Dapur Fiezasani Kek Batik


Mr hubby lama hint suruh buat kek batik ni. tapi k.fiezz tak confident. takut tak jadi. kang membazir je beli bahan tapi penyudahnya ke tong sampah. Tapi baru-baru ni, mr hubby beli juga bahan-bahan. Jadi nak tak nak kena buat lah juga,kan. Dah beli bahan-bahan dia. 
K.fiezz memang tak pernah buat tau kek batik ni walaupun ramai cakap kek ni paling simple. paling senang. walaupun senang lah, simple lah. Memang tak ada nya k.fiezz terpikat nak buat. tak confident tu lagi tinggi. 
Tapi sebab kena buat juga, so k.fiezz helo-helo mama tanya resipi. Mak mertua k.fiezz memang tahu buat kek batik ni. Dia pernah buat masa datang rumah kitaorang beberapa bulan lepas. 
K.fiezz masa tu tengok gitu-gitu je cara buat dia. tak lah hafal. 
so haritu lepas telefon mama, gigih la k.fiezz buat kek ni. memang senang pun cara buat dia. tak susah mana pun. cuma cuak takut tak jadi je. takut dia lembikk. adeh.
Lepas dapat guide dari mama (mak mertua), kita mulakan operasi. step by step sampai lah siap. Esoknya tunggu nak potong. 
uwaaaa..napa lembik ni. tak keras pun. tapi  mr hubby makan je, dia cuma komen 'manis'. mungkin sebab susu pekat tu rasanya terbanyak. Walaupun tak berapa nak menjadi, k.fiezz post juga status buat kek batik ni dalam whatsapp status k.fiezz. Saja..Sekarang ni kan, semua pun nak update dalam status WhatsApp lah, FB, IG. hehe. habit orang sekarang. hehe. K.fiezz tak terkecuali, sikit-sikit nak update. haha. 
Eh sekali bos k.fiezz whatsapp tepi, dia tanya bila boleh rasa?adeh.. sogan nak bagi member-member atau orang luar rasa masakan k.fiezz ni. takut tak mencapai piawaian tekak diaorang. 
tapi tapi semalam, hasil diskusi kat unit k.fiezz. bos nak buat makan-makan sempena semua kerja-kerja yang melibatkan unit kitaorang dah selesai semua. Kira macam kenduri kesyukuran la ni. Jadi hasil diskusi, masing-masing kena bawa sumbangan (portluck). dan tetiba nama k.fiezz naik kena buat kek batik. ah!sudah..weii yang first time hari tak menjadi, tau dak?tapi member-member suruh buat juga. 
Ni cabaran ke apa?
Baik..cabaran di sahut. Semalam balik kerja, singgah SOGO cari bahan-bahan >> Buttercup & biskut Marie. Susu & milo memang dah ada kat rumah. Ingat nak cari serbuk coklat sebab member pejabat k.fiezz cakap, kalau dia buat kek batik dia guna serbuk coklat. lagi sedap katanya. tapi kat sogo tak ada lah pulak. Jadi kita guna je lah MILO.
balik rumah, habis je masak. lepas tu makan malam. sambung bersilat buat kek batik ni pula di dapur.
Antara bahan-bahan yang k.fiezz gunakan

CARA MASAK -
1) Masukkan buttercup dalam kuali (k.fiezz guna separuh buttercup) & gaul sampai cair2) Diikuti dengan susu (2 sudu - ikut nak manis tahap mana. kalau nak lebih, tambah lagi susu pekat.3) Dah sekata susu & buttercup. Masukkan pula milo (2-3 sudu atau lebih). Kacau sehingga sekata & tak berketul-ketul. *tak nak guna milo, boleh guna serbuk coklat (kawan k.fiezz cadangkan Van Houten)* 4) Kemudian masukkan biskut marie yang dah dipatah-patahkan & kacau sekata. 5) Lepas semua bahan dah sebati, tuangkan ke dalam bekas kosong. Pedapkan bagi ketat semua adunan dalam bekas. Kemudian masukkan dalam peti ais semalaman. Esok pagi, baru potong & siap untuk di makan. 


Dan ini hasil lepas masukkan dalam bekas. K.fiezz pedapkan bagi semua bahan ketat dalam bekas ni.


Dan ini hasil lepas di potong-potong. 
Rasa dia, okey ke? kawan-kawan pejabat k.fiezz komen sedikit masin (mungkin sebab buttercup), tak manis sangat (dah cun tu). Ada seorang member ofis k.fiezz cakap 'dah boleh buat jual, beb'..hehe..insyaallah, kena improve lagi tu. Kalau semua lulus, baru boleh next step, jual ke?eh. haha. ala, ramai reti buat kek batik ni. k.fiezz yang baru belajar. 
Apa komen bos k.fiezz?Dia cakap separuh dari bekas ni dia yang makan. K.fiezz tanya sedap ke? dia cakap lain kali kalau dia jeling-jeling tu, paham-paham je lah.haha. Maksudnya 'nak lagi la tu'..hehe

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2019/11/dapur-fiezasani-kek-batik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Batik Marie

Kek Batik Marie

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 307 hits
AssalamualaikumKek Batik Marie ni adalah kegemaran KERAMAT hati LM Buat lah selalu pasti tak rugi Gerenti habis punya walau kadang tu tak cukup bahan atau bahan brand lain yang kita rasa kurang sedap tetap sedap katanya Alhamdulillah syukur...
5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik

5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 427 hits
5 Tips Untuk Potongan Kek Batik Kemas Dan Cantik Salam semua Ada sekali terpost gambar kek batik seperti di atas ramainya berpusu komen cakap potongan cantik dan kemas D Ada yang tanya macam mana nak potong kemas dan cantik Makin kembang se...
7 Teknik Mengukus Agar Kuih Atau Kek Tak Rosak Barulah Cantik Jadinya

7 Teknik Mengukus Agar Kuih Atau Kek Tak Rosak Barulah Cantik Jadinya

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 749 hits
Mengapa ya resipi dah betul tapi bila mengukusnya kuih atau kek tak menjadi Malah rosak pulak Hati hati sikit korang nak mengukus ni tak semudah membakar guna oven set timing dan tunggu masak Bab paling penting teknik mengukusnya kena betul...
5 Tip Elak Kek Yang Korang Buat Tak Melekat Pada Acuan

5 Tip Elak Kek Yang Korang Buat Tak Melekat Pada Acuan

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 536 hits
Anda yang baru berjinak jinak untuk baking dan pernah membuat kek dan menghadapi masalah kek yang dihasilkan cantik gebu tapi sayang kek lekat pada acuan Aduhaiiii tak cantik bila dikeluarkan dari loyang cacat di sekeliling kek disebabkan m...
Bertemu Wapres Ma Ruf Amin Ismi Laporkan Rencana Pembangunan Kek Halal

Bertemu Wapres Ma Ruf Amin Ismi Laporkan Rencana Pembangunan Kek Halal

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 271 hits
Menurut Ma ruf kata dia sangat mendukung untuk pengembangan ekonomi syariah Sehingga kata dia keberadaan KEK halal akan memperkuat rencana Pemerintah dalam pengembangan ekonomi syariah
Satu Kek Dua Sambutan

Satu Kek Dua Sambutan

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 406 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kami kat tempat kerja selalu meraikan kawan kawan tak kiralah hari lahir ker bersara ker berhenti kerja ker semua jenis jenis perayaan lah hahahahUntuk kali ni sempena hari lahir Aimi dan sempena notis ...
Resepi Kek Minyak Kukus Untuk Orang Baru Belajar Baking

Resepi Kek Minyak Kukus Untuk Orang Baru Belajar Baking

papar berkaitan - pada 16/11/2019 - jumlah : 934 hits
Rasa macam blur pulak nak tulis mukadimah entri ni Lama juga jari tergantung antara keyboard dok cari ayat mukadimah akhirnya yang cerita tak ada idea nak buat mukadimah pulak jadi mukadimah katanya Hahahahaha Rasanya tak payah la kot mukad...
Cara Buat Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Dengan Rasa Paling Sedap

Cara Buat Kek Milo Kukus Sukatan Cawan Dengan Rasa Paling Sedap

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 1297 hits
Cara Buat Kek Milo Kukus Kali ni edisi sukatan cawan Kek milo memang jadi kegemaran anak bujang kecil saya asal nampak dalam buku resepi cepat cepat suruh saya memasaknya Nasib baik bahan bahan yang diperlukan semuanya ada kat rumah ni Kek ...
Hari Lautan Sedunia Siapa Sangka Tanah Mati Ini Sebenarnya Menyimpan Ubat Masa Depan

Why Can T Staff In The Retail And F B Industry Sit Down Netizen Goes Viral For Questioning The Norm

Psychological Survival Mastering The Mental Game In The Wild

Resipi Sup Daging Ala Thai Paling Senang Tanpa Rempah Sup Bunjut

Mca Youth Govt Must Not Burden Citizens With Chaotic Unjust Expanded Sst Implementation

Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Rania Terkena Virus Rotavirus Atau Norovirus

Pagar Makan Tanaman Hijau Daun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Laptop Murah Bawah Rm1500 Untuk Pelajar Di Malaysia

Rmk13 Jadi Pemacu Atasi Cabaran Ekonomi Dokumen Teras Laksana Ekonomi Madani Pm Anwar

Tiada Keperluan Ambil Kenyataan Pm Siasatan Kes Yusoff Rawther Akan Diteliti Semula Kpn

Dua Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Kerana Mencuri Tandas Emas

Senarai Filem Melayu Dan Tempatan Malaysia 2025

Sambutan Hari Bapa Bertemakan Pantai Bersama U S Potatoes