Dapat Samsung Galaxy A13 Percuma Dari Digi Centre


Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby ke DiGi Centre Wangsa Walk Mall untuk tambah nombor Family Plan. Sebelum ni nombor anak-anak. Kali ini, suami pun dah join kelab DiGi. Haha. Sambil buat Switch to DiGi. Tetiba dapat tawaran telefon baru. Samsung Galaxy A13 pula tu. 
Pada mulanya menolak juga la. "Tak nak tak nak. Ni mesti ada apa-apa kan? Kena bayar kan?" Boss kedai tu cakap "takda kena bayar apa-apa. Betul tau. Puan layak untuk telefon PERCUMA. Dah lama guna DiGi Postpaid 90 kan? Tak pernah ambil kontrak telefon lain kan?" Betul. Saya tiada kontrak dan guna DiGi Postpaid 90 tu. 

DAPAT SAMSUNG GALAXY A13 PERCUMA DARI DIGI CENTRE
Ruby memang pengguna DiGi dari Prepaid sehinggalah beralih ke Postpaid. Punca beralih ke Postpaid tu sebab nak join DiGi Phone Freedom 365 tu. Bila dah join, rupanya kena setahun pengguna Postpaid barulah layak nak memohon. Bila dah setahun, dua tahun, tiga tahun. Lupa pula nak mohon pakej tu. Hahaha. 
Kontrak Ruby dah tamat dan terus guna Postpaid DiGi ni walaupun tiada kontrak. Mudah guna DiGi Postpaid ni sebab bayar je bulanan. Tidak perlu risau tentang top up dan nombor tak aktif. Ruby selesa macam ni. Boleh tengok bill dan penggunaan. Sekarang, siap guna DiGi untuk bill Netflix dan Spotify. Masuk semua dalam bil telefon. Cuma, kena hati-hati penggunaan telefon. Tak boleh la simply guna untuk call sana sini kan. 
Ruby tanya lagi, kalau ambil telefon percuma, apa yang akan efek dekat perkhidmatan sedia ada dari DiGi? Kontrak 2 tahun bermula 22 Julai 2022 hingga 7 Julai 2022. DiGi Postpaid 90 ada 60GB + 10 GB Internet. Unlimited Calls dan 300 SMS Percuma. 

https://www.digi.com.my/promotion/pakej-powerjimat-familiku
SAMSUNG GALAXY A13
Ruby dah macam duta Samsung lah kan. Telefon seterusnya ku review hari ini adalah Samsung Galaxy A13. Kikiki. Bersaiz besar juga. Ruby ingatkan ia bawah 6 inci. Tetapi salah sangkaanku apabila pekerja DiGi Centre buka kotak. Telefon ini sudah dilengkapi dengan aplikasi khas dari DiGi. 
Dengan Infinity-V Display 6.6-inci dari Samsung Galaxy A13. Anda boleh lihat perkara yang anda nantikan dengan teknologi FHD+, kandungan harian kelihatan tajam, jernih dan jelas. Saat kali pertama kali memegang, Ruby berasa sangat selesa. Permukaan hujung yang melengkung dan tidak tajam seperti petak segi empat. Skrin yang lancar untuk kita scroll atas bawah dan slide. 


Hadir dengan 3 warna segar iaitu Awesome Black, Awesome Blue, and Awesome Peach colors. Namun, Awesome Black menjadi pujaan hati ku. Hehehe. Bukannya apa, telefon ini sentiasa digunakan, warna hitam tidak akan jemu dek zaman. Mungkin akan diberikan kepada salah seorang anak lelaki ku. Sebab sekarang ni dua-dua dah masuk Sekolah Kebangsaan. Sudah memiliki alamat email Delima dan boleh rekod bahan bacaan Nilam sendiri. Selama hari ini, asyik guna telefon ibu. Haha. 

Ruby melihat harga pasaran Samsung Galaxy A13 dijual pada harga mampu milik iaitu RM 799 sahaja! Buat pengetahuan anda, pengeluaran telefon pintar terbahagi kepada 3 segmen untuk memenuhi permintaan pasaran semasa. Pasaran telefon pintar dibahagikan kepada segmen seperti model "flagship", "mid-range" atau "entry-level". 



Rangkaian "flagship" Samsung adalah dari siri S, mereka juga menghasilkan model "mid-range" iaitu siri A. Perbandingan dari kedua-dua siri ini anda boleh lihat dari jenis bahan yang digunakan. Cermin skrin, polycarbonate casing, tahap kuasa bateri, jenis software, sistem pemprosesan dan lain-lain

BATERI 5000MAH UNTUK 2 HARI
Siri Galaxy A dari Samsung adalah telefon pintar dari kategori pertengahan. Ramai menyukainya sebab bateri yang tahan lama sehingga 2 hari. 5000mAh banyak tuuuuu. Seronok apabila kuasa bateri luar biasa macam ni kan




KAMERA KAMERA KAMERA
Kualiti kamera yang bagus. Hasil foto dan video cantik. Ultra Wide Camera, pengalaman ultra lebar sama seperti penglihatan manusia, 5MP Ultra Wide Camera melihat dunia dengan sudut pandangan 123 darjah, menambah lebih banyak perspektif pada semua yang anda rakam

Tangkap butiran yang lebih kecil dengan Kamera Makro. Ini adalah fungsi paling Ruby suka. Anda boleh alami imej lebih dekat dengan 2MP Macro Camera. Ia menggunakan kesan bokeh semula jadi pada gambar anda, membolehkan subjek anda menonjol dari latar belakang. Serius lawa. 
2MP Depth Camera pun ada! Ia membolehkan anda melaraskan kedalaman medan dalam foto anda. Laraskan kabur latar belakang untuk ambil gambar potret berkualiti tinggi yang menjadikan subjek anda benar-benar menonjol. 
Tak gempak la kalau tidak selfie kan? Kamera depan, swafoto lebih bergaya dengan Samsung Galaxy A13's 8MP Front Camera dan kesan bokeh, mudah untuk merakam swafoto yang menakjubkan. Gambar wajah anda dengan kurang latar belakang memang nampak hasil lebih hebat kan

DOLBY ATMOS DIMANA-MANA
Melangkaui pengalaman mendengar biasa dengan Dolby Atmos. Hanya pasangkan fon telinga anda untuk dibawa ke tengah-tengah muzik dan filem anda. Dengan Dolby Atmos, anda akan mendengar bunyi yang penuh, kaya dan spatial, seolah-olah anda berada di dalam tempat kejadian

SAMSUNG KNOX LINDUNGI KITA
Lindungi apa yang penting untuk anda. Samsung Galaxy A13 dibina dalam perkakasan dan perisian telefon dari awal, Samsung Knox melindungi telefon anda dari saat ia dihidupkan. Menawarkan keselamatan berbilang lapisan, ia melindungi maklumat anda yang paling sensitif daripada perisian hasad dan ancaman berniat jahat

SET GALAXY ANDA DENGAN CARA ANDA
Galaxy saya, cara saya untuk mengendalikannya. Miliki sesuatu yang benar-benar milik anda. Apabila memiliki telefon pintar, sesuaikan Galaxy anda dengan One UI Core 4 dan berikan telefon anda rupa yang edgy agar sepadan dengan gaya hidup anda. Set semua aplikasi agar ia membantu tugas anda selesai dengan lancar dan menjadikan ciri kegemaran anda mudah diakses

Ramai berkongsi berita gembira apabila memiliki Samsung Galaxy A13. Pelaburan yang bijak. Tidak menyesal membeli. Kamera yang hebat. Pengalaman bermain Mobile Legengs Bang Bang pun syol sebab 6GB RAM dan 5000 mAh bateri

https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a13-black-128gb-sm-a135fzkjxme/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2022/07/dapat-samsung-galaxy-a13-percuma-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
A Secure Day Out With The New Samsung Galaxy A53 5g

A Secure Day Out With The New Samsung Galaxy A53 5g

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 229 hits
How the Galaxy A53 5G makes your mobile experience secure Connect Securely Wherever You Are You re at a coffee shop and want to connect to its Wi Fi But you also want to be extra careful and make sure it s safe That s where the Secure Wi Fi...
Website Online Percuma Webp Image Converter Terbaik Yang Anda Boleh Cuba

Website Online Percuma Webp Image Converter Terbaik Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 155 hits
Tahukah saiz gambar amat memainkan peranan penting kelajuan loading sesebuah website Sekiranya saiz gambar terlalu besar dan jelasnya anda mementingkan kualiti sebuah gambar namun anda perlu ingat bahawanya gambar yang berat hanya akan memb...
Call Of Duty Vanguard One Boleh Dimain Secara Percuma Untuk Masa Terhad

Call Of Duty Vanguard One Boleh Dimain Secara Percuma Untuk Masa Terhad

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 188 hits
Call of Duty Vanguard ditawarkan secara percuma untuk mod multiplayer dan Zombies terhad pada 20 26 Julai 2022 Dalam musim ke 4 Mercenaries of Fortune ini antara yang ada dalam permainan ini ialah peta USS Texas 1945 Shi No Numa Zombies Blu...
Tawaran Pinjaman Desktop Laptop Percuma Untuk Warga Selangor

Tawaran Pinjaman Desktop Laptop Percuma Untuk Warga Selangor

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 188 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Pinjaman Desktop Laptop Percuma kini dibuka untuk semua rakyat Selangor yang memerlukan Menerusi kenyataan daripada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari program PPAS ini akan mensasarkan pinjaman seba...
Applikasi Untuk Menonton Channel Tv Seluruh Dunia Secara Percuma

Applikasi Untuk Menonton Channel Tv Seluruh Dunia Secara Percuma

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 182 hits
Tawaran menarik dari developer China untuk menonton program tv berbayar secara bagi negara Cara untuk menonton pastikan diaktifkan VPN bagi channel channel yang mempunyai sekatan geo location Contohnya bagi yang ingin menonton saluran Super...
Program Save 3 0 E Rebat Rm400 Barangan Elektrik Percuma

Program Save 3 0 E Rebat Rm400 Barangan Elektrik Percuma

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 199 hits
Jadilah bijak tenaga dengan membeli kelengkapan elektrik melalui program SAVE 3 0 Boleh dapat banyak penjimatan tau Jom kongsikan maklumat ini bersama keluarga dan rakan rakan Apakah Program SAVE 3 0 Sustainability Achieved Via Energy Effic...
Bayar Guna Semuapay Dan Tebus Emas Percuma

Bayar Guna Semuapay Dan Tebus Emas Percuma

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 284 hits
Bayar Guna SemuaPay dan Tebus Emas PercumaAssalamualaikum semakin lama tehnologi yang masuk dalam keseharian dah semakin maju Sekarang ni pon dah banyak yang cashless untuk buat transaksi harian salah satunya pembayaran bill bulanan kita Li...
Program Bantuan Lesen Memandu Percuma Tajaan Maipk

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma Tajaan Maipk

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 326 hits
Ada orang Perak dan ingin mendapatkan lesen memandu percuma Kita sedia maklum bahawa harga untuk mendapatkan lesen memandu bukanlah murah Selain lesen untuk memandu kenderaan sendiri sebahagian daripada kita mungkin berminat untuk mendapatk...
Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Umno Explores Every Means Possible To Free Najib

100 Cawangan Kfc Tutup Dan Akur Kuasa Boikot

Two In Five Malaysians Might Quit If Required To Work More In Office Randstad

Calon Bersatu Prk Kkb Tunggang Isu Kematian Teoh Beng Hock

Lumira Di Eka Heights Kehidupan Bermakna Yang Dinantikan

Bonus R 5000 Jogue Ca A T Queis Onlin



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Pulut Sambal

Plaza Premium Group Kembangkan Jenama Restoran Flight Club Di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apa Saja Yang Anda Berikan Tumpuan Dalam Fikiran Akhirnya Akan Jadi Kenyataan

Contact Lens Trial Experience The Difference Risk Free

Beyond The Arrest Colorado Springs Criminal Lawyers Advocate For Your Freedom