana kini digunakan oleh ramai pembangun seperti Boomerang pada Instagram Tetapi ia masih tidak menarik perhatian orang ramai seperti Vine Now that we ve m...
Pernah Tular Di Media Sosial Kini Ke Kaca Televisyen Kisah Mowgli Malaysia Akhirnya Jadi Telemovie

Pernah Tular Di Media Sosial Kini Ke Kaca Televisyen Kisah Mowgli Malaysia Akhirnya Jadi Telemovie

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 328 hits
Mohd Syukor Khamis nama yang pernah menggegarkan negara awal tahun ini apabila gambarnya bersama haiwan peliharaan memenangi Anugerah Istimewa dari bagi kategori Wajah dan Karektor Menarik Malah bukan sahaja menjadi sebutan di negara ini te...
Meadow Walker Putri Paul Walker Yang Kini Makin Dewasa Dengan Style Sederhananya

Meadow Walker Putri Paul Walker Yang Kini Makin Dewasa Dengan Style Sederhananya

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 415 hits
Bukan cuma cantik gaya sederhana dari putri mendiang Paul Walker ini patut diacungi jempol
Gadis Ayu Dalam Gambar Perkahwinan Viral Kini Sah Menjadi Isteri Dulang Boy

Gadis Ayu Dalam Gambar Perkahwinan Viral Kini Sah Menjadi Isteri Dulang Boy

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 641 hits
Jodoh itu ketentuan Allah sehebat mana kita merancang kalau tiada jodoh pasti tidak bersama Namun kadang kadang tanpa kita sangka jodoh ada dekat kita tidak perlu mencari jauh kerana Dia permudahkan perjalanan tersebut We got married Hi hus...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai