Dapatkan Satu Taqwim Hijrah Picoms Maiwp Untuk Rumah Anda



Assalamulaikum semua..
Belum terlambat lagi rasanya BBL nak ucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1442 kepada anda semua. Hari ni baru masuk 8 Muharram, 1442 tahun selepas peristiwa Hijrah baginda Rassullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Sekejap je masa berlalu kan..pejam celik dah masuk tahun baru kalendar Islam. 
Hari ni Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS mencatat satu lagi pencapaian cukup membanggakan dengan buah tangan khusus buat rakyat Malaysia beragama Islam iaitu Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP. Lebih manis apabila YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sendiri melancarkan taqwim ini. Yelah dah jadi rutin harian kita guna kalendar masihi untuk apa-apa tujuan seperti tarikh lahir, tarikh harian & sebagainya. Ha korang tahu tak bila birthday ikut kalendar Hijrah? BBL lahir 18 Muharram 1411H tau. 

Saya sendiri sokong kempen '1 Rumah, 1 Taqwim' ni, satu usaha murni oleh PICOMS bersama MAIWP demi memakmurkan kembali kalendar hijrah supaya hampir ke jiwa setiap muslim. Taqwim ni hasil kerjasama antara PICOMS & I Quest Training Consultancy. Nak tahu ciri-ciri istimewa taqwim hijrah PICOMS MAIWPS ni?

1. Bulan-bulan HARAM diwarnakan / ditandakan dengan warna MERAH2. Jumlah Minggu (M) & Hari (H) dalam setahun turut ada3. Hari-Hari Perayaan dalam Malaysia, Cuti Umum & Cuti Sekolah4. Tarikh untuk Tahun Hijrah DIBESARKAN manakala Tahun Masihi dikecilkan5. Juga turut ditandakan Malam Purnama Penuh6. Hari Istimewa seperti Hari Asyura, Ghusi Kaabah & Istiwa Al-Azam turut dipapar7. Kompas Hijrah. Maklumat tentang hari sesuai untuk puasa sunat, baca Al-Quran & lain-lain8. Jumaat PENGHULU HARI ditandakan warna HIJAU
Dengan harga RM25 setiap satu anda boleh dapatkan di Biz Shoppe PICOMS di Kampus Batu Muda. 
Dalam mengenang pengorbanan Nabi Muhamad SAW bersama sahabat Saidina Abu Bakar, satu persembahan showcase Hijrah Merdeka berkonsep hibur didik oleh Dr Mir Hazil (I Quest Training Consultancy) bersama Daqmie. Sungguh tersentuh hati BBL mengenangkan peristiwa menjadi saksi permulaan taqwim hijrah dalam sejarah tamadun Islam. Malah berita baik jalinan kerjasama I Quest Training Consultancy bersama PICOMS melaksanakan Terapi Muzik sebagai satu bidang kursus jangka pendek di PICOMS. 

Saya sendiri tak hairan sebab terapi muzik ni memang satu bidang perubatan tradisional serta salah satu rawatan di kebanyakan hospital negara barat. Harap-harap terapi muzik ni bakal diadaptasi sepenuhnya kat mana-mana klinik atau hospital dalam negara kita. 
Selain tu YB Datuk Menteri menyerahkan Sumbangan Tabung Dana Wakalah Zakat PICOMS sebanyak RM1000 kepada seorang pelajar asnaf terpilih - Ahmad Zaidan Bin Abdul Mohsin yang baru je mendaftar sebagai pelajar jurusan Diploma Farmasi. Walaupun datang dari keluarga kurang berkemampuan, beliau juga sorang tahfiz berminat menyambung pelajaran di PICOMS dalam mencapai cita-cita. Bantuan MAIWP wang saku RM300 sebulan turut diberikan kepada pelajar asnaf yang layak. Ini semua hasil kutipan bayaran zakat PICOMS demi mengalakkan lebih ramai tahfiz kalangan asnaf menyambung pelajaran di PICOMS tak kisah la jurusan apa pun. 

Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 63 tahun, sebelum majlis berakhir YBS Datuk Menteri bersama pelajar-pelajar PICOMS lengkap pakaian tradisional pelbagai kaum mengibarkan Jalur Gemilang sebagai simbolik meraikan semangat patriotik cinta tanah air. Baru betul-betul semangat nak sambut Hari Kebangsaan walaupun masih dalam keadaan pandemik covid-19. 

Jangan lupa dapatkan Taqwim Hijrah PICOMS MAIWP 1422H istimewa ini & Selamat Menyambut Hari Kebangsaan khas dari seluruh warga PICOMS!
Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS(milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan)Website : www.picoms.edu.myFacebook : www.facebook.com/picomsofficialInstagram : www.instagram.com/official_picoms


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2020/08/dapatkan-satu-taqwim-hijrah-picoms.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rasanya Ikut Mertua Dan Belum Punya Rumah Sendiri Sabar Adalah Mantra Satu Satunya Tiap Hari

Rasanya Ikut Mertua Dan Belum Punya Rumah Sendiri Sabar Adalah Mantra Satu Satunya Tiap Hari

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 304 hits
Ada hal hal yang hanya dipahami oleh para pejuang penghuni PIM alias Pondok Indah Mertua Semangat ya Bunnnd
Tega Ibu Kandung Dan Ayah Tiri Kabur Tinggalkan Anak Di Rumah Warga

Tega Ibu Kandung Dan Ayah Tiri Kabur Tinggalkan Anak Di Rumah Warga

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 441 hits
Seorang bocah perempuan bernama Lela di Ketapang Sampit Kabupaten Kotawaringin Timur Kalimantan Tengah diduga mengalami penyiksaan dari ibu kandung dan ayah tirinya Bocah malang ini ditelantarkan orang tuanya dengan menitipkannya ke rumah s...
Pria Di Semarang Kehilangan Mobil Selama 3 Tahun Ternyata Dicuri Tetangganya Berjarak 1 Rumah

Pria Di Semarang Kehilangan Mobil Selama 3 Tahun Ternyata Dicuri Tetangganya Berjarak 1 Rumah

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 346 hits
Anton Rizal Wijaya Seorang Pria di Semarang ini menjadi korban pencurian mobil Mobil miliknya hilang sejak Agustus 2017 dan baru terungkap saat terjaring razia di Jakarta pada Juni 2020 lalu Ternyata pelakunya adalah tetangga korban yang ha...
Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja

Cara Buat Jamu Sendiri Di Rumah Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 627 hits
Bismillah AssalamualaikumCara Buat Jamu Sendiri Di Rumah Hanya Guna Asam Dan Kunyit Saja Wanita memang sinonim dengan perkataan jamu orang dulu dulu percaya bahawa jamu dapat mengembalikan kecantikan dalaman serta luaran kewanitaan apatah l...
Balik Rumah Layan Anak Dulu Jovian Akui Harta Boleh Cari Anak Membesar Hanya Sekali

Balik Rumah Layan Anak Dulu Jovian Akui Harta Boleh Cari Anak Membesar Hanya Sekali

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 513 hits
Lebih selesa mengambil pendekatan low profile melayari kehidupan berumahtangga Dato Jovian Mandagie dan isteri Datin Nina Ismail Sabri kini nampaknya lebih bahagia Kehidupan pasangan ini juga telah lengkap apabila dikurniakan dengan seorang...
Bereskan Tukar Meter Rumah Desa Mentari Tukar Radio Subaru Xv

Bereskan Tukar Meter Rumah Desa Mentari Tukar Radio Subaru Xv

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 260 hits
Hari ini kami ada dua aktiviti utama Pertama kami ke Blok 2 Desa Mentari untuk selesaikan hal penukaran meter air pukal kepada meter air individu Kedua kami ke Brother s Mall Wholesale City untuk tukar set infotainment kereta Subaru XV yang...
Barang Berharga Milik Bintang F1 Lesap Rumah Dipecah Masuk Sewaktu Sedang Berlumba Di Litar

Barang Berharga Milik Bintang F1 Lesap Rumah Dipecah Masuk Sewaktu Sedang Berlumba Di Litar

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 377 hits
Barang berharga milik bintang F1 lesap rumah dipecah masuk sewaktu sedang berlumba di litarGasly turut berkongsi mengenai kisah malang itu menerusi laman Instagram miliknya BINTANG Formula Satu Pierre Gasly berhadapan nasib malang apabila k...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Sambal Sotong

7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman