Dapatkan Minuman Panas Blackbixon Dari Bb2go Berdekatan Anda


DAPATKAN MINUMAN PANAS BLACKBIXON DARI BB2GO BERDEKATAN ANDA! Assalammualaikum semua! Pasa masa ini, ramai pemilik perniagaan di Malaysia bertungkus-lumus untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan mereka. Namun, plan untuk memulakan sesuatu tindakan pastinya perlu dilaksanakan dengan begitu teliti. 
Ruby tertarik dengan strategi perniagaan dari Ni Hsin Group Bhd dimana, mereka sentiasa kreatif ingin memberi yang terbaik kepada pelanggan. Tahukah anda bahawa syarikat ini adalah pemilik jenama BlackBixon yang menyediakan minuman panas dari kapsul? 
Kini, mereka tampil dengan minuman baharu dalam kapsul iaitu perisa coklat. Perisa coklat ini dari biji koko eksklusif Peru. Ruby dapat mencuba minuman ini dan menyukainya! Kemudian, mereka telah melancarkan BB2GO iaitu motosikal elektrik untuk menggalakkan anak muda tempatan menjadi usahawan dengan BlackBixon. 
Konsep kafe dimana-mana sahaja ini adalah untuk mendekatkan pelanggan setia BlackBixon. Selain dari menggalakkan pertumbuhan ekonomi, ia memberi pengalaman baru kepada semua. Ini kerana BB2GO adalah 1st EV Coffee Bike In The World


DAPATKAN MINUMAN PANAS BLACKBIXON DARI BB2GO BERDEKATAN ANDA!Sepanjang majlis pelancaran, Ruby berasa bangga dengan pencapaian Ni Hsin Group Bhd. Banyak manfaat bakal kita perolehi seperti peluang pekerjaan dan sudah semestinya pelanggan gembira minuman kegemaran datang terus kepada mereka. Jika Ruby mempunyai lesen motosikal, pasti Ruby juga turut menjadi Barista Biker

BB2GO menggunakan motosikal istimewa, ia adalah motosikal elektrik yang dilengkapi dengan sistem GPS bagi memudahkan Barista Biker menjejak tempahan. Manakala bagi pelanggan pula boleh menggunakan aplikasi BB2GO untuk menjejak lokasi BB2GO EV (electric vehicle) Coffee Bike

BlackBixon2Go MD Khoo Chee Kong, BlackBixon2Go non-executive chairman Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Ni Hsin chairman Sofiyan Yahya, Entrepreneur Development and Cooperatives Minister Tan Sri Noh Omar, Ni Hsin independent director Datuk Seri Rosman Mohamed and Entrepreneur Development and Cooperatives Ministry Deputy Secretary General Datuk Mohammad Radhi Abdul Razak.

Ni Hsin Group Bhd mengumumkan pelancaran BB2GO 1st EV Coffee Bike In The World oleh anak syarikatnya BlackBixon2Go Sdn Bhd untuk penjualan kopi BlackBixon berkonsepkan cafe@anywhere. 
Pada masa yang sama, BlackBixon2Go turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Acasia Communications Sdn Bhd untuk mendigitalkan konsep perniagaan baharu ini melalui connectivity and cloud services, bagi menyokong aplikasi BB2GO

Menurut Ni Hsin Group Bhd, Acasia  Communications Sdn Bhd adalah sekutu kumpulan Telekom Malaysia. Mereka di antara tujuh penyedia telekomunikasi yang terlibat dalam menawarkan rangkaian perkhidmatan sambungan dan infrastruktur digital yang komprehensif di rantau ASEAN




Pengarah Urusan BlackBixon2Go, Encik Khoo Chee Kong berkata "Syarikat telah memulakan transformasi, daripada pengeluar tradisional produk keluli tahan karat kepada model perniagaan zaman baharu iaitu revolusi Electric Vehicle dengan BB2GO EV Coffee Bike yang menggabungkan kecintaan rakyat Malaysia terhadap kopi sambil itu mengekalkan persekitaran yang hijau dan sihat

Konsep perniagaan ini sesuai untuk industri makanan jalanan, ia juga sangat sesuai untuk katering, rumah terbuka dan parti. Motosikal EV BB2GO ialah kafe serba lengkap yang tidak memerlukan plug elektrik untuk menghidupkan mesin kopi. 
Bateri daripada motosikal EV dikonfigurasikan secara teknikal untuk menghasilkan sehingga 400 cawan kopi dan boleh dicas semula selepas itu. BB2GO EV Coffee Bike anda boleh menjadi barista, sama seperti di kafe moden, menyajikan kopi espresso atau cappuccino yang disediakan di hadapan mata pelanggan

Ini adalah komitmen syarikat Ni Hsin Group terhadap tanggungjawab environmental, social and governance (ESG) serta menerima pakai perubahan minda, berinovasi untuk menambah baik cara menjalankan perniagaan dalam menghadapi kemajuan teknologi. Motosikal elektrik adalah sebahagian daripadanya. 
Memandang ke hadapan, syarikat ini merancang untuk mengembangkan konsep BB2GO EV Coffee Bike ke seluruh ASEAN dan juga merancang untuk mengeluarkan dan memasang motosikal elektrik dengan kerjasama pengeluar EV yang terkenal dari China untuk pasaran komersil dan pengguna di Malaysia dan ASEAN."
Menurut Yb Tan Sri Noh Bin Haji Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi "BB2GO EV Coffee Bike bakal membantu golongan B40, ini kerana peluang pekerjaan yang ditawarkan sebagai Barista Biker adalah peluang perniagaan kepada rakyat Malaysia

Dengan lokasi yang pelbagai, usahawan akan bergerak mencari pelanggan dengan motosikal elektrik. Cara perniagaan sekarang bukan hanya menunggu di kedai sahaja, peniaga sendiri boleh menerima tempahan dan terus hantar kepada mereka.

Penggunaan aplikasi digital BB2GO juga memudahkan kedua-dua pihak. Saya berharap konsep perniagaan ini menjaga kualiti. Pasukan BB2GO menjaga jenama kopi BlackBixon. Tawarkan peluang pekerjaan sebagai Barista Biker kepada rakyat tempatan. BB2GO juga harus memiliki identiti tersendiri semasa berniaga. Mungkin ada hon khas seperti loceng peniaga ais krim atau seperti hon babu jual roti.. ini pihak Ni Hsin perlu fikirkan" selorah Yb Tan Sri Noh Omar. 
InsyaAllah BB2GO akan ke peringkat global. "
MENGENAI BB2GOBB2GO ialah anak syarikat Ni Hsin Group Berhad, sebuah syarikat tersenarai awam di pasaran utama Bursa Malaysia. Tagline kami ialah cafe@anywhere, justeru kelahiran BB2GO adalah untuk memenuhi hidangan kapsul premium yang baru dibancuh cafe@anywhere. 

