Pengalaman Dapat Vaksin Covid 19 Di Pusat Pemberian Vaksin Mitec South Enterance Untuk Orang Awam
Vaksin Covid 19 di MITEC
Pengalaman dapat vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) MITEC, South Enterance untuk orang awam. Di MITEC, ada 2 tempat ya. Satu untuk orang awam, satu lagi untuk PIKAS, kerjasama MITI. MITEC tu besar tau.
Adalah disarankan datang awal
Ramai bertanya, kena ikut tarikh appt ke? Xperlu pun. Asalkan kalau pagi datang pagi, kalau petang, datang petang. Janji memang hari tu punya tarikh.
Jangan lupa bawa ic, pen dan MySejahtera
1. Sampai depan pintu masuk, banyak petugas. Diorang minta tunjukkan Profil kat MySejahtera. Katanya nak tengok alamat. Ke Sha salah dengar.. 🤔Diorang dah tahu, Dewan 3, padahal kat MySejahtera xde tulis dewan berapa pun. Yang ada HCO A. Ada kawan dapat HCO B, dewan 4
2. Tempat scan MySejahtera dan suhu. Yang ni kena buka scan MySejahtera yang depan tu ya. Bukan yang kat vaccination tu
Sha pi buka yang Vaksin tu. X dapat detect katanya
Kalau sape xde MySejahtera, tulis kat buku
3. Tanya lagi petugas situ. Dewan 3, straight je.
Kat sana dah nampak petunjuk sebesar alam. Jauh juga la menapak
4. Masuk dewan ada petugas lagi. Bagi borang dan no giliran. Tulis isi borang di tempat duduk kerusi. Pandai2 korang la. Ada orang nasihat, bawa fail untuk lapik. Sha x bawa pun
Dua helai borang tu. Isi sambil tunggu no tertera kat depan screen
5. No panggil, pi kat kaunter. Declare ada penyakit apa2. Dia tentukan vaksin apa
Dia kata x boleh sign lagi. Lor, mana la Sha tahu. Diorg akan tanya kerja apa
Penyakit dan kerja. Itu shj soalannya. Diorang minta ic masa ni
6. Pi kat Doktor Consultation
Sekali lagi tanya pasal penyakit apa. Mungkin nampak Sha macam nak tanya kenapa tak dapat Pfizer, terus doktor cakap Sinovac pun dah boleh untuk ibu menyusu.
7. Tunggu giliran suntikan depan pintu. Ada langsir
8. Cucuk. Kena tunjuk MySejahtera, kat vaccination tu. Kena scan bar code
Nurse terangkan pasal proses cucuk.
1 kertas diambil. 1 pegang.
9. Pergi kaunter, kertas serah. Nanti dia serahkan kertas beserta kad.
10. Tunggu 15 minit
11. Keluar. Sebelum keluar kena tunjuk MySejahtera yang vaksin tu
12. Ambik gambar
13. Balik
Kat sana, korang cakaplah ada penyakit apa ya. Semua penyakit termasuk penyakit kulit apa2. Hamil/rancang hamil, menyusu anak pun kena cakap wlpn dah tulis
Sha dapat Sinovac walaupun menyusu anak. Doktor kat consultation cakap, vaksin Sinovac dah sesuai untuk ibu menyusu
Ingatkan nak dapat Pfizer 🤣🤣🤣
Sakit ke cucuk tu
Tak sakit. Macam cucuk ATT, kancing gigi je. Macam kena gigit semut je
Jarum dia kecik je. Jarum yang ambil vaksin dalam bekas vail tu besar la. Nurse siap tunjuk dia ambil banyak, vaksin yang kena bagi 0.5ml sahaja. Jadi, dia buangkan sedikit. Dia buang yang lebih ya, bagi jadi 0.5ml. Buang kat mana, Sha tak ingat
Masa dia cucuk, Sha nampak dan terasa ada cecair masuk. Bukan kosong ya 🤣🤣🤣
Nurse pun ramah. Duk terang2kan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sha-myheart.blogspot.com/2021/07/pengalaman-dapat-vaksin-covid-19-di.html