BB2GO beroperasi melalui EV Coffee Bike yang terletak secara strategik di pusat beli-belah premium bermula di pusat membeli-belah premium Kuala Lumpur, yang akan diperluaskan ke seluruh negara. 
Penggunaan EV Coffee Bike, membolehkan BB2GO mengusahakan sumber kuasa "green sustainable" untuk membancuh kopi BLACKBIXON kami. 
BB2GO adalah yang pertama di Malaysia, dan di Dunia yang boleh membancuh kopi kapsul premium daripada motosikal elektrik. 
Fasa seterusnya dan akan datang dalam masa terdekat, adalah untuk menyediakan kopi BLACKBIXON melalui perkhidmatan katering dan penghantaran ke rumah melalui aplikasi mudah alih
JOM SERTAI BARISTA BIKER BB2GO!Kerja 5 hari semingguPakaian seragam disediakanLatihan disediakanSyarikat e-BikeKomisenPerlindungan perubatanPersekitaran kerja yang dinamik
BB2GO sedang mencari individu yang bersemangat dan bersedia untuk menyertai dan menjadi sebahagian daripada keluarga BB2GO. Sama-sama kita membawa senyuman kepada pelanggan. Hubungi +603 8961 2268 atau e-mel di [email protected]
LOKASI DAN MENU BB2GOPasti anda tertanya-tanya di mana BB2GO beroperasi? Adakah mereka akan meronda-ronda di kota Kuala Lumpur dan kita perlu menahan mereka seperti babu menjual roti? babu jual roti pun ada hon untuk bagi tahu orang kampung bahawa dia sudah tiba. Jadi, bagaimana kaedah BB2GO? 
BB2GO sudah semestinya dengan kaedah yang lebih moden. Mereka telah memilih lokasi yang strategik seperti di bawah
Fahrenheit88Plaza ImbiMasjid JamekWisma CentralSOGO



Manakala untuk menu, anda boleh menikmati lebih dari 10 jenis minuman panas bersaiz 150ml dalam cawan. Diantara minuman tersebut adalah Long Black - Arabica Coffee, Roasted Almond Coffee, Caramel Coffee, French Vanilla Coffee, Hazelnut Coffee, Mocha Coffee, Cafe' Au Lait (Non Coffee), Spiced Chai (Non Coffee), Hot Chocolate (Non Coffee) dan banyak lagi! Harga bermula dari RM 4.90 sehingga RM 7.50 sahaja

MUAT TURUN APLIKASI BB2GO
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.cissolucis.blackbixonApp Store: https://apps.apple.com/my/app/blackbixon/id1554423814
KOPI BLACKBIXON USPBiji kopi Arabica gred premium Amerika Latin yang dipilih khas daripada kacang berkualiti tinggi yang ditanam di tanah tinggi, 2000 meter di atas paras laut Brazil dan Columbia. 
Biji kopi Arabica mempunyai rasa yang halus, dengan keasidan yang ketara. Ia lebih aromatik dan kurang pahit. Kopi BLACKBIXON diperbuat daripada biji Arabica premium ini, dan ia dipanggang, diadun dengan bahan bioaktif berasaskan tumbuhan oleh Master Roaster kami dan dimeteraikan ke dalam kapsul
HALAL, HACCP, GMP, ISOAnda boleh memberi kepercayaan sepenuhnya kepada BlackBixon! Mereka menerima Pensijilan Halal JAKIM, HACCP, ISO 22000 dan kilang berstatus GMP. 

PELANCARAN KAPSUL BAHARU CHOCOLATE Kapsul baharu dari BlackBixon kali ini adalah minuman berasaskan coklat. Ia di dalam kategori non coffee. Melengkapkan tiga menu non coffee yang sebelum ini hanya dua menu non coffee iaitu Cafe' Au Lait dam Spiced Chai




Koko yang digunakan berasal dari Peru. Peru ialah pengeluar koko kesembilan terbesar di dunia. Peruvian Cacao kebanyakannya tergolong dalam kategori Koko Forastero seperti pokok koko Amelonado dan dicirikan oleh rasa smoky bean, woody dan masam. Ia mempunyai keseimbangan rasa koko, buah dan keasidan yang seimbang dengan sedikit kepahitan dan kemanisan


PROMOSI STARTER PACK RM 299

MENGENAI BLACKBIXONDicipta di Wyoming, Amerika Syarikat, diinspirasikan dari haiwan yang akan membawa anda kepada pengalaman kopi yang baharu. BLACKBIXON, halus, senyap, namun berkuasa, ia memberi tenaga dan kekal bersama anda selama-lamanya. Tenaga dinamik itu ialah eXtra, faktor X dalam kopi, X dalam BIXON



Kopi BLACKBIXON wujud dengan semangat dan keinginan untuk mencipta kopi yang akan membawa manfaat kesihatan yang sihat sambil mengekalkan keseronokan minum kopi. 
BLACKBIXON dicipta melalui penyelidikan dan eksperimen yang teliti untuk mengeluarkan biji Arabica terbaik yang diselitkan dengan bahan bioaktif berasaskan tumbuhan untuk menghasilkan gabungan keseronokan dan kesejahteraan. Kopi yang tiada tandingannya. Satu-satunya kopi yang merangkumi tenaga dan pemakanan untuk gaya hidup yang sihat


BLACKBIXON | BB2GO | FACEBOOK | INSTAGRAM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/12/dapatkan-minuman-panas-blackbixon-dari-bb2go-berdekatan-anda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Mahfuz Kata Jemaah Menteri Busuk Hati Perut

Panas Mahfuz Kata Jemaah Menteri Busuk Hati Perut

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 218 hits
January 1 2022 Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar menyelar tindakan jemaah menteri menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu dan pertubuhan perbadanan dalam pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 19...
Azmin Zuraida Bakal Digugurkan Panas Menteri Bersatu Bakal Digugurkan Dari

Azmin Zuraida Bakal Digugurkan Panas Menteri Bersatu Bakal Digugurkan Dari

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 210 hits
MENARIK DALAM EDISI KHAS 0541 SPRM AZAM BAKI DIDESAK DIGANTUNG TUGAS PENGERUSI PANEL SPRM PERLU LETAK JAWATAN 2 NAJIB BERI UCAPTAMA LANGGAR PRINSIP KEDAULATAN UNDANG UNDANG MENJEJASKAN INTEGRITI NEGARA 3 KABINET 69 AZMIN ZURAIDA RINA DAN HA...
Rentasan 1033 Panas Isu Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir Ternyata K

Rentasan 1033 Panas Isu Kelewatan Bantuan Mangsa Banjir Ternyata K

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 347 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10331 RAKYAT SENGSARA YANG DIPERTUA PARLIMEN ENGGAN BAHAS 2 KITA BANTU KITA RAKYAT BANTU RAKYAT 3 PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN 4 JANGAN BERI SOKONGAN KEPADA PEMERINTAHAN ZALIM
Roti Ada Kulat Buang Terus Kalau Makan Anak Boleh Demam Panas

Roti Ada Kulat Buang Terus Kalau Makan Anak Boleh Demam Panas

papar berkaitan - pada 29/12/2021 - jumlah : 251 hits
Roti yang dibeli kemudian tidak dihabiskan sebelum tarikh luput adalah perkara biasa Biasanya sehari dua selepas tarikh luput permukaan roti masih elok dan boleh dimakan Tetapi ada juga keadaan di mana permukaannya sudah mula ditumbuhi kula...
Panas Tular Pelawak Terkenal Pertikai Kualiti Peranti Pengesan Digital E Bracelet Baru Pakai Dah Rosak

Panas Tular Pelawak Terkenal Pertikai Kualiti Peranti Pengesan Digital E Bracelet Baru Pakai Dah Rosak

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 182 hits
January 5 2022 Peranti pengesanan digital ataupun e Bracelet yang terjejas apabila tertanggal dalam tempoh 24 jam pemasangannya terhadap seorang individu baru baru ini sudah beroperasi semula seperti biasa QuickMed yang memaklumkan perkara ...
Rakaman Suara Memang Panas Apa Menteri Ini Buat Mcm Tiada Akal

Rakaman Suara Memang Panas Apa Menteri Ini Buat Mcm Tiada Akal

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 214 hits
Tak pasti suara siapa tapi apa dikata ada benarnya KKM dikemudi KJ ketara tidak serius membendung penularan Covid 19 variant omicron dalam negara Kerajaan terus gagal handle bencana Covid 19 teruk kita kena musibah lepas tu hampir semua har...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